Thursday, July 11, 2013

Menyahut Panggilan Ilahi

assalamualaikum...

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. ;)

Pertama sekali,saya meminta kalian sedekahkan Alfatihah kpd arwah nenek (uwan) yg telah pergi menghadap Ilahi pada 01 July 2013 yg lalu. (Sudah sepuluh hari genap)
AL-Fatihah.



Tulisan saya pada hari ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya dalam membantu menguruskan jenazah arwah uwan saya. Ini merupakan kali pertama saya melibatkan diri dalam urusan kematian(sepenuhnya).



July 01.
Sebaik terima panggilan telefon dari abg chik pada jam 9.10 minit malam,saya terkedu dan terkelu. Apa yang saya terus buat,ambil beg kertas dan sumbat beberapa helai pakaian yg tak pasti apa sbb saya main sumbat je dan terus sarung jubah.(Gaya macam budak hostel nk pergi dewan makan tapi malas iron baju kurung).
Memang takleh fikir apa dah time tu dan saya bersiap +- 10minit. Sepantas kilat kan saya siap? Sbb abg saya sampai depan rumah dalam 15minit lepas call saya.


Tepat jam 12.30 pagi kami sampai di perkarangan umah arwah di Serting Ulu. Keadaan rumah sunyi sepi tetapi lampu masih terang benderang. Kelihatan beberapa orang sanak saudara yg datang menziarah. Kami bergilir gilir menjaga arwah dan tidak membiarkannya keseorangan. Bacaan yasin kuberikan padanya pada pukul 1 pagi. Seorang diri. Perasaan sebak mula menyelubungi aku. Hanya sebak. Sebak yg mana air mata hanya bergenang,tetapi tidak mengalir keluar dari kelopak mata. Mungkin aku redha atas pemergian arwah atau mungkin aku dah bersedia dgn pemergian arwah.


Keesokan paginya,rumah arwah mula dipenuhi dgn orang kampung dan sanak saudara yg datang menziarah dan menyedekahkan AlFatihah dan bacaan yasin.. AJK Khairat Kematian turut menghadirkan diri.
Aku tidak ketinggalan utk membantu AJK tersebut dalam menguruskan jenazah arwah. Memandangkan aku tidak pernah menghadiri kursus pengurusan jenazah. Jadi aku memang zero knowledge dalam bab ni. Aku hanya membantu AJK berkenaan.


Membantu menggunting kain kapan, meleraikan kapas, menyediakan air mandian, dan juga mengapankan jenazah. Ya Allah, hanya kau yg tahu betapa hibanya perasaan kami sekeluarga ketika itu.


First time seumur hidup aku,aku sembahyangkan jenazah. First time. Tu pun bila dah sampai masjid, tanya abah niat dan cara nk sembahyang jenazah. Abah pun explain la, oleh sebab arwah ni perempuan dan kita jadi makmum, niat camni.


-------------------------------------------------------------------------------------
Niat.

أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ 

مَاْمُوْماً للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah mengikut imam kerana Allah taala”.

Takbiratul Ihram

اَ للهُ اَكْبَرُ

Disertakan dgn niat.


Membaca Surah Al-Fatihah.

Takbir ketiga,berdoa untuk si mati. (Aku hanya mengaminkan bacaan imam)

“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya dan bersihkan dia dengan air salju dan air dingin. Bersihkanlah dia dari kesalahannya sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran, dan gantikanlah kampunganya dengan kampung yang lebih baik dan ahli keluarganya yang baik, suami isteri yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya dan dari seksa neraka.”


Takbir keempat,berdoa utk si mati lagi. (Aku hanya mengaminkan bacaan imam)

“Ya Allah, janganlah Engkau haramkan permohonan kami untuk kebajikannya dan janganlah Engkau membiarkan kami di timpa fitnah setelah ketiadaannya dan ampunkanlah kami dan dia juga rakan kami yang terdahulu beriman dan janganlah Engkau sematkan perasaan hasad dengki kedalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Tuhan kami, sesungguhnya Engkau bersifat pengasih dan penyanyang.”

Memberi salam ke kanan dan ke kiri

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ


Bacaan sesudah salam
  1. Surah Al-Ikhlas 3 kali.
  2. Surah Al-Falaq 1 kali.
  3. Surah An-Nas 1 kali.
  4. Surah Al-Fatihah 1 kali.
  5. Surah Al-Baqarah ayat 1-5.
  6. Ayat Kursi 1 kali.
  7. Doa yang sesuai.

Oleh sebab itu first time, aku lebih banyak mengikut dan mengaminkan doa iman. Mudah mudahan diterima.


---------------------------------------------------------------------------------

Pada hari itu jugaklah, aku mengiringi arwah dalam van jenazah ke tanah perkuburan. Melihat sendiri bagaimana arwah diangkat, dan dimasukkan ke dalam liang dengan mata sendiri. Menakjubkan. Selama ni belajar theory je pasal liang lahad. Tapi bila tgk sendiri, depan mata tgk org gali,timbus kubur tu. Talkin dibacakan. Macam macam perasaan bercampur baur. Membayangkan diri kita sendiri sekiranya di tempat kejadian. Argggh. Susah nak ungkap. Timbul keinsafan.


Mak orang yg paling tabah menghadapi pemergian arwah. Sebab selama arwah terlantar,mak yang perhati sihat sakit makan minum arwah. Dua minggu sebelum arwah pergi, mak dah call bgtahu yg umur arwah dah tak panjang. Suruh anak cucu balik tgk arwah. Mungkin arwah pergi lepas lepas hajat nak jumpa anak yg dah lama tak pulang ke kg. Kembar mak yg kat langkawi pun mmg dah berniat keluar dari Langkawi sebelum hari arwah pergi lagi..(Kereta dari Langkawi release pada hari yg sama arwah pergi) Alamdulillah,mak cerita arwah pergi dlm keaadan yg tenang dan baik. Alamdulillah.


Saat saat arwah nak pergi. Izzul(anak buah ) dan mak menemani. Mak cerita, Izzul mmg taknak berenggang dgn arwah pd mlm tu. Duk baring sebelah arwah. Cium pipi tangan arwah. Izzul macam dah tau yg arwah akan pergi. Arwah pun macam dah tau yg dia akan pergi. Mungkin tu petanda bahawa daun yg tertulis nama arwah dari pohon yg terletak di Arshy Allah swt. telah gugur. Wallahualam.


Kalau ditanya sama aku,bersediakah aku utk menghadapi mati? Jawapan aku buat masa sekarang belum lagi. Pahala tak cukup. Amal ibadat kurang. Serba serbi tak lengkap. Ehm. Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari yg sebelumnya. Dan aku pada hari esok lebih baik dari hari ini. Aminn

















  thank you for reading my entry!!

No comments:

nf