Showing posts with label bandung. Show all posts
Showing posts with label bandung. Show all posts

Tuesday, April 2, 2013

Trip 1: Jakarta dan Bandung Part 2

assalamualaikum...

Jumaat, hari ke3 kami di negara seberang, kami ke Tangkuban Perahu,Bandung.
Masa kiterang datang mendaki dan menurun gunung ni, itu adalah hari ke4 GunungTangkuban Perahu dibuka kembali kepada orang awam.

Sampai sampai je kat sini, the smell of sulphur sangat kuat. Aku macam, ewww. Bau apa yg busuk ni. Lepas tu dengan banyak nya orang duk ngekor kat belakang suh kita beli derang punya produk. Aku macam nak tanya je, ada jual face mask tak? 10000Rp pun aku sanggup beli. Sesak nafas aku sbb asyik tahan nafas masa kat atas ni.


 
Kiterang macam biasalah, mula- mula duk sibuk ambik gambar apa sume. Kabus sangat tebal tahu. Sejuk sangat. Cameron pon kalah aku cakap. Sampailah kiterang ketemu sama adik Yoga ni. Dia salah sorang tourist guide kat sini.

 
Yoga Nugraha, 20tahun. Dia dah bekerja kat sini tiga tahun lepas tamat SMA. Meneruskan kerjaya arwah ayahnya sebagai tourist guide kat Gn. Tangkuban Perahu. Dia sangat baik, peramah, naive sume adalah lah kat dia ni.

 
Kawah Ratu. Kawah yg paling besar kat sini. Kawah ni lah yg baru baru ni duk keluarkan gas yg membuatkan gunung ni ditutup sebulan lebih. Gas sulphur. Arghhh,busuk menusuk ke hidung. Yang amat busuk.
 
Kalau nak tahu, nama Tangkuban Perahu di ambil sempena nama Perahu terbalik. Nak tengok tak gambar perahu terbalik yg dijadikan signage. 
 
 
 
 
Tadaaa......................

 
 

 
Ini adalah salah satu kraf tangan sekiranya berkunjung ke gunung ini. Ini bukan lukisan tau. Tapi ini adalah pokok yg memang bercorak batik pada bahagian pokoknya. Berupaya menghalau lipas dan kala jengking. Kerana dipercayai bercorak macam ular,jadi semua haiwan pon takut. ;P
Abah adalah beli satu. Dalam 100000Rp camtu. Agak mahal. Tapi takpelah,kira sedekah je. Kesian tengok derang kerja sungguh sungguh.

 
Masa ni dah start turun ke kaki gunung dah. Menuju ke Kawah Domas. Kesihan mak abah sungguh sungguh turun bukit sbb nak praktik berjalan sejauh 7km katanya.

 
Anak anak tangga yg tak terbilang banyaknya. Bayangkanlah 1.3km untuk turun ke Kawah Domas dan 1.2km untuk naik semula menuju jalan pulang. Eheks.

 
I'm very proud with my parents. Gigih jalan jauh semata mata nak merasai dan menikmati keindahan alam yg tidak terdapat di Malaysia.
 
Ehh,macam dah nak sampai Kawah Domas jee. Eh, Eksitednyaaaaaaa sbb penat sangat berjalan. Tapi muka maintain cool je depan Yoga suma tu. Eii malulah kita muda muda cepat penat. Lainlah orang yg dah tua. Abah pon aku tgk steady je.

 
Sulphur. atau nama lain nya adalah belerang. Nampak tak yg warna kuning tu?


Kolam air panas yg suam suam kuku . Nak terjunnnnn tapi takbawak baju spare. rendam kaki je lah.


Thanks Yoga sbb banyak sangat capture moment kiterang kat sini. Abah nk bagi tips pun dia taknak terima. Ada pihak yg memerhati katanya.

 
Untunglerr abg Bilal ada orang duk tolong urutkan kaki. Penat ouh duk turun bukit ni nak pi kat kawah. Kalau lah ada tukang urut perempuan ni, dah lama dah aku suh dia massage mak.


Along dgn mak pon tak ketinggalan nak rendam kaki dlm kolam air panas. Serius rasa macam masuk spa yang free. Ahaks.

Dan, Gunung Tangkuban Perahu adalah tempat yg wajib pergi ye sekiranya datang ke Bandung ni. Kawah Putih jauh sangat. Kiterang tak sempat nk visit. Sobs. Kat Kawah Putih tempat dia lagi sejuk tau. Strawberry dia perghh perghhh perghhhhh. Manis gila macam taruk gula! Seriously.


thank you for reading my entry!!

Tuesday, March 26, 2013

Trip 1: Jakarta dan Bandung Part 1

assalamualaikum...

Hye guys, i went to Jakarta and Bandung for 4days. During these trip, tak banyak snap gambar pun. Sebab both Jakarta Bandung ni shopping heaven! Memang kerja kitorang shopping je. Telekung lah kain lah baju lah semua lah. Lagipun camera mmg tertinggal kat Malaysia pon. Padahal dah beriya nak bawak.


Actually my flight destination with my parents was at Soekarno-Hatta International Airport, Jakarta. Along dgn brother-in-law pulak flight derang pagi. Kami pergi asing asing sebabnya, mula mula Along dgn BIL je yg pergi Bandung, pastu tetiba dia offer nak bawak sekali Mak Abah. Pastu aku dgn menggediknya dan eksiteeednya tanya Along, "Along, nak ikut boleh?"  Pastu jawapan Along mcm menghampakan lah jugak. "Boleh, tapi pakai duit sendiri".

So, aku dgn gigihnya suh En. Fiance check air-asia pny flight. Mak ai, mahal kemain RM300+ 1 hala. Mmg tak la kan. Lepastu tgh bulan february taksilap, aku gatal lah tangan duk bukak web Air-Asia. Oooemmmjii, Rm208 je pergi balik. Tanpa pikir panjang dah, terus aku beli tiket tu. Sbb hotel,supir,makan dah ada org support.ehhe.

Ok, bila sampai je Jakarta, kiterang terus bertolak ke Bandung. I donno why,why Along tak amik flight terus ke Bandung je kan? ehhm. Jakarta-Bandung amik masa 3jam je sebenarnya. Tapi, Jakarta ni sebuah daerah yg tersangatlah jam. Ditambah pulak hari tu hujan lebat. Gerak pukul 6ptg(waktu Indonesia), sampai dalam pukul 12(waktu Malaysia) *Indonesia lewat 1 jam dari waktu Malaysia.
 
 
Cute kan? Hotel Pop!, Bandung
 
So basically Bandung ni ada 4 main district: Dago, Chihampelas, Jalan Setiabudi and Jalan Riau. Each district ada banyak gila malls kena visit! Lagipon semua district ni dekatdekat like few minutes car ride only. So rugi kalau tak pergi semua. Gambar banyak dekat Ipad Along aku. Plus,memasing sibuk shop shop shop sampai tak hengat nk bgambar.

Kat sini banyak sangat factory outlets. tak terkira.  Rasa menyesal pulak sebab tak capture gambar banyak banyak. sobbs.Dalam banyak banyak malls yg kiterang pi,hanya dua gambar ni je yg sempat diambil.Tu pon Along yang offer nak tangkap kan.
 

 

Aku suka sangat suasana dekat Bandung ni. Redup je. Wpun banyak peminta sedekah di jalanan. Paling best bila budak lelaki buat pertunjukan dgn monyetnya. Kiut sangat. yang cat 1 badan semata utk menarik perhatian orang. Kesian. Pada pendapat aku, derang jadi peminta sedekah bukan sebab derang malas. Tapi penduduk Indonesia sgt ramai dan padat sampai peluang pekerjaan tu kurang.

gambar ihsan google

Bila ke Pasar Baru, kiterang serius borong habis telekung,kain ela,lace. Abah yg mula mula taknak,tetiba,dia yg paling banyak #ehh.
Pasar Baru ni dia ada 6Lantai sumenya. besa. Tapi kiterang pi dalam 4 5 buah kedai je. Knp, uolls tahu lah kan kalau berjalan dgn org laki ni camna, orang tua pulak tu.Hihik
Tapi best sangat pi Pasar Baru ni. takpuas betul. Lagi kuciwa sbb takdapat beli border lace. Uwaaa.
Sampai termimpi terigau igau. *Nanges
 





 Okelah, aku dah penat menulis ni. Lagipo, it's been a long time since I wrote anything here. Nanti aku sambung pulak dalam Part 2, di Tangkuban perahu.
 

thank you for reading my entry!!
Xoxo, Wani

nf