Showing posts with label belaja unikl. Show all posts
Showing posts with label belaja unikl. Show all posts

Friday, October 4, 2013

Im officially diploma holder.

assalamualaikum...

Tanggal 22 September 2013 sudah lepas. Maknanya majlis konvokesyen saya yang berlangsung di PICC,Putrajaya telah berlalu dengan jayanya. Jom say Yay!

Alhamdulillah. Dapat jugak sekeping diploma. Walaupun hanya diploma yg orang dah takpandang sangat ni. Alhamdulillah. Saya tetap ada diploma. Syukur.

Majlis konvokesyen.
I had fun. I don't think I can describe that feeling.

Memang hanya diploma. Tapi dengan diploma inilah saya dapat kerja dan kerja dengan stress. Happy bila dapat pegang duit sendiri. Happy bila dah boleh bagi mak abah duit belanja walaupun tak banyak. Alhamdulillah.

InshaAllah, dengan diploma inilah, saya akan berusaha gigih, untuk mendapat pendidikan yg lebih tinggi, yang lebih sesuai dengan minat dan cita cita baru saya. Amiin. Moga dipermudahkan.


Gambar tak berapa banyak sbb sessi saya sessi petang. Bila keluar dewan pukul 5.30ptg, parents dan family dah lapar dan nak tunaikan kewajipan solat Asar. Makanya. Adalah beberapa keping gambar untuk tatapan pembaca sekalian.





































Terima kasih abah sebab marah bila pointer jatuh. Marah bila nk cuti balik kampung konon konon mc. Terima kasih. Wani tau abah boss yg berdedikasi. Taksuka anakanaknya ponteng kuliah.

Terima kasih mak selalu backup wani. Takkisah pointer tinggi atau rendah. 'Oklah tu pointer kau. Asalkan kau bersyukur' Terima kasih sebab selalu bagi wani bekal utk seminggu bila wani nak pulang ke Ipoh balik. 

Terima kasih kemba sebab datang konvo aku. Terima kasih jugak sebab selalu topup belanja masa aku belajar. Terima kasih untuk bunga tu kak. Terima kasih dik sebab kenalkan aku dengan Shaklee.

Terima kasih Along Angah Alang Kaksu Abang Abang ipar sebab banyak sangat tolong masa belajar dulu. Dari segi kewangan, nasihat, support, hiburan, semuanya. Ukhwah fillah. Berasa beruntung berada dalam keluarga yg besar ini. Syukur.

Terima kasih sayang sbb sentiasa ada tika wani dalam perjuangan diploma. Walau jauh,kau tetap dekat. Telefon kan ada. hehe. Kata kata sentiasa positif kau tanpa ada negatif sedikitpun selalu buat aku berfikiran positif. Terima kasih. Tiga tahun aku menempuh cabaran untuk mendapatkan diploma ini. Tiga tahun jugaklah aku mengenali kau. Harap kau tak marah sebab aku gunakan 'aku' yang kau anggap kasar itu.  
Okey,gurau saja sayang. wani cuma nak berbahasa. haha













next entry pasal gambar pre-convocation pulak ehh.


  thank you for reading my entry!!

Friday, November 18, 2011

byebye perak.hello penang. :)

assalamualaikum...

hai.selamat singgah ke entry terlatest aku ni. selamat mengepost entry jugak kpd aku.
iye.aku mengaku aku mmg dah lama gila takpost apaapa dekat belog kesayangan ramai ni.*chewah.berangan je kesayangan.


sbb nya, aku dah terminate broadband aku since october yg lalu.ini semua kononnya disebabkan exam week yg baru je berakhir pada selasa yg lepas. tapi kononnya je lah kan.kononnya taknak online sbb nak stdy.kononnya.konannya itu dan kononnya ini.padahal.isssh,hanya aku dan kawankawan yg tahu apa yg aku buat tanpa broadband ni.ahaks. 


fyi,weekend ni last aku ada kat ipoh ni..pasni takdak dah eh. nak tahu tak?nak?taknak? aku duli apa kan? next year,aku dapat praktikal kat penang tahu tak.penang tuu.kpd staff farmasi kat HOSPITAL SEBERANG JAYA,nantikan kemunculan si dara pingitan HASWANI SAMILAN kat situ yawww!


tapi tu lah.penang tu macam jauh sangat la.apesalah si rcmp takhantar bebudak praktikal cam kiterang ni kat n9 ke.melaka ke.kalau kat selangor pon dah cukup baik dah. dekat skit kalau aku nak balik kg kan. haish.
ni tidak.utara-selatan tu.jauh woooh!!


rumah sewa lagi satu hal.aku dok sibuk ah google sana sini mesej kol tanya sesapa pasal umah sewa yg dekat area HSJ tu.tapi hampeh. tu full.ini unavailable. sana mahal.sini lagi mahal. pening kepala aku. nak pi  penang carik sendiri umah/bilik sewa kat sana mmg tak ah kan. takda masa ouh..


so,kpd sesapa yg duduk seberang jaya sanun yg tahu pasal umah sewa yg murahmurah.takpon bilik pon jadik ah. bagitahu aku ye.thanks. :)


okelah.dah nama pon pinjam broadband org kan.mesti ah takboleh guna lamalama kan? takat ni je lah yg aku boleh tulis pon. nak aku update entry lainlain?tggu januari 2012 tau. oke.bye!


nah sini aku bg gambar selama mana yg aku tak update.karangan panjang lain kali okeh.aku bg gambar je. untuk tatapan readers terchenta tak hengat.hahah. 

tuttfrutt.nyummy,1st time aku makan.so jakun sikit.

ye.bila bab makan mmg kena serah dekat aku.*Shabu-shabu restoran

last day hangout dgn rakanrakan tersayangs.*JJ ipoh

kenduri kawen kazen. *klebang,ipoh

juga kenduri kawen kazen. *kg.serting ulu

shopping raya  idul fitri.bukan idul adha.

 nak baca kenangan suka suki aku sepanjang kat rcmp ni,boleh baca kat sini hokey!! :)

  thank you for reading my entry!!

Monday, July 18, 2011

semester empat

assalamualaikum...

tadi aku daftar utk sem baru.sem empat dah. yuran pendaftaran je dah RM510 .
mahal okey.aku nasihatkan para adikadik kat luar sana kalau taknak belajar pandaipandai sila jangan masuk uni swasta. takberbaloi aku rasa bayar mahalmahal tapi belajar sambil lewa.
aku tak ready untuk daftar pagi tadi.
tapi mulai esok,dah start kelas belajar,aku akan berusaha untuk readykan diri aku terima menda baru.
InsyaAllah.

ouh ye. housemate aku sekarang ni tinggal 7orang je. itu bermakna sewa rumah untuk bulan julai ni sudah meningkat ke RM170.juga sangat mahal . perlukan seorang lagi housemate untuk kembalikan rent rate kepada harga normal. so,pleasepleaseplease sesiapa  student unikl rcmp yg hendak mencari rumah sewa, anda sangatsangat dialualukan untuk menjadi salah seorang daripada ahli kami. PEREMPUAN sahaja tau. sapa nak,boleh pm saya dekat fb ataupon komen dalam entry ni .tq




thank you for reading my entry!!

Sunday, May 15, 2011

Cara-cara menjadi couple yang bosan tahap gaban di FB

assalamualaikum..

Anda merupakan salah seorang daripada berjuta rakyat Malaysia yang hangat bercouple tapi belum tentu kahwin dan ingin berkasih-sayang sambil menunjukkan perangai-perangai yang membosankan? Jika ya, marilah kita lihat bagaimana ghopenye anda boleh mencapai tahap sedemikian di facebook.
1) Update status hanyalah mengenai si dia
Ini perkara paling basic yang anda boleh aplikasikan. Status anda bukan mengenai anda, semuanya mengenai si dia. Status anda biar kalah status dia.
"Besi kat gigi dah cabut.yeayy dah cun gila sekarang"  -status dia-
"Harini sayam I pegi cabut besi kat gigi die,shian die shakit-shakit tak boleh makan aiskrim. Baru ingat nak bagi asikrim coklat kat die..huuu"  -status anda-
 
aku rasa,aku tak penah post cenggini kat FB kan? kalau dalam belog pon sipisipi je. tak nak lah kan nk show off sgt.. nanti ramai org jeles ngan hubungan kiterang yg sgt romantis ni pulak. *sila muntah sekarang :P

2) Bahasa yang digunakan ialah bahasa "cinta"
Setiap komen anda bersama si dia gunakan bahasa cinta yang sangat comel lagi menggedikkan seperti sayam abam, kiteww iteww dan lain-lain. Kalau guna bahasa biasa-biasa sahaja, macam main komen dengan membe la pulak kan. Tak bermanja tak berkasih-sayang la kan...
 
 uikk. apa kiteww iteww tu? ni mmg aku rasa sangat nak kutuk ngumpatngumpat buat tambah dosa lah. membazir masa je nak type hurup W banyak.banyak kali.. tak kuasa aku.pakai ejaan biasa je sudah.lagi manis,aku rasa.
3) Gambaq anda profile pic dia, gambaq dia profile pic anda
Biar orang semua kepeningan tengok nama jantan, gambaq perempuan. Nama perempuan, gambaq jantan. Setakat gambaq berduaan tu gaya lama beb... kurang menunjukkan hangpa punya kasih sayang. 
 
haaa.yg ni memang kazen aku si azmer muhiddin tu buat dalam profile pic dy.sampai pening aku dibuatnya. tapi dy takpelah kot. dy tinggal nak kumpul duit tuk kawen je haa.. kalau korang?belajar pon tak abes lagi.dah pandai bercinta. -ayat angah aku- 
kalau aku,penah ke tak?penah ke tak haa?lupa doe.kalau gambar berdua tu penah la kot. :P  aku pon tak abes belajar lagi ni. >.<
4) Aktiviti 3 dalam 1
Berbalas komen, berchatting dan bermain poke-poke dalam masa yang sama. Nak bonus lagi, sambil tu jugak ber-webcam dan berbalas mesej di telefon. Jadi 5 dalam 1. Oh indah sungguh kasih sayang sebegitu...
sumpah.takpenah lah 5 dalam 1 ni.2 dalam 1 pon selalu je fail,ni kan pulak 5 dalam 1. kalau aku berFB,memang tak lah kan nk bersms. takpandai lah nak bahagi masa dgn nk bls msg nya.nak berwebcam nya. nak berpoke nya dalam masa yg sama. eh yg POKE tu memang tak penah langsung kot. selalu terkantoi online adalah.mana taknya,kata belajar,tapi tgh online+ update belog.sadis. T__T
5) Tag si dia di mana-mana sahaja
Sedang anda berbalas komen dengan membe, tag lah si dia sekali ajak join berkomen. Setiap gambar anda dalam album rakan-rakan, tang muka anda tu bukan tag nama anda tapi tag nama marka anda. Lagi sekali orang kepeningan.. gambaq jantan, nama perempuan. Gambaq perempuan, nama jantan.
aah kan? macam dah lama je tak tag dy dalam post.dalam album kawan. eh,eh,lupa pulak.aku memang privatekan gambargambar aku yg ditagged untuk tontonan umum. segan ok.aku bukannya hot sgt pon nak tag dy suh tgk sume gambar aku..
6) Sehari satu video lagu cinta
Pastikan anda tidak terlepas untuk post atau share 1 video cinta setiap hari kepada kesayangan anda. Kalau terlepas nanti kuranglah kasih-sayang antara satu sama lain..
haha.aku takrajin lah nk carik video, bikin broadband aku cepat sampai dy punya limit je!! aku pon bknnya suka sgt pon dgr lagulagu ni. melainkan lagulagu lama je ok.lagu  KEKASIHku di MENARA GADING. best kan?? berkasih sayang senyapsenyap je sudah.takde ahh nmpk sangat jeliknya sampai kena ngumpat lagi kan?
7) Facebook anda juga facebook si dia
Biasalah, tak puas ada 1 akaun mintak jaa pasword facebook marka anda. Dah jadi dua akaun kan? Kalau marka anda jenis ada akaun sampai I, II, III dan  XVVVIIIVVVIIIIII, perhh seronoklah anda ada banyak betul akaun facebook.
erk..no komen. tapi acc FB aku mmg ada dua kan? dua ke tiga ek? lupa pulak. hehe. :P:P
8) Untuk mencapai tahap kebosanan maksimum, dalam hati anda sekarang bolehlah sumpah seranah gila babas terhadap aku.(budak bukan sebarang budak)
"Kapel itu bagus lah. Menambahkan kebosanan orang lain"
"Eiyh suka hati aku lah nak kapel-kapel, tak cukup kasih sayang la tuu!".. 
"Eleh mamat ni gebang kencang, mencik lah! nak pergi repot dekat abam".. 
"Alah jeles la tu tak boleh membosankan diri di facebook macam I yang berkapel ni"
"Long live kapel! Long live kapel!"
 
*ni entry copy cat dari belog budak bukan sebarang budak.harap maklom. 
kalau nak kutuk kutuk dy tau.bukan kutuk aku.hehee. :P
 
kami yg biasabiasa saja. :)

thank you for reading this entry!!

Sunday, May 8, 2011

Antara berjuta, dia yang teristimewa.



assalamualaikum..

 walaupon aku tahu yg mak aku tak penah baca belog aku,aku tetap nak buat entry ni.almaklom.posmen
anak-anak emak kan ramai.. :)

tahun ini,sambutan Hari Ibu adalah pada 8 mei 2011 iaitu hari ahad (hari ini) . So,dengan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua yang bergelar mak/ibu/mama/umi.
kpd kakak-kakak ku yg telah bergelar seorang ibu,turut aku ucapkan selamat hari ibu. dan yg mana masih dalam proses untuk bergelar seorang ibu, aku ucapkan semoga cepat-cepat dapat anak! :P
Especially kepada emak yang tercinta!happy mother's day. I love you mak!



emak dan haswani samilan yg cun. :P
sumpah.mak memang best giler. .w/p emak sekarang busy dengan jaga uwan yg tengah sakit tu.emak masih boleh menjaga dik kemba yg dalam pantang.HEBAT!!memang tak kenal erti penat.
masa aku balik kg haritu, mak masak banyak jenis makanan.
makanan untuk org berpantang.-dik kemba
makanan untuk org yg sakit.-uwan
makanan untuk family.
*aku selalu curik2 makan makanan untuk org berpantang tu.sedap ouh.ikan haruan tu..
emak da uwan.
 zaman sekarang ni susah nak cari anak yg boleh jaga makan pakai emak sendiri.apatah lagi nak basuhkan kencing berak derang. tapi emak HEBAT.emak sanggup buat sume tu.
seorang ibu boleh menjaga sepuloh orang anak.sepuloh org anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.kan?
emak ada sepuloh org anak.InsyaAllah,sepuloh org anak inilah yg akan menjaga emak.  :)


mak dan abah tercinta.
 emak best. bilamana angah suh mak masakkan ayam kampung masak lemak cili api untuk bawak balik batu pahat,emak masakkan.bila aku suh emak masakkan ayam sambal untuk bawak balik ipoh pon mak masakkan.aku suka masakan emak.emak sgt kreatif.
tak perlu buku resepi,mak campakcampak bahan rempahratus pon totap sodap.
aku suka ikan bilis goreng yg emak buatkan untuk dik kemba aritu.ada kunyit,halia,ntah apa lah lagi.aku pon tatau.tapi yg pasti sedap betul.aku rasa aku yg ratah bagi abes,padahal itu makanan org berpantang.

izzul comey.
 si izzul hafiy ni pon mak jaga jugak.alala comel betul aku tgk dy ni.rasa nak cubit-cubit pipi tu..izzul dah boleh nmpk ke belum syg?rasanya ni first cucu yg emak jaga masa anaknya dlm pantang.

ok..jasa n pengorbanan mak terlalu banyak tak mampu nak ceritakan sume nya..terlalu banyak hingga tak terkira dan tak terbayar.kalau tulis sume kat sini memang takkan abes la kan.entry ni pon update lajulaju sebab kejar masa nak tido.esok nak bangun awal untuk study.

Thanks emak and abah, for giving me a life that you never had.terima kasih untuk segalanya.
Tiada lagu dapat menggambarkan sayang ini pada emak.tiada kata dapat ditulis demi kasih ini pada emak.
 

Antara berjuta, dia yang teristimewa.
Selamat Hari Ibu kepada semua yang bergelar ibu.
Mother's Day is not only for today.but everyday is Mother's Day


thanks for reading this entry!




Saturday, May 7, 2011

unikl 6: Royal College of Medicine Perak.

assalamualaikum...

hye.terlebih dahulu aku ingin memberitahu bahawasanya entry ini adalah entry request daripada encik anonymous ye.terima kasih kepada beliau aww aww!!


disebabkan aku pon salah seorang student yg menimba ilmu dekat sini,tak salah kan kalau aku sendiri pon berkongsi pandangan mengenai  UniKL RCMP ni dekat kalian-kalian.

Background of RCMP

Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine, Perak offers high quality programmes in areas of Medicine and Allied Health Science. In ensuring that its courses are relevant to the health industry, UniKL RCMP is working very closely with the local hospitals in providing the opportunity for its graduates to experience practical training throughout their acquisition of knowledge and skills.

foundation buat kat situ jgak kan?
setahu aku kan,foundation takde dekat sini.itu setahu aku lah.pls correct me if im wrong.mungkin foundation yg anda maksudkan adalah foundation kat KMKN kot...kan?

bley upload post pasal the environment?
ni  tgh berusaha lah ni.maaf lambat.busy dgn exam.sabar tau.belajar kat sini memang best.siryes best.memang tak tipu. kalau first time korang datang sini,mesti korang akan ingat sini bangunan mahkamah.siryes.tak percaya?datang ah tgk.
gmbar kat bawah ni sedikitlah fasal rcmp ni.

yg beruniform ni bebudak farmasi.

the study?the lecturer?
memandangkan aku student farmasi,aku hanya tahu pasal kos farmasi jelah. untuk bebudak medik,nursing,radiografi dan fisioterapi memang lah aku tatau.
oh ye.bebudak nursing dengan fisio,derang belajar kolej lain.student medik,farmasi ng radio je yg study kat sini.
kalau lecturer farmasi,memang lah best kan.sgt baik dan memahami para student.

accommodation?
rcmp ni memang la ada sediakan asrama untuk student derang.asrama nya ada kat Klebang Jaya, Kledang Emas,Ampang dan Sungai Rapat.dulu saya stay kat asrama Ampang untuk satu semester je lah.pastu pegi kolej dengan bas.juga disediakan.
setahu den,derang provide asrama ni untuk bebudak KKM dan bebudak sem satu je. bila masuk je sem dua, pepandai ah korang carik umah sewa sendiri.
tapi jangan ah risau.kat kolej nanti memang banyak lah iklan umah sewa. tak pon,mesti ada punya senior yg offer korang jadi housemate derang.umah sewa yg terdekat pon dalam 10minit je jalan kaki.

umah sewa saya  july ni ada dua kekosongan,any girls yg nak stay dgn saya dipersilakan.. :) ecece,buat iklan pulak kat sini.

lagi fasal asrama---->sini.

FIBS stil available in 2011 right?
what is FIBS? what is that dear? what i noe is degree of pharmacy may be available in  rcmp on September.
another else,for sure i dont know. sorry. 

apa yg takbest dekat sini.
 kat sini takde padang.semata-mata bangunan je.sapa-sapa yg aktif main bola ke,netball ke basketball atau pape yg menggunakan padang,korang memang kena pegi taman permainan.takpon pi main kat stadium ipoh.oke tu je.

first sekali,maaflah ye anonymous yg tanya soalan ni.sebab lambat buat post pasal ni.ni pon terpaksa curik masa study. terharu takkk?sila terharu sekarang!  :P
pastu kan,kalau ada pape soalan pasal rcmp lagi kan, ape kata korang pegi dekat badge fb aku tu,klik situ dan pm je aku.ok?tak pon pakai formspring.
lagi la cepat aku boleh reply questions korang tu.kesian korang terpaksa tunggu aku buat entry sbb nak tau pasal rcmp.

macam kat bawah ni ha.
 from fb.

suweet sgt puan ni dekat anak dy.time aku dulu,sume apply sendiri tau.berdikari katakan.:P
SELAMAT HARI IBU puan!

from formspring.

for more information about RCMP : in this site

ok.nak study untuk pharm microb pulak.exam isnin ni.tsssk.
Drug n society- wednesday.
DDS 2 theory -thursday.
wish me luck!!

thank you for reading my entry!!

Wednesday, April 27, 2011

unikl 5: FINAL EXAM.

assalamualaikum...

lamanya tak update belog.maaf.busy sikit.
almaklum nak final exam sudah.
ouh,bukan nak,tapi esok ye final examnya..berdebar,bergetar,ber.ber.ber.sume ada ni haa!

DRUG DELIVERY SYSTEM 2 (lab) grrr...sgt menakutkan.
subject ni ada four creadit hours..so,wajib score A untuknya. chaiyook.chaiyook.
bila dah tambah tolak darab bahagi kan, aku sangat perlukan GPA 3.7 untuk sem ni dan every three sem yg akan datang.

KENAPA?
sebab hanya dengan GPA 3.7 every sem ni lahh yg akan buatkan aku dapat habiskan diploma in pharmacy ini dgn CGPA 3.5above.

CGPA 3.5 hanyalah supaya melepasi tahap yg diwajibkan pihak MARA agar dapat discount 90% dari pinjaman yg diberikan. kalau aku takdapat dean list dip ni memang naya ah.. 52k weyh,mana aku nak cekau duit bayar hutang piutang nihh.tssssk

SEDIH!!!
patutnya kena CGPA 3.8 above untuk sambung degree in  pharmacy dekat malaysia ni.tapi nak buat camna.aku kena berusaha sehabis baik dulu lah. dan kalau memang universiti kat malaysia ni memang takmo terima org malaysia macam aku ni kan. apekan daya, terpaksa lah aku jadi pendatang merempat pi negara orang lain.sediih kan?

neway,rakan-rakan.sahabat handai.rakan taulan.sedara mara.ibu bapak.disini gue ingin memohon beribu-riban ampoon dan maaf kepada korang sume tau. aku memang nampak je macam org tak sedor diri..tapi dalam hati ada taman beb. dan segala orang yang terkena panahan laser aku tu pon aku nak mintak maap jugak lah. aku laserlaser pon sebab nak bg korang sedor diri jugak.kita ini sama-sama diperbuat dari tanah.kita hidup atas dunia ni memang lah berbeza-beza harta,pangkat,keturunan.tapi kat akhirat sana,amal ibadat je yg nentukan perbezaan kita semua.

ok,disini saya mengharapkan agar rakan-rakan.sahabat handai.rakan taulan.sedara mara.ibu bapak dapatlah mendoakan saya agar dapat menjawab soalan FINAL EXAM ini dengan hati yg tenang dan dengan jayanya.. AMIN


thank you for reading my entry!!

Wednesday, April 13, 2011

alhamdulillah. baby baru.

assalamualaikum...


ouh.lama sungguh tak update belog..sangat busy lah skg ni.
tambahtambah dengan line berukband yg sgt lambat.hilang mood nak update belog.
lagi-lagi bila final tak sampai pon dua minggu lagi.. arrrgh.rasa sangat stress..
stress? how come haswani samilan boleh stress?mana taknya.nota study masih sepahsepah.tu memang tak boleh elak lah kan. tapi kan kengkawan. dalam kebizian tu pon kan.boleh pulak aku tuptup dapat baby.baby bukan sebarang baby tau. tapi baby yg kelima untuk generasi kedua keluarga samilan kastami.
hooyehhh.
kali ni, masih baby boy lagi.maksudnya sekarang anak-anak buahku ada tiga boboy dan dua gugurl. sgt best bukan?korang jangan jeles tau.

okeyh.sekarang kita kenalkan pulak ibu dan bapa baby boy tu okeyh. ibunya bernama yuzaine samilan.dan bapanya khairul hisam abd ghani.si ibu pon ada belog jugak tau.ni belog dia. mungkin lepas ni dia akan kerap mengupdate belognya menceritakan perihal si baby.

ibu dan bapa.



si baby boy selamat dilahirkan  dengan berat 3.3kg..nama baby belom ada lagi.sebab dia masih baru lahir. baby boy punya surat beranak pon takdop lagi.tsssk.  apa yg aku melalut ni. .
tapi yg pasti, baby boy sangat comell.rasa nak peluk ciom dia sekarang jugak.
sgt taksabar nak balik kampung.tgk baby boy.dan makan DURIAN.yeyeeeeh.

muka baby ikut ibu ke bapanya?
apa yg best pasal kisah baby boy masa dalam perut ialah...tiap kali si ibu dan bapanya mahu berpisah(perkahwinan jarak jauh.ibu di batu pahat.bapa di pajam). si bapa pasti muntah.taktahu kenapa. terbalikk kan?
mungkin agak pelik.tapi bagi saya,itu agak kelakar.


setia menanti untuk anak buah yg seterusnya. :P

  thank you for reading my entry!!

Friday, March 25, 2011

selamat pengantin baru abah dan anak.

assalamualaikum...

PERHATIANNN: ini kesah lama pada 12hb march  dan baru 
dipublishkan pada hari ini,25march.terima kasih.




ini bukan kisah abah saya yg bernama samilan kastami.
tapi ini kisah abah kami yg bernama hj.sufian.
beliau adalah 'abah' bagi student diploma farmasi Unikl RCMP.mengapa beliau dipanggil abah?
mungkin kerana beliau memang ABAH kpd anakanak beliau atau sikapnya terhadap kami sama seperti seorang ABAH.


abah telah menjemput kami ke majlis perkahwinan anaknya.yey!! makan nasi orang kawen.besttt sgt!!!
gambargambar dibawah merupakan sebahagian gambar yg diambil pada waktu tersebut.

tuan rumah.abah dan org rumahnya.
 inilah dia abah yang aku maksudkan itu.muda lagi tak?abah sgt baik sebab dy bg extra marks utk DDS2 kat aku..weeee..

hasil kacukan melayu pakistan dan india.ssuuweeet kan muka budak ni.
 anak kak famee.cute kan? tapi malangnya,sgt susah nak dengar sebutir perkataan dari mulutnya.pemalu kata kak famee.


hensem boy.kecikkecik dah pandai mencari publisiti ye.
 saya tak kenal siapa budak comel ini.yg pasti dy sgt comel dan pandai mengambil kesempatan utk gambarnya diambil.
yeeeah.kami bersamasama mempelai. :)
 pengantin  perempuan kecil molek sangat cantik.tahu tak apa present kami untuk derang? its a BABY SET CLOTHING..we are really fast forward thinking..YIEEEHA


lulu comel yg pemalu tapi gila bergambar. 
 ouh luqman yg comel.meyh sini nak cubit sikit pipi kamu yg tembam bam bam tuh.. si lulu ni anak kpd salah seorang lecturer kami yg cun melecun. pn.norshidah harun namanya.

birthday boy.hariz hazwan.tuan tak semacho namanya.
 kesian si birthday boy.taksempat makanan hadam,dah kena baling dengan tepung.takpe lah kan.kau nmpak putih sedikit dengan balingan tepung itu. bhahahaha.

aahhh.aku sempat lagi sembok mengacau org lain bergambar.. teehee.
menyebuk semasa org lain mengambil gambar itu memang kegemaran aku.jangan nak pertikaikan okeyh.

  thank you for reading my entry!!

Monday, March 14, 2011

hadiah 'haswani samilan: follower giveaway'.

assalamualaikum...


saya nak mintak maaf kepada sayangsayang sekalian yg join giveaway yg saya anjurkan.
haritu saya dah janji nak bgtahu hadiah apa yg korg akan dapat kan?
tapi disebabkan tadi saya ada paper pharmaceutical microbiology,saya taksempat lah nak online.bukak belog.bagitahu hadiah. maaf la.


dan sekarang diumumkan hadiah bagi pemenang  'haswani samilan: follower giveaway' ialah....








jeng.jeng.jeng.








sehelai shawl bagi setiap pemenang tempat pertama dan kedua.
hadiah ini adalah berdasarkan kemampuan kewangan pemilik giveaway.harap maklum.


tempat pertama: shawl polkadot yg kat atas tu.
tempat kedua: shaw love yg dibawah.

 thank you for reading my entry!!

Thursday, March 10, 2011

sapa cakap aku pakai main..

assalamualaikum...


ok.tajuk entry agak lucah disitu.
tapi takpe,entry ini budakbudak bawah 18sx pon still boleh baca lagi lah.
takde halangan.takde kekangan.
if you want to read,just read it. and ignore others.
okeh,teruskan..


haaa..sapa cakap aku pakai main follow blog korang je?aku follow sebab aku nak baca korang punya belog jugak lah. pasal personal korang,fashion,cinta.berita semasa.macammacamlah.
aku takde keje nak penuhkan dashboard aku kalau aku takde keinginan nak baca belog korang.
harap paham.kalau taknak kongsi,takpayah nak publish kat belog lah kan.


macam biasa,aku biasanya akan jadi silent reader.sbb tak pandai nak bagi komen lah.
tapi paling penting,kalau tajuk entry best,tambah lagi isi entry tu best,mmg aku akan selalu tekan older post lah kan. suka tak.suka tak bila aku baca belog korang? kalau tak suka, sila block aku dari jadi reader korang ehh.


tuan belogexam midsem paper ARAM hari esok.sayang-sayang sekalian.sila doakan tuan belog agar dapat menjawab soalan exam dgn baik beserta hati yg tenang okey.terima kasih


 thank you for reading my entry!!

Wednesday, March 9, 2011

hadiah haswani samilan's follower giveaway.

assalamualaikum...

tak sabar nak abes exam hari isnin ni.
tatau kenapa,kalau ada quiz atau exam pharmacology,mesti sempat curikcurik update blog.
takpe kan. update tak lama pon.lepas ni continue study ahh.
janji blog terupdate kan.

ouh,haritu cakap nak bgtahu hadiah apa tuk bg kat peserta haswani samilan's follower giveaway kan. tapi sebab skg ni time exam,so saya postpone pasal hadiah tu pada weekend ni ok.

maybe this saturday,i'll announce that hadiah.tunggu tau.
tarikh tutup 12/03/2011. so,maseh sempat untuk yg tak join lagi tu.

tuan belogexam midsem systemic pharmacology hari esok.sayang-sayang sekalian.sila doakan tuan belog agar dapat menjawab soalan exam dgn baik beserta hati yg tenang okey.terima kasih




 thank you for reading my entry!!

nf