Wednesday, June 29, 2011

MAKAN- Boston Steamboat @ AEON Bukit Tinggi

assalamualaikum...

act, hajat utama pergi ke AEON  sbb my sis and her hubby nak beli carseat tuk baby derang. jadi aku pon ikut la sbb aku kan babysitter kesayangan si izzul comel yg aku duk riba macam gambar kat bawah ni.
bercakap pasal izzul kan, sepanjang perjalanan dari pajam ke bukit tinggi ni,izzul tidur atas riba aku.tanpa nanges okey! aku tahu izzul sayang aku selepas ibu papa atuk2 uwan dan tokma dy. dy sangat comel.aku pon comel jugak.eceh. aku memang pasan.



kali ni kami lunch dekat Boston World - Steamboat Restaurant. mmg sumpah gilak teruja beb! mmg la mulamula segan sebenarnya bila ada orang belanja mkn mahal kan.tapi, apakan dayaku, aku ni mmg jenis takpandai nak menolak kalau bab makan. haaaaa.aku tahu, perangai aku memang buruk.toksah dok cakap dah. =.="




yg ni set tuk sorang.

ni set utuk dua orang ye.banyak kan?
hidangan kat sini memang didatangkan dalam bentuk steamboat dan pelbagai. juga disajikan dalam set-seorang-dua orang-empat orang--mungkin lebih berbaloi dan menjimatkan kan?
kiterang amek set seorang 1, dan dua orang 1. memang cukup la kan untuk 3 orang makan. izzul masih baby.jadi dy takmakan. :P
apa yg istimewanya pasal Boston Steamboat ni kan, tang  sambal derang-minyak bijan dalam kicap yang melengkapkan rasa perasa steamboat  tu tau. pedas-panas sangat best nak lagi!! fuh,berpeluh den!



air ribena with lemon

chocolate banana milkshake. 
kiterang order air lain2 sbb boleh rasa sorang sikit kn.tapi aku taksempat capture gambar minuman si abg sbb dah abeskan dulu. dy order air Blue Curacao drink- Halal version okey! 


aku rasa makan kat Boston ni lagi sedap kot dari kat Johnny.tapi pasal rege,aku tatau pulak yg mana satu murah/mahal. sebab dua-dua tempat ni,orang je yg belanja. tssk.
mmg aku taksabar nk abes blajar-kerja-ada duit-then belanja makan  org yg kusayangi sume! tggu tau. amiin.


KEMUDiiiiANN!!!
aku kiterang singgah kat umah nenek kat bukit changgang. jumpa abah -angah dan isteri-zahra ada kat situ! woohoo.best betul dapat jumpa zahra!!!! coomelllll. makin petah-becok la dy tuh!


zahra dan makcikmakciknya. :)
muka eksited jmp zahra dan keluarkan minyak berlebihan.
cuti kali ni sangat best.banyak jumpa sedaramara comelcomel. next week jumpa zahra lagi.tak sabar wooooooooh!



  thank you for reading my entry!!

wordless wednesday #1

assalamualaikum...


knp tajuk Wordless Wednesday?


wordless wednesday adalah satu cara membuat entry dengan hanya paparkan gambar tanpa


meletakkan apa apa description untuk explain gambar tersebut. 


letak satu gambar and let the picture do the talk...





  thank you for reading my entry!!

Tuesday, June 28, 2011

ASTRO best tapi jangan bayar ....

assalamualaikum...
Kempen pemboikotan Astro bermula hari ini apabila lebih 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru tiga juta ahli dan penyokong mereka supaya tidak membuat pembayaran bil selama tiga bulan berturut-turut ke stesen televisyen berbayar itu.
Arahan itu turut meliputi pemboikotan terhadap barangan dan pengiklan yang mengiklankan produk mereka di stesen televisyen berkenaan.
Langkah ini diambil setelah amaran dan rayuan yang dibuat sebelum ini dipandang sepi oleh Astro malah stesen itu dilihat semakin angkuh mempertahankan pendirian mereka.
Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, walaupun tanpa Astro, pengguna kini masih boleh beralih kepada perkhidmatan Unifi dan juga perkhidmatan menggunakan aerial seperti yang wujud selama ini.
” Kita tak mati tanpa Astro, kita juga bukan nak bermusuh dengan mereka, tetapi kita tidak mahu mereka sesuka hati menekan kita dengan pelbagai bayaran seolah-olah mereka mempunya kuasa mutlak untuk berbuat apa saja sehingga sanggup mengetepikan pandangan pelanggan, termasuk arahan daripada kerajaan sendiri.
” Astro jangan pandang remeh kempen ini kerana kita pernah berjaya dalam kempen pemboikotan beberapa barangan sebelum ini dan kita akan membuktikan sekali lagi ‘kemampuan’ kita pada stesen televisyen terbabit.
” Sekejap lagi kita akan mula menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada semua ahli , kempen ini akan berkuatkuasa sehingga Astro akur pada permintaan kita” tegasnya.
Tunku Azwil menambah, dengan memperoleh keuntungan sehingga RM800 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 2010, tidak ada sebab untuk Astro terus menekan pelanggan mereka dengan caj yang melampau.
Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.
Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.
Bagaimanapun notis mengenai kenaikan bayaran perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Astro kepada pelanggannya dianggap tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Dalam perkembangan yang sama, Tunku Azwil berkata, usaha licik Astro juga jika tidak dibendung, akan membunuh masa depan industri penyiaran negara.
” Untuk pengetahuan anda, Astro mengenakan caj iklan yang rendah kepada syarikat yang ingin mengiklankan produk mereka, iaitu sama dengan kadar iklan stesen radio.
” Caj ini sudah tentu tidak boleh ditandingi oleh stesen televisyen tidak berbayar seperti RTM dan TV3,  akhirnya pengiklan akan lari ke Astro secara perlahan-lahan dan kesemua stesen televisyen percuma ini pasti akan mengalami kesukaran untuk bertahan,” ujarnya.
Mengenai pandangan yang mengatakan pihak Astro terpaksa menaikkan kadar cajnya disebabkan program berkualiti yang disediakan, Tunku Azwil berkata, ia bukanlah alasan untuk menambahkan beban.
Ujarnya, jika itu dijadikan alasan untuk menaikkan harga, ia ibarat satu ‘ugutan’ kepada para pelanggannya.
” Kepada kerajaan, tolonglah bela hak pengguna kerana kita dah ada pelbagai akta seperti Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Pengguna muak dengan gelagat Astro yang sudahlah memonopoli pasaran hampir 20 tahun lamanya, mereka juga bertindak berlawanan dengan semangat 1Malaysia iaitu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan,” ujarnya

sumber : zubir

tapi. tapi. tapi kan, kalau lepas 3 bulan  kalau bil astro tetap mahal,siapa nak bayar bil tertunggak tu kan? pihak yg anjurkan boikot ni boleh tolong bayar ke haaaaaaaa? 

  thank you for reading my entry!!

MAKAN- Starhut Cafe @Nilai

assalamualaikum...

alhamdulillah.ni rezeki aku pabila bertandang menjadi baby sitter si comel izzul hafiy. memang lagkah kanan betul aku bila aku stay dgn derang masa pendapatan setiap bulan derang masok.hoohoorey!


ni mmg first time aku makan kat starhut sebenarnya. terimakasih si kakak dan si abang ye.kalau tidak kerana anda dan encik kekasih,mungkin saya makan di tempat sebegini pabila sudah ada sumber kewangan nanti.doakan semog masa cepat berlalu ye. biar saya pulak yg belanja kaliankalian


are you ready for drooling?


I order  Mee Tomyam because i really fanatic to tomyam tau. mana2 restoran yg baru i pergi, mesti order tomyam. dan tomyam secret recipe masih di tempat pertama yg bertahta dihatiku.  tomyam starhut ni sedap and guess what? the yummy noodles came with a large portion of yellow noodles (options to add in bee hoon), bean sprouts, medium sized prawns. It's so spicy and and it's serve while hot..uhh.sedapnya.berpeluh you! boleh makan dua orang tau.banyak.dalam mangkuk besar.berbaloi dgn harganya yg dalam rm8+

Special teh tarik. teh tarik dan whipping cream.erm..my first attempt.I'm lucky enough that the drink not disappointed.sedappp. dalam rm3.20 kot.


lighting takcantek.maaf.takpandai amek gambar


Nasi Lemak Special  and carrot juice ni akak aku yg order.aku takrasa pon tapi it's enough to satisfied mysister tummy. It came together with sunny side up and chicken rendang. The chili as usual will come together but it's agak pelik. The taste of sambal is sour. akak aku cakap rasanya mmg camtu.


 kuey teow goreng ng jus tembikai. tu abang aku punya. kuey teow dy sedap. rasa nak habeskan je sbb tomyam aku kan pedas! kuah dy mix well with the udang,telur and noodles and it came together with vegetable.

ayam goreng.ni side order kiterang.takabes pon tau.tapau bawak balik jelah. ayam dy memang best betul.besarbesar.


haaa...tudiaaa si kakak dan abg yg bermurah hati yg cantik dan kacak serta taklupa sicomel izzul . who else are willing to treat me like them?? silakan...
wiiehaaa!

  thank you for reading my entry!!

Thursday, June 23, 2011

masakan jawa: PEPES UDANG KELAPA MUDA

assalamualaikum...

eh, firstly nak wish.
19jun 2011: HAPPY FATHER'S DAY, abah!!
20jun 2011: HAPPY BIRTHDAY, abah!!
tadi pagi aku pergi umah nenek aku kat kg bukit changgang, banting, selangor.
dan masa lunch tadi aku adalah tolongtolong beliau masak masakan yg direquest oleh abah.
pepes udang kot.takpon pales udang.lagi peles udang. aku tak pasti apa nama resepi tersebut. tapi yg aku sangatlah pasti,masakan tersebut adalah makanan org jawa.
aku juga sangatsangat pasti yg rasanya sangat OHESEm!!


berdasarkan apa yg aku tolong tadi. aku dapat kenalpasti bahanbahan yg nenek taruk dalam tu.
antaranya ialah :

bahan:
udang galah(dibuang kulit) tetapi kepalanya ditumbuk lumat.
kelapa parut 
air kelapa dara
                                                          daun pisang utk membungkus
lidi utk menyemat

bahan kisar
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
segenggam ketumbar
*air asam (air pakai air kelapa dara)
*4 sudu gula pasir
                                                                       *½ sdt garam

* kuantiti berdasarkan sesedap rasa.

Cara membuat:
1. Bersihkan udang. buang kulitnya.tetapi kepala nya ditumbuk lumat.
2. Campur semua bahan dan kelapa parut, gaul sehingga sebati. 

3. Ambil 3sudu adunan dan letakan diatas daun pisang. bungkus dan semat dengan lidi.
4.  Lakukan hingga adonan habis.kemudian kukus hingga masak.

dibungkus lebih kurang cenggini ye rakanrakan.


inilah hasilnya. *taknik amek gambar takbetul. T__T


ye.gambar diatas adalah hasil masakan tersebut. aku ngaku,memang nakpak takcantik sebab aku takpandai amek gambar.
tapi don't judge a book by its cover. macam tu jugak la rasa pepes udang ni.jangan menilai rasa kesedapan ny berdasarkan gambar yg aku takpandai amek ni.tssk
rasa dulu,baru tahu keenakannya. ni first time kot aku rasa masakan camni. tapi mmg sedap. ada manis,masam,masin,lemak, semua cukup. PERFECT! 


then,abah aku cakap, harga sebungkus pepes udang yg nenek buat tadi adalah berharga RM10. huh? mahal kan? abah cakap lagi,mahal tu pon sbb guna udang galah dan kepakaran si pembuatnya. lagipon pakcik aku cakap lagi. sekarang punya pepes udang takde dah yg asli. semua dah ditambah perasa seperti cili,tomato n byk lagi.yang nenek buat ni mmg asli rasanya. takcaya? meh lah rasa. :P

thank you for reading my entry!!

Friday, June 17, 2011

saya malu nak cakap.

assalamualaikum..

hye.malunya saya. asyikasyik muka saya je yg mintak simpati.macam dah takde org lain lagi kan?
haih,tapi nak buat macammana. 
fine,malu malu pon saya nk mintak tolong jugak.sbb saya mmg dasar taktahu malu. :P:P

ehem.

ehem.

ehem.

sebenarnya kan korang.
saya ada join contest.macam biasa, hanya sukasuka dan semestinya la nak menang kan. jadi, saya nk mintak tolong anda semua la untuk vote saya.

ikut step2 kat bawah ni ye. 

1. like page ni, ErnieKhairina-collections

2.kemudian like pic ini di sini

mintak tolong eh. terima kasih.

thanks for reading this entry!!

Thursday, June 16, 2011

orang tulen aka orang asli.

assalamualaikum..

sekarang da start cuti sem. tapi aku tak balik kg lagi. bukan sebab aku tak rindu family. tapi sebab aku nak jadi org asli. eh,nak pergi kampung orang asli lah.nak berkhidmat kpd mereka dan juga negara.*citacita okey.
dan aku rasa,aku boleh ganti tempat DS Shafie Apdal suatu hari nanti. PERCAYA tak??
hehe. tapi baik jangan percaya!  :))

tapi kg OA yg aku pergi tu moden sikit.tak macam ni tau. :)
Jaga Diri Hiasi Peribadi. :)

thanks for reading this entry!!

Friday, June 10, 2011

business women wannabe.

assalamualaikum..

alhamdulillah.abes sudah short sem aku pada sem ni. tajuk entry pon takboleh blah kan? entry org dah bekerjaya lah konon-kononnya.berangan letteww.
pada short sem ni aku belajar tiga subjek:
SPORT MANAGEMENT
PENGAJIAN MALAYSIA
ENTREPRENEURSHIP
subjeksubjek ni sebenarnya byk memberi manfaat kat aku. contohnya la kan;
subjek sport management ni sedikit sebanyak mengajar aku bermain bowling dan mengurangkan bilangan bola bowling untuk terperosok ke dalam longkang. yeah,aku berjaya mengalahkan encik kekasih dalam game kedua.huahauahua.

pengajian malaysia pulak membuatkan aku rasa yg aku taksuka sesetengah part yg berkaitan dengan negara.ye,sejarah itu mungkin berulang.tapi sejarah juga mengajar kita akan menjadi yg lebih baik kan?pemimpin negara sekalian,diharapkan kalian berubah sikap dan lebih telus dalam menjalankan tanggungjawab ye.terimakasih. :)

                                       ...............................................

entrepreneurship ni pulak buatkan semangat aku untuk berbisnes makin berkobar-kobar. aku mmg suka meniaga. mana taknya kan,dari kecik lagi dah terdidik camtu. 

masa sekolah rendah lagi dan stat menjual..dulu mak aku selalu buat kuih tiram ng kerepek ubi dan pisang.pedas ada,manis ada,sume adalah.  aku rasa mak aku buat utk akak aku bawak bekal p asrama  Sekolah Tinggi Segamat kot. dan ntah macammana ada permintaan ke hapa,aku tgk mak aku duk pack kan kerepek tu kat plastik kecik2. aku pon saja la bawak p sekolah  agama nak makan time ustaz tengah ngajo.makan kongsi2 dengan kawankawan gitu kan. *buruk betul perangai.  dan ntah camna ntah aku  pon terjual sekali lah kerepek tu. mak aku pon penah jual nasi lemak daging merah tau dulu.sodap. aku rindu betul dgn nasik lemak tu.lama dah kot tak makan.. *akak aku lebih tahu hal sebenar rasanya.
yg ni pulak bila teringat,aku tergelakgelak je..
mak aku jual aiskrim malaysia.ke aiskrim lolipop. ntah,askrim yg duaplopsen tu lah. kononnya nak jual kat jiranjiran lah kan. tapi biasalah budakbudak.bila main kat luar rumah,tekak haus,main rembat je aiskrim dalam freezer tu.sampai tak sempat keras lagi dah abes.

then bila masok matrik pulak, aku stat jual one drop perfume.wallaweyhhh. mmg terkenal jap bilik aku dek flyers yg ditampal sana sini dgn nama aku dan alamat bilik aku. aku dulu pon mmg pakai stok perfume tu je lah pi kelas.tapi bila dah ramai sgt budak kmpk yg jual barang yg sama ng aku,aku pon stop ah kan.lagipon,muak dah kot bau one drop perfume kat mana-mana je aku pegi dalam kmpk tu. sampai jenis nye pon aku dah kenal. dan sebab tu lah,sampai sekarang aku dah tak pakai perfume dah.betul. sbb asal bau perfume je aku bersin.lemas doh. 
bila dah berenti bisnes perfume tu, aku start jual tudung bawal originally from kelantan pulak. yg tu mmg best.memang dapat sambutan hangat dari budak kmpk ok. sbb takde kot yg jual produk yg sama dgn aku.ke produk aku jual lagi murah.tatau la aku.haha.

dan sekarang, aku ada bukak satu acc FB yg lain;  Hwanis Shoppe
yg ni bukan la jual produk sgt pon. tapi lebih kpd preloved. tahu tak preloved ni hapa? dy macam barang second hand la kot.tapi yg masih elok tau. dan preloved ni pon bukannya sume aku yg punya, tapi akak aku,dan sorang classmate aku pon ada. jempot la jenguk ye wahai rakan taulan.

in the future,aku nak buka satu farmasi pulak lah kan.nak berniaga ubat-ubatan pulak.hehe. tapi bab nak buat business plan tu yg aku paling malas.tapi takpe kot. en kekasih boleh membantu kan?INSYAALLAH.

dan aku rasa family aku memang cenderung ke arah ni kot.tapi sumenya secara kecil-kecilan sbb kiterang takde modal yg besar pon.

along dan suami : derang jual BIOSPRAY tau biospray ni kalau taksilap aku baik untuk stroke, diabetes dan macammacam jenis penyakit.kalau taksilap, BIOSPRAY ni larutan beralkali. uwan aku pon pakai ni sekarang.kalau sapu kat tempat yg luka,InsyaAllah sekajap je luka tu kering. untuk masalah jerawat dan kegemukan pon boleh rasanya. :)



kak lang : dy jual tudung-tudung kat sekolah dy.kalau taksilap la. dia juga terima tempahan utk buat kek. sedap tau kek dy.masa sambut birthday kiterang pon,dy jugak yg buat kek.dy ckp dy belajar tu sume dari internet je. hebat bukan :)

blueberry cheese tart
cheese cake
dik kemba dan suami: derang sekarang jadi tokey serunding oke.serius sedap. juga dari kelantan.  100g hanya RM6. murah kan. :)


bangteh: dy sekarang jadi tokey ikan bakar dekat Gerai Ikan Bakar Tok Wan@ Mentari Court. ni pon murah jugak tak silap. harga antara RM6-RM8 seekor ikan.  idea asal ialah daripada  k.lang yg mmg sgt berbakat dalam masak memasak ni.. promote la kat kawan2 suruh dtg tau.
ikan talapia bakar.



hah.tu je la kot. skg ni aku suka sgt buat entry panjang panjang kan? dah buang tebiat kot.
eh, korang,boleh tak kalau nak update entry yg dah lapuk? heheh. takboleh? oke.bye!


thanks for reading this entry!!!




Monday, June 6, 2011

ohsem kertu's day.

assalamualaikum..

aku tahu malam ni org ramai duk kalut sebok post pasal PIALA FA. dan sebab tu ah aku malas nak cita pasal tu. buka je mana belog bloggers lain,mesti update pasal terengganu menang dan kelantan kalah. terengganu dua dan kelantan satu. dua gol milik terengganu telah disumbangkan oleh pemain kelantan.blablabla. aku tatau nak sokong mana sebenarnya. sbb aku pernah bersekolah di kelantan dan terengganu. jadi paling mudah, aku sokong keduadua pasukan. * taktik takmo carik gadoh. ok.lari topik dari tajuk entry sudah.hehe. ok! fullstop.

 aku nak story about, my kertu's day yg dicelebrate oleh encik boyfie.post ni pon dah lama tersimpan dalam draft tak teredit.ni ada masa tu yg aku update tu.
nenenenenenene...tararrarara.. 

1.2.3. START!!

dari dulu aku dah cakap,aku ni bukan materialistic sangat pon. aku tak kesah kalau takdapat pape pon.aku pon da selalu sgt pesan kan,kalau ada duit tu simpan. takpayah membazir nak beli itu ini. membazir tu kan amalan syaitan yg direjam.

semalam kan masa mulamula aku masok kete lagi aku dah terkejut.*eh, mamat ni letak kotak ni kat seat aku apa de hal? taknak bagi aku duduk ke hapa? dan tetiba. *nah untuk syg. aku pon dengan huh.hah.heh. kemain terkejut.bukan terkejut sbb hepi ke hapa.tapi terkejut sbb *aih budak ni tak dengar kata.buat abeh air liur aku je membebel sana sini pasal pembaziran. -hanya monolog dalaman.

 



ce teka apa yg ada kat dalam ni.
dan aku terus membebel bla.bla.bla start dari umah sewa sampai ke ipoh parade. disamping ucapkan ribuan bebanyak terima kasih atas pemberian dia itu. *tu lah sapa suh tak dengar kata kan.

then bila dah sampai kat ipoh parade, boleh pulak dy tanya.ni nak mkn kat mana ni. macam biasa; manamana je asalkan perut kenyang.fine. aku start jawab camtu bilamana masa birthday aku tahun lepas dy penah tanya aku soalan yg sama.
....................
kekasih: syg nak mkn katmana?
aku: nak makan kat kedai mamak.
kekasih: betul ni nak makan kat sana je?
aku: betul la.bab makan mana penah memain kan.
kekasih: takpayah la makan kat sana,carik tempat lain.
aku: laaaa.pulak dah. memana je lah.
kekasih: katmana?jj nak?
aku: jj? erk...*sempat ke ni nk makan kat jj,dah la abah nak mai amek kejap lagi.siryess risau.
yela,dulu aku soroksorok bercintan cintun ni. sekarang pon sorok sorok jugak,tapi dah terangterang sikitsikit.hehe
....................

dia pon bawak la aku ke kenny rogers Ipoh parade. knp kenny? sbb dy cakap aku suka makan ayam. dan betul.ayam dy sedap.aku suka. tapi kalau dy bawak aku gi makan ayam goreng yg dy masak lagi sedap kot.
takpon,bagi aku makan Char Kuey Teow buatan dia sendiri.
awww.mesti macam romantik kan.hehe.pasan.
ohh ye, lupa nak cakap,dy ni master tau bab masak CKT tu.sumpah ohsem..dah boleh bukak gerai dah! :P


set aku:
Quarter Meal  - Smoked BBQ *sohdap giler.pandai aku pilih. =B
Roasted ¼ chicken with 3 side dishes & 1 Kenny’s Home-made Muffin. 

aku ingat kan kentang ni sedap.tapi,tawor je lebih.
set boyfie:
Quarter Meal - Original punya sos!
Roasted ¼ chicken with 3 side dishes & 1 Kenny’s Home-made Muffin.
dy amek pasta tu sbb aku yg nak tau.hehe. maaf syg.
Our Freshen-up :
Iced Vanilla Caffè Latte - boyfie
Four Seasons Fizzy (Summer) - aku

duadua sodap. nyummy!


dan lepas tu masa nak balik dah, boleh pulak dy tanya; taknak sambut beday dengan kengkawan ke darl?
ohmaiAllah. takpenah terpikir pon nak sambut tau! yg derang celebrate kat sini  pon dah teruja okey!

tapi ruparupanya dy dah suruh emak dy buat beday cake tuk aku.very surprised me tahu!! ruparupanya dy tanya tu sbb nak berbasibasi.haih.

blueberry cheese cake form his mom. lazat!
aku potong cake tu dalam kereta tau.ye lah,nak bagi la jugak encik boyfie ni makan kan.rugi tau kalau mak sendiri yg buat,tapi kita tak makan.lebihlebih lagi cake sedap camni.untung betul aku dapat bakal mak mertua pandai buat cake.rugi betul bakal mak mertua dapat bakal menantu tak reti masak. =.='
neway,thank you sayang. :) you make me melted. :))

tehehehe.naknaknak?takboleh!
now dah betulbetul pepagi buta ni. it's 2.40am already. argggh.so sleepy.bye!

Jaga diri hiasi peribadi. =)

thanks for reading this entry!!

Sunday, June 5, 2011

JANGAN ketemu UPIN IPIN di ipoh. :)

assalamualaikum..

ni first time aku pi karnival cartoon.Karnival Upin & Ipin ni derang buat sekali dengan Karnival ICT Perak di bawah penganjuran K-Perak dekat Stadium Indera Mulia,Ipoh, Perak. aku,encik kekasih dan tiga orang adik perempuan beliau turut ikut serta. weee :D

tapi siryess aku cakap takk best. memang ah mulamula tu aku mmg beriya-iya nak pi kan. tapi bila dah sampai, org ramai,bersesak-sesak tapi takde apa pon yg boleh dijadikan kenangan manis.kesian aku dan budakbudak yg lain,terpaksa berusaha menghiburkan diri sendiri. sobs sobs.

aku ingatkan bila pi sini boleh ah jumpa maskot upin ipin kan.amek gambar pastu tunjuk kat hadif umar ng aisy. tapi hampeh betul sbb nk bergambr kenangan ngan maskot punyalah susah...
masa maskot upin dan ipin muncul naik ke pentas,aku punyalah eksited tgk derang atas harapan dapat la kan snap 1-2 gambar aku,mereka  dengan maskot tapi ngeng nya bila kru membuat pengumuman perlu mendapatkan tiket RM10 dan terhad pula untuk 50 tiket je dan 30tiket dah terjual Kena bayar RM10 (tangkap foto POLAROID jek..).what the ....?
 kalau derang letak banyak maskot kat tempat tempat yg berlainan kan best.takde lah nk  rebutrebut beratur panjang nk kena bergambar ng maskot kan?

ni tidak. bayar RM5 tuk dewasa dan RM1 tuk kanakkanak hanya untuk tgk RUMAH OPAH sahaja!! *even bukan aku yg bayar,tetap tak berbaloi.  pastu, rumah opah tu pulak dah la taksama langsung macam rumah opah dalam tv. baik aku ajak mereka datang kampung aku lagi bagus. lagi sebijik macam rumah opah upin ipin tu haa. T____T

khemah pulak memang banyak,tapi penuh dengan kereta.dah jadi tempat parking kereta pon ada dah.hahaha.apa punya management tah.tak bagus lgsg.
tadi pon tak sempat nak pi booth AYUNAR  sbb taklarat dah berpanas terik kat situ.


snap gambor ng bunting upin ipin pon jadi ler.

mereka.
beliau; encik kekasih.

gambar upin ipinlagi cutelah!

gila.mata lebam sbb nanges takdapat amek gmbar dgn maskot.

comel lukisan ni. jgn terpedaya. ni lukisan print out je.
pink.pink.pink.pink

barang-barang yg bercop upin ipin pulak mmg mahal gila babun.sumpah mmg la aku takkan beli la kan. paling murah pon RM4 something tu pon komik upin ipin je. yg lain macam termos kopi yg rm 5 jadi rm10l.. mahal.betul mahal.RM50 beg upin ipin.mahal lah.aku tahu tu original dari production korang, tapi mahal lah! ye,aku mmg kedekut sikit bab ni. kalau mahal dan berkualiti takpe jugak kan.tapi barang korang belom tentu berkualiti.maaf.
tak caya korang pi lah tgk. maaf umar hadif aisy, acik takbelikan pape. tak mampu tahu. tssk.

RM40.aku taknak beli.aku nak bergambar je.heheh
apa yg aku rasa, management derang cekik darah sebab pembinaan taman tema upin ipin tu  dianggarkan menelan kos sebanyak RM200 juta.byk kot.. membazir!! tak caya? aihh.suka hati korang lah eh.
sumber: utusan

pegi upin ipin mmg takbest.tapi pi dating dengan mereka best! 
w/p malumalu kucing gatal kan. eh,eh, malumalu tu haruslah ada kan? perisai org beriman katanya.teehee..

then pi lunch kat pizza hut.pastu ingat nak p main bowling kat ipoh parade..tapi dah fullhouse pulak.apalagi.balik jelah kan. kang lewat pulak solat zuhor.heheh.. okey bye.nak buat asessment!

thanks for reading this entry!!

nf