kumpul duit kawen. :))

Wednesday, August 17, 2011

anak aku kembar.anak kau?

assalamualaikum...










hye.bertemu kita lagi.
act, ni tgh ngtuk ni.jadi,harus update belog lajulaju agar boleh terus tido.
tadi kan, masa aku kat kolej,dalam kelas. ada sorang senior ni cakap ng aku, "kita suka baca belog awak"
macam tu ah bunyi dy. best tak kalau ada orang cakap camtu pasal belog korang?
aku ada gak rasa nak kembang hidung,kembang bontot,kembang badan kembang segalanya bila dy cakap camtu yaww.
tu pasal la aku beriya-iya nak hupdate blog ni. dy pon da janji nak baca tahu. yeyy!!

 harini aku nak bercakap pasal kembar. sbb , aku perasan,lately ni ramai sangat orang yang nak anak kembar.siap mintak tips bagai. bagi korang la kan,kalau bab anak kembar ni,yg mana yg korangg nak sangat dan yg mana yg korang nak elakkan? adakah kembar seiras.kembar takseiras dan kembar siam.

kembar seiras / (monozygotic) ;

sebenarnya pembentukan anak kembar seiras terjadi apabila satu embrio membahagi kepada dua embrio
yang berasingan pada peringkat awal perkembangan embrio.
kedua-dua embrio ini akan berkembang dan membentuk dua fetus berasingan di dalam uterus (rahim) ibu. setiap fetus yang berada di dalam uterus ibu mempunyai tali pusat sendiri tetapi berkongsi satu plasenta (uri). oleh kerana kembar seiras berasal daripada satu embrio, maka hanya satu sperma dan satu ovum yang terlibat dalam persenyawaan untuk membentuk zigot.
Ini menyebabkan kembar seiras serupa dari segi kandungan genetik dan sifat fizikalnya termasuk jantina.

kembar tak seiras / (dizygotic);

anak kembar tak seiras pula terjadi apabila dua ovum dibebaskan serentak semasa proses pengovulan. setiap ovum ini disenyawakan oleh satu sperma. 
maka, dua zigot terbentuk. Kedua-dua zigot akan berkembang membentuk dua fetus yang masing-masing mempunyai plasenta dan tali pusatnya sendirl.
dua anak akan dilahirkan pada akhir tempoh kehamilan.
keduadua anak ini tidak sama dari segi kandungan genetik kerana berasaldaripada dua ovum dan dua sperma yang berlainan.
rupa dan jantina kedua-dua anak ini mungkin sama atau berbeza.
maka, kembar jenis ini disebut sebagai kembar tak seiras.

 
















kembar siam ;
kembar siam atau kembar bercantum adalah keadaan anak kembar yang tubuh keduanya bersatu. Hal ini terjadi apabila zigot dari bayi kembar seiras gagal terpisah secara sempurna. Kemunculan kes kembar siam diperkirakan adalah satu dalam 200,000 kelahiran. Yang mampu bertahan hidup berkisar antara 5% dan 25%, dan kebanyakan (75%) berjantina perempuan. Kejadian kembar siam banyak dilaporkan di Asia Tenggara dan Afrika.

merupakan contoh org dewasa yg kembar siam.


ada orang cakap yg salah satu tips nak dapatkan anak kembar adalah dgn memakan buahbuahan yg berkembar. betul atau tak, aku pon takpastila kan. 
tapi, aku penah jumpa pisang kembar dan aku takmakan. aku bagi kat mak aku. mak aku tanya la knp tak makan,nak tahu tak alasan aku apa? "wani taknak anak kembar" padahal masa tu sekolah rendah lagi kot. aku masih duk segamat masa tu.

kat bawah ni pulak merupakan contoh gambar buahbuahan yg berkembar. 
kembar seiras atau kembar siam? 
aku pon tarak pasti.maaf

tembikai