Showing posts with label tempah lace. Show all posts
Showing posts with label tempah lace. Show all posts

Monday, December 30, 2013

Handmade Veil By Haswani

assalamualaikum...

Sejak aku pos last entry pasal DUNIA SEKARANG yg aku gitau aku DIY manik dan veil untuk kawan aku, banyak pulak yang tanya berapa harga tempahan kalau tempah veil dan jahit manik dengan aku.

Dengan itu,malam tadi. Bertungkus lumus aku duk fikir,berapa yg aku perlu cas untuk full handmade veil aku ni. Disebabkan semua lace dan manik aku jahit sendiri guna tulang empat kerat aku dan tanpa bantuan mesin jahit, aku decide untuk bagi harga seperti dibawah.

Sejujurnya,harga veil aku ni masih jauh lebih murah kalau dibandingkan dengan online shop yang lain. Kerana apa, kerana aku buat ni sbg part time job je. Saja tambah income lebih sikit selain jualan PRODUK SHAKLEE. Kalau tak percaya yang veil aku jauh lebih murah, pergilah,pergi survey kat online shop yang lain. Pergi.

Disebabkan ini part time job dan juga hobi,harus diingat, aku juga memerlukan waktu untuk buat aktiviti lain,jadi masa untuk aku siapkan tempahan bergantung juga dengan masa lapang aku dan juga mood aku.
Tapi InsyaAllah. Aku akan cuba siapkan tempahan anda secepat mungkin yang boleh aku buat. Hati customer haruslah aku jaga kan?




  • ·         Boleh pilih sama ada mahu kain net/chiffon.
  • ·         Boleh request warna kain,lace dan juga pearl.
  • ·         Harga termasuk lace,pearl dan bunga 3D KECUALI extra beading dan lace.
  • ·         Untuk postage Semenanjung tambahan Rm8 dan SS Rm10.
  • ·         Tempahan haruslah dibuat 2-3bulan sebelum tarikh majlis untuk menjamin kualiti jahitan .
  • ·         Pembayaran DEPOSIT adalah digalakkan utk mengelakkan BACKOUT BUYER.


UNTUK JAHITAN LACE MANIK DAN VEIL,
 TEMPAHAN BOLEH DIBUAT dengan
WASSAP 0136342113
 ATAU




  thank you for reading my entry!!

Thursday, December 19, 2013

Dunia Sekarang.

assalamualaikum...

Seriously tak boleh bayangkan apa akan berlaku dalam 10tahun akan datang?
Kalau sekarang ni masih boleh dikira sebagai rakyat yg mempunyai pendapatan sederhana. Iaitu masih boleh lagi pergi makan Nando's, TGI Friday's, Chillies, minum pun minum Starbucks walaupun hanya sekali sebulan ataupun sekali seminggu.
Tapi cuba bayangkan kalau 10 tahun akan datang? Takpayah cakap pasal 10tahun lah kan. Kita cakap pasal tahun depan.
Tahun depan bila bermulanya tarif electric naik. Tol naik. Tambahan pula sudah ada GST. Agak agak nanti macam mana kehidupan kita? Akan datang.

Nervous. Nak sangat tahu kehidupan akan datang tu macammana. Jimat sudah. Boros tidak. Tapi masih mampukah gaji hanya secoet
untuk menampung perbelanjaan yang akan datang?

Bukan nak cakap apa,bukan nak kata apa. Jelous mmg jelous tgk orang kaya ada maid sampai dua orang hanya jaga anak mereka. Tapi nak buat camna. Tu rezeki depa. Kita peduli apa.

Kta mmg kena buat something dengan life cost sekarang ni. Tak kisahla awak meniaga nasi lemak seringgit lima kupang tepi jalan pun, asalkan boleh tampung kos kewangan.

Macam aku ni, sekarang kalau ada masa lapang, aku duk sibuk jugak la jual produk Shaklee yg terbukti bagus berkesan tu. Alhamdulillah lepas jugakla bayar Mara bulan bulan. Aku pun ada amik tempahan jahit manik,buat veil untuk orang tunang ke kawen ke. hobby kot. Orang cakap lah setara mana penat ke,takberbaloi. Tapi dah aku suka, aku buat jugak.

Sekarang ni aku ada tiga income yg masuk bulan bulan.
- kerja aku sekarang yg stress dan baru aku sedar aku xminat.
- shaklee yg aku sangat suka outcome dia.
- tempahan jahit manik(hobby)

Paling aku nak sekarang, kerja dalam sektor government. Orang mesti cakap , eleh, dah la kutuk BN, tapi nak BRIM jugak,nak kerja gomen jugak. Dan aku akan balas. Alah, kalau PKR/PAS menang PRU,pastu derang jadi kerajaan, BN jadi pembangkang jugak tolol. Sama je konsep dia. Dah kau di beri mandat tadbir negara,tadbir la betul betul. Ni macam apa ntah. Suma menda nak naik. Puih. Rakyat diutamakn konon. Rakyat disengsara kn adalah.

Kerja dlm goverment ni best. Sbb senang nk buat loan rumah, interest rendah. Ada kenaikkan tiap tahun. Tu je sebab dia. Haha.

Kawan kawan yg pro-BN/UMNO tu klu baca post aku ni,jangan cepat melenting naa. Kalau korang rasa korang tak terjejas dengan kenaikkan yg bakal berlaku. Please. Please. Pikirkan orang lain. Letak diri korang dekat tempat makcik jual nasik lemak seringgit lima kupang tu. Bila ikan bilis,cili,gula,santan,telur, beras dah naik, makcik tu mesti serba salah nak jual nasik lemak dengan harga seringgit lima kupang lagi. SEBAB. satu,tak pulang modal. dua, customer complaint. TSSK.






Kita. Selagi boleh jimat, kita jimat. Selagi boleh DIY kita DIY. Selagi boleh amik tempahan. meh tempah.

Untuk Tempahan jahitan lace dan manik, akan dibuka mulai 28 February 2014.  


Untuk order Shaklee boleh wassap
 0136342113 
atau 
email ke has_aszwani@yahoo.com




  thank you for reading my entry!!

Saturday, October 5, 2013

Pre-convocation

assalamualaikum...


Kalau dalam entry lepas aku tulis pasal hari convocation. Harini aku nak tulis pasal hari pre-convocation pulak. Dalam erti kata lain hari rehearsal lah kan.

Hari rehearsal utk unikl ni aku rasa macam lain dari rehearsal universiti lain. Sebab rehearsal kiterang hanya pakai rakaman video je. Takde pun calon graduan yg naik pentas utk terima diploma acah acah.

Tapi bagus jugak ada hari rehearsal ni. Kiterang siap pakai cantik cantik high heels semua. Motif? Sebab nak amik gambar in-case  tak sempat bergambar pada hari convocation sebenar. Tapi memang pun. Memang tak sempat pun nak bergambar masa hari convo. Sebab masing masing sebuk dengan family masing masing.

Paling best bila kami berlima dapat konvo sama sama. Yay. Suka sangat! Berjaya jugak pujuk Arifah ng Adila. Walaupun mula mula derang taknak join. Tapi aku biasalah. Bab mengayat dan memujuk memang serah kat aku. Poyo wani.


Time ni paling best. Stress aku masa kerja mmg lepas kat sini. Tu pasal gambar aku time ni banyak yang macam kureng siuman sikit. Hiks.













Malam sebelum pergi rehearsal ni, aku gigih gila jahit lace dan manik dekat peplum ni. Sanggup tu tido kul 11.30malam (waktu normal aku tidur adalah pada pukul 10-10.30malam)  dan bangun pukul 5pagi semata mata nak pakai utk pergi rehearsal. Dann,nasib baik sempat!!!!!  Imma happy girl!





















































 Ok. Untuk tempahan lace dan manik utk baju,veil dan tudung, bolehlah email ke 
has_aszwani@yahoo.com 
atau 
sms/wassap/wechat  0136342113



  thank you for reading my entry!!

Sunday, September 1, 2013

Do it yourself and enjoy it.

assalamualaikum...

Pernah dengar tak perkataan D.I.Y? D.I.Y ni singkatan bagi word Do It Yourself. Kedai hardware pun ada jugak kan yg nama DIY? Bercakap pasal DIY ni, aku pernah cakap kan yg baju raya aku tahun ini aku DIY sendiri.

Ni aku nak review sikit pasal outfit raya aku. Dari tudung hingga ke kain. Dari segi kos dan material.

Abaikan muka aku sbb macam lain je. Adik aku pakai kamera 360. Macam banyak sangat edit. Aku pon menyampah tengok gambar ni. Dengan jari macam apa jee. Eeyerw.


Outfit raya tahun ni, yang baru hanyalah tudung dan kasut sahaja. Yang lain hanya recycle. Baju,ada beads di bahu. Lace dan manik di bahagian bawah dan lengan baju. Nampak macam mahal, tapi hakikatnya murah yang amat. Tapi awas, nak dapat menda yg murah dan cantik ni harus bersengkang mata dan sakit bahu tengkuk semua. Sebab ini semua DO IT YOURSELF.

Bila kita DIY utk diri kita sendiri,jahitan semestinya lebih kemas dan cantik. Tapi kalau beli kat luar, dah la jahit jelujur pakai mesin, benang dengan lace colour kontra lagi. Mahal pulak tu. Mostly baju kurung yg ada lace and full beads almost RM200. Memang menangis aku nak bayar. =.='

Top aku beli kat butik online pakaian ala ala Korea. Harga tak ingat. Bawah 30 ringgit kot. Material chiffon. Skirt pulak RNR Collectiion harga dalam RM45 camtu. Lace aku beli kat Kak Ngah dari Kulim. Semeter dalam RM20 camtu. Tapi still murah lagi la. Total semua, murah. Aku rasa sangat berbaloi sbb aku bukannya pakai baju kurung sangat pun melainkan pergi kenduri dan raya. Tu je.

Sebab aku kerja pakai uniform. *nanges.
Okey, kat bawah ni adalah gambar asal baju aku tu.




Untuk collar pada leher baju dan lengan tangan yang original tu, aku tetas dan buang. Gigih ni jahit balik apa yg aku tetas tu. Pastu jahit lace lagi satu satu. Lepas lace jahit pulak manik. Tapi alhamdulillah. Dalam kemalasan aku modified baju ni, dalam seminggu setengah jugak la siap. Yey. Not bad kan? Biasalah. bila dah nekad dan mood menjahit tu datang,memang cepat lah siap. Cuba kalau malas dan moody, sebulan pun belum tentu siap tau..

Paling best bila DIY ni adalah... Bila orang puji baju kau cantik! Memang kembang I nokks!. Haha.

Okey,sapa sapa yang nak tempah jahit lace dan manik bolehlah hubungi saya di talian 012345678. Hehe. Harga memang lebih murah dari tempat lain sbb saya ............... sambung sendiri.



Goodnight korangs!



  thank you for reading my entry!!

nf