Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Tuesday, August 27, 2013

Hari Hari Hari Raya.

assalamualaikum...

Tahun 2013. Malam ni malam yang ke 20 Syawal. Tapi aku baru nak update pasal raya. Walaupun agak basi. Tapi aku nak update jugak. Aku tak kira.

Tahun ni aku beraya di kg halaman kelahiranku. Di Banting, Selangor. Yes, aku anak jati Selangor. Anak jawa Selangor. Tapi. iki orak ngerti ngomong jowo. Sila boo sama aku..

Tahun ni raya meriah sangat. Yelah, hampir 4taun jugak lah kami tak beraya kat sini. Best sangat. Seharian kiterang duk beraya rumah adik beradik nenek.

Tahun ni baru aku tahu yg nenek sebelah abah pun ada 10 orang adik beradik. Sama jugak macam siblings aku. Ada sepuluh kesemuanya. Wonderful. Nampak sangat yg kami ni mmg ada baka family ramai. Jangan jeles korang..Hiks.





Tahun ni jugak, mungkin adalah tahun terakhir bagi aku beraya sebagai seorang yg single mingle. Sebab tahun depan dah beraya double! Say yay! InshaAllah. Takpun tahun depan beraya sorang sorang dekat hospital. Tssk. Boleh tak nak tukar career sekarang? Taknak la kerja yg ada shift ni. Agak agak terlambat tak kalu nak tukar cita cita skrg? Huhu.

Tahun ni,walaupun aku dah kerja yg tak confirm lagi. Aku masih dapat duit raya woi! Hehe. Nampak sangat muka macam budak sekolah kan. Ada 5 orang yg bagi duit raya kat aku. Thanks korangg. Ailebiu Bangteh, Atuk, Nenek, Paman, dan Sayang!

Tahun ni jugak adalah first time bagi duit raya dekat adik adik yg bila nak dapat duit je,jadi baik. =.='
Bagi kat mak,abah, nenek,sepupu(yang cukup syarat). Best jugak feeling bagi duit raya kat orang ni kan? Janganlah kita anggap bagi duit raya ni membazir,anggap je lah sebagai bersedekah. Besar pahalanya tu.





Tahun ni first time belikan mak dan adik adik baju raya . Baju raya eh. Baju lain dah banyak kali. Paling best bila derang pakai baju yg kau beli tu. Part pujuk mak paling best. Mak paling banyak baju raya. Menantu belikan, anak belikan. 
Tapi aku bijak sikit. Iron siap siap baju ng tudung mak dari rumah. Pastu bila sampai kampung, cakaplah "Mak,baju mak yg lain sume tak iron lagi. Baju ni je yg dah iron. Pakai yg ni jelah mak". Lagi best bila mak cakap "Wow,kau beli baju warna kesukaan mak".




Tahun ni tema raya kaler.. Kale apa ntah. campur kot. Orange. purple . hitam . hijau kot. Sebenarnya tiap tahun pun kiterang takde tema sebenarnya. Tapi sbb ada chemistry kan. Kala baju pon dekat dekat sama je. tu pasal leh jadikan tema.




Tahun ni abang abang aku yg masih bujang ni dua dua pakai baju kaler hitam. Dah macam kembar dah pulak. Tapi nasib baik muka taksama. Sorang macam apek. Sorang macam maple. Opps sorry. Aku harap korang berdua tak baca blog aku.




Tahun ni family cik Sidah ngan cik Judin tak join pulak kiterang punya photo session. Ehm. Kalau derang ada,mesti lagi ramai dalam gambar ni.




Tahun ni aku takde beli baju raya pun. Tapi aku beli tudung raya je. Baju yg aku pakai masa raya ni pon aku recycle je. Nanti aku update pasal baju ni dekat next entry. Kalau aku rajinlah. Aku tak janji okey.




Tahun ni ada dua orang kakak yg tak beraya sama. Memasing beraya belah mertua. Tahun depan, aku ntah sambut raya dengan family ke dengan patient. Arggh. I hate this. I'm family first punya orang. Seriously. Seriously aku nak keje yg Sabtu Ahad cuti dan kerja office hour je. Seriously.











Sapa ada perasan yg tiap perenggan aku mulakan dengan 'tahun ni' sila angkat tangan. Kita main sep sep sep. tom. tom. tom. Blerrrgh









Tahun ni masih tak terlambat dan terlewat untuk aku ucapkan
SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN. HALALKAN MAKAN DAN MINUM. =)















thank you for reading my entry!!

Saturday, August 25, 2012

Hari-Hari Hari Raya. 2012

assalamualaikum...

Hye. Pertama sekali diucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca,para blogger,para muslimin dan muslimat sekalian.

Macam tahuntahun sudah,tahun ni wani beraya di Kg Serting Ulu tau. Sambutan kat kg ni agak meriah.Tapi bagi kami sekeluarga,kami hanya menyambutnya secara sederhana. Uwan Esah atau lebih dikenali sbg Uwan Dulu oleh kami sekeluarga telah pergi menghadap Ilahi pada Hari Raya Pertama-pukul 7.10 petang kerana mengidap kanser kelenjar setelah dua bulan terlantar sakit. Beliau adalah adik kpd Uwan kami. Mungkin pemergiannya adalah yg terbaik untuknya. Amiin. :: AL-FATIHAH.

Berikut adalah gambar yg sempat diambil pada 1st Syawal. Lokasi pengembaraan di kawasan rumah cik mail ye.Harap maklum.

 
our siblings + Cik Mail's family

siblings
Tahun  ni bersatu Syawal tanpa si budak nakal izzul dan zahra. Zahra beraya di BP kerana papanya masih bertugas di pagi raya. Manakala si Izzul pula beraya seminggu di Kelantan. Memang xdpt jmp izzul raya ni. Rindu.

Dalam gambar raya pula tiada gambar emak dan abah.di mana silapnya,mereka balik awal ke rumah  kerana uwan tiada siapa yg jaga.Jadi emak dan abah berkorban agar gambar diorang tak diambil. Tskk.

Tapi,bila review balik gambar raya,abah bisingbising tanya knp dan mengapa gambar dia takda. =.='
Abah ni mmg nak kena tau.grrr.

Abah,nah gambar raya dari anakmu,Wani yg nyata jelita ni. *eceh,perasan.
Mempersembahkan Abah, dengan baju rayanya, kemeja bercorak batik yg diimport khas dari Sumatera Barat,Indonesia. Abah,back to basic ya bah? Rendu kg halaman la tu siap pakai baju design negara datuk nenek moyang.hihi

l
satusatu nya gambar bersamasama abah tercinta.

 Done update about syawal.see you soon.tadaa. and again, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin dari Haswani Samilan yg jauh di perantauan. 
 ;)

thank you for reading my entry!!

Friday, September 9, 2011

sebelas hari raya baru update pasal raya.

assalamualaikum...

alahai lombab lak ai ekau hupdate pasai hari raya. 
puasa pon dah sebulan habis dah makcik oii.memang kotinggalan kan ekau nih.

nak buek camno bloggers oii.
dah mmg aku selalu outdated dalam semua hal kan.
entry ni pon sebab akak aku request nak gambar raya.alang-alang kan,baik aku buat entry terus.
ok.ok.berbalik kepada raya.
raya tahun ni beraya kat nogori laei. den raso,sojak abah emak menotap kek sorting tu haa, memang akan beraya kek sano jo la yoo sampai bilobilo.
raya tahun ni tak semeriah macam raya tahuntahun sebelum ni. kalau sebelum ni, tiaptiap pagi raya lepas sembahyang raya pasti kami sekeluarga akan ambik gambar satu family dekat halaman rumah. 

testing kamera jap. ouh kiri kanan nmpk double chin tu..

tapi tahun ni,  abah merajuk kot sbb anakanak dy ramai yang takbalik raya tahun ni. padahal abah dah ada dua baju raya anakanak dy si kembar belikan.
betullah orang cakap yg apa gunanya kirim wang,tapi batang hidung pon tak nampak kan.tapi kalau tak kirim wang pon tarak guna jugak kan!

 dan apa yang takbest raya first ni, sbb takda soto. kalau nak tahu, soto tu memang menu tradisi kiterang sekeluarga bila hari first hariraya. tapi haritu takbuat sebab takcukup kakitangan mungkin.tapi no hal lah, sbb raya second aku melantak dengan soto lah. dah tahu sambbal kicap tu pedas sampai meleleh air mata,yang kau tambah banyakbanyak tu buat apa der! sangat suka tahu tak!!!!! kalau taktahu sila diam dan teruskan membaca.

jom kita gi usha gambar raya dulu. pastu baru kita cerita menumenu sepanjang berhari raya kat kampung nih.
izzul; kaler baju matching dengan acik lah!

satusatunya anak buah yg ada pada hari tu.

dik kemba dan suami; satusatunya akak yg dah berkahwin yang ada pada hari itu

kami without fida. biru+purple. fida takdak. dy  lain tema.

si ipar dan si abang
 walaupun dah duapuluhan,tapi aku masih dapat duit raya yaw!! sedara mara tanya belajar atau keje.mestila jwpannya belajar kan? best kot. tapi rugi betul sebab ada dua orang akak aku,yang aku lupak nak mintak duit raya. dy pon mesti terlupa kot kan. *fikir positif.

salam raya salam duit raya. :P
 haa.ni dy adik aku yang garang macam harimau atau singa lapar. raya first ni dy sombong sikit.
takmo bergambar dengan kiterang. takpetakpe.
lagipon baju raya dy lain tema. kaler peach gitu. untunglah ada mak pakwe yg bagi baju kurung. 
*fida,kau takpayah marah aku pasal ni.sbb aku tahu kau suka bila aku bercakap pasal pakwe kau kan. almaklum dah dapat restu ibubapa dua belah pihak. =P

  

















fida with her peach baju kurung by her bf's mother



senarai menu sepanjang hariraya.
raya pertama: rendang ayam by b.ise rendang daging rendang kerang by cik yum ketupat lemang nasi himit+kuah lodeh=lontong by dik kemba sup ayam by b.ise goreng pisang  panas fresh by me 

raya kedua: soto.nyummy! rendang ketupat lemang yg raya first punya =P 

raya ketiga: nasi briyani by along. hot item! selling fast!  kak kembar ng kaklang taksempat rasa pon tau.

raya keempat: tak ingat

raya kelima: mee bandung dan malamnya ada kenduri untuk aqiqah izzul.

menu kenduri aqiqah adalah gulai kawah kambing . kambing bistik . ayam masak merah . sambal belacan . sayur . kek buah. satay . kambing panggang . satay . dan blackout masa tengahtengah kenduri tau. ada ke patut!
menumenu pada hari aqiqah  adalah tajaan gotongroyong oleh anakberanak samilan's family. takpakai katering tau. sebab kiterang sendiri leh bagi servis yg lagi bagus dari katering! teehee

tapi boleh pulak terlupa nak bawak balik ipoh laukpauk kenduri ke ipoh kan. dengan rendang daging nya. terlupa sih. banyak kot barangbarang yg aku tertinggal kat kampung nun.
ni nak suh aku balik kampung lagi agaknya kan? haha.


duit raya first dapat!
dan sekarang sudah sebelas hari raya dan aku bakal beraya lagi pada tigabelas hari raya. InsyaAllah.
rindu ketupat rendang. kat ipoh ni takdak sapa buat openhouse ke?  *nangis.okbye.

p/s: sorry to dik kemba sbb lambat publish entry dan bagi gambar. tahniah juga sbb bakal duduk dengan suami anda selama tiga bulan!




thank you for reading my entry!!

Friday, August 19, 2011

takdapat balik beraya

assalamualaikum...

ouh. hari ni mmg sedih la.
adik badik lain plan balik kg weekend ni. 
tapi aku? duduk sebatang kara kat ipoh ni. 
dgn eseimen yg mmg berlambak.presentation yg bukan takat dua tiga.
research yg tak sudahsudah.

derang siap jeleskan aku yg angah ada borong udang merah dari pontian.
bolehh tak?
grrr. 
kot ye pon nak suh aku balik kan,jangan ah jeleskan aku cenggitu. sedih tahu.
tapi nasib baik aku pon bijak. call mak siapsiap suh mak simpankan udang tuk aku. 
pesan kat dy yg jumaat depan aku balik.
tapi kalau ayu-kazen aku boleh ponteng hari jumaat tu,boleh ah aku balik hari kamis. 
amiin. doakan okeh.

sekarang tgh dgr lagu raya tau.
PULANGLAH - Aishah
tu pon sbb housemate suh pasang tadi.
tapi bila dah pasang,tetiba addicted pulak dah. haiiyo.soobs.
malam tadi pulak siap makan kuih raya sambil dgr lagu raya jugak. dalam pukul 1pagi kot.
kenapa lewat? sbb tadi pagi ada kuiz,jadi malamnya haruslah study kan?

haih.nampaknya mood raya dah datang w/p 10 malam terakhir ni patutnya kita kena memperbanyakkan amalan
tapi apakan dayaku. masa takkan kembali  =(
dan
bila ntah nak shopping raya ni.

contoh udang merah-encik google


















thank you for reading my entry!!

nf