Thursday, June 19, 2014

Review.: Sanding outfit.

assalamualaikum...

Haii. La ni nk cerita pasal baju masa reception haritu. Ingat lagi masa kecik kecik form2 form 3 aku suka sangat warna dgn warna merah. Tu memula plan nk pakai baju warna tu. Tapi bila dah besar sikit ni, kurang dah minat kat warna terang. So still tak tau nak pilih baju colour apa untuk dipakai time majlis. 

Segalanya terjawab bila ikut Along melancong kat Jakarta Bandung masa awal tahun lepas. Yang terfikir dalam kepala, "alamak tema tak carik pun lagi. Camne nak beli kain nii" .Tapi, bila dah sampai je kat Pasar Baru Bandung tu, tengok bermacam macam jenis warna, terus rasa tak keruan. Berbekalkan pendapat Along, Mak dan Abah. TETIBA je terbeli warna gold pink.  OHmaii. PINK? I HATE PINK!




Tapi nak buat cmne kan. Takde plan lansung dgn tema majlis masa tu. So amik jelah yg mana mana rasa cantik. Harga pun not bad. Murah jugak la. Dalam Rp 400ribu utk 2.5m lace, 6m satin. 2.5 kain net. Okeyla. Harga pun tak sampai 1juta Rp pun. Kita saja je beli 2.5m lace sbb balance lagi 0.5m tu kita mmg dh fikir nk buat veil. Veil with heavy lace and pearl.



Lepas tu mulalah fikir nak buat design apa baju ni. Ingat nak yg simple je. Biar boleh pakai masa raya ke,masa aqiqah anak nanti ke. Teet,mmg sesimple design pun yg kita buat. Baju Kurung Moden je. Senang. Derang cakap baju simple sangat sesuai utk nikah ni. Nak sanding tak naik warna baju. Tapi takpe as long as i dh kawen. Kau hado? Muehehe.

Baju ni kita tempah kat Midila toilor seksyen 16, Shah Alam. Tempat tempah baju kawen paling muraaahh. I like! Thanks kak lang sbb suggest tempah kat sini! Pastu baju sanding ni Kita touch up sikit letak pearls and beads, 3D flower biar bagi naik sikit Hee.
Baju ni kita ada buat utk sewakan. Kalau ada sesiapa berminat nk jadikan utk nikah ke tunang ke, bolehla tgk details kat Baju utk disewa. Baju utk sewa tu yg perempuan saja tau. Laki laki takde.



Ni kat bawah ni kasut high heels paling selesa yg kita pernah pakai. Tak menyesal beli biar utk pakai sekali je pun. Huhu. Ingat nak let go kasut ni. RM40 je. Size 5. Warna dusty pink. Kita sayang kasut ni tapi takpelah Let IT Go........


Hand bouquet ni pulak mak andam yg punya. Berhabuk sikit. Tak pakai ni sbb photographer pilih hand bouquet yg aku DIY sendiri utk nmpk cantik dan glow gittew.
 Tapi dlm gmbr ni nmpk cntik la pulak.  
Yang kat bawah ni kita DIY malam sebelum majlis. See. last minute lagi. =='

Zoom



Tengok gambar Long Veil Heavy Bead yg paling kita suka. Tu kat belakang tu abang den haa. Gigih betul dia duk kibas kibas veil adik kesayangan dia ni biar nmpk macam angin tiup la konon.  Kita pernah la tanya kan kat online shop yg buat veil full beads ni. Harga dalam RM350 jugak la utk satu veil paras peha penuh manik camtu. Menangis Iolss masa tu. Mahal YaRabbi. 
Tp bila kita try jahit dan patch utk DIY sendiri veil tu, baru kita tahu kenapa mahal. Teresak esak kita masa nak DIY tu tauu. SABAR memanjang je kita.

Anyway, anyone interested nak tempah jahit manik dengan kita, atau utk buat veil kawen ke tunang ke, boleh la terus PM me directly di https://www.facebook.com/hwanisbeauty atau wassap je kat 0136342113.
Tempahan utk jahit manik kat baju kurung start RM80 dan keatas. Murah kan?




  thank you for reading my entry!!

nf