Sunday, September 1, 2013

Do it yourself and enjoy it.

assalamualaikum...

Pernah dengar tak perkataan D.I.Y? D.I.Y ni singkatan bagi word Do It Yourself. Kedai hardware pun ada jugak kan yg nama DIY? Bercakap pasal DIY ni, aku pernah cakap kan yg baju raya aku tahun ini aku DIY sendiri.

Ni aku nak review sikit pasal outfit raya aku. Dari tudung hingga ke kain. Dari segi kos dan material.

Abaikan muka aku sbb macam lain je. Adik aku pakai kamera 360. Macam banyak sangat edit. Aku pon menyampah tengok gambar ni. Dengan jari macam apa jee. Eeyerw.


Outfit raya tahun ni, yang baru hanyalah tudung dan kasut sahaja. Yang lain hanya recycle. Baju,ada beads di bahu. Lace dan manik di bahagian bawah dan lengan baju. Nampak macam mahal, tapi hakikatnya murah yang amat. Tapi awas, nak dapat menda yg murah dan cantik ni harus bersengkang mata dan sakit bahu tengkuk semua. Sebab ini semua DO IT YOURSELF.

Bila kita DIY utk diri kita sendiri,jahitan semestinya lebih kemas dan cantik. Tapi kalau beli kat luar, dah la jahit jelujur pakai mesin, benang dengan lace colour kontra lagi. Mahal pulak tu. Mostly baju kurung yg ada lace and full beads almost RM200. Memang menangis aku nak bayar. =.='

Top aku beli kat butik online pakaian ala ala Korea. Harga tak ingat. Bawah 30 ringgit kot. Material chiffon. Skirt pulak RNR Collectiion harga dalam RM45 camtu. Lace aku beli kat Kak Ngah dari Kulim. Semeter dalam RM20 camtu. Tapi still murah lagi la. Total semua, murah. Aku rasa sangat berbaloi sbb aku bukannya pakai baju kurung sangat pun melainkan pergi kenduri dan raya. Tu je.

Sebab aku kerja pakai uniform. *nanges.
Okey, kat bawah ni adalah gambar asal baju aku tu.




Untuk collar pada leher baju dan lengan tangan yang original tu, aku tetas dan buang. Gigih ni jahit balik apa yg aku tetas tu. Pastu jahit lace lagi satu satu. Lepas lace jahit pulak manik. Tapi alhamdulillah. Dalam kemalasan aku modified baju ni, dalam seminggu setengah jugak la siap. Yey. Not bad kan? Biasalah. bila dah nekad dan mood menjahit tu datang,memang cepat lah siap. Cuba kalau malas dan moody, sebulan pun belum tentu siap tau..

Paling best bila DIY ni adalah... Bila orang puji baju kau cantik! Memang kembang I nokks!. Haha.

Okey,sapa sapa yang nak tempah jahit lace dan manik bolehlah hubungi saya di talian 012345678. Hehe. Harga memang lebih murah dari tempat lain sbb saya ............... sambung sendiri.



Goodnight korangs!



  thank you for reading my entry!!

1 comment:

nadia said...

Cantiknya baju. Jauh beza dr yg dulu.. :)

nf