Tuesday, April 2, 2013

Trip 1: Jakarta dan Bandung Part 2

assalamualaikum...

Jumaat, hari ke3 kami di negara seberang, kami ke Tangkuban Perahu,Bandung.
Masa kiterang datang mendaki dan menurun gunung ni, itu adalah hari ke4 GunungTangkuban Perahu dibuka kembali kepada orang awam.

Sampai sampai je kat sini, the smell of sulphur sangat kuat. Aku macam, ewww. Bau apa yg busuk ni. Lepas tu dengan banyak nya orang duk ngekor kat belakang suh kita beli derang punya produk. Aku macam nak tanya je, ada jual face mask tak? 10000Rp pun aku sanggup beli. Sesak nafas aku sbb asyik tahan nafas masa kat atas ni.


 
Kiterang macam biasalah, mula- mula duk sibuk ambik gambar apa sume. Kabus sangat tebal tahu. Sejuk sangat. Cameron pon kalah aku cakap. Sampailah kiterang ketemu sama adik Yoga ni. Dia salah sorang tourist guide kat sini.

 
Yoga Nugraha, 20tahun. Dia dah bekerja kat sini tiga tahun lepas tamat SMA. Meneruskan kerjaya arwah ayahnya sebagai tourist guide kat Gn. Tangkuban Perahu. Dia sangat baik, peramah, naive sume adalah lah kat dia ni.

 
Kawah Ratu. Kawah yg paling besar kat sini. Kawah ni lah yg baru baru ni duk keluarkan gas yg membuatkan gunung ni ditutup sebulan lebih. Gas sulphur. Arghhh,busuk menusuk ke hidung. Yang amat busuk.
 
Kalau nak tahu, nama Tangkuban Perahu di ambil sempena nama Perahu terbalik. Nak tengok tak gambar perahu terbalik yg dijadikan signage. 
 
 
 
 
Tadaaa......................

 
 

 
Ini adalah salah satu kraf tangan sekiranya berkunjung ke gunung ini. Ini bukan lukisan tau. Tapi ini adalah pokok yg memang bercorak batik pada bahagian pokoknya. Berupaya menghalau lipas dan kala jengking. Kerana dipercayai bercorak macam ular,jadi semua haiwan pon takut. ;P
Abah adalah beli satu. Dalam 100000Rp camtu. Agak mahal. Tapi takpelah,kira sedekah je. Kesian tengok derang kerja sungguh sungguh.

 
Masa ni dah start turun ke kaki gunung dah. Menuju ke Kawah Domas. Kesihan mak abah sungguh sungguh turun bukit sbb nak praktik berjalan sejauh 7km katanya.

 
Anak anak tangga yg tak terbilang banyaknya. Bayangkanlah 1.3km untuk turun ke Kawah Domas dan 1.2km untuk naik semula menuju jalan pulang. Eheks.

 
I'm very proud with my parents. Gigih jalan jauh semata mata nak merasai dan menikmati keindahan alam yg tidak terdapat di Malaysia.
 
Ehh,macam dah nak sampai Kawah Domas jee. Eh, Eksitednyaaaaaaa sbb penat sangat berjalan. Tapi muka maintain cool je depan Yoga suma tu. Eii malulah kita muda muda cepat penat. Lainlah orang yg dah tua. Abah pon aku tgk steady je.

 
Sulphur. atau nama lain nya adalah belerang. Nampak tak yg warna kuning tu?


Kolam air panas yg suam suam kuku . Nak terjunnnnn tapi takbawak baju spare. rendam kaki je lah.


Thanks Yoga sbb banyak sangat capture moment kiterang kat sini. Abah nk bagi tips pun dia taknak terima. Ada pihak yg memerhati katanya.

 
Untunglerr abg Bilal ada orang duk tolong urutkan kaki. Penat ouh duk turun bukit ni nak pi kat kawah. Kalau lah ada tukang urut perempuan ni, dah lama dah aku suh dia massage mak.


Along dgn mak pon tak ketinggalan nak rendam kaki dlm kolam air panas. Serius rasa macam masuk spa yang free. Ahaks.

Dan, Gunung Tangkuban Perahu adalah tempat yg wajib pergi ye sekiranya datang ke Bandung ni. Kawah Putih jauh sangat. Kiterang tak sempat nk visit. Sobs. Kat Kawah Putih tempat dia lagi sejuk tau. Strawberry dia perghh perghhh perghhhhh. Manis gila macam taruk gula! Seriously.


thank you for reading my entry!!

2 comments:

Unknown said...

nak tanya, masa turun ke kawah domas, ada kena tipu dengan ejen disana tak? pergi bandung pakai ejen @ pergi sendiri?

haswani said...

@Mrs. Smurfs alhamdulillah,kami tak pernah lagi kena tipu. pergi sendiri. tanpa agent

nf