Showing posts with label diy mini pelamin. Show all posts
Showing posts with label diy mini pelamin. Show all posts

Thursday, December 19, 2013

Dunia Sekarang.

assalamualaikum...

Seriously tak boleh bayangkan apa akan berlaku dalam 10tahun akan datang?
Kalau sekarang ni masih boleh dikira sebagai rakyat yg mempunyai pendapatan sederhana. Iaitu masih boleh lagi pergi makan Nando's, TGI Friday's, Chillies, minum pun minum Starbucks walaupun hanya sekali sebulan ataupun sekali seminggu.
Tapi cuba bayangkan kalau 10 tahun akan datang? Takpayah cakap pasal 10tahun lah kan. Kita cakap pasal tahun depan.
Tahun depan bila bermulanya tarif electric naik. Tol naik. Tambahan pula sudah ada GST. Agak agak nanti macam mana kehidupan kita? Akan datang.

Nervous. Nak sangat tahu kehidupan akan datang tu macammana. Jimat sudah. Boros tidak. Tapi masih mampukah gaji hanya secoet
untuk menampung perbelanjaan yang akan datang?

Bukan nak cakap apa,bukan nak kata apa. Jelous mmg jelous tgk orang kaya ada maid sampai dua orang hanya jaga anak mereka. Tapi nak buat camna. Tu rezeki depa. Kita peduli apa.

Kta mmg kena buat something dengan life cost sekarang ni. Tak kisahla awak meniaga nasi lemak seringgit lima kupang tepi jalan pun, asalkan boleh tampung kos kewangan.

Macam aku ni, sekarang kalau ada masa lapang, aku duk sibuk jugak la jual produk Shaklee yg terbukti bagus berkesan tu. Alhamdulillah lepas jugakla bayar Mara bulan bulan. Aku pun ada amik tempahan jahit manik,buat veil untuk orang tunang ke kawen ke. hobby kot. Orang cakap lah setara mana penat ke,takberbaloi. Tapi dah aku suka, aku buat jugak.

Sekarang ni aku ada tiga income yg masuk bulan bulan.
- kerja aku sekarang yg stress dan baru aku sedar aku xminat.
- shaklee yg aku sangat suka outcome dia.
- tempahan jahit manik(hobby)

Paling aku nak sekarang, kerja dalam sektor government. Orang mesti cakap , eleh, dah la kutuk BN, tapi nak BRIM jugak,nak kerja gomen jugak. Dan aku akan balas. Alah, kalau PKR/PAS menang PRU,pastu derang jadi kerajaan, BN jadi pembangkang jugak tolol. Sama je konsep dia. Dah kau di beri mandat tadbir negara,tadbir la betul betul. Ni macam apa ntah. Suma menda nak naik. Puih. Rakyat diutamakn konon. Rakyat disengsara kn adalah.

Kerja dlm goverment ni best. Sbb senang nk buat loan rumah, interest rendah. Ada kenaikkan tiap tahun. Tu je sebab dia. Haha.

Kawan kawan yg pro-BN/UMNO tu klu baca post aku ni,jangan cepat melenting naa. Kalau korang rasa korang tak terjejas dengan kenaikkan yg bakal berlaku. Please. Please. Pikirkan orang lain. Letak diri korang dekat tempat makcik jual nasik lemak seringgit lima kupang tu. Bila ikan bilis,cili,gula,santan,telur, beras dah naik, makcik tu mesti serba salah nak jual nasik lemak dengan harga seringgit lima kupang lagi. SEBAB. satu,tak pulang modal. dua, customer complaint. TSSK.






Kita. Selagi boleh jimat, kita jimat. Selagi boleh DIY kita DIY. Selagi boleh amik tempahan. meh tempah.

Untuk Tempahan jahitan lace dan manik, akan dibuka mulai 28 February 2014.  


Untuk order Shaklee boleh wassap
 0136342113 
atau 
email ke has_aszwani@yahoo.com




  thank you for reading my entry!!

Wednesday, September 11, 2013

REVIEW: DIY mini pelamin

assalamualaikum...

Tujuh bulan sudah berlalu.. Aku baru nk update pasal pelamin? Bukan pelamin kawen. tapi pelamin tunang haritu. tujuh bulan yang lalu. Ketinggalan betey. =.='
Act, entry ni dah lama aku karang, cuma baru perasan yg tak dipublish lagi. Hikss.
Okey, saksikanlahhhhh.... (Aku baru tulis yg perenggan ni je.Yang perenggan bawah tu aku tulis 7 bulan lepas. Gila kau baru nak tulis skrg?Otak aku ni dah la short term memory!)



Teaser.


This is my mini pelamin. Walaupun tak semewah seperti mini pelamin lain, tapi agak sweet di situ.
Betul tak?

Aku pun nak mini pelamin ni sebenarnya bkn apa, sebab malas nak hias bilik tidur tu haa. Ye la, family aku kan ramai,kalau aku amik bilik tidur tu, mesti penuh bilik tidur lagi satu dgn beg balik kg derang.

Mula mula bila bgtahu pasal mak nak buat pelamin ni, mak dengan lantangnya membantah. Tapi pabila aku g pajam,umah one of my sis sbb nak cari barang hantaran, Teet. Teet. 1 new message from Mak. "Wani,mak dah buatkan bantal,tinggal beli kain tuk balut dan lace je". Aku pulak macam ohmaii,tak sangka pulak mak nak buatkan kan, tu pon lepas 2 hari aku cakap pasal mini pelamin dekat mak.





Pastu mulalah aku ajak mak gi bahau, beli kain satin,kain langsir utk buat sarung bantal dan backdrop pelamin tu. Tak mahal pon,dalam Rm25 je kain kain itu sume. Aku rasa salesgirl tu salah kira kot. Sbb murah sangat kot. hehe.

Lepas sume siap,dalam 3hari sebelum rombongan dtg, Kaksu balik lah kan, first sekali mestilah dia masuk bilik dulu, nak tgk preparation apa yg aku dah buat. Tup.Tup dy keluar, mencekak pinggang, tanya. "Wani,knp tak hias bilik lagi?" Aku pon jawab lah nak buat mini pelamin. Leh amik gambar. Kalau hias bilik,masa nak sarung cincin kena kuar bilik jugak kan. Baik ada pelamin. Senang. Sarung cincin kat situ je.

Dan mestilah Kaksu yg banyak berusaha dlm menyiapkan mini pelamin ini. Kata sepakat turut dicapai dgn bantuan abah,brother in law dan kakak kakak yg lain.


 Malam sebelum majlis memang bertungkus lumus lah nak siapkan mini pelamin ni. Dengan carik paku nya tak jumpa dalam stor. Memang kecoh gak la malam tu. Rumah penuh dengan adik beradik, mana tak bingit kau dengan suara derang. Si Zahranya sebuk nak buat bunga pom pom. Izzulnya pulak muntah malam tu,biasalah budak kecik kan. Dengan Along sebuk buat Oreo cheesecake kat dapur. Dengan cite cerekarama nya lagi. Perggh,mmg serabut.

Tapi Alhamduliillah, semuanya sempat siap malam tu. Yang mana tak sempat, kiterang touch up balik pada pagi keesokkan nya.




Tengokk,siap ada spotlight lagi uolls. Wayering suma ni Angah yang buat. Tu pun sebab Mem Besar dah bising bising. Tapi, lepas buat wayering, kau main sepah sepah je kan wayar apa sume tu kan Ngah. Dasar lelaki! Yang perempuan ni jugaklah yg kena kemas balik. T_T








Angle pelamin mini ni Kak Su yg capture. Cayalah Kak Su, versatile bangat sih kamu! Mula mula nak suruh Bangcik yg jadiik photographer. Tetiba last minute cakap takboleh balik,takdapat cuti. Yelah, Bangcik baru keje kat TV3 kan. Mana boleh sesuka hati mintak  cuti. First impression tu penting kan.  





Nak tengok kesudahan pelamin mini aku yang sangat mini ni?








Taraaaa.. Inilah hasilnya.


Gigih aku jahit sendiri sarung sarung bantal tu. Lace pulak tampal dgn gam je sebab dah tak sempat sangat. Ok lah tu. Jadik jugak pelamin mini aku ni.

Untuk bakal bakal pengantin kat luar sana, setakat tunang je pun. Takpayah la nk berhabis duit beribu sewa pelamin bagai. Buat sendiri memang cut kos. Simpan duit untuk kawen je ok?



thank you for reading my entry!!

nf