Monday, November 19, 2012

Just for You,Emak

assalamualaikum...

Aku lately ni kan,tatau kenapa. Rasa macam ada satu naluri ni tau. Yang tak dapat nak diungkap dengan kata-kata, Ecece. Sebenarnya, aku dah mula terminat sangat bab jahit-menjahit ni. Sampai pernah berangan nak jadi designer dan bukak butik sendiri pon ada tau. Tapi tu lah, aku ni dah la jenis berangan-angan MatJenin.Memikirkan masa depan katakan. Bakat pon tak seberapa. Kreatif tu apetah lagi.Ntah kan boleh,ntahkan tidak.

Aku ponn pernah ckp dgn encik bf, nanti bila aku dah keje dan ada jawatan setaraf U41,kalau ada rezeki dan duit lebih nak bukak butik bolehh? hehehe. Ala,setakat bukak butik atas nama aku je lah. Tapi yg manage orang lain. muehehe. Alahai wani, dah la pemalas. Ada hati nak buat  dua kerja dalam satu masa. 

Pastu daripada aku duk verangan terover-over,baik aku proceed dgn hobby aku tu. Aku pon pernah tulis dalam entry pasal  hobby ni jugak kot dulu.

Hasil daripada kekreatifan aku yg kreatif tahap tercorot ni,terhasillah satu kerja seni yg tak berapa halus seperti di bawah. Any comment?


Manik Tabur gabungan Sejajar beserta Pearl

Alahai,aku ni sebenarnya bukan apa sangat. Aku teringin la kan nak ada baju lip lap lip lap. Tapi taknak la beli baju baru. Pastu bila aku nak tempah kat orang,alamak aii.Survey harga tanya tukang jahit sana sini. Mahal la pulak utk orang macam aku ni. Pastu aku pon decide la nak beli manik dan jahit sendiri kat baju aku. First baju yg aku jahit pernah la dapat pujian dari ex houssie kat Ipoh dulu; Miss Anith Adila. Then....second,third,fourth,fifth baju yg aku dah jahit tu, tak pernah pulak aku pakai. Sebab aku baru je siap jahit pearl and poodle flower sebelum raya haji haritu. Aku ingatkan kat Penang ni xde lah kan jemputan kahwen apa sume tu,jadi aku tinggalkan lah kat Serting kg terchenta tu. Rupanya samapai tiga kot majlis kahwen tu. Rugi. Rugi baju yg aku jahit tu xleh nak nunjuk. =P

Aku kalau boleh mmg lahh nak belajar menjahit. tak payah pi kelas pon takpe,belajar dgn mak aku je sudah. Aku siap dah beli kain ela kot utk belajar dengan mak aku. Tapi, mak busy uruskan uwan.Mesti penat. Tak sampai hati pulak suh mak ajar. Takpe, bulan 12 dah officially jadi penganggur. Mesti boleh belaja kan.OK. Next.

Baju putih yg bermanik kat atas ni sebenarnya baju mak aku. Aku lah yg beriya-iya offer kat mak nak jahitkan manik kat baju dia.

Wani: Mak,nak tak wani jahitkan manik kat baju mak?

Mak: Rajin la pulak kau. Baju yg mana kau nak jahit?

Wani: Ntah. Baju mak la. Yang plain punya ke. (Mak aku sbnrnya ada banyak sgt baju plain la hooi)

Mak: Berlambak mak punya baju kain kosong. Jahitlah sume.

Wani : Tak larat wani. sigh *selongkar almari mak* Makkkkk,wani amik baju putih mak yg angah ngan kaksu belikan ni eh? Bolehla.Bolehla.

Mak: Suka hati la kau wani. Macam cantik je jahit. Lain la kalau letak mutiara Sabah tu.Haha

Wani: Mahal la baju mak nanti. Takpe.Tengokla nanti. Wani jahit kaler orang muda sampai mak malu nak pakai. Bhahaha - THE END.

Tapi sorry lah mak,wani mmg tak kreatif pon.Takde idea sebenarnya nak jahit camna hujung lengan baju mak ni. Pastu mood jahit wani kejap ada,kejap takde. Ni jelah yg wani termampu buat. Nak jahit bahagian hujung baju macam malas la pulak. hehe.  Harap mak sudi dan tak malu pakai baju yg wani dah rosakkan ni ye.

Kira OK lah kan,kalau tempah kat orang ni dah RM50 dah utk dua hujung tangan je. Padahal kalau wani jahitkan. Free Of Charge mak. Siap ada Pearl lagi. Paling penting penuh dengan kasih sayang lagi jahitan wani tu. xoxo

p/s: update last nov,sebab esok nak terminate broadband.

thank you for reading my entry!!

2 comments:

Mak Lin said...

Ada ciri-ciri keibuan dah ni. Good luck k :)

emarieys said...

Salam, akak dapat balik...call airasia bagitahu double paymen...hantar bukti...boleh call bank sekali

nf