Thursday, April 4, 2013

MAKAN - Cupcake Chapter

assalamualaikum...



Yeay, bertemu lagi dalam rancang JalanJalanCari Makan verci Cik Anni.
Kenapa Cik Anni? Sebab Izzul anak buahku lah yg bagi. Tadi call mak nak cakap dgn Izzul, pastu Izzul... "Cik Anni uat ape tuu" Daripada nama elok elok Haswani, orang panggil Wani. Pastu dapat kat si Zahra anak buah dia panggil Cik Ani. sekarang dgn Izzul pulak Cik Anni. Sobbs. Belum lagi dengan si Samy cleaner Indian tu. Dia panggi aku Vanni teruih. Melekat nama India tu dekat aku. Nak nangeh ah camni!


Back to Jalan Jalan Cari Makan kita. Harini nak review pasal Cupcake Chapter. Sebuah restoren cupcake yg English style dia punya interior design. Milik orang melayu. Tapi superrb kot dia punya restoran. Highly recomended datang makan kat sini.



Tengok dia punya kedai pun rasa macam dah tak sabar nak order makan! Yeay.






Are you ready to drooling?






















 
Pan Barbequed Lamb Shoulder Rm 26.90
 
Sedap,Aki order yang ni. Mana aku tahu sedap?Sebab Kambing, my favourite tu.. Mestilah sebab Aki yg suapkan! haha. Kiterang mmg dah plan nak amik menu yg asing asing. Biar sama sama dapat rasa. So romantic kan. Pakwe Aki,sila jangan jelous tau! Haha.

 
Honey and Lemon Herbed Chicken  Rm19.90
 
Yang ni mestilah Acik Anni yang punya. So review mestilah banyak sikit. Sedap. Bak kata Wahid Senario, marvellous! dia pny brocolli rangup,siap keluarkan bunyi krup,krap,krup lagi masa kunyah. sayurnya segar sangat. Marsh potatonya pon sedap. Sedap sikit dari mash potato Kepci punya. Ayam nya empuk, masak betul masak. sedap lah untuk lidah aku ni.

 
Chapter's Chicken Cordon Bleu Rm22.90
Maaf sesangat,gambar takcantik. Tangan dah start menggigil sbb tak sabar nak makan ni haa. Menu ni si Fatihah Jamil yg punya. Sedap.Sedap.Sedappppppppppppp.
 

 
Arghhhh. Sodap lak ai air cuppocino ni. Memang den toringat ingat. Meleleh air liur den ni haa masa menaip pasal air ni. Manis,pahitnya, cukup semua rasa. Memang JalanJalanCariMakan TV3 kena datang sini hoiii.
 

 
Perut kiterang macam dah full sangat. Nak sumbat air yg sedap ni pon macam dah takde space dah. Pastu Aki cakap boleh tapau. Barista kat situ pon sporting habes. Almaklum, customer nya pun barista kat situ jugak. Mestilah layanan first class kan. Ahaks.
 
 
Menu Thirst Quencher 
 
 

What's cooking here?


Aki,thanks sebab belanja aku ng Teah datang makan kat sini. Patutlah semuanya sedap kan,ada orang belanja. Haha.
ThanksThanksThanks.



To anyone yg nak rasa makanan kat sini, bolehlah datang dekat alamat kat bawah ni ye. Gerenti puas hati!

Alamat nya
15,Ground Floor, UKAY Boulevard, Middle Ring Road 2,
,Hulu Kelang, Ampang, 68000 Selangor, Malaysia.


 



  thank you for reading my entry!!

No comments:

nf