Showing posts with label praktikal. Show all posts
Showing posts with label praktikal. Show all posts

Monday, November 19, 2012

Just for You,Emak

assalamualaikum...

Aku lately ni kan,tatau kenapa. Rasa macam ada satu naluri ni tau. Yang tak dapat nak diungkap dengan kata-kata, Ecece. Sebenarnya, aku dah mula terminat sangat bab jahit-menjahit ni. Sampai pernah berangan nak jadi designer dan bukak butik sendiri pon ada tau. Tapi tu lah, aku ni dah la jenis berangan-angan MatJenin.Memikirkan masa depan katakan. Bakat pon tak seberapa. Kreatif tu apetah lagi.Ntah kan boleh,ntahkan tidak.

Aku ponn pernah ckp dgn encik bf, nanti bila aku dah keje dan ada jawatan setaraf U41,kalau ada rezeki dan duit lebih nak bukak butik bolehh? hehehe. Ala,setakat bukak butik atas nama aku je lah. Tapi yg manage orang lain. muehehe. Alahai wani, dah la pemalas. Ada hati nak buat  dua kerja dalam satu masa. 

Pastu daripada aku duk verangan terover-over,baik aku proceed dgn hobby aku tu. Aku pon pernah tulis dalam entry pasal  hobby ni jugak kot dulu.

Hasil daripada kekreatifan aku yg kreatif tahap tercorot ni,terhasillah satu kerja seni yg tak berapa halus seperti di bawah. Any comment?


Manik Tabur gabungan Sejajar beserta Pearl

Alahai,aku ni sebenarnya bukan apa sangat. Aku teringin la kan nak ada baju lip lap lip lap. Tapi taknak la beli baju baru. Pastu bila aku nak tempah kat orang,alamak aii.Survey harga tanya tukang jahit sana sini. Mahal la pulak utk orang macam aku ni. Pastu aku pon decide la nak beli manik dan jahit sendiri kat baju aku. First baju yg aku jahit pernah la dapat pujian dari ex houssie kat Ipoh dulu; Miss Anith Adila. Then....second,third,fourth,fifth baju yg aku dah jahit tu, tak pernah pulak aku pakai. Sebab aku baru je siap jahit pearl and poodle flower sebelum raya haji haritu. Aku ingatkan kat Penang ni xde lah kan jemputan kahwen apa sume tu,jadi aku tinggalkan lah kat Serting kg terchenta tu. Rupanya samapai tiga kot majlis kahwen tu. Rugi. Rugi baju yg aku jahit tu xleh nak nunjuk. =P

Aku kalau boleh mmg lahh nak belajar menjahit. tak payah pi kelas pon takpe,belajar dgn mak aku je sudah. Aku siap dah beli kain ela kot utk belajar dengan mak aku. Tapi, mak busy uruskan uwan.Mesti penat. Tak sampai hati pulak suh mak ajar. Takpe, bulan 12 dah officially jadi penganggur. Mesti boleh belaja kan.OK. Next.

Baju putih yg bermanik kat atas ni sebenarnya baju mak aku. Aku lah yg beriya-iya offer kat mak nak jahitkan manik kat baju dia.

Wani: Mak,nak tak wani jahitkan manik kat baju mak?

Mak: Rajin la pulak kau. Baju yg mana kau nak jahit?

Wani: Ntah. Baju mak la. Yang plain punya ke. (Mak aku sbnrnya ada banyak sgt baju plain la hooi)

Mak: Berlambak mak punya baju kain kosong. Jahitlah sume.

Wani : Tak larat wani. sigh *selongkar almari mak* Makkkkk,wani amik baju putih mak yg angah ngan kaksu belikan ni eh? Bolehla.Bolehla.

Mak: Suka hati la kau wani. Macam cantik je jahit. Lain la kalau letak mutiara Sabah tu.Haha

Wani: Mahal la baju mak nanti. Takpe.Tengokla nanti. Wani jahit kaler orang muda sampai mak malu nak pakai. Bhahaha - THE END.

Tapi sorry lah mak,wani mmg tak kreatif pon.Takde idea sebenarnya nak jahit camna hujung lengan baju mak ni. Pastu mood jahit wani kejap ada,kejap takde. Ni jelah yg wani termampu buat. Nak jahit bahagian hujung baju macam malas la pulak. hehe.  Harap mak sudi dan tak malu pakai baju yg wani dah rosakkan ni ye.

Kira OK lah kan,kalau tempah kat orang ni dah RM50 dah utk dua hujung tangan je. Padahal kalau wani jahitkan. Free Of Charge mak. Siap ada Pearl lagi. Paling penting penuh dengan kasih sayang lagi jahitan wani tu. xoxo

p/s: update last nov,sebab esok nak terminate broadband.

thank you for reading my entry!!

Saturday, November 17, 2012

Bakteria semakin kebal dan puncanya.

assalamualaikum...

Malam tadi aku ber-overnight di HSJ sambil menemani Kak Gee dan Puan Baiti berkerja malam di sana. Aku langsung tak membantu pon sbb aku lupa di mana letaknya kedudukan ubat-ubatan di OutPatient Department(OPD). Almaklum hampir 1sem jugak la aku meninggalkn OPD tu.

Sebelum ke HSJ,aku request la kt KD(Trainee UiTM) supaya singgah sat kat warung bawah pokok(kat sini makanannya super sedap dah murah!) berhampiran HSJ sbb aku sgt laparr malam tu. Dalam kepala duk terngiang-ngiang mi bandung yang wallaweh.sodap botul ceq habaq ang. Tapi malangnya,dah abes dan yg tinggal hny nasi goreng je. Arggh,kecewa sangatsangat. Abes lah diet nasi aku selama 1week ni.Tak dapat nk masukkan dlm Haswani's Book of Records. Sobbs.


Aku menghabiskan masa di OPD dgn tgk movie Awek Aku Pontianak dan Ice Age siri first. Gila la wani,movie tu dah lama kot,baru skg nak tgk. I layan Korean movie je. #ehh?

Pastu kan,ada sepasang veteren India ni bg la slip yg tertulis, "C.Amoxycillin 500mg tds x 5/7"
Padahal sblm tu dy dah amik ubat Pottassium Citrate mixture. Pastu dy dengan sukarela hatinya duk bercerita la yg dy mmg request antibiotik tu dari doc. Mulamula doc takmo bagi, tapi sbb dy mintak dan mintak jugak,akhirnya doc tu prescribed la jugak. Untuk Dia. Hey! Untuk Dia. Hey! *eh,tetiba pulak ternyanyi lagu Najuwa Latip,Apekes wani? Dia habaq yg dy ada sinus yg kejap datang,kejap hilang. Bila sinus tu menyerang, makan ubat lain tak menjadi tau. Tapi bila makan 2biji capsule Amoxy ni,sinus dy terus hilang,pastu dy simpan Amoxy tu tanpa habiskannya. Fully Registered Pharmacy(FRP) yg bkerja saat tu tak dapat buat apaapa la sbb kita ada piagam yang 'Customers always right' biarpon salah pon kan. Lagipon veteren India tu mmg confident je tahu pasak Amoxy tu kan,sampai doc pon leh give up dekat derang.

Tapi,mmg mentaliti orang kita camtu dan kebanyakan meeka ni tatau function of antibiotic itu sendiri. Memang ramai pon yg kalau deman dan selsema je,bila jmp doc,mesti doc tu bagi antibiotik. Kalau tak bagi pon,patient tu sendiri yg akan mintak. Kalau mintak takpe,tapi yg tak habiskan antibiotik tu pulak satu hal. 'Please complete the course'. Sebab apa kena habiskan antibiotik tu? Sebab,bila kita dah sihat wpun tak habiskan antibiotik tu, bakteria tu masih tak terbunuh sepenuhnya tau. Resistance of the antibiotic will occur.
Antibiotic resistance is the ability of a microorganism to withstand the effects of an antibiotic. If the patient still take the same antibiotic to treat the other disease, it doesn't work! 

Ingat lagi masa join Continuing Medical Education (CME) dekat KKSJ, presenter tu ada cakap,bila baby 2bulan demam, da start bagi cloxa dan resistance,  bila dah 10 tahun pulak bagi penicillin juga turut resistance,dah tu bila umor dah 26tahun,nak amik apa lagi? Vancomycin? 

Sebenarnya, bila dah start amik antibiotik ni,kita kena strict sikit. Macam aku jugak dulu sblm belajar bidang ni. Aku ni bukan yang jenis suka telan ubat tau. Dulu bila demam,doctor bagi Panadol, Antibiotik,etc, aku cuma amik sebiji sehari je. bila agak agak dah sihat sikit. Tinggal terus. Bila demam lagi, tak jumpa doc dah,makan je ubat yg aritu. Ntah dah expired ntah tak,lantak je. Tulah pentingnya education of taking medicine.

Lastly,aku nak bgtahu lah sikit cara nak amik antibiotik ni:
  • Baca,faham,patuhi arahan dan ambil ikut dos dan masa yg telah ditetapkan.
  • Makesure cara pengambilan antibotik tu betul sbb setiap antibiotik ada cara mkn yg berlainan(eg: cloxacillin diambil 4xsehari sebelum mkn manakala amoxycillin diambil 3x sehari selepas mkn)
  • Habiskan semua antibiotik wpun rasa dah sihat
  • Jangan gandakn dos wpun terlupa ambil dos sebelum tu

Rasa macam tak lengkap pulak entry kalau takde gambar kan? meh nak tepek satu gambar webcam kami. Kak Gee sangat eksited time ni. Dan gambar diambil menggunakan kamera DSLR laptop Kak Gee ye.hihi.
Dari kiri: Najwa,Kak Gee,KD and me!

Okey lah, malam tadi aku stat tido dari pukul 5.30-6.30pagi je. Tu pon kat kerusi panjang depan pintu masuk OPD. Sakit leher okey walaupon tidur nyenyak dan dalam kesojukan econditioner tu. Sekarang izinkan patik beradu sebentar ya. Agakagak azan Zuhor nanti patik bangun le. =P



thank you for reading my entry!!

Thursday, November 15, 2012

The Weddings!

assalamualaikum...

Aku ni sangat suka attend majlis kahwen orang.  Masa kecik dulu,pantang parents ajak pi kenduri,mesti nak ikut. Aku rasa best sangat kalau dapat pi majlis camni. Ye,aku sangat suka suasana kat sesebuah majlis kahwen. Makan,dapat doorgift,salam dgn tuan rumah dan pengantin,bergambar. Ahh,i really love it.

Lagipula,sejak aku amik diploma selama 3years ni,dah jarang sangat lah pakai baju kurung. So,masa kat tempat camni ah aku nak melaram berbaju kurung dan bertudung match colour dgn baju pom.hehe.

10.11.12.
Sapa yg kahwen pada tarikh ni mmg beruntung la.Bukan nya tarikh lain tak untung,tapi,tarikh ni cantik,lagi senang ingat. Ye dok? Pada tarikh ni salah sorang staff kat Klinik Kesihatan Seberang Jaya(KKSJ) berkesempatan adakan jamuan kahwen nya dekat Kepala Batas.  Bestnya. Dah la berkonvoi reramai dengan staff dan trainee yg samasama berpraktikal kat KKSJ. Makanan pun sedapsedap. Aku lepas makan nasi hujan panas,boleh lagi tembah laksa semangkuk. Alah,bukannya melantak pon.Tapi saja nak merasa laksa kat kenduri kawen ni. =P


Abang Mael dan Kak Fiza. Sepadan betul tgk derang ni. Tapi kesian,time ni Bang Mael matanya sepet sebelah. Kena gigit serangga ke kena gigit bini? haha. Derang nikah pada 31 Ogos lepas.kiranya 2bulan jugaklah sebelum hari kenduri. Dahla tarikh sanding best.Tarikh nikah pon best kan.Pandai pilih tarikh betul derang ni. Masa ni Kak Fiza dah berbadan dua tau.  Naik pelamin bertiga lah derang ni haritu... =)
 

Ini adalah staff KKSJ. Kak Yati, Miss Ooi dan Kak Bong. Miss Ooi happy gila bila makan kuih seri muka kat majlis ni.Asyikasyik sebut sedap dan sumbat kuih ke dalam mulut. Comel betey.

Kami, para trainee yg berpraktikal samasama masa kat KKSJ dulu. Yeah,kami bersatu utk attend wedding Bang Mael.teruja tak bang tengok kami suma datang? ahha.

Masa ni dah nak balik dah. Ingat nak bergambar dgn pengantin. Tapi iolls segan uolls. Macam aku sorang je yg beriya. Tak malu kau,wani. Tapi takpa lah,ta dapat mengcapture kenangan indah dgn Si Bride and Groom, dengan Kak Yati pom jadilah. 


11.11.12
Esokkannya pulak attend wedding Kak Fatihah,juga PRP dekat KKSJ. Yeah, looks like we've a good relationship with the staffs at KKSJ. Padahal kiterang praktikal kat sana 2bulan je kot. Alhamdulillah. Bila kat wedding Kak Teah ni kan rasa macam attend wedding dekat Indonesia je tau. The dress was imported directly from Indonesia bcause her MIL was an Indonesian. Cantik! Btw, Her handbouquet is DIY by herself. So creative haa.

Sekali pandang terus nampak macam cara orang Indon kawen kan? Lepas attend wedding ni aku g lepak kat Sunway dgn Hazwani dan Najwa tau. Pastu jumpa pulak dgn bf aku. Paling menyayat hati pabila encik bf kata baju aku macam baju sekolah. ouch. Ye,mmg baju wani ni baju pustakawan sekolah pon.Thank you so much syg. *Nada perli. Touching.


Ni Kak Teah masa majlis belah perempuan kat Chemor,Perak. Aku pon pi jugak masa ni. Comel je kan pasangan ni. awww.
 
Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khaiir
Semoga diberkati oleh Allah bagi kamu berdua dan diberkati atas kamu berdua dan menghimpunkan kamu berdua dalam kebajikan.
 
Baru- baru ni my cousin pon ada yg kahwin kat Shah Alam.Tapi aku tak datang. sobbs
Kenapalah Penang ni jauh sangat haaaaa? Tak suka betul. Adik sulung perempuan encik bf pon selamat mendirikan masjid jugak 1 September lalu. Tapi aku tak update pon kat sini sbb ta de semangat nak menaip.Sadis betul. Takpe.next entry aku update ye. Bye

  thank you for reading my entry!!

Saturday, January 14, 2012

Sabah apa kabar? ada rezki,kita jumpa tau!

assalamualaikum...


hye SABAH! ok.entry kali ni berkenaan sabah tau.tapi bukan sebab aku pi melancong ke sana. tapi,aku wakilkan family aku yg melancong ke sana untuk buat entry khas ini je.ececeh.


aku takpi ikut derang kali ni sbb aku skg baru je start praktkal kat hsj. takkan la baru 1week and half praktikal dah mintak cuti pulak kan? nant apa kata local preceptor aku nanti. First impresson tu sangat pentng ya kawankawan utk mendapatkan markah praktkal yg tnggi.ahaks.


sedihh jugak la sbb aku tak ikut derang pi sabah.kalau tak,mest dapat makan seafood yg fresh and murah kat sana.haiiyaa. sebelum derang fly ke sabah,aku dah kol mak,pesan awalawal yg aku nak kristal dan mutiara yg mengelip kat sana. mintakmintak,mak belikann...


derang ke sana dari rabu-sabtu;hari ini. dan gambar dibawah adalah sebahagian darinya.




ce tgk gambar pantai kat bawah ni. it's look so calm,no one there and i think it is a very peaceful environment with  soft white sandy beach.nakkkk! i want to go there,mainmain pasir dengan kaki. awesome right? masa kat belajar kat terengganu dulu,abah dah pesan awalawal jgn gi pantai,takut dilambung ombak katanya.eceeh!
pantai karambunai

korag kenal tak apa itu amplang? ia sejenis kepok,yg manis ada,pedas ada dah mempunya perisa ketam,ikan,sotong dan udang. aku rasa aku banyak kali makan.tapi ni la baru first time aku tahu namanya amplang.serious nampak sedap!

ampang perisa ketam





cukupla kita bercakap pasal sabah.aku takpi sana,so,takleh la describe panjang lebar pasal sana bukan?
nak cakap pasal manusiamanusia comel kat bawah ni pulak la.boleh kannnn.



my mom
 this is my mom yg comel.erkk.is it she take the picture of herself? cool la mak!

zahra with her mom Ipong


zahra makeupmakeup.

dua gambar diatas adalah gambar si zahra! dy sangat active and aggressive tau.bab Ipong mmg perlu serah kat dia. kalau kita nak pinjam Ipong mama dy nak main game ke apa kan,boleh pulak dy yang ajar kita cara-cara nak pegang,tekan ituini.budakbudak zaman sekarang mmg advance! banyak minum susu yg mengandungi DHA la ni. 

bab makeup pon dy tak ketinggalan.dari liptik.blacer,eye chadow,chelak,suma dy nak try. haiiiya.. somel sangat zahra ni!
aya makeup,aya tantikkkkkk!; katanya,
along;babysitter izzul





izzul kecikkecik lagi dah jejak sabah,aku 20 pon takjejak lagi sabah tahu tak.jeles la ngan izzul ni. 
best la dy ikut uwan uncle and untie dy pi sana.tak rindu ibu dan papa kat semenanjung ke sayang?
 takindu acik yang kat penang ni ke???? eh,izzul dah ada bape batang gigi.takkan dua lagi kottt?cepat besar izzul.nanti acik bawak jenjalan.

ketam mengajaranaknya berjalan betul.


posing dulu yawww!
lagi gambar zahra...tgk la gambar yg atas tu..wahhh.so naughty la zahra ni. nampak macam zahra nak meniru gaya papanya berjalan kan? rindunya kat dy yang comel bambam tu.....
dan satu lagi yg lucu berkenaan zahra. cetengok tangannya pabila hendak buat peace tu. she use three fingers,not two.baru duatahun dah macammacam ragam.belum besar lagi kan. 


okeyh Sabah! nanti kalau ada jodoh dengan orang Sabah, takperlu risau,aku pasti akan selalu ke sana,angkut sekali satu familyku yg kat semenanjung ni. InsyaAllah!



  thank you for reading my entry!!

nf