Thursday, June 6, 2013

Farewell Party for Omani Trainees

assalamualaikum...

Hai kawan kawan. Dah lama sangat tak update belog kan. Sbb saya dah bekerjaya sekarang. Broadband pon baru je beli. Today, a farewell party was held for the 5 Omani pharmacy trainees who will go to another hospital to complete their intern. Sebenarnya, diorang yg celebrate kitorang tahu tak. Mana taknya, diorang yg cook and treat us for lunch! 

Hebat bebudak perempuan Oman ni. Semua pandai masak. Kiterang pon dapatlah merasa makanan arab tanpa perlu keluar belanja ke Restoran Arab yg mahal kan. Lucky us. ;)



Main dish tu ada dua, makaroni goreng dan nasi. Side dish pon banyak. ada roti arab, samosa, begedil Oman, dessert. Tapi sayangnya, semua menu yg derang sediakan ni,tak sempat pulak kite nak tanya namanya. :(




Baiknya derang siap belanja Big Apple you! Tapi, takde pulak donat perisa dughian. Tssk. Kite teringin nk mkn dughian la sebenarnya.



Yg hijau tu dibuat filling cicah dgn roti tortila. Sedap. Dibuat dari kacang pis, campur kacang dhal, ada daun kari, lepas tu ada rempah ratus. Jangan tanya kite lelebih. mestilah kite taktau kan. Hiks. 



Yang ni derang punya sayur, Ada kubis,tomato,timun. Lepastu perah dgn limau purut n lemon. Kalau malaysia,macam acar kot. Sedap derang punya salad. Nanti nk try buatlah. Boleh makan kudap kudap sambil layan drama Korea. wuu.




Makaroni goreng. Sedap. Tapi kite taksuka sangat lah makan spesis mee yg dah sejuk. Lepastu kering pulak tu. Kalau mende yg berkuah dan berlemak macam mee kari dan char kuey teow tu, fevret i nokks.




Ni derang punya kari ayam. Letak kentang. ada jugak kacang dhal. Juga kering.. Alah,mmg mknn Arab jenis yg kering kering pon kan. aku je yg suka makan makanan berkuah. Kalau banjir lagi bagus. Haha


Desssert! Sedap! Ada kacang pelbagai jenis kacang. Tapi paling spoil bila tergigit bunga lawang. Taksukeeee, Tapi sedap! Lagi lagi bila mixed sekali dgn caramel dia yg pergh,macam gula gula. Marvelous!



With pharmacist to be from Oman. Nasra, Bushra, Khatija and Musomma. They are beautiful and still single. Sapa nak? Kalau nak, bersiap sedialah korang g Oman. haha. Derang ni wangi tau. Harum semerbak. Tapi hidung kite taktahan betul bau perfume derang. Sakit hidung. Terbersin 45678 kali jugak lah sehari.




Pastu kan, derang pandai sangat lukis henna kat tangan tau. Cantik! Lagi cantik dari henna yg Seratus ringgit yg kita tempah kalau nk kawen tu. Nasib baik kite kawen lambat lagi. Kalau tak,mmg suh derang dah lukis kat tangan kaki kite. Free of charge beb. sapa taknak. Satu farmasi kot si Bushra conteng tangan derang. Siap dgn boss pon turut serta.





Nasra ni trainee yg paling best sekali sbb rapat ng kita.Dahla baik. rajin. cantik. tapi agak kelamkabut sikit. Korang takpayah la nk compare kite dgn dia okey. Mmg 789 kali ganda dia jauh lebih cantik. Minah Arab tuu. Mana tak cantik kan. Kite pulak minah Jawa. Cantik kite hanya orang Jawa je yg pandai lihat. Bluek. *VOMIT



  thank you for reading my entry!!

1 comment:

Azwar Syuhada said...

Banyaknya makanan.. Dah lama tak makan makoroni..hehhe -_-

nf