Tuesday, August 27, 2013

Hari Hari Hari Raya.

assalamualaikum...

Tahun 2013. Malam ni malam yang ke 20 Syawal. Tapi aku baru nak update pasal raya. Walaupun agak basi. Tapi aku nak update jugak. Aku tak kira.

Tahun ni aku beraya di kg halaman kelahiranku. Di Banting, Selangor. Yes, aku anak jati Selangor. Anak jawa Selangor. Tapi. iki orak ngerti ngomong jowo. Sila boo sama aku..

Tahun ni raya meriah sangat. Yelah, hampir 4taun jugak lah kami tak beraya kat sini. Best sangat. Seharian kiterang duk beraya rumah adik beradik nenek.

Tahun ni baru aku tahu yg nenek sebelah abah pun ada 10 orang adik beradik. Sama jugak macam siblings aku. Ada sepuluh kesemuanya. Wonderful. Nampak sangat yg kami ni mmg ada baka family ramai. Jangan jeles korang..Hiks.





Tahun ni jugak, mungkin adalah tahun terakhir bagi aku beraya sebagai seorang yg single mingle. Sebab tahun depan dah beraya double! Say yay! InshaAllah. Takpun tahun depan beraya sorang sorang dekat hospital. Tssk. Boleh tak nak tukar career sekarang? Taknak la kerja yg ada shift ni. Agak agak terlambat tak kalu nak tukar cita cita skrg? Huhu.

Tahun ni,walaupun aku dah kerja yg tak confirm lagi. Aku masih dapat duit raya woi! Hehe. Nampak sangat muka macam budak sekolah kan. Ada 5 orang yg bagi duit raya kat aku. Thanks korangg. Ailebiu Bangteh, Atuk, Nenek, Paman, dan Sayang!

Tahun ni jugak adalah first time bagi duit raya dekat adik adik yg bila nak dapat duit je,jadi baik. =.='
Bagi kat mak,abah, nenek,sepupu(yang cukup syarat). Best jugak feeling bagi duit raya kat orang ni kan? Janganlah kita anggap bagi duit raya ni membazir,anggap je lah sebagai bersedekah. Besar pahalanya tu.





Tahun ni first time belikan mak dan adik adik baju raya . Baju raya eh. Baju lain dah banyak kali. Paling best bila derang pakai baju yg kau beli tu. Part pujuk mak paling best. Mak paling banyak baju raya. Menantu belikan, anak belikan. 
Tapi aku bijak sikit. Iron siap siap baju ng tudung mak dari rumah. Pastu bila sampai kampung, cakaplah "Mak,baju mak yg lain sume tak iron lagi. Baju ni je yg dah iron. Pakai yg ni jelah mak". Lagi best bila mak cakap "Wow,kau beli baju warna kesukaan mak".




Tahun ni tema raya kaler.. Kale apa ntah. campur kot. Orange. purple . hitam . hijau kot. Sebenarnya tiap tahun pun kiterang takde tema sebenarnya. Tapi sbb ada chemistry kan. Kala baju pon dekat dekat sama je. tu pasal leh jadikan tema.




Tahun ni abang abang aku yg masih bujang ni dua dua pakai baju kaler hitam. Dah macam kembar dah pulak. Tapi nasib baik muka taksama. Sorang macam apek. Sorang macam maple. Opps sorry. Aku harap korang berdua tak baca blog aku.




Tahun ni family cik Sidah ngan cik Judin tak join pulak kiterang punya photo session. Ehm. Kalau derang ada,mesti lagi ramai dalam gambar ni.




Tahun ni aku takde beli baju raya pun. Tapi aku beli tudung raya je. Baju yg aku pakai masa raya ni pon aku recycle je. Nanti aku update pasal baju ni dekat next entry. Kalau aku rajinlah. Aku tak janji okey.




Tahun ni ada dua orang kakak yg tak beraya sama. Memasing beraya belah mertua. Tahun depan, aku ntah sambut raya dengan family ke dengan patient. Arggh. I hate this. I'm family first punya orang. Seriously. Seriously aku nak keje yg Sabtu Ahad cuti dan kerja office hour je. Seriously.











Sapa ada perasan yg tiap perenggan aku mulakan dengan 'tahun ni' sila angkat tangan. Kita main sep sep sep. tom. tom. tom. Blerrrgh









Tahun ni masih tak terlambat dan terlewat untuk aku ucapkan
SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN. HALALKAN MAKAN DAN MINUM. =)















thank you for reading my entry!!

nf