Aku nak ceghita pengalaman aku buat treatment dekat YunNam Haircare yg best sangat!
Apa yg korang akan buat kalau ada offer buat treatment dekat Yun Nam dengan harga 18hengget?
Mesti korang pon tanpa pikir panjang dah,terus nak buat kan? Lagi lagi kalau korang mmg ada hair problem.
Aku pon pernah cerita pasal aku punya hair problem dalam entry ini.
Aku apa lagi kan. Disebabkan hair problem aku ni, aku nak lah try Yun Nam ni kan. Bukannya apa. aku nak jugak lah tahu kenapa dan mengapa dengan rambut aku tu. Kulit kepala berminyak ke, kelimumur ke, buah ke.
Dan, berbaloi sangat sangat usaha aku ni. Aku dapat detect masalah sebenar rambut aku. Yeay!
Mula mula derang scan la rambut aku. Memang jarang. Pastu kelimumur pulak banyak. EEEww. Geli tahu.
Pastu derang buat survey la. Tidur bape jam sehari. Banyak minum air tak. Selalu stress ke. Macam macam. Dah boleh buat questionaire utk research dah.
Pastu aku try la tanya derang kenapa rambut gugur,betul ke sebab tak cukup vitamin and zat? Nak tahu derang cakap apa? "Bukan,sebab rambut dah tua". Aku rasa derang cakap macam derang hafal skrip. Without knowledge. Derang taktahu pon yg zinc baik utk rambut. Aku pon macam, ok fine.. Anggap jelah aku pergi salon mahal dengan harga murah.
Lepas tu derang start buat treeatment dekat rambut aku. Shampoo kan, letak lotion apa ntah. Seriously bau herba sangat you! Busuk! Tapi best bila derang massage massage kepala aku. Kat salon pon xde urut ngurut kepala ni.
Ambik gambar sikit. Bestnya bila ada orang urut dan cucikann rambut. Rasa macam boss sangat. Hewhewhew
Pastu bila dah habes sesi cuci rambut,dia panggil aku dalam satu bilik ni. Seram aku. Time ni aku dah ready physical dan mental dah. Kau physco la sekuat mana pun, aku takkan percaya. Hiks.
Dia cerita lah keadaan rambut aku teruk. (Memang pun dan aku sedar). 99helai kot rambut aku gugur masa dia cuci.30helai anak rambut aku tercabut dari akar. Tengok betapa kuatnya dia massage dan cuci kepala aku. Sampai gugur banyak gila rambut aku naaaa.
Dia bagitahu kalau rambut aku tak dirawat akan makin teruk. Pastu dia cerita pasal pakej dan discount yg dia akan bagi kat aku. Almost 2k kot pakej dia. Mampuih aku duk pikiaq macam macam alasan nak bagi dia fedup. Dan akhirnya berjaya. Aku cakap lah yg aku mampu kalau aku tak amik pakej dia tu. Setakat 4k apalah sangat. Memang berlagak gila aku masa tu. Almaklum,orang takde duit. Puihh. Boo Wani boo.
Masa treatment ni aku buat kat Ipoh. Tapi, aku bgtahu dia yg aku nak continue treatment dekat Penang sbb aku kerja kat sana. Aku datang Ipoh pon sbb aku nak amik exam. Memang banyak kot dosa aku menipu time ni. Naseb baik exam pada esokkannya aku leh jawap dgn baik.
Sebelum dah sesudah treatment. Tak banyak beza pon. cuma dandruff tu dah kurang sikit.
Pastu, Yun Nam hadiahkan aku set penjagaan rambut, shampoo dengan conditioner. Best sangat. Harga dua dua product ni dalam seratus lebih gak lah. Tapi aku dapat percuma! Sapa tak suka wehhh.
Hanya RM18 untuk perkhidmatan yg superb! Dapat pulak free gift. Seghonokk. Cuma kena tahan telinga jelah bila derang nak physco kau.
Lepas aku balik dari treatment, aku tak basahkan pon rambut aku time mandi. Pastu esoknya tgk kat bantal rambut gugur 2 helai je kau! Mana mak tak suka noks! Memang best YunNam ni. Tapi bila aku start shampoo balik pakai YunNam punya product tu, dah start gugur balik. T_T.
Apalagi, aku belilah shampoo anti-dandruff sebab nak clearkan dandruff kat kepala aku tu.
Sekarang rambut aku dah makin pulih. Dah tak gugur sebanyak dulu dah. Kalau gugur pun, macam gugur biasa biasa. Aku happy sesangat. Rambut aku macam dah tebal balik. Kalau tarik pun,payah nak putus. Pasal supplement pulak, aku masih continue aku punya hair supplement. Nak tahu apa?
Zinc Complex dari Shaklee lah. Kesan memang lambat sikit, tapi berbaloi baloi. Dah lah murah, harga tak sampai 40hengget pun.Tahan 4 bulan pulak tu.
Aku saja je lambat update pasal YunNam ni,padahal aku buat treatment ni bulan 12 2012 yang lepas kot. Sebab, aku nak review jugak pasal Vitamin Zinc Complex Shaklee yg bagus ni.Hehe
Kepada guys yg nak cuba Zinc Complex ni, bolehlah contact aku, tak pun akak aku dekat Bellezamom.com
Ingin tahu tentang 17kebaikan pengambilan zinc complex yang lain? Klik sini
thank you for reading my entry!!




