Wednesday, March 27, 2013

REVIEW: Engagement Budget

assalamualaikum...

Alamak,dah dua bulan jadi tunangan orang baru nak update kan. Cerita mmg tak hot dah lah. memang dah basi pon.Terbaik.

Since our engagement are very simple due to "majlis pertunangan tertutup", hanya pihak keluarga dari kedua-dua belah pihak sahaja yang hadir.

Walaupun majlis ni simple,tapi sedikit sebanyak ada jugak budgetnya. Namun,bantuan daripada family telah memberi memori yg besar dan bermakna dalam majlis ini.


This is my budget



DIY mini Pelamin 
DIY hantaran
NO catering 
DIY make up artist
NO expensive/rental attire


Total budjet utk diy mini pelamin ni adalah dalam RM30 je. Another prop di-sponsor by Kaksu. Thanksalotskaksu!


Manakala untuk hiasan hantaran adalah dalam RM110 tidak termasuk barang hantaran ye. Walaupun hantaran nya simple sangat. Tapi ahh,cute sangatt.





 



Ktorang sejak dulu dulu berkenduri kendara mana pernah nak mainmain dgn katering suma bagai tu. Kami lah chef, kami lah tukang rewang, kamilah tukang hidang. Inilah untungnya ada ahli keluarga yg ramai kan. Bersatu kita jimat,bercerai kita membazir. #ehh.

Main dish pada hari bersejarah ini adalah Ikan Bakar made by Bang Teh and Inspired by Kak Lang.
Side dish pula adalah ikan kerapu sweet sour, gulai tempoyak, otak-otak,ayam goreng dan juga gulai labu. Dessert pula adalah chendol dan durian crepe.




Cakap pasal makeup artis ni kan, alahai, aku mmg tak sanggup la nak berhabis sampai dua ratus untuk menda yg hanya sejam dua je. So, bincang punya bincang, kiterang decide nak diy sendiri je makeup tu. Beli concealer, loose powder, lipstick, lip gloss, eyeliner, mascara blusher apa sume tu pastu sekali lagi Kaksu tolong makeup kan. Kalau beli, boleh la pakai kongsi sama-sama siblings kan. Boleh pakai acap kali pulak tu. Bukan pada engagement day je.





Baju tunang pulak serius, aku xde lah keluar duit sangat. Kain ela disponsor oleh Koleksi Irfa Hanna. 
Upah jahit baju dalam RM75. Beading kat baju pon diy sendiri ye. Shawl pulak beli dalam Rm60 kat Abeergarden. Sangat jimat bila cakap pasal attire masa aku tunang ni.

 

Hye Mr. Fiance!
 

My future mother in law and my mom!


Walaupun majlis ini secara kecil kecilan, aku bersyukur sgt sebab majlis ini berjalan dgn lancar dah sudah 2bulan pon kami bertunang. Yeay!


And now, I'm bride to be from Negeri Sembilan. Tengoklah badge kt sebelah. Comel kan?


Yang paling best adalah my handbouquet pearl! DIY sendiri tahu. Sangat sangat puas hati. Kalau tempah kat orang ni, mahu harganya RM90 above. Buat sendiri lebih jimat. Yeay!




Ribuan terima kasih kepada Abah Mak, adik beradik, saudara mara sbb dah bersusah payah dr segi kewangan dan tenaga dlm menjayakan majlis ini. Juga terima kasih kpd keluarga sebelah en.tunang kerana sudi hadir ke teratak kami yg tidak seberapa. Terima kasih banyak banyak.


thank you for reading my entry!!

3 comments:

Sunyi said...

Alhamdulillah dah bertunang. Tahniah dik!

http://handonfeet.blogspot.com/2013/03/menjual-blackwood-kitten-repack.html

Mak Lin said...

congrats dear~~~ ^_^

Diana said...

Tahniah.... simple and sweet.... suka2...

nf