Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Wednesday, March 30, 2011

Apa yang lelaki tidak suka pada wanita yang dia kenali atau sayangi?

assalamualaikum...


korang tahu ke sikap yang macammana lelaki tidak suka pada wanita yang dia kenali atau sayangi.  Berikut adalah beberapa sikap yang aku harap dapat korang hindari.


    * Berpura-pura bersopan-santun, penyayang dan lemah lembut. *padahal perangai macam tomboy.

    * Suka mengkritik kaum sejenis mereka terutamanya mengenai gaya penampilan. *aku kalau cantik,aku puji lah.kalau takcantik,memang sahsah lah nak kena kutuk kan? :P

    * Cemburu pada pasangan sendiri kerana kelebihan yang ada.*en.kekasih aku ada perut yg buncit.perlu ke aku cemburu??? 

    * Melayani dirinya berdasarkan emosi. *harapharap takpenah.

    * Punya kod-kod rahsia di dalam komunikasi tetapi itu lah yang digemari oleh kaum wanita. *cherry.starwberry.padan muka kau lelaki.taktahu kod rahsia kami.bhahahaha.

    * Mahukan pasangan menghabiskan masa hanya bersama mereka. *mestilahkan.tengah bercinta memang le cenggitu.banyak syaitan yg nak datang berkawan.

    * Bercakap hal remeh-temeh, contohnya kuku jarinya terpatah.  Lelaki memang rimas bab-bab seperti ini. *pempuan cenggini,aku pon tarak suka bai.bajet manja lah konon.

    * Wanita yang banyak cakap, mengumpat, suka membebel dan mulut becok.*eden nok buek camno laie kan.susah nak carik pempuan yg takde sifat camni.

    * Suka memboikot, merajuk tidak tentu pasal dan mogok tidak bertempat kerana ia mampu membuat keegoan lelaki tercabar. *mengadangadalah kau perempuan.


aku harap korang kaum wanita mengambil iktibar dan cuba berubah jika berada dalam situasi tersebut walaupon aku pon selalu je cenggitu.teehehehe
Wanita memang suka diberi perhatian dan disayangi, tetapi harus ada batasannya.  Jadi untuk mengekalkan hubungan yang mesra dan berpanjangan, haruslah ada persefahaman dan nilai-nilai yang positif yang menjurus ke arahnya.


riang ria gumbira.hoooyeeh. ;)

kami suka makan oreo.kami saling memahami.jangan jeles dgn kami ok??? :P:P

  thank you for reading my entry!!

Wednesday, March 16, 2011

Telefon bimbit boleh rosakkan sperma, mati pucuk: CAP

assalamualaikum...

GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa pengguna telefon bimbit berisiko untuk mempunyai bilangan sperma yang kurang dan berkualiti rendah, selain terdedah kepada kemungkinan mengalami mati pucuk. 

Dakwaan CAP itu berdasarkan kepada beberapa kajian yang dilakukan berhubung penggunaan telefon bimbit. Bagaimanapun, CAP tidak menyatakan pihak yang melakukan kajian berkenaan.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata kajian itu mendapati mereka yang menggunakan telefon bimbit lebih empat jam sehari mempunyai bilangan sperma yang paling kurang dan paling rendah kualitinya.
“Satu lagi kajian menunjukkan lelaki yang menyimpan telefon bimbit dalam poket seluar juga menghadapi risiko kerosakan sperma," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam. 

SM Mohamed berkata, pengguna yang menyimpan telefon bimbit dalam poket seluar akan terdedah kepada Frekuensi Radio (RF) lebih tinggi kerana antena biasanya berada di belakang dan hampir dengan tubuh badan. 

Katanya, doktor percaya kerosakan sperma mungkin disebabkan oleh radiasi elektromagnetik dari telefon bimbit atau haba yang dihasilkannya. 

“Oleh itu, penggunaan telefon bimbit secara berlebihan menjadi satu lagi faktor yang menyumbang kepada penurunan bilangan sperma selain obesiti, merokok dan tekanan," katanya. 
Beliau menjelaskan pengeluar telefon bimbit juga sudah mengeluarkan amaran mengenai risiko penggunaan telefon bimbit terhadap kesihatan. 

Contohnya, syarikat Apple dalam buku panduannya memberi amaran kepada pengguna supaya menjauhkan iPhone Inc jarak sekurang-kurangnya 15mm dari tubuh. 

Berikutan risiko penggunaan telefon bimbit itu, SM Mohamed menggesa kerajaan supaya mewajibkan setiap telefon bimbit mempunyai tanda amaran bahawa alat telekomunikasi itu berpotensi menjejaskan kualiti sperma dan meningkatkan risiko tumor otak. 

Kerajaan juga perlu memberi amaran kepada ibu bapa supaya tidak membenarkan anak mereka yang berusia 12 tahun ke bawah menggunakan telefon bimbit melalui kempen. 



sumber : bharian

 thank you for reading my entry!!

nf