Tujuh bulan sudah berlalu.. Aku baru nk update pasal pelamin? Bukan pelamin kawen. tapi pelamin tunang haritu. tujuh bulan yang lalu. Ketinggalan betey. =.='
Act, entry ni dah lama aku karang, cuma baru perasan yg tak dipublish lagi. Hikss.
Okey, saksikanlahhhhh.... (Aku baru tulis yg perenggan ni je.Yang perenggan bawah tu aku tulis 7 bulan lepas. Gila kau baru nak tulis skrg?Otak aku ni dah la short term memory!)
Teaser.
This is my mini pelamin. Walaupun tak semewah seperti mini pelamin lain, tapi agak sweet di situ.
Betul tak?
Aku pun nak mini pelamin ni sebenarnya bkn apa, sebab malas nak hias bilik tidur tu haa. Ye la, family aku kan ramai,kalau aku amik bilik tidur tu, mesti penuh bilik tidur lagi satu dgn beg balik kg derang.
Mula mula bila bgtahu pasal mak nak buat pelamin ni, mak dengan lantangnya membantah. Tapi pabila aku g pajam,umah one of my sis sbb nak cari barang hantaran, Teet. Teet. 1 new message from Mak. "Wani,mak dah buatkan bantal,tinggal beli kain tuk balut dan lace je". Aku pulak macam ohmaii,tak sangka pulak mak nak buatkan kan, tu pon lepas 2 hari aku cakap pasal mini pelamin dekat mak.
Pastu mulalah aku ajak mak gi bahau, beli kain satin,kain langsir utk buat sarung bantal dan backdrop pelamin tu. Tak mahal pon,dalam Rm25 je kain kain itu sume. Aku rasa salesgirl tu salah kira kot. Sbb murah sangat kot. hehe.
Lepas sume siap,dalam 3hari sebelum rombongan dtg, Kaksu balik lah kan, first sekali mestilah dia masuk bilik dulu, nak tgk preparation apa yg aku dah buat. Tup.Tup dy keluar, mencekak pinggang, tanya. "Wani,knp tak hias bilik lagi?" Aku pon jawab lah nak buat mini pelamin. Leh amik gambar. Kalau hias bilik,masa nak sarung cincin kena kuar bilik jugak kan. Baik ada pelamin. Senang. Sarung cincin kat situ je.
Dan mestilah Kaksu yg banyak berusaha dlm menyiapkan mini pelamin ini. Kata sepakat turut dicapai dgn bantuan abah,brother in law dan kakak kakak yg lain.
Malam sebelum majlis memang bertungkus lumus lah nak siapkan mini pelamin ni. Dengan carik paku nya tak jumpa dalam stor. Memang kecoh gak la malam tu. Rumah penuh dengan adik beradik, mana tak bingit kau dengan suara derang. Si Zahranya sebuk nak buat bunga pom pom. Izzulnya pulak muntah malam tu,biasalah budak kecik kan. Dengan Along sebuk buat Oreo cheesecake kat dapur. Dengan cite cerekarama nya lagi. Perggh,mmg serabut.
Tapi Alhamduliillah, semuanya sempat siap malam tu. Yang mana tak sempat, kiterang touch up balik pada pagi keesokkan nya.
Tengokk,siap ada spotlight lagi uolls. Wayering suma ni Angah yang buat. Tu pun sebab Mem Besar dah bising bising. Tapi, lepas buat wayering, kau main sepah sepah je kan wayar apa sume tu kan Ngah. Dasar lelaki! Yang perempuan ni jugaklah yg kena kemas balik. T_T
Angle pelamin mini ni Kak Su yg capture. Cayalah Kak Su, versatile bangat sih kamu! Mula mula nak suruh Bangcik yg jadiik photographer. Tetiba last minute cakap takboleh balik,takdapat cuti. Yelah, Bangcik baru keje kat TV3 kan. Mana boleh sesuka hati mintak cuti. First impression tu penting kan.
Nak tengok kesudahan pelamin mini aku yang sangat mini ni?
Gigih aku jahit sendiri sarung sarung bantal tu. Lace pulak tampal dgn gam je sebab dah tak sempat sangat. Ok lah tu. Jadik jugak pelamin mini aku ni.
Untuk bakal bakal pengantin kat luar sana, setakat tunang je pun. Takpayah la nk berhabis duit beribu sewa pelamin bagai. Buat sendiri memang cut kos. Simpan duit untuk kawen je ok?
thank you for reading my entry!!