Wednesday, June 12, 2013

Saeng il chuk ha ham ni da

assalamualaikum... 


Yeay! Kite sekarang dah genap duaplohdua tahun pada 31Mei lepas. 
Yeay! Kite dah cukup umur tuk kawen. Haha. Gatalnya kau Wani!


Kawan,korang ingat tak yang  kite ada post pasal wishlist kite nak camera polaroid dalam entry yang lepas?
Tahu tak, kita dah dapat dah. Yeayyyyy. 
Gembiranya dalam hati,bila dah dapat camera polaroid!. haha.


Entry lepas


Taksia sia kita post wishlist kita kat dalam belog ni.  Tahu tak korang, salah satu cara nak dapat apa yg kita inginkan adalah dgn post di fb,twitter,instagram dan juga belog. Macam saya contohnya, kan dah dapat satu wishlish. Hehe. Seghonok tak terkata..




Dah lah dapat colour off white. Kite suka sgt awak! Tak payah dah kite susah susah dah nk pikir berpuluh puluh kali nk beli kamera ni sbb dah dapat pon. 


Jangan jeles uolls.  Untunglerr leh jadi birthday girl. Hiks. 


Pastu kite bawak lah kan camera ni balik kg, pastu adik ngan kakak ipor kita macam eksited jugaklah sbb kite dah ada kamera ni. Rupa rupanya, diorang pun baru je duk cerita cerita pasal kamera ni. Tup tup dah ada orang bagi kat kite. Takpe, diorang bolehh je kalau nk sponsor film ke masa nak buat photobooth nnt. Sebab film untuk kamera ni kan mahal. dalam RM2.50 sekeping....
Echewah, beranganlahh kau wani.










































































Korang, semalam kn kite dapat bunga dari tunang kita... Terkojut den bila tetiba je dapat bunga kan. Yelah, takde angin takde ribut, tetibaa hulur bunga. Memang speechless kite. 
Tak pernah tau kite dapat bunga. Biasa dapat coklat je. Kalau ada pun, bunga kaler merah  yg ada madu tu. Siblings kite selalu bagi waktu main masa kecik kecik  dulu. Kiterang hisap dia pny madu. Ehm, tu jelah bunga yg selalu dpt pon. 


Tunang kita ni makin lama makin sweet pulak kita rasa. Makin banyak pulak surprise yg dia buat. Rasa macam kelakar pun ada. Yelah, tetiba kan jadi romantik bagai. Padahal sebelum ni tepuk tampar huha huha macam bestfriend dan geng. 
Taksabar pulak kite nak kawen. Mana tahu lepas ni lagi banyak surprise yg dia akan bagi. On mood verangan,wani. =P





*
Sekuntum mawar merah sebuah puisi
Untuk gadis pilihan oh.. di bulan Februari
Mulanya cinta bersemi dan kehadiran
Ribuan mimpi-mimpi oh di bulan Februari


Terngiang ngiang kite lagu ni malam tadi. Hiks. Pastu pagi tadi mulalah buang tebiat bangun tidur tengok bunga dulu (layu atau tak). Pastu baru mandi dan sembahyang. Pastu ada orang cakap kan kalau nak bagi bunga ni tahan lama, masa rendam tu, letak la sibiji PCM 500mg dalam air tu. Bior bunga tu sihat. 

Tapi kite tak pastilah samada theory ni betul/tak. Macam mengarut pon ada.




Moga perhubungan kita akan terus mekar dan berkekalan. Aminn



  thank you for reading my entry!!

Saturday, June 8, 2013

Antara Intan dan Permata

assalamualaikum...

Wani, tajuk entry awak tak payah nk macam drama sangat kan. Grr

Malam ni kite nak cerita pasal emas. Mesti korang baru baru ni pi beli gelang emas kan? Almaklumlah sebelum PRU haritu harga emas turun mendadak. Maso kek kg den tu haa, kedai emas penuh dek orang pempuan. Tak lain tak bukan,pi beli emas lettew.

Tak salah sebenarnya kita beli emas ni. Lagi lagi untuk dijadikan aset dan pelaburan pada masa hadapan. Harga emas dijangkakann akan terus rendah sehingga tahun 2014. Pada para wanita diluar sana,cepat cepat la beli emas sementara harga masih rendah ni. Lepas ni, kite bet mmg harga akan melonjak naik lah. Mesti punyalah.

Tapi korang harus ingat, bila nak beli emas tu, pikir dulu panjang panjang. Jangan time korang beli, duit gaji 3bulan habes sampai negative. Pastu mulalah nk pinjam ikat perut bagai lah. Pastikan bila beli tu, duit dlm bank harus ada jugak tau. Mana tahu in case ada emergency ke.

Macam kite ni, kite suka sangat pakai rantai tangan. Tapi dah la allergic besi,silver bagai. Hatta zhulian yg mahal tu pon boleh allergik, memang emas lah jalan penyelesaiannya kan.  :P

Ni nak tanya ni. Korang pernah dengar tak pasal duit dinar by public gold? Dia macam duit seringgit syiling lama tu. tapi mahal. Emas lah kata kan. Kita mmg teringin nak beli. Tapi, tunggu stabil dulu. Hiks.




Macam nilah rupa dinar emas tu. 
Yang ni 1dinar punya. Dia ada 1dinar. 2dinar. 5dinar dan juga 10dinar. 





Yang ni pulak 10 dirham. 
Guys, macam comel je main main dinar dinar ngan dirham kan. Macam org Arab pulak. Hiks.




Yang chart atas ni pulak adalah harga untuk harini. Murah memang murah dari harga biasa. Tapi, nak keluarkn duit utk belinya macam...... Berat sangat hati. Tunggulah bila semua wishlist tercapai, baru nk beli. Kan?  Takdelah rasa duit lesap sbb beli emas ni sangat. Hehhe



  thank you for reading my entry!!

Thursday, June 6, 2013

Farewell Party for Omani Trainees

assalamualaikum...

Hai kawan kawan. Dah lama sangat tak update belog kan. Sbb saya dah bekerjaya sekarang. Broadband pon baru je beli. Today, a farewell party was held for the 5 Omani pharmacy trainees who will go to another hospital to complete their intern. Sebenarnya, diorang yg celebrate kitorang tahu tak. Mana taknya, diorang yg cook and treat us for lunch! 

Hebat bebudak perempuan Oman ni. Semua pandai masak. Kiterang pon dapatlah merasa makanan arab tanpa perlu keluar belanja ke Restoran Arab yg mahal kan. Lucky us. ;)



Main dish tu ada dua, makaroni goreng dan nasi. Side dish pon banyak. ada roti arab, samosa, begedil Oman, dessert. Tapi sayangnya, semua menu yg derang sediakan ni,tak sempat pulak kite nak tanya namanya. :(




Baiknya derang siap belanja Big Apple you! Tapi, takde pulak donat perisa dughian. Tssk. Kite teringin nk mkn dughian la sebenarnya.



Yg hijau tu dibuat filling cicah dgn roti tortila. Sedap. Dibuat dari kacang pis, campur kacang dhal, ada daun kari, lepas tu ada rempah ratus. Jangan tanya kite lelebih. mestilah kite taktau kan. Hiks. 



Yang ni derang punya sayur, Ada kubis,tomato,timun. Lepastu perah dgn limau purut n lemon. Kalau malaysia,macam acar kot. Sedap derang punya salad. Nanti nk try buatlah. Boleh makan kudap kudap sambil layan drama Korea. wuu.




Makaroni goreng. Sedap. Tapi kite taksuka sangat lah makan spesis mee yg dah sejuk. Lepastu kering pulak tu. Kalau mende yg berkuah dan berlemak macam mee kari dan char kuey teow tu, fevret i nokks.




Ni derang punya kari ayam. Letak kentang. ada jugak kacang dhal. Juga kering.. Alah,mmg mknn Arab jenis yg kering kering pon kan. aku je yg suka makan makanan berkuah. Kalau banjir lagi bagus. Haha


Desssert! Sedap! Ada kacang pelbagai jenis kacang. Tapi paling spoil bila tergigit bunga lawang. Taksukeeee, Tapi sedap! Lagi lagi bila mixed sekali dgn caramel dia yg pergh,macam gula gula. Marvelous!



With pharmacist to be from Oman. Nasra, Bushra, Khatija and Musomma. They are beautiful and still single. Sapa nak? Kalau nak, bersiap sedialah korang g Oman. haha. Derang ni wangi tau. Harum semerbak. Tapi hidung kite taktahan betul bau perfume derang. Sakit hidung. Terbersin 45678 kali jugak lah sehari.




Pastu kan, derang pandai sangat lukis henna kat tangan tau. Cantik! Lagi cantik dari henna yg Seratus ringgit yg kita tempah kalau nk kawen tu. Nasib baik kite kawen lambat lagi. Kalau tak,mmg suh derang dah lukis kat tangan kaki kite. Free of charge beb. sapa taknak. Satu farmasi kot si Bushra conteng tangan derang. Siap dgn boss pon turut serta.





Nasra ni trainee yg paling best sekali sbb rapat ng kita.Dahla baik. rajin. cantik. tapi agak kelamkabut sikit. Korang takpayah la nk compare kite dgn dia okey. Mmg 789 kali ganda dia jauh lebih cantik. Minah Arab tuu. Mana tak cantik kan. Kite pulak minah Jawa. Cantik kite hanya orang Jawa je yg pandai lihat. Bluek. *VOMIT



  thank you for reading my entry!!

nf