Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Thursday, April 4, 2013

Trip1: Jakarta dan Bandung Part 3

assalamualaikum...


Bertemu kita sekali lagi dalam rancangan JalanJalan Cari Makan.
Kali ini kita makan makanan Indonesia pulak yaww.Oleh karna datuk nenek moyang aku memang berasal dari SumateraBarat dan Jawa Barat. Aku juga ada jugak lah sikitsikit darah keturunan Minang dan darah Jawa. Jadi makanan tradisional Indonesia ni mmg takde maslahlah bagi aku. Semua pon boleh masuk.

#Breakfast


Cantik je berbalut. Dekat signage menu tulis Nasi Bakar. Mula mula tengok macam gula-gula cara bungkus dia. Bila bukak tengok ehh, nasi je? Eww. camna nak makan ni? Takkan nasi je kot. Selera dah termati dah kat situ.  Fine, memilih kan. 


Tapi.... Bila bukak. taraaaaaaa ada serunding kelapa uolls. Febret i nokss. Lepastu cepat cepat lah godek lagi nasik tu. 


Pastu taraaaaaaa lagi sekali. Eh, ada ayam racik la. Yeay!! Sedapp sangat Nasi Bakar ni. Betul la org cakap, Don't judge a book by it's cover tauu. Pastu Along bagitahu kalau kenduri doa selamat ke baca yasin ke, hidang menu camni pon okey jugak ni. Uhmm. That's a good idea. Lain dari yg lain. Jimat pon jimat.


Nasi Ijo. Aah, nasi dia ada warna hijau sikit. Tu pasal kot panggil nasi Ijo. Dia ada sambal tempe jawa, suhun, serunding kelapa, kacang tanah goreng, ayam racik,telur rebus lagi apa ntah. Tak ingat lah. Ampunn pak,ampun. Aku rasa nasi Ijo ni lebih kurang macam nasi ambeng la kot. sbb dia campur campur lauk nya.


#Lunch

Bila kat Indonesia, wajiblah try ayam penyet dia. Tapi aku amik Ayam Cobek. Cobek? Apa tu. pastu tanya la kat pak supir, apatu ayam cobek. Cobek ni cili dia cincangcincang pastu tabur atas ayam. Abah mmg takut la tgk cili banyakbanyak camni. Sbb Abah takmakan pedas.Takut penyakit hemoroid datang. Tak ke naya.


Pastu Along Mak Abah B.Bilal sume amik ayam penyet. Pak Yoyo amik Pecel Lele. Harga pulak takpayah cakap lah. Harga mmg sama macam makan Ayam Penyet AP kat Malaysia ni. Sama je mahal nya. mungkin kat sini mahal lagi kot. Dalam Rp26000 satu set.


Yang paling best taauhu dia. Sedap. lembut. Cukup rasa masin,manis dia. Jauh beza dgn tauhu kat Malaysia yg tawar hebeh . Tauhu Indonesia ni dia macam letak garam masa buat. Kelembutan dia pulak macam makan Tauhu telur jepun tu. Sedaappppp. Dah order 1 set, kiterang order 1 set lagi. Malamnya makan kat KFC kat mall, ada pulak branch restoren ni. order lagi 1 set.. 


Tadaaaa. kiterang makan ayam penyet ayam cobek, pecel lele dekat Restoran Pak Chi Met ni la. Mmg highly recommended dtg lunch kat sini.


The next day pulak, kiterang makan nasi padang dekat Restoran Simpang Raya. Restoran ni banyak branch. Masa first day kat Jakarta pon kiterang dinner kat sini. Rasanya bila kat Bandung, lagi banyak branch dia. Bagitu je kat pak supir, tup tup dah sampai depan kedai.

Kalau restoren yg hidangkan nasi padang ni, dia biasanya akan hidangkan semua lauk sekaligus. Terpulang kat kita lah nak makan lauk yg mana satu. Once kita dah usik pinggan tu, dia mmg akan charge. Jadi selamat memilih lauk pauk yg sedap ye. Pernah sekali masa kat Jakarta.

Ada satu hidangan ni macam ayam masak lemak cili api, nampak sedap sangat. tanya lah kat Mak, Mak ni ayam kan? Pastu terus la amik seketul. Pastu masa nak cuit sikit, liat, kenyal kenyal. Aku ni dah macam terkejut gila, geli pon ada. tanya, mak, abah apa ni? Along pulak dah buat muka pelik. Tetiba pak yoyo cakap, OTAK LEMBU tak? Aku dahh, amik otak lembu tu, terus letak kat pinggan mak. Mak pon cakap, 'eh, apa pulak bagi kat mak'. Last last Abah yg amik, pastu ngapp masuk mulut dia. dia cakap sedap. Pastu mak pon amik half, ngapp dalam mulut. Mak pon cakap sedap. last last derang yg abiskan. Aku je yg buat muka pelik. Hikhik. Aku mmg takreti makan organ dalam haiwan kaki dua ng kaki empat ni. Kalau macam seafood, boleh la. Otak udang paling aku suka. Sedapnyaaa,terliur tahu.


Avocado juice. Indonesian panggil Apukat juz. Seriously terbaik. Terbaik sangat. Kesedapan dia ahhhh, sedap sangat. Takdapat diungkap dgn kata kata.Rugi sbb takut nak try sblm ni. Nak order lagi satu malu. Sekarang tgk. Kan dah kempunann.. Hiks


Tengok semangat sehh abah minum. Padahal dia dah order dua gelas air dah. Memang sedap jus avocado ni. Taktipu.


Gambar ni pulak tergelak gelak aku tengok. Tengoklah mata Abah tu. Nampak sangat taksabar nak rasa Along punya jus avocado tu. Dalam hati abah tu mesti cakap 'Cepatlah Long, turn Abah pulak nk rasa ni'


Cuba tgk gambar kat atas ni kawan kawan. Korang agak agak ini apa? Ye betul, memang sate. Sate padang. Seriously jauh beza dgn sate Malaysia. Kuah dia sebijik macam kuah gulai daging tahu tak. Tapi yg ini versi pekat punya. Mula mula masa order ingatkan macam sate manis yg dalam cite Saus Kacang lakonan BCL dgn Ashraf Sinclair tu. Tapi hampehh. Tapi kalau makan dgn nasi ni, sedap kot. 


Oke, siapa yg pernah pergi Jakarta Bandung, aku rasa mmg dah kenal dah kan kek kat gambar atas ni kedai sapa yg punya. Aah, memang betul Kartika Sari yg punya. Sedap. Tapi agak mahal lah. Biasa lah tu, kalau dah glamour, sume pon mahal.


Nasi Daging Dendeng Balado. Macam biasa Abah dah bising bising amik makanan yg banyak cili. Nak buek camno Abah oii. Dah tokak den ni suko. Kalau tak podeh kang,tak boleh masok.


Abah macam biasa, ayam penyet lagi.lagi dan lagi.  Pendedahan eksklusif, gambar ni Abah yg suruh tangkap.  Abah suka sangat woo bergambar masa kat Indon ni. Kalau tak harrem mana Abah nak bgambar. Hekhek. Lawak.

Oke, tu je gambar yg ada, tu je explanation yg ada. Sebenarnya banyak lagi tempat makan yg kiterang pi. Tapi tak sempat amik gambar, dah licin sume pinggan. Lapar sangat.Byeeeee

thank you for reading my entry!!

Tuesday, April 2, 2013

Trip 1: Jakarta dan Bandung Part 2

assalamualaikum...

Jumaat, hari ke3 kami di negara seberang, kami ke Tangkuban Perahu,Bandung.
Masa kiterang datang mendaki dan menurun gunung ni, itu adalah hari ke4 GunungTangkuban Perahu dibuka kembali kepada orang awam.

Sampai sampai je kat sini, the smell of sulphur sangat kuat. Aku macam, ewww. Bau apa yg busuk ni. Lepas tu dengan banyak nya orang duk ngekor kat belakang suh kita beli derang punya produk. Aku macam nak tanya je, ada jual face mask tak? 10000Rp pun aku sanggup beli. Sesak nafas aku sbb asyik tahan nafas masa kat atas ni.


 
Kiterang macam biasalah, mula- mula duk sibuk ambik gambar apa sume. Kabus sangat tebal tahu. Sejuk sangat. Cameron pon kalah aku cakap. Sampailah kiterang ketemu sama adik Yoga ni. Dia salah sorang tourist guide kat sini.

 
Yoga Nugraha, 20tahun. Dia dah bekerja kat sini tiga tahun lepas tamat SMA. Meneruskan kerjaya arwah ayahnya sebagai tourist guide kat Gn. Tangkuban Perahu. Dia sangat baik, peramah, naive sume adalah lah kat dia ni.

 
Kawah Ratu. Kawah yg paling besar kat sini. Kawah ni lah yg baru baru ni duk keluarkan gas yg membuatkan gunung ni ditutup sebulan lebih. Gas sulphur. Arghhh,busuk menusuk ke hidung. Yang amat busuk.
 
Kalau nak tahu, nama Tangkuban Perahu di ambil sempena nama Perahu terbalik. Nak tengok tak gambar perahu terbalik yg dijadikan signage. 
 
 
 
 
Tadaaa......................

 
 

 
Ini adalah salah satu kraf tangan sekiranya berkunjung ke gunung ini. Ini bukan lukisan tau. Tapi ini adalah pokok yg memang bercorak batik pada bahagian pokoknya. Berupaya menghalau lipas dan kala jengking. Kerana dipercayai bercorak macam ular,jadi semua haiwan pon takut. ;P
Abah adalah beli satu. Dalam 100000Rp camtu. Agak mahal. Tapi takpelah,kira sedekah je. Kesian tengok derang kerja sungguh sungguh.

 
Masa ni dah start turun ke kaki gunung dah. Menuju ke Kawah Domas. Kesihan mak abah sungguh sungguh turun bukit sbb nak praktik berjalan sejauh 7km katanya.

 
Anak anak tangga yg tak terbilang banyaknya. Bayangkanlah 1.3km untuk turun ke Kawah Domas dan 1.2km untuk naik semula menuju jalan pulang. Eheks.

 
I'm very proud with my parents. Gigih jalan jauh semata mata nak merasai dan menikmati keindahan alam yg tidak terdapat di Malaysia.
 
Ehh,macam dah nak sampai Kawah Domas jee. Eh, Eksitednyaaaaaaa sbb penat sangat berjalan. Tapi muka maintain cool je depan Yoga suma tu. Eii malulah kita muda muda cepat penat. Lainlah orang yg dah tua. Abah pon aku tgk steady je.

 
Sulphur. atau nama lain nya adalah belerang. Nampak tak yg warna kuning tu?


Kolam air panas yg suam suam kuku . Nak terjunnnnn tapi takbawak baju spare. rendam kaki je lah.


Thanks Yoga sbb banyak sangat capture moment kiterang kat sini. Abah nk bagi tips pun dia taknak terima. Ada pihak yg memerhati katanya.

 
Untunglerr abg Bilal ada orang duk tolong urutkan kaki. Penat ouh duk turun bukit ni nak pi kat kawah. Kalau lah ada tukang urut perempuan ni, dah lama dah aku suh dia massage mak.


Along dgn mak pon tak ketinggalan nak rendam kaki dlm kolam air panas. Serius rasa macam masuk spa yang free. Ahaks.

Dan, Gunung Tangkuban Perahu adalah tempat yg wajib pergi ye sekiranya datang ke Bandung ni. Kawah Putih jauh sangat. Kiterang tak sempat nk visit. Sobs. Kat Kawah Putih tempat dia lagi sejuk tau. Strawberry dia perghh perghhh perghhhhh. Manis gila macam taruk gula! Seriously.


thank you for reading my entry!!

Tuesday, March 26, 2013

Trip 1: Jakarta dan Bandung Part 1

assalamualaikum...

Hye guys, i went to Jakarta and Bandung for 4days. During these trip, tak banyak snap gambar pun. Sebab both Jakarta Bandung ni shopping heaven! Memang kerja kitorang shopping je. Telekung lah kain lah baju lah semua lah. Lagipun camera mmg tertinggal kat Malaysia pon. Padahal dah beriya nak bawak.


Actually my flight destination with my parents was at Soekarno-Hatta International Airport, Jakarta. Along dgn brother-in-law pulak flight derang pagi. Kami pergi asing asing sebabnya, mula mula Along dgn BIL je yg pergi Bandung, pastu tetiba dia offer nak bawak sekali Mak Abah. Pastu aku dgn menggediknya dan eksiteeednya tanya Along, "Along, nak ikut boleh?"  Pastu jawapan Along mcm menghampakan lah jugak. "Boleh, tapi pakai duit sendiri".

So, aku dgn gigihnya suh En. Fiance check air-asia pny flight. Mak ai, mahal kemain RM300+ 1 hala. Mmg tak la kan. Lepastu tgh bulan february taksilap, aku gatal lah tangan duk bukak web Air-Asia. Oooemmmjii, Rm208 je pergi balik. Tanpa pikir panjang dah, terus aku beli tiket tu. Sbb hotel,supir,makan dah ada org support.ehhe.

Ok, bila sampai je Jakarta, kiterang terus bertolak ke Bandung. I donno why,why Along tak amik flight terus ke Bandung je kan? ehhm. Jakarta-Bandung amik masa 3jam je sebenarnya. Tapi, Jakarta ni sebuah daerah yg tersangatlah jam. Ditambah pulak hari tu hujan lebat. Gerak pukul 6ptg(waktu Indonesia), sampai dalam pukul 12(waktu Malaysia) *Indonesia lewat 1 jam dari waktu Malaysia.
 
 
Cute kan? Hotel Pop!, Bandung
 
So basically Bandung ni ada 4 main district: Dago, Chihampelas, Jalan Setiabudi and Jalan Riau. Each district ada banyak gila malls kena visit! Lagipon semua district ni dekatdekat like few minutes car ride only. So rugi kalau tak pergi semua. Gambar banyak dekat Ipad Along aku. Plus,memasing sibuk shop shop shop sampai tak hengat nk bgambar.

Kat sini banyak sangat factory outlets. tak terkira.  Rasa menyesal pulak sebab tak capture gambar banyak banyak. sobbs.Dalam banyak banyak malls yg kiterang pi,hanya dua gambar ni je yg sempat diambil.Tu pon Along yang offer nak tangkap kan.
 

 

Aku suka sangat suasana dekat Bandung ni. Redup je. Wpun banyak peminta sedekah di jalanan. Paling best bila budak lelaki buat pertunjukan dgn monyetnya. Kiut sangat. yang cat 1 badan semata utk menarik perhatian orang. Kesian. Pada pendapat aku, derang jadi peminta sedekah bukan sebab derang malas. Tapi penduduk Indonesia sgt ramai dan padat sampai peluang pekerjaan tu kurang.

gambar ihsan google

Bila ke Pasar Baru, kiterang serius borong habis telekung,kain ela,lace. Abah yg mula mula taknak,tetiba,dia yg paling banyak #ehh.
Pasar Baru ni dia ada 6Lantai sumenya. besa. Tapi kiterang pi dalam 4 5 buah kedai je. Knp, uolls tahu lah kan kalau berjalan dgn org laki ni camna, orang tua pulak tu.Hihik
Tapi best sangat pi Pasar Baru ni. takpuas betul. Lagi kuciwa sbb takdapat beli border lace. Uwaaa.
Sampai termimpi terigau igau. *Nanges
 





 Okelah, aku dah penat menulis ni. Lagipo, it's been a long time since I wrote anything here. Nanti aku sambung pulak dalam Part 2, di Tangkuban perahu.
 

thank you for reading my entry!!
Xoxo, Wani

Wednesday, November 23, 2011

Sarawak dan Nasi Ayam Penyet.

assalamualaikum...

hyehyehye. pernah tak aku bagitahu yg aku ada pergi Sarawak pada cuti sem yg lepas? kalau takda,mehsini aku nak bagitahu story yang hampir 6bulan expired dah ni.

bukan apa.aku dah lama nak upload pasal ni sebenarnya,tapi gambargambar pulak terperuk dan terperangkap dekat laptop adik yang kat serting tu.
ni pon baru berkesempatan transfer memory terindah dekat sarawak ni ha..

dan aku pon nak berkongsi lah kegembiraan ni dekat korang okeh. suka tak?
meh,jom kita tengoktengok gambar.A picture is worth a thousand words kan?

my first time naik flight.tu yang jakun sikit tu.

ouh my mak,u look so tadarappapa with the peace.


part ni part yg paling best bila pergi memana. part apa ye kawankawan? ouh..pastinya bab makanmakanmakan. ouh eyh..nomnomnom..siryes aku pastinya akan menelan air liur pabila menaip part ni  tau.takcaya? tanya lah laptop aku.hwahwahwa..

tempat yg jadi pujaan hati aku sepanjang dekat Sarawak ni adalah pabila makan di Restoran Raja Ayam Penyet di Kuching. kenapa? sebabb. aku suka makan lah.hahahaha.
Lagi pictures.


tu apa yg aku buek tu.ye.aku mmg takde koje. haha
bandung yang kawkawkaw.


sup tulang.aaaah! awesome! mmg menyelerakan. sedapnya.naknaknak

ce tgk muka along yang takboleh blah tu.nyumnyumnyum.

nasi ayam penyet original.. ayam besar woooh.

sambal belacan yang best dan pedas sampai berasap telinga aii.

seriously.the chicken super besar tahu tak????dan tempe sgt rangup.


nasi ayam penyet ayam bakar+limau kasturi untuk keenakkan


errk.aku pon tatau kenapa aku buat camtu.ahaha


a couple that introduce and treat our stomach.. wahaha

dari dalam ke luar mmg banyak kepala yg datang.

bergambar kenangan sebentar!

6bulan lepas dgn sekarang saiz badan aku byk sgt beza tahu tak
dann.bersiarsiar amik angin dan nasib baik tak kena angin kuskus di Kuching Waterfront,Kuching.

aku tak ingat knp aku dilitupi oleh selimut tu.

cantik kan? nama apetah ni.

astana.keindahan di waktu malam di tasik apa ntah.

haaaa.sepanjang kiterang dekat sarawak tu,kiterang menginap dekat Harbour View Hotel. 
apa yg takbestnya dan aku tak berkenan dekat hotel ni adalah. aku rasa dia tak concern pasal customer muslimnya. 

sebabnya. bukan nak kata takde getah paip,gayung dan baledi pon takde tau tak. 
mmg dah macam orang apa dah lap berak pakai tisu segala. 

eyerww. aku org kg okeh.mana biasa camtu. 


sopan betul aku makan.

kalau takabes,takperlu bayar 5RM pon.

senyum simpul dan gediksksks

pahtu,kiterang ke Kampung Budaya Sarawak terletak di kaki Gunung Santubong yang mengambil masa kira-kira 40 minit perjalanan atau sejauh 30km dari bandaraya Kuching.

 Bayaran tiket yang dikenakan seingat aku berharga RM60 seorang bagi dewasa.  
tapi, aku dan adik dapat RM30 jelah.harga student tuu.


kampung budaya sarawak
salah sebuah umah etnik disitu.tinggi ouhh.
our mak! dan budak yang suka menyepak. *adik

tu  apa. monyet.tu apa.monyet.tu apa.monyettt kayuuu.

paman tgh nak ngukir sesuatu la tu.

haaaaaaah. apekah ni?

mak.along.

wani cantik. haha.perahsantan lagi.

bibik goreng untuk jualjual dekat salah sebuah rumah mini di situ

kuih apa ntah,tapi active ingredients dy keledek.

lepas tu kiterang g tgk cultural show kat dewan yg disediakan

erm.kalau dah datang sarawak,taksah la kalau tak beli kek lapis bukan? dan  “If you come to Sarawak, you have to get Diwannie Cakes. Simply marvellous!” -Dr.George Maison.

selain Diwanni Cakes,kami juga ke kedai kek lapis yg femes di sana 

iaitu kek lapis Dayang Salhah.


tester.habes kiterang rasa lah kononnya.
Welcome to Kek Lapis Sarawak Di Wannie


 dan jom ke Main Bazar  utk membeli sedikit cenderahati buah hati sekalian seperti boifren,family dan rakarakan.






oke.penat dah gua menaip.pabila haswani samilan menaip kan?mmg lah penat.haha.bye you all.takecare.
gua skrg jadi babysitter kpd baby izzul hafiy tau sekarang.harihari bgn pagi.oke,tu je yang nak bgtahu. =P



  thank you for reading my entry!!

nf