Showing posts with label tunang. Show all posts
Showing posts with label tunang. Show all posts

Wednesday, September 11, 2013

REVIEW: DIY mini pelamin

assalamualaikum...

Tujuh bulan sudah berlalu.. Aku baru nk update pasal pelamin? Bukan pelamin kawen. tapi pelamin tunang haritu. tujuh bulan yang lalu. Ketinggalan betey. =.='
Act, entry ni dah lama aku karang, cuma baru perasan yg tak dipublish lagi. Hikss.
Okey, saksikanlahhhhh.... (Aku baru tulis yg perenggan ni je.Yang perenggan bawah tu aku tulis 7 bulan lepas. Gila kau baru nak tulis skrg?Otak aku ni dah la short term memory!)



Teaser.


This is my mini pelamin. Walaupun tak semewah seperti mini pelamin lain, tapi agak sweet di situ.
Betul tak?

Aku pun nak mini pelamin ni sebenarnya bkn apa, sebab malas nak hias bilik tidur tu haa. Ye la, family aku kan ramai,kalau aku amik bilik tidur tu, mesti penuh bilik tidur lagi satu dgn beg balik kg derang.

Mula mula bila bgtahu pasal mak nak buat pelamin ni, mak dengan lantangnya membantah. Tapi pabila aku g pajam,umah one of my sis sbb nak cari barang hantaran, Teet. Teet. 1 new message from Mak. "Wani,mak dah buatkan bantal,tinggal beli kain tuk balut dan lace je". Aku pulak macam ohmaii,tak sangka pulak mak nak buatkan kan, tu pon lepas 2 hari aku cakap pasal mini pelamin dekat mak.





Pastu mulalah aku ajak mak gi bahau, beli kain satin,kain langsir utk buat sarung bantal dan backdrop pelamin tu. Tak mahal pon,dalam Rm25 je kain kain itu sume. Aku rasa salesgirl tu salah kira kot. Sbb murah sangat kot. hehe.

Lepas sume siap,dalam 3hari sebelum rombongan dtg, Kaksu balik lah kan, first sekali mestilah dia masuk bilik dulu, nak tgk preparation apa yg aku dah buat. Tup.Tup dy keluar, mencekak pinggang, tanya. "Wani,knp tak hias bilik lagi?" Aku pon jawab lah nak buat mini pelamin. Leh amik gambar. Kalau hias bilik,masa nak sarung cincin kena kuar bilik jugak kan. Baik ada pelamin. Senang. Sarung cincin kat situ je.

Dan mestilah Kaksu yg banyak berusaha dlm menyiapkan mini pelamin ini. Kata sepakat turut dicapai dgn bantuan abah,brother in law dan kakak kakak yg lain.


 Malam sebelum majlis memang bertungkus lumus lah nak siapkan mini pelamin ni. Dengan carik paku nya tak jumpa dalam stor. Memang kecoh gak la malam tu. Rumah penuh dengan adik beradik, mana tak bingit kau dengan suara derang. Si Zahranya sebuk nak buat bunga pom pom. Izzulnya pulak muntah malam tu,biasalah budak kecik kan. Dengan Along sebuk buat Oreo cheesecake kat dapur. Dengan cite cerekarama nya lagi. Perggh,mmg serabut.

Tapi Alhamduliillah, semuanya sempat siap malam tu. Yang mana tak sempat, kiterang touch up balik pada pagi keesokkan nya.




Tengokk,siap ada spotlight lagi uolls. Wayering suma ni Angah yang buat. Tu pun sebab Mem Besar dah bising bising. Tapi, lepas buat wayering, kau main sepah sepah je kan wayar apa sume tu kan Ngah. Dasar lelaki! Yang perempuan ni jugaklah yg kena kemas balik. T_T








Angle pelamin mini ni Kak Su yg capture. Cayalah Kak Su, versatile bangat sih kamu! Mula mula nak suruh Bangcik yg jadiik photographer. Tetiba last minute cakap takboleh balik,takdapat cuti. Yelah, Bangcik baru keje kat TV3 kan. Mana boleh sesuka hati mintak  cuti. First impression tu penting kan.  





Nak tengok kesudahan pelamin mini aku yang sangat mini ni?








Taraaaa.. Inilah hasilnya.


Gigih aku jahit sendiri sarung sarung bantal tu. Lace pulak tampal dgn gam je sebab dah tak sempat sangat. Ok lah tu. Jadik jugak pelamin mini aku ni.

Untuk bakal bakal pengantin kat luar sana, setakat tunang je pun. Takpayah la nk berhabis duit beribu sewa pelamin bagai. Buat sendiri memang cut kos. Simpan duit untuk kawen je ok?



thank you for reading my entry!!

Wednesday, March 27, 2013

REVIEW: Engagement Budget

assalamualaikum...

Alamak,dah dua bulan jadi tunangan orang baru nak update kan. Cerita mmg tak hot dah lah. memang dah basi pon.Terbaik.

Since our engagement are very simple due to "majlis pertunangan tertutup", hanya pihak keluarga dari kedua-dua belah pihak sahaja yang hadir.

Walaupun majlis ni simple,tapi sedikit sebanyak ada jugak budgetnya. Namun,bantuan daripada family telah memberi memori yg besar dan bermakna dalam majlis ini.


This is my budget



DIY mini Pelamin 
DIY hantaran
NO catering 
DIY make up artist
NO expensive/rental attire


Total budjet utk diy mini pelamin ni adalah dalam RM30 je. Another prop di-sponsor by Kaksu. Thanksalotskaksu!


Manakala untuk hiasan hantaran adalah dalam RM110 tidak termasuk barang hantaran ye. Walaupun hantaran nya simple sangat. Tapi ahh,cute sangatt.





 



Ktorang sejak dulu dulu berkenduri kendara mana pernah nak mainmain dgn katering suma bagai tu. Kami lah chef, kami lah tukang rewang, kamilah tukang hidang. Inilah untungnya ada ahli keluarga yg ramai kan. Bersatu kita jimat,bercerai kita membazir. #ehh.

Main dish pada hari bersejarah ini adalah Ikan Bakar made by Bang Teh and Inspired by Kak Lang.
Side dish pula adalah ikan kerapu sweet sour, gulai tempoyak, otak-otak,ayam goreng dan juga gulai labu. Dessert pula adalah chendol dan durian crepe.




Cakap pasal makeup artis ni kan, alahai, aku mmg tak sanggup la nak berhabis sampai dua ratus untuk menda yg hanya sejam dua je. So, bincang punya bincang, kiterang decide nak diy sendiri je makeup tu. Beli concealer, loose powder, lipstick, lip gloss, eyeliner, mascara blusher apa sume tu pastu sekali lagi Kaksu tolong makeup kan. Kalau beli, boleh la pakai kongsi sama-sama siblings kan. Boleh pakai acap kali pulak tu. Bukan pada engagement day je.





Baju tunang pulak serius, aku xde lah keluar duit sangat. Kain ela disponsor oleh Koleksi Irfa Hanna. 
Upah jahit baju dalam RM75. Beading kat baju pon diy sendiri ye. Shawl pulak beli dalam Rm60 kat Abeergarden. Sangat jimat bila cakap pasal attire masa aku tunang ni.

 

Hye Mr. Fiance!
 

My future mother in law and my mom!


Walaupun majlis ini secara kecil kecilan, aku bersyukur sgt sebab majlis ini berjalan dgn lancar dah sudah 2bulan pon kami bertunang. Yeay!


And now, I'm bride to be from Negeri Sembilan. Tengoklah badge kt sebelah. Comel kan?


Yang paling best adalah my handbouquet pearl! DIY sendiri tahu. Sangat sangat puas hati. Kalau tempah kat orang ni, mahu harganya RM90 above. Buat sendiri lebih jimat. Yeay!




Ribuan terima kasih kepada Abah Mak, adik beradik, saudara mara sbb dah bersusah payah dr segi kewangan dan tenaga dlm menjayakan majlis ini. Juga terima kasih kpd keluarga sebelah en.tunang kerana sudi hadir ke teratak kami yg tidak seberapa. Terima kasih banyak banyak.


thank you for reading my entry!!

nf