Saturday, September 17, 2011

semoga Kau dengar doa kami.

assalamualaikum... 

minggu ni masih minggu exam.paper hari khamis tu sumpah hancur. OSPE pharm service mmg susah. dan Dispensing theory pula macam dispensing OSPE. baca notes theory,tpi yang keluar notes OSPE.mmg tak dapat score kot. dan isnin ni barulah Dispensing OSPE yg terbahagi kpd tujuh station. agak dan sangat cuak.

minggu depan rakanrakan ingat nak buat trip ke bukit merah. 
saja nak makan angin selepas habis exam kan. tapi tu hanya perancangan. 
 redha dengan ketentuan Ilahi ke atas dirinya selaras dengan konsep qada dan qadar Tuhan, iaitu kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya.

haritu tgk gambar anak-anak buah yg  cute sangat.kecikkecik lagi dah pandai tunjuk kasih sayang.
well,zahra insyirah mmg suka budak kecik.sangat suka mugkin.
mana taknya, tiap kali dgr izzul nanges, dy la yg paling awal sampai nak dodoikan izzul.
 kalau izzul nanges nak hisap puting, dy pulak yg berebut dgn kita nak suapkan puting tu ke mulut izzul. yes.she is adorable sister kan?
kakak bg suap susu ke adik.so sweet.








TAPI..

baru baru ni, pada 13september yg lalu, izzul hafiy didaftarkan sebagai inpatient di hospital batu pahat for the second time. 
korang bayangkan la,dia  baby lagi kot tapi dah masuk wad. 
masa yang first time  dulu tu, dy baru 4 bulan. tu dy kena admit because of stomach infection.
tapi yang ni pulak sebab bleeding dekat dy punya otak. bahaya kot. dy baru bayi lima bulan. sangat kecil.
izzul botak sbb baru lepas cukur jambul.bukan chemo oke.




izzul ni mmg kuat nanges. tapi tak pernah pulak sampai mata sembab. 
tapi bila tgk gambar dy yg latest-masa first day admit, mmg nampak dy nanges teruk ah. 
maybe taktahan kot asyik vomit je sampai dehydrated. kalau kita pon vomit,rasa nak lemah satu badan.inikan pula baby kecil kan.
zoom kat mata izzul tu.



ibubapa  mana yang taksedih bila tgk anak sendiri masuk wad kan.
 aku ni, sebagai makcik dy ni pon,walau baru  tengok gambar je,hati dah sayu pilu. apatah lagi ibubapanya yg bersengkang mata jaga izzul masa sakit. dik kemba pon kena admit jugak masa kat hosp pantai,batu pahat sebab badannya lemah. ouh. Dugaan.
inpatent-ibu dan anak.

dan tadi, bila tengok gambar dy yg latest, penuh berselirat wayarwayar- TPN tubing maybe.
w/p tube tu penuh muka dan 1 badan, izzul tetap maintain comel dan hensem. 
masa nak masukkan tube dekat hidung tu kan sakit, macammana lah izzul hadapinya kan. 
izzul.. cepat sembuh ye. meh sini acik nak tgk dimple.

ibunya cakap, izzul mungkit ada jangkitan rotavirus.
semalam je dah tujuh kali dy kena sawan-kuman dah naik ke otak mungkin. :'( 
doctor kat sjmc suspect yg pernah berlaku hentakan kat kepala izzul.tapi ibunya cakap,takpernah pon izzul terjatuh ke apa ke masa dgn dia.

bukan nak kata apa lah kan.kalau hantar anak kat pengasuh,then anak itu terjatuh ke hapa, mestilah pengasuh pon takberani nk mengaku kn.takut dibilang takreti jaga budak mungkin.taktahu la tu.
wallahu 'alam

dan bilamana izzul masih berada di hospital next wekend, dan izzul takbaik lagi.
ingat nak pergi lawat dy. dah la mmg rindu.bila jadi macamni.rindu tu makin membuakbuak.




Status FB dari ibu dan papa izzul
Hospital batu pahat. - "Cepat sembuh ye nak..papa tggu izzul ni"

Hospital pantai batu pahat.- "Muhammad Izzul Hafiy..sungguh cerdik anda ye..lepas addmited 
dekat Hospital Pantai terus senyum and gelak2 smbil tonton cerita kartun..huhuhu..bijak
 nye anak papa ni.pandai pilih hospital ye.." -masa ni ingat izzul dah sihat.

Subang Jaya medical centre.-"Dah transfer sjmc.. sbb pantai bp takde pakar otak kanak2." 

"frenz,tolong doakan anak saya cepat sembuh yea and xde pape yg kritikal jadi kat dia..izzul

 now kat icu sjmc..jangkitan rotavirus...suspect pernah belaku hentakan kat kepala atau

 kuman dh naek ke otak sebab dia dah 7x kena serang sawan semalam"

icu sjmc.harap tak kritikal sangat.
















dan sangat berharap.izzul cepatlah sembuh. boleh main terkejutterkejut lagi dengan acik kan .rakanrakan bloggers, tolong doakan jugak ye.kepada ibupapa izzul,banyakkan bersabar. kepada atuknenek izzul, izzul pasti akan segera sihat. kepada makcik izzul yang tengah menulis ni, izzul kena jumpa anda dulu, baru dy kembali sihat mungkin.cepat tengok izzul ye. :P




Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Yakinlah bahawa Allah  tidak akan menguji seseorang itu melampaui kemampuan hambanya. Mungkin hari ini Allah  telah menguji kita dengan merasai kekecewaan namun siapa tahu pada esok hari kebahagiaan yang kekal abadi.

  thank you for reading my entry!!

3 comments:

Cik tikah said...

semoga adik izzul cpt sembuh dan x ada pape yg buruk berlaku dkt dia lagi. w/pun pape yg trjadi, ada hikmahnya. berdoa selalu agr dia cepat sihat :)

SCLover said...

semoga ibu n ayah anak ini tetap kuat dan tabah dengan ujian Ilahi ini...sya doakan semogasegalanya dpermudahkan dan berjalan lancar...

muzai said...

http://suka2contest.blogspot.com/2011/10/25-things-random-giveaway-by.html

aku tag ko

nf