Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

Thursday, April 4, 2013

MAKAN - Cupcake Chapter

assalamualaikum...



Yeay, bertemu lagi dalam rancang JalanJalanCari Makan verci Cik Anni.
Kenapa Cik Anni? Sebab Izzul anak buahku lah yg bagi. Tadi call mak nak cakap dgn Izzul, pastu Izzul... "Cik Anni uat ape tuu" Daripada nama elok elok Haswani, orang panggil Wani. Pastu dapat kat si Zahra anak buah dia panggil Cik Ani. sekarang dgn Izzul pulak Cik Anni. Sobbs. Belum lagi dengan si Samy cleaner Indian tu. Dia panggi aku Vanni teruih. Melekat nama India tu dekat aku. Nak nangeh ah camni!


Back to Jalan Jalan Cari Makan kita. Harini nak review pasal Cupcake Chapter. Sebuah restoren cupcake yg English style dia punya interior design. Milik orang melayu. Tapi superrb kot dia punya restoran. Highly recomended datang makan kat sini.



Tengok dia punya kedai pun rasa macam dah tak sabar nak order makan! Yeay.






Are you ready to drooling?






















 
Pan Barbequed Lamb Shoulder Rm 26.90
 
Sedap,Aki order yang ni. Mana aku tahu sedap?Sebab Kambing, my favourite tu.. Mestilah sebab Aki yg suapkan! haha. Kiterang mmg dah plan nak amik menu yg asing asing. Biar sama sama dapat rasa. So romantic kan. Pakwe Aki,sila jangan jelous tau! Haha.

 
Honey and Lemon Herbed Chicken  Rm19.90
 
Yang ni mestilah Acik Anni yang punya. So review mestilah banyak sikit. Sedap. Bak kata Wahid Senario, marvellous! dia pny brocolli rangup,siap keluarkan bunyi krup,krap,krup lagi masa kunyah. sayurnya segar sangat. Marsh potatonya pon sedap. Sedap sikit dari mash potato Kepci punya. Ayam nya empuk, masak betul masak. sedap lah untuk lidah aku ni.

 
Chapter's Chicken Cordon Bleu Rm22.90
Maaf sesangat,gambar takcantik. Tangan dah start menggigil sbb tak sabar nak makan ni haa. Menu ni si Fatihah Jamil yg punya. Sedap.Sedap.Sedappppppppppppp.
 

 
Arghhhh. Sodap lak ai air cuppocino ni. Memang den toringat ingat. Meleleh air liur den ni haa masa menaip pasal air ni. Manis,pahitnya, cukup semua rasa. Memang JalanJalanCariMakan TV3 kena datang sini hoiii.
 

 
Perut kiterang macam dah full sangat. Nak sumbat air yg sedap ni pon macam dah takde space dah. Pastu Aki cakap boleh tapau. Barista kat situ pon sporting habes. Almaklum, customer nya pun barista kat situ jugak. Mestilah layanan first class kan. Ahaks.
 
 
Menu Thirst Quencher 
 
 

What's cooking here?


Aki,thanks sebab belanja aku ng Teah datang makan kat sini. Patutlah semuanya sedap kan,ada orang belanja. Haha.
ThanksThanksThanks.



To anyone yg nak rasa makanan kat sini, bolehlah datang dekat alamat kat bawah ni ye. Gerenti puas hati!

Alamat nya
15,Ground Floor, UKAY Boulevard, Middle Ring Road 2,
,Hulu Kelang, Ampang, 68000 Selangor, Malaysia.


 



  thank you for reading my entry!!

Sunday, May 15, 2011

Cara-cara menjadi couple yang bosan tahap gaban di FB

assalamualaikum..

Anda merupakan salah seorang daripada berjuta rakyat Malaysia yang hangat bercouple tapi belum tentu kahwin dan ingin berkasih-sayang sambil menunjukkan perangai-perangai yang membosankan? Jika ya, marilah kita lihat bagaimana ghopenye anda boleh mencapai tahap sedemikian di facebook.
1) Update status hanyalah mengenai si dia
Ini perkara paling basic yang anda boleh aplikasikan. Status anda bukan mengenai anda, semuanya mengenai si dia. Status anda biar kalah status dia.
"Besi kat gigi dah cabut.yeayy dah cun gila sekarang"  -status dia-
"Harini sayam I pegi cabut besi kat gigi die,shian die shakit-shakit tak boleh makan aiskrim. Baru ingat nak bagi asikrim coklat kat die..huuu"  -status anda-
 
aku rasa,aku tak penah post cenggini kat FB kan? kalau dalam belog pon sipisipi je. tak nak lah kan nk show off sgt.. nanti ramai org jeles ngan hubungan kiterang yg sgt romantis ni pulak. *sila muntah sekarang :P

2) Bahasa yang digunakan ialah bahasa "cinta"
Setiap komen anda bersama si dia gunakan bahasa cinta yang sangat comel lagi menggedikkan seperti sayam abam, kiteww iteww dan lain-lain. Kalau guna bahasa biasa-biasa sahaja, macam main komen dengan membe la pulak kan. Tak bermanja tak berkasih-sayang la kan...
 
 uikk. apa kiteww iteww tu? ni mmg aku rasa sangat nak kutuk ngumpatngumpat buat tambah dosa lah. membazir masa je nak type hurup W banyak.banyak kali.. tak kuasa aku.pakai ejaan biasa je sudah.lagi manis,aku rasa.
3) Gambaq anda profile pic dia, gambaq dia profile pic anda
Biar orang semua kepeningan tengok nama jantan, gambaq perempuan. Nama perempuan, gambaq jantan. Setakat gambaq berduaan tu gaya lama beb... kurang menunjukkan hangpa punya kasih sayang. 
 
haaa.yg ni memang kazen aku si azmer muhiddin tu buat dalam profile pic dy.sampai pening aku dibuatnya. tapi dy takpelah kot. dy tinggal nak kumpul duit tuk kawen je haa.. kalau korang?belajar pon tak abes lagi.dah pandai bercinta. -ayat angah aku- 
kalau aku,penah ke tak?penah ke tak haa?lupa doe.kalau gambar berdua tu penah la kot. :P  aku pon tak abes belajar lagi ni. >.<
4) Aktiviti 3 dalam 1
Berbalas komen, berchatting dan bermain poke-poke dalam masa yang sama. Nak bonus lagi, sambil tu jugak ber-webcam dan berbalas mesej di telefon. Jadi 5 dalam 1. Oh indah sungguh kasih sayang sebegitu...
sumpah.takpenah lah 5 dalam 1 ni.2 dalam 1 pon selalu je fail,ni kan pulak 5 dalam 1. kalau aku berFB,memang tak lah kan nk bersms. takpandai lah nak bahagi masa dgn nk bls msg nya.nak berwebcam nya. nak berpoke nya dalam masa yg sama. eh yg POKE tu memang tak penah langsung kot. selalu terkantoi online adalah.mana taknya,kata belajar,tapi tgh online+ update belog.sadis. T__T
5) Tag si dia di mana-mana sahaja
Sedang anda berbalas komen dengan membe, tag lah si dia sekali ajak join berkomen. Setiap gambar anda dalam album rakan-rakan, tang muka anda tu bukan tag nama anda tapi tag nama marka anda. Lagi sekali orang kepeningan.. gambaq jantan, nama perempuan. Gambaq perempuan, nama jantan.
aah kan? macam dah lama je tak tag dy dalam post.dalam album kawan. eh,eh,lupa pulak.aku memang privatekan gambargambar aku yg ditagged untuk tontonan umum. segan ok.aku bukannya hot sgt pon nak tag dy suh tgk sume gambar aku..
6) Sehari satu video lagu cinta
Pastikan anda tidak terlepas untuk post atau share 1 video cinta setiap hari kepada kesayangan anda. Kalau terlepas nanti kuranglah kasih-sayang antara satu sama lain..
haha.aku takrajin lah nk carik video, bikin broadband aku cepat sampai dy punya limit je!! aku pon bknnya suka sgt pon dgr lagulagu ni. melainkan lagulagu lama je ok.lagu  KEKASIHku di MENARA GADING. best kan?? berkasih sayang senyapsenyap je sudah.takde ahh nmpk sangat jeliknya sampai kena ngumpat lagi kan?
7) Facebook anda juga facebook si dia
Biasalah, tak puas ada 1 akaun mintak jaa pasword facebook marka anda. Dah jadi dua akaun kan? Kalau marka anda jenis ada akaun sampai I, II, III dan  XVVVIIIVVVIIIIII, perhh seronoklah anda ada banyak betul akaun facebook.
erk..no komen. tapi acc FB aku mmg ada dua kan? dua ke tiga ek? lupa pulak. hehe. :P:P
8) Untuk mencapai tahap kebosanan maksimum, dalam hati anda sekarang bolehlah sumpah seranah gila babas terhadap aku.(budak bukan sebarang budak)
"Kapel itu bagus lah. Menambahkan kebosanan orang lain"
"Eiyh suka hati aku lah nak kapel-kapel, tak cukup kasih sayang la tuu!".. 
"Eleh mamat ni gebang kencang, mencik lah! nak pergi repot dekat abam".. 
"Alah jeles la tu tak boleh membosankan diri di facebook macam I yang berkapel ni"
"Long live kapel! Long live kapel!"
 
*ni entry copy cat dari belog budak bukan sebarang budak.harap maklom. 
kalau nak kutuk kutuk dy tau.bukan kutuk aku.hehee. :P
 
kami yg biasabiasa saja. :)

thank you for reading this entry!!

Sunday, April 3, 2011

lumrah.

assalamualaikum...


apa yang anda rasa betul pasal diri anda,rupanya salah dimata orang lain.
bukan senang nak puaskan hati orang lain.
bukan senang juga nak berbuat baik dgn semua orang.
yes,orang yang dengki memang akan sentiasa nak carik kesalahan kita.
bersabar dan terus berdoa. agar si pendengki itu menemui jalan yg luruss. 


bersamasama si kecil,hilang sume masalah. 
it's no biggie. be yourself and enjoy your  life.


 thank you for reading my entry!!

Monday, March 28, 2011

nasi padang RESTORAN Simpang Tiga.

assalamualaikum...

maaf,ini post masih lagi entry lama.tatau kenapa,lately sgt malas nak update belog cepatcepat.sgt bz dengan kuiz,assignment berlambaklambak frendship problem dan macammacam lagik lah..tapi minggu ni sgt best sebab dapat jumpa baby ZAHRA. yeeey.
juga dapat jugak jumpa abah,along,angah dan kaksu.
tapi paling sedih sebab emak takdatang pon.uwan takde sapa nak jaga.sobs.


semalam,kiterang makan kat Restoran Simpang Tiga, Greentown Business Centre, Ipoh.waaaaaa.at last,dapat jugak makan kat situ.dah lama dah ngidam,tapi dek sebab kengkawan suma cakap mknn kat situ mahal GILEER.takberani lah kan nak masuk.tapi memang nasib baiklah sebab semalam along ajak makan nasi padang kat situmemang pucuk dicita ulam mendatang lah.


camni,along ajak abah makan nasi padang,abah cakap taknak.
pastu along cakap nak mkn apa?
nasi mamak?haswani samilan pulak taknak.
abah cakap nak mkn masakan melayu.angah cakap kalau nak masakan melayu,baik makan kat rumah je.
abah mengalah.kiterang p jugak restoran simpang tiga dan along nak belanja.yeyyyy. kiterang sampai greentown dalm pukul 3 gitu.lewat okey.kebulur dah ni.
 thank you along sayang.

selalu lalu je kat kaki lima.takpenah pon nak masuk.
 aku suh along yg order makanan sebab for sure lah aku tatau nak makan apa kan sebab lauk memang banyak sangat.lagipon,kawan aku cakap makanan kat sini takk sedap,tapi mahal.tak beranilah aku nak amek kan.

banyak gilak pilihan mknn kat sini.rambang mata.

eksklusif rupanya tempat ni.patutlah mahal GILEER

suka gilak zahra bila dy dapat conquer kusi besar sorangsorang

tengok. si zahra pon taksabar nak mkn.

ni je satusatunya gambar aku yg ada dlm kamera tu.sobbs.
 rasa macam duduk kat indonesia sebentar kerna pelayanpelayannya berpakaian kaya org indonesia dongg.
opps silap pulak.padahal memang org indon pon.orang minang barangkali.

tgk baju dy punya pelayan.original from indonesia kot.hehehehe
 angahlah yg paling takboleh blah aku tengok.dia order abc.bila abc tu dah sampai,boleh pulak dy minum sambil buat muka menjengkelkan penuh kenikmatan minum abc tu dekat si zahra. nak menjeleskan zahra lah tu.tak padan ng bapak zahra.macam budakbudak.

ni yg kiterang order.ada yg taksampai lagi.takmuat satu meja okey.tamak.
 apa yg kiterang order pon aku tatau namanya.tapi yg pasti,angah cakap,masakan dy lebih kurang macam nenek masak je.bila MASAKAN JAWA.dah tu orang JAWA pulak tu yang makan masakan JAWA,mestilah SEDAAAP kan?
.


.


.


.


.


.


.


.


.


tengah makan


.


.


.


.


.


.


.


kami makan sampai licin.sedap okeyy.makanan pon along cakap takmahal sgt.harga standard.tapi air je yg mahal.teh ais limau RM3.00,baik aku amek jus epal terus.harga pon sama .sebenarnya kalu orang yg belanja mestilah aku rasa tak mahal kan?cuba kalau aku yg bayar sendiri,mesti geleng pala jugak.      =.='



































kesian si zahra.bila dia tgh berlari hepihepi nak balik,tetiba pipinya terhantuk kat kusi.tinggalkan kesan lebam yg kaler biru tu okey.sedihh.

cuba tengok kat pipi kiri zahra.LEBAM.

 thank you for reading my entry!!

Friday, March 25, 2011

selamat pengantin baru abah dan anak.

assalamualaikum...

PERHATIANNN: ini kesah lama pada 12hb march  dan baru 
dipublishkan pada hari ini,25march.terima kasih.




ini bukan kisah abah saya yg bernama samilan kastami.
tapi ini kisah abah kami yg bernama hj.sufian.
beliau adalah 'abah' bagi student diploma farmasi Unikl RCMP.mengapa beliau dipanggil abah?
mungkin kerana beliau memang ABAH kpd anakanak beliau atau sikapnya terhadap kami sama seperti seorang ABAH.


abah telah menjemput kami ke majlis perkahwinan anaknya.yey!! makan nasi orang kawen.besttt sgt!!!
gambargambar dibawah merupakan sebahagian gambar yg diambil pada waktu tersebut.

tuan rumah.abah dan org rumahnya.
 inilah dia abah yang aku maksudkan itu.muda lagi tak?abah sgt baik sebab dy bg extra marks utk DDS2 kat aku..weeee..

hasil kacukan melayu pakistan dan india.ssuuweeet kan muka budak ni.
 anak kak famee.cute kan? tapi malangnya,sgt susah nak dengar sebutir perkataan dari mulutnya.pemalu kata kak famee.


hensem boy.kecikkecik dah pandai mencari publisiti ye.
 saya tak kenal siapa budak comel ini.yg pasti dy sgt comel dan pandai mengambil kesempatan utk gambarnya diambil.
yeeeah.kami bersamasama mempelai. :)
 pengantin  perempuan kecil molek sangat cantik.tahu tak apa present kami untuk derang? its a BABY SET CLOTHING..we are really fast forward thinking..YIEEEHA


lulu comel yg pemalu tapi gila bergambar. 
 ouh luqman yg comel.meyh sini nak cubit sikit pipi kamu yg tembam bam bam tuh.. si lulu ni anak kpd salah seorang lecturer kami yg cun melecun. pn.norshidah harun namanya.

birthday boy.hariz hazwan.tuan tak semacho namanya.
 kesian si birthday boy.taksempat makanan hadam,dah kena baling dengan tepung.takpe lah kan.kau nmpak putih sedikit dengan balingan tepung itu. bhahahaha.

aahhh.aku sempat lagi sembok mengacau org lain bergambar.. teehee.
menyebuk semasa org lain mengambil gambar itu memang kegemaran aku.jangan nak pertikaikan okeyh.

  thank you for reading my entry!!

Tuesday, March 15, 2011

mak,jangan gelakkan saya.

assalamualaikum...


ringtone by alvin and the chipmunk muvie.


emak: assalamualaikum.exam dah abis ke?
wani: dah abes dah.sapa ada kat serting mak?
emak: cik arum dan anakanak nya.kau katmana?
wani: wani kat umah sewa lah ni.napa? nak datang ke?
emak: takde masalah.
wani:  takde masalah ape?nak datang?
emak: mak mainmain jelah
wani: mengada.ingatkan betul lah tadi.emak, semalam wani dah pandai masak ayam kurma tau!!
emak:  hahahaha.hek eleh.senang nak mampus.ada santan.ada serbuk kurma.bawang merah.bawang putih jadi lah.
wani: memang lah.tapi wani baru first time masak ayam kurma,tu yg excited tu.
emak: oklah.ada keje.
wani: ok.byebye.kirim salam sume.assalamualaikum
emak: waalaikumussalam


"hek eleh.senang nak mampus" ohemmAllah.taksangka mak sebegini rock!
mak,tolong lah puji sikit bila wani cakap pasal bab masakmasak ni..
dari masak lemak cili api,singgang,sup,masak kicap,kari dan sekarang masak kurma. mak takpernah puji pon.(ekau ni pon.nak puji camno kan.omak raso masakan ekau pon tak ponah laie kecuali singgang dan yg simplemimple)


agaknya memang sume masakan berkuah tu senang kot kan sampai emak boleh tergelakgelak bila aku cakap aku masak lauk tu.
tahulah mak memang master chef dekat umah tu.takde sapa boleh lawan pon kan.


taknak turun dapur masak lah camni sebab takut masak taksedap.pastu takde sapa nak makan kan.padahal aku memang malas turun dapur pon.iyelah mana taknya.nak tolong mak,tapi mak masak macam lipas kudung.laju sangat.*touching*


wani berani masak kat umahh sewa je sebab kalau masak mesti houssie makan sampai licin.
kalau masak kat umah takut takboleh lawan taste mak pastu tak abes.wani yg kena abiskan sebab takut membazir.pastu wani gemuk sorangsorang.*wani rasa lah*


haswani samilan sentiasa berfikiran bahawa bila akak akak yg tua ada.derang masak lagi sedap.biar derang jelah yang turun dapur.haswani samilan berfikiran kolot.takmaju ke depan.rasanya kalau mainmain dengan anak buah lagi best kot dari turun dapur tolong masak.haswani samilan harus berubah sebab dah nak masuk 20an dan dah ada boipren dan dah nak kawen taklama lagi.haswani samilan gatal.whahahahaha.



 thank you for reading my entry!!

senarai peserta 'haswani samilan: follower giveaway'.


assalamualaikum...


'haswani samilan: follower giveaway '



akhirnya,saya berjaya juga menyenaraikan peserta-peserta  'haswani samilan: follower giveaway'. 
kalau nama anda sebagai peserta takde dalam list ni,sila komen di entry ni ok.

p/s : hari ni bestday kawan saya.samasamalah kita mendoakan agar dia panjang umur dan dimurahkan rezeki ye.aminn. =)



 thank you for reading my entry!!

Tuesday, March 1, 2011

meronggeng.cepat.cepat.

assalamualaikum...

elok sangat la kan anak dara yg come lote keluar rumah malammalam even malam masih muda lagik. : P
dah la keluar berduaduaan takdek muhrim pulak tu.bahaya lah sayang.
kang kalau kena culik macamana?nahas je tahu takkk?
nak buat macamana.uplanning punya meronggeng..
tapi alhamdulillah la kan.selamat pegi dan selamat pulang.
penculik,pencopek,peragut tak sempat pon nak culik,copek,ragut kami. : D

teehee..act,tadi kuar pegi jj ipoh.teman aki beli barang tuk buat spaghetti esok hari.
kesian dia nak sangat try recipe baru tu,tu yg pergi teman tu..best jugak la w/p rushing sikit sebab takut jj tutup.huahuahaua.
tempoh pegi balik dlam dua jam je.tak lama pon la mak,betul.ni bkn meronggeng tanpa hala tujuan .ini ronggeng tujuan ilmiah punya.

sampai jj kiterang terus pergi makan dekat food court.
macam biasalah kan.kalau kat food court haruslah makan soto..nyum.nyum.
tapi syg,tak berapa pedas mcam soto haritu.
aku takpuashati.nak cakap je kat owner tu,"bak sini duit aku". 
tapi tak sampai hati la kan sebab soto tu aku dah balun habis da..

soto malam ni macam tak berapa best la pulak.sedihh.
pegi pukul 8.30,balik pukul 10.30..tak boleh lamalama.kena balik awal nak study pulak.
harus redha even tak puas keluar sekejap.

lately rasa  amek gambar gegargegar tu sangat berseni lah. : P

 thank you for reading my entry!!

Tuesday, January 25, 2011

apa salah org JAWA macam aku??

assalamualaikum...


  • masa aku kecik.kecik dulu,nama abah aku sangat glemer dlm klgn bebudak sekolah kt johor sekali ng aku..ada je masa free derang nak sakat aku guna nama abah aku..sedih woo bila tiap.tiap hari nama abah ksygn diejek..wak songo..korang tau takk songo tu apa? songo tu = sembilan. tambah pulak mak aku mmg asal dari n9.lagi la menjadi2 derang punya kegembiraan menyakat aku.. ni ada lg,bila derang tahu yg adik beradik aku ada 10 org,boleh pulak derang ckp,"nape tak cukupkan 9org je??" haha..sadis kan?kelakar pulak bila ingat balik mende ni...



  •  lain pulak cerita bila dah naik sekolah menengah ,ejekan tu makin lama makin kurang..bila dah xde,ejekan lain pulak yg dtg...masa aku form1-3 aku kan  bsekolah kat kelantan,masa form4-5 pulak,aku sekolah kat terengganu..masa ni mmg gilerr ahh kena kutuk abes2 ng budak sekolah."bajet kecek luor,padahal ore ulu guo muse jah". takpon, "bolok ah mg ni kecek luar,koya org kay ell"..masa tu sumpah,tatau nak ckp ape dah..takkan la  org JAWA macam aku ni mesti fasih ckp kelantan+terengganu pulak kan??penah la msa aku kat kelantan dulu,bebudak sana tak bg aku kecek kelate sbb "gayo aku kecek bolok,tungge-langge,rosok ke bahaso klate jah". sbb tu masa aku kat trg,aku tak berani la kan nk cakapp dialek kelate+ganu.tapi tu lah,byk kali bgtau yg aku bkn org kelantan pon,derang maseh tak percaya..aku makan tempe.tapi tetiba disuruh makan budu.. ilovebudu.


tapi sekarang lain sudah bila aku dah masok 'universiti', xde dah dgr ejekan mcm kat atas tu dah..mungkin masing2 sudah matang besar panjang dah.. lagipon,sekarang ni susah dah nak bezakan mana satu org kelantan+terengganu.sebab masing2 dah berlumba2 pergi kay ell dan  cakap kay ell..aku pon tak pandai ckp kay ell.pegi kay ell pon boleh kira bape kali setahun..tak berani.takoot sesat.almaklom,org jowo kampung katekan.. =D 

aku bangga ada darah JAWA w/p aku orak ngerti ngomong JOWO.
lagi bangga bila org panggil aku dengan nama penuh aku.HASWANI SAMILAN

p/s: aku dapat idea nak tukis entry ni dari akak gonjeng..tq yawww.

 thank you for reading my entry!!

Friday, January 21, 2011

tak sia.sia. aku...............

assalamualaikum...

alhamdulillah,tercapai jugak hasrat aku nak mkn secret recipe.since demam haritu,aku mmg teringn sgt nak mkn secret recipe ni..tatau kenapa,maybe sbb sifat mengada.ngada aku dah sampai ke kemuncak...

mana taknya,duit byk abes kat coklat jek..sampai breadspread pon nak yg coklat jugak..menyampah kan aku ni..aku puasa tak mkn luar kot sbb secret recipe ni punya pasal..ok lah tu.berbaloi jugak la kan tak mkn luar sbb akhirnya aku dapat mkn secret recipe.perrhh.sedap gilak..teringat.ingat dy punya tomyam.

mak aku pon ckp yg "pepandaila la ko nak buat ape dgn duit asalkan maseh boleh menabung dan cukup utk perbelanjaan ko".ouh ye,bulan ni aku start main kutu.tau takk ape tu?bukan kutu kat kepala yg korg ada masa kecik.kecik dulu la.. tapi kutu ni adalah : sekumpulan manusia menyumbang dana kewangan masing2 dengan kadar yang sama pada setiap bulan dan akan dilakukan cabutan atau undian untuk siapa yang berhak menerima duit kutu yang telah dikumpulkan itu, penerima dari ahli kumpulan itu akan menerima wang kutu tersebut dengan sistem bergilir2.(menurut ustazah azimah)..

jumlahnye rm 0.1k sebulan.byk takk?tapi ok lah kan,tu kiranya mcm aku menabung jugak la..sbb kalau aku yg tabung sendiri,alamatnya mmg xnampak pon hasilnya lah kan..tapi,bila aku main kutu ni,maka duit belanja aku makin kurang.sedih.

jom makan sekali!!
ecece.berani betul aku pakai shwal ala messy ni..jgn menyampah tgk aku tau.


Vanilla Milkshake + Grilled Black Pepper Chicken 

tomyam khun soup ni pon aku punya.tamak..

tgk,licin aku mkn Grilled Black Pepper Chicken

sedihh betul bila mknn aku abes.nk order lagi.tapi dah knyg + xcukup bajet. nanges.

terlebihh kenyang.hny mampu tersenyum.

wani bongek!!
sumpah..harini mmg byk giler aku makan...(pdhal hari.hari mmg aku mkn bykk).. tadi mkn di secret recipe,big apple,nasik goreng ayam thai tesco ipoh..tapi paling best bila aku timbang berat badan aku tadi,masih termasok dalam wishlist aku.alhamdulillah...

tadi kan aku kuar dgn gaya shawl ala ala messy yg aku baru belajar semalam.berani giler mati aku pakai cmtu g masok jj ipoh.org pandang aku macam pandangg artiss kot.(padahal  xsedar yg derang pandang mcm aku ppuan pakai selimut letak atas kepala..meraung.)  tapi,last.last aku pakai tudung mls je mcm gmbar kat atas tu.sbb leceh bila nak bukak.pakai.bukak.pakai masa nak solat td.mmg tudung mls ni la yg paling seswai utk org malas mcm aku kan.almaklom,aku kan budak kuat makan..ok la.dah.esok nak pegi kolej ada discussion research lak.babai.

p/s: kakak.abang.adik.aku,jgn pertikaian entry aku ni ok..aku segan.wakakakakaka...


thank you for reading my entry!!

nf