Wednesday, May 6, 2009

Hantuuu....

Hantu terdiri daripada jelmaan iblis...
Hantu jugak terdiri daripada pelbagai jenis..
seperti:-

Polong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang
mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas
kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan
berasa malu kerana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan
pembungkusnya tu.

Langsuir
Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda renung
balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin
muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.

Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun
mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat
dari dia, tentu dia boring.

Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara
mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa
dia,bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau
jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan
aktiviti lain dia nak buat.

Hantu Galah
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi..Kalau terjumpa dia,
kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada di situ.

Jerangkung
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling
mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan
telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri
tegak.

Toyol
Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen
berguni-guni..nanti dia ingat duit emas,lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya...lepas
tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak2 tu...

Hantu Ponteng !!!!!
Yang ni payah sikit nak cakap sebab,hantu-hantu ni cam korang
lerrr..takder kerja lain asyik ponteng keja, chating, lepaih tu nengok
e-mail..macam sekarang nih..sah-sah tengah baca e-mail
nie..macamana nak jawab..korang sendiri gak jadik hantu..jadi bawak-bawaklah buat keja .....hehe! hehehehe.......

No comments:

nf