Sunday, April 14, 2013

Kebaikan mandi di awal pagi.

assalamualaikum...

Daripada Imam Ahmad As-Syaraji; dalam menjaga kesihatan Rasulullah S.A.W mengamalkan mandi fajar iaitu mandi sekitar pukul 4 pagi (sebelum subuh). Kelebihannya ialah:

1) Tidak terkena penyakit asma
2) Terhindar dari angkara jahat seperti sihir bauk dari jin atau manusia.
3) Tubuh badan menjadi sihat
4) Wajah bercahaya
5) Doanya mudah dimakbulkan Allah
6) Wajah menjadi awet muda







Sekarang ni I dah berkerjaya uolls.So memang kena bangun awal pagi,pergi kerja memang awal gile sbb taknak duduk lama dlm kete tempuh jalan jam. I ni jenis yg suka masak air panas pastu mandi air panas tau. Masa belajar kat Ipoh dulu selalu gak buat camtu.Pastu lama lama malas. Pastu pas mandi menggigil ketaq lutut.

Tapi I taksuka mandi guna water heater yg dalam bilik air tu. Sbb macam panas sangat airnya. Eh bukan, sebenarnya I takreti nk adjust dia pny suhu. Hiks.

Nak tahu kebaikan lain mandi di awal pagi? baca ni.
Kita copy paste dari blog hakim mahmud. tapi tak mintak izin dia. Mohon dihalalkan sbb I nak kongsi info ni pon dgn uolls sume.




1. Kulit lebih Lembut dan Halus
Pada waktu pagi selalunya kita akan memasang 'water heater' untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas itu, jika kita memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Selain itu, mandi pagi dengan air dingin juga dapat membuat rambut lebih sehat. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula lebih lembut dan halus.


2. Melancarkan Peredaran Darah
Jika peredaran darah kita lancar, maka tubuh badan kita akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah kita juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan Kesuburan
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila kita mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan Risiko Darah Tinggi
Untuk kita yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk kita mengurangkan penyakit kita. InsyaAllah dengan izin Allah jika ia diamalkan selalu, penyakit kita akan pulih.

5. Mengurangkan Tekanan Serta Tenang

Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah kepada tabiat mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan Sel Darah Merah

Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit. Sains menyatakan kandungan gas ozon dalam udara pada waktu pagi adalah tertinggi berbanding pada waktu lain. Gas ozon amat penting untuk tubuh badan. Kesannya untuk kesihatan adalah amat baik, ini lebih baik jika seseorang itu menunaikan solat subuh di masjid, semakin jauh masjid maka semakin baik. Ganjaran pahala pun bertambah. Insyaallah.

7. Meningkatkan Gula Dalam Darah
Kandungan ‘al-kartozon’ dalam darah adalah tertinggi pada waktu pagi sebelum matahari terbit. ‘Al-kartozon’ baik untuk badan yang mengaktifkan sel dalam badan, dan juga menambahkan kandungan gula dalam darah.

8. Mencegah Penyakit Hati
Bangun awal di waktu pagi dapat mencegah daripada penyakit hati.

9. Membekalkan Vitamin Kepada Tubuh Badan
Tabiat mandi di subuh hari dapat membantu kita membekalkan kandungan vitamin untuk tubuh badan dan ia sangat bagus untuk menjadikan badan kita lebih segar dan sihat.

10. Membekalkan Tenaga
Kita digalakkan untuk bangun awal pagi. Sebaik-baiknya adalah sebelum subuh dan mandi kerana ia mampu membantu dalam membekalkan tenaga dan mencergaskan tubuh badan kita.






thank you for reading my entry!!

1 comment:

Unknown said...

nice entry ^_^ BW sini~

ada masa nnt ble join segmen saya ^_^

http://syanpunyabelog.blogspot.com/2013/05/segmen-1-by-syanpunyabelog-saya-nak.html

nf