Showing posts with label seks. Show all posts
Showing posts with label seks. Show all posts

Sunday, November 27, 2011

perlukah memakai kasut yang selesa?

assalamualaikum...

Kasut..kasut..kasut dan kasut.. 
Seriously,I love shoes!

Tapi, dalam banyak banyak jenis kasut,aku paling suka jenis flat. dan aku kureng suka dgn high heels. 
ada beberapa sebab mengapa dan kenapa aku menyukai flat dan kureng menyukai high heels.

Aku suka kasut flat kerana ianya agak selesa dan kasut flat tak sakit kaki.
dan aku juga memang suka berjalan. tapi,kadangkadang taksampai 10minit berjalan kaki,kaki aku dah sakit kepenatan. baru pakai flat dah penat kan,apetah lagi kalau pakai high heels,lagila sakit dan penat tumit kaki aku. 

 Klik sini untuk lihat entry lepas berkenaan high heels. 

Dulu, setahun yang lepas mungkin,dalam sebulan aku pasti akan beli satu atau dua pasang kasut. Keinginan membeli kasut memang tidak boleh ditahan-tahan setiap kali mata aku terpandang rekaan kasut yang berwarnawarni yang baru. Kedai kasut yang selalu aku singgah masa waktu tu ; Red Modani,Vincci, Vern's, Nel dan etc.aku suka pergi situ sbb harganya quite affordable lagilagi bila sale kan.

Bila aku dah kerap sangat beli kasut apalagi encik boyfie pon mula bising potpetpotpet itu ini kata kasut aku dah berlambak. aku pon apalagi mula la bg alasan kasut yang aku beli tu takselesa la ketat lasakit kaki la. pastu dia suggest kat aku supaya belilah kasut yg berkualiti sikit yang tahan lama. Tapi........... kebiasaannya harga kasut yg berkualiti dan tahan lama tu boleh beli 4/5 pasang jenama kasut yg aku beli. tapi yang berkualiti tu mungkin boleh tahan bertahun-tahun kalau nak dibandingkan dengan kasut pasangpasang yang aku beli tiaptiap bulan tu yang hanya tahan 2-3bulan je.(if kerap pakai)

Dan sandal yang berkualiti ygang disuggestkan oleh encik boyfie tu akhirnya terletak jugak dekat tapak kaki aku. Erm. sangat selesa okey! dan..bukan takat 10minit,sejam jalan kaki pon aku takpenat tahu tak. kalau boleh,kemanamana je aku pergi,aku pakai sandal tu.hatta ke kolej pon aku pakai sandal tu sampai ditegur oleh pakguard. Sejak ada sandal tu,aku da stop drpd shopping kasut. walau cantik macammanapon design kasut tu,aku tengok dan belekbelek je dan takbeli pon tau.sebab aku sudah punyai sandal yang selesa.dan aku tekad, selagi aku takde keperluan untuk membeli kasut,aku takkan beli. so,kasutkasut yang dah aku beli sebelum ni aku senantiasa pakai ke kelas sampai aku rasa kasut tu dah  hancur lebur dan barulah boleh dibuang ke tong sampah.

Erm.makin lama koleksi kasut aku semakin berkurangan sebab dah terlampau hancur termasuklah kasut ke kelas. tsssk. dahla kena pakai kasut hitam je gi kelas. tak stylo wooh! 
then, aku ke kelas pon pakai kasut kaler koko dengan penuh waspada-sebab taut hancur jugak..nasibbaik takpernah kena tegur dgn lecturer kan.yang tegur pon takat para student je.jeleslah tu aku berani langgar peraturan.wahahaha. 

Semalam aku ke JJ Bukit Tinggi dan ke bahagian kasut.kebetulan beb,ada SALE! apalagi,aku berkira-kira untuk beli kasut untuk ke praktikal nanti.kali ni juga,kasut tersebut haruslah berkualiti dan tahan lama yaww..aku bet,tahan selama setahun,kalau lebih sampai aku dah keje pon,alhamdulillah. tapi tulah.harga kasut tu mahal la weh,even dah sale pon. sobbs.tapi kenalah beli jugak kan. sekali setahun je.takpelah pon berhabis duit sekarang.lagipon untuk keselesaan kan.

Korang tahu tak? pemakaian kasut yang menyerap hentak, lapik dalaman sendal atau kasut berkusyen boleh membantu menyebarkan semula berat dan mengurangkan ketegangan sendi tulang kita dan sekaligus boleh mengelakkan penyakit osteoartritis. aku pun taknak lah kena OA/Osteoporosis ni. aminn

kat bawah ni pulak ada fakta pasal high heels tau.
Persatuan Ortopedik Kaki Amerika Syarikat menyatakan bahawa seorang wanita yang mengenakan sepatu bertumit tinggi sekurang-kurangnya tiga sentimeter (sm) akan meningkatkan tekanan pada lutut sehingga 26 peratus. Keadaan ini akan mengundang penyakit osteoporosis dan penyakit sendi.


Insyaallah,kalau ada rezeki lebih,aku nak beli jenama kasut yang kat bawah ni. amin.
sebab kalau ada sale sekaraang pon,aku masih takmampu beli la. sedihhh!



  



  thank you for reading my entry!!

Tuesday, May 24, 2011

cubit-cubit.gigit-gigit.bau-bau.. aaah

assalamualaikum..

perhatian:  entry ni berat sebab banyak gambar.harap maklum .  :D

haih.lama nya tak update blog. takde idea.takde entry tapi hny ada gambar.
act, byk gambargambar yg aku snap utuk dijadikan entry belog ni.
tapi bila takde masa nk update belog,ada pulak idea. dan bila dah da masa.sume idea tu ilang..
so,tinggal la gambar.gambar tu tertunggu.tunggu tuk dipopularkan.kesian kau kan gambar.

neway,hari ni nak cite pasal si boboy yg kiut miut yg aku penah cite dalam entry ini.dan ini. 
si boboy tu siap ada lesung pipit kat dua belah pipi lagi you.kau ada?ada? takde kan? aku pon takde jugak.bhahaha
first time dalam nmpk org ada lesung pipit ni. *eceh.tipulah. betul! sumpah. first time tgk org dalam family aku ada lesung pipit.. mak abah aku.adik badik aku.sume mana ada lesung pipit.dy sorang je yg ada.hebat sungguh akak aku carik laki yg boleh wariskan genetik lesung pipit kat anak dy.


siryes.taksabar nak tunggu izzul 3bulan.time tu badan da keras.boleh la pegang dy ganas.ganas.
  ngehngehngeh. *gelek evil
jom pi tgk gamba si izzul ni. penat tau aku hupload gambar dia beriban.riban ni.


nampak ke izzul?nampak? taknmpak kan??

time ni mata dy tak nmpak lagi.

dy nguap la..meh bau mulut dy.wangi..

asyik sedu je.tu yg acik letak tisu basah atas pala tu.

izzul ni.tido je keje. meh main ng acik la!


uweeekk.uwekk.uwek...

nak salin pampers jap..

keci je mulut dy.ikot mulut si papa dy.



alololololo...pandang sapa cayang??
kain tedung.kain tudung.kain budung.eh kain bedung la... :P

suka tgk mimik muka dy time tido.pelbagai!

nyenyak tido ler tue.


gambar kat bawah ni lagi comel tau. baju dy pon comel. cantik je kaler dy. sejuk mata memandang. *eh,ada ketan ke? lalalalala
pandai betul la sapa yg pilih baju tu.
pandai betul aku pilih boypren.
pandai betul boypren aku pilih baju baby.
pandai betul boypren aku pilih aku.. 
ishh..sudah! sudah! ape la yg aku melalut ni. oke.baju yg baby izzul pakai ni en kekasih hati yg pilih dan belikan.mmg comel pon kan? boypren aku pon comel. hahaha.

alala.kiut.kiut. nak kacau dy tido.

suka lentok.lentok badan..nak jadi ahli gimnas ke hapa?

yeeyy.jumaat ni balik kg lagi! jumpa baby izzul lagi.bukan baby izzul je tau.hadif.umar ng aisy pon sama.zahra je yg takdapat jumpa. bapak  dy keja time tu.soobs. oklah. bye!

thanks for reading my entry!

Tuesday, March 29, 2011

10 Cara Takluki Hati Wanita Idaman Anda

assalamualaikum...


Memikat hati wanita yang diminati bukan mudah sebenarnya. Ramai yang berdepan dengan perasaan takut dan malu. harini aku nak bagi tipstips untuk lelakilelaki yg maseh takdek awek di luar sana.tapi kalau yg dah berawek tu,harap dapatlah praktikkannya keyh. ^^




  
Gunakan 10 tip berikut untuk menawan hati si dia.


1.       Menerima Seadanya
Mendekati wanita yang korang sukai adalah suatu cabaran.  Apabila korang mahu memiliki wanita idaman, korang perlu berlaku jujur kepada diri sendiri.  Jangan sesekali menonjolkan sifat yang bukan menjadi kebiasaan korang.

2.       Jangan Membuat Penilaian Awal

Inilah kunci utama dalam sebuah perhubungan.  Antara lelaki dan wanita ada perbezaannya.  Ramai lelaki yang mengimpikan memilih wanita muda sebagai pasangan hidup tetapi hakikatnya ianya bukan  perkara mudah.  Hormatilah karekter, sikap dan sebagainya.  Yang penting, terimalah si dia seadanya.

3.       Berikan Dirinya Ruang

Biarkan dia memasuki hati korang seluas-luasnya.  Jangan sempitkan pemikiran terutama sekali kalau korang pernah kecewa sebelum ini dalam percintaan.

4.       Bertindak Seadilnya
Apabila korang mula menyukai seseorang, biarkan dia mengenali siapa diri korang.  Biar dia kenali minat korang, kawan, keluarga, hobi dan impian korang agar dia dapat mengenal korang dengan lebih rapat. Pastikan korang menjawab setiap pertanyaannya dengan jujur.  Barulah perkenalan korang itu menjadi lebih terbuka.

5.       Sebuah Senyuman
Melalui sebuah senyuman,korang mungkin akan memiliki apa yang korang inginkan.  Inilah penangan sebuah senyuman.  Senyuman tidak memerlukan sebarang bayaran pun.  korang hanya perlu melemparkan senyuman yang ikhlas termasuklah ketika mahu mengenalinya atau pun ketika bertemu dengan kawan-kawannya serta ahli keluarganya.

6.       Jadilah Sebaik Mungkin

Memiliki wanita idaman korang mungkin memerlukan korang berdepan dengan persaingan.  Ia mungkin datang dari kawan-kawan korang, orang disekeliling dan sebagainya.  Jadi jikalau korang ingin memenangi hatinya, jadilah diri korang yang sebaiknya.  Pastikan gaya dan penampilan korang berbeza dari orang lain.  Tapi awas, jangan berlebihan kerana korang akan nampak lebih buruk dimatanya berbanding orang lain.

7.       Berusaha Gigih Untuk Memiliki
Kata pepatah ada menyebut, yang bulat tak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang.  Jadi korang perlu berusaha dan terus berusaha.  Jangan sesekali mudah putus asa, sebaliknya berusaha untuk memilikinya.

Tidak cukup sekadar berkirim salam sahaja, sebaliknya berbuatlah sesuatu untuk menarik perhatiannya.  Berusaha bukan bermakna anda perlu mengamalkan taktik kotor dengan berbomoh atau sebagainya, tetapi biar ia kena dengan IQ dan EQ korang.

8.       Jangan Keterlaluan

Apabila korang berusaha memiliki seseorang yang korang sukai, jangan terlalu berlebihan.  Sikap ini boleh menyebabkan si dia rimas dan meluat.  Oleh itu bersederhanalah dalam tindakan korang.


9.       Kenali Dirinya
Apabila korang mula menyukai seseorang gadis, kaji diri mereka seadanya.  Pastikan korang mengetahui apa yang mereka sukai, minat dan sebagainya.  Kalau korang berjaya menjadi seorang peneka yang tepat, korang mungkin akan menjadi lelaki idamannya kerana mengetahui semua minatnya.

10.   Jangan Terlalu Peramah
Ramai lelaki bertanya, mengapa wanita begitu rapat dengan kawan-kawan mereka?  Untuk makluman, wanita makhluk yang mempunyai sifat penyayang yang cukup tinggi.  Mereka juga prihatin malah begitu mengambil berat.  Jadi kalau korang cuba mendekati seorang wanita, jangan menjadi terlalu peramah atau jangan terlalu ingin mengambil tahu segalanya.


SELAMAT MENCUBA dan SELAMAT BERJAYA .....







en kekasih amalkan tips ni lah dekat aku.sebab tu dy berjaya tawan hati aku.ecece.gatai. :P



  thank you for reading my entry!!

Wednesday, March 16, 2011

Bila Zina Menjadi Budaya.

assalamualaikum...

tadi kat kolej,islamic society club bukak booth jual bukubuku agama.
tetiba terpandang sebuah buku ni.tertarik untuk mengetahui apa yang terkandung didalamnya.



Buku Bila Zina Menjadi Budaya karya Mohd Syamil Mohd Yusuff dan Adriana Balqis merungkai permasalahan yang berlaku terutama di kalangan remaja hari ini sebagai usaha pengarangnya untuk berkongsi maklumat dan memberi jalan terbaik bagi masalah sosial yang kian meruncing itu.

Bila Zina Menjadi Budaya setebal 123 halaman terbitan Mustread Sdn Bhd itu dijual hanya pada harga RM19.90 senaskhah dan boleh dibeli di kedai buku seluruh negara dan IPT. aku teringin nak beli tadi.tapi takdek bajet.almaklum,elaun pon tak cukup makan.

Antara 10 tanda kiamat ialah 3 kali gempa bumi; sekali di Timur, sekali di barat dan sekali di semenanjung Arab. (H.R. Muslim)

entah kenapa budakbudak zaman sekarang bangga bila berbuat dosa.kalau tak tegur kang,kita turut berdosa. .Kadang-kadang bila menegur, dikatakan suka jaga tepi kain orang.Tak tegur rasa geram membara dalam hati ni..Benar,memang selemah-lemah iman jika hanya tegur dalam hati je. Tapi saya takmahu iman saya lemah.jadi saya hanya mampu tegur dalam penulisan saya je.ampunkan saya.  afwan jiddan Ya Allah.




 thank you for reading my entry!!

Telefon bimbit boleh rosakkan sperma, mati pucuk: CAP

assalamualaikum...

GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa pengguna telefon bimbit berisiko untuk mempunyai bilangan sperma yang kurang dan berkualiti rendah, selain terdedah kepada kemungkinan mengalami mati pucuk. 

Dakwaan CAP itu berdasarkan kepada beberapa kajian yang dilakukan berhubung penggunaan telefon bimbit. Bagaimanapun, CAP tidak menyatakan pihak yang melakukan kajian berkenaan.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata kajian itu mendapati mereka yang menggunakan telefon bimbit lebih empat jam sehari mempunyai bilangan sperma yang paling kurang dan paling rendah kualitinya.
“Satu lagi kajian menunjukkan lelaki yang menyimpan telefon bimbit dalam poket seluar juga menghadapi risiko kerosakan sperma," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam. 

SM Mohamed berkata, pengguna yang menyimpan telefon bimbit dalam poket seluar akan terdedah kepada Frekuensi Radio (RF) lebih tinggi kerana antena biasanya berada di belakang dan hampir dengan tubuh badan. 

Katanya, doktor percaya kerosakan sperma mungkin disebabkan oleh radiasi elektromagnetik dari telefon bimbit atau haba yang dihasilkannya. 

“Oleh itu, penggunaan telefon bimbit secara berlebihan menjadi satu lagi faktor yang menyumbang kepada penurunan bilangan sperma selain obesiti, merokok dan tekanan," katanya. 
Beliau menjelaskan pengeluar telefon bimbit juga sudah mengeluarkan amaran mengenai risiko penggunaan telefon bimbit terhadap kesihatan. 

Contohnya, syarikat Apple dalam buku panduannya memberi amaran kepada pengguna supaya menjauhkan iPhone Inc jarak sekurang-kurangnya 15mm dari tubuh. 

Berikutan risiko penggunaan telefon bimbit itu, SM Mohamed menggesa kerajaan supaya mewajibkan setiap telefon bimbit mempunyai tanda amaran bahawa alat telekomunikasi itu berpotensi menjejaskan kualiti sperma dan meningkatkan risiko tumor otak. 

Kerajaan juga perlu memberi amaran kepada ibu bapa supaya tidak membenarkan anak mereka yang berusia 12 tahun ke bawah menggunakan telefon bimbit melalui kempen. 



sumber : bharian

 thank you for reading my entry!!

Tuesday, February 8, 2011

Berduaan di alam siber sama seperti khalwat

assalamualaikum...

“Asasnya adalah apabila hubungan dengan Allah rosak, maka semuanya akan meruntuh. Teknologi itu tidak salah, tetapi orang yang menyalah gunakan teknologi untuk tujuan terpesong,” katanya.

KUALA LUMPUR:  Wanita dan lelaki bukan mahrim yang berbual berduaan biarpun di alam siber, melakukan perlakuan sama seperti berkhalwat kerana ia mengundang bisikan syaitan yang akhirnya akan menarik mereka melakukan perbuatan mungkar, termasuk curang pada suami atau isteri. 

Sehubungan itu, penceramah dan pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, berkata mereka yang menggunakan kemudahan Internet perlu meletakkan sempadan syariat dan sempadan hati supaya teknologi itu tidak disalah guna atau menjadi alat perantaraan untuk membuat maksiat.

Beliau berkata, isteri tidak seharusnya membenarkan lelaki bukan mahrim memasuki rumahnya ketika suami tiada di rumah, begitu juga halnya dengan perbuatan isteri berbual dengan lelaki lain menerusi Internet, seumpama membenarkan individu itu memasuki rumahnya, seterusnya merosakkan rumah tangga.

“Membenarkan perkara sebegini memasuki rumah bermakna membenarkan ia memasuki hati dan apabila manusia sudah keluar daripada sempadan, manusia itu akan menjadi rosak,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, bisikan syaitan menjadikan seseorang itu merasakan sesuatu perkara itu begitu menyeronokkan hingga sanggup melakukan perkara mungkar termasuk meninggalkan suami, isteri atau anak-anak, sedangkan ia bakal menyesali perbuatannya kerana keseronokan berkenaan hanya bersifat sementara disebabkan ia berada dalam alam fantasi.

Katanya, alam khayalan dan realiti tidak sama dengan di alam nyata, kita semua mempunyai tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul, bukan sekadar untuk berseronok.

source: myMetro

p/s: mak selalu marah kalau saya berkawan dgn org alam siber.tapi saya selalu buat tak endah. =.='

thank you for reading my entry!!

Tuesday, January 11, 2011

jom bincang pasal seks!!

assalamualaikum..

tadi kan aku tgh la whi kul 12 ni.tetiba je aku pelik.apesal lak tetiba je ada video seks kat tv3.
ohh maaii Allah.. sampai kat tv3 derang pelakon seks ni fofular!!
padahal org biasa je kott.xde nama,xde rupa.tapi sbb video 18xs derang tu derang leh femes amos.
tak malu pny taktik buruk rupa!!

sebenarnya aku da tgk da video ni beberapa bulan yg lalu.tapi dsebabkan video ni sgt fofular sampai kuar kat whi tadi.
so,aku pon menggeledah abis la youtube ni..
nmpknya video ni diupgrade suda..takcaya?
dgn rasa penuh malu,tgk la video ni beb.



video ni da ada subtitles woo!!advance sungguh la..hahaha..
malu kan tgk ini video.laki tak nsem.pempuan desperate!elok sgt la tu.
ehh korang,cepat.cepat la beristighrafar sekarang!!ni video tak elok ni tau!!
and don try this at home!!except with ur laki bini yawww!!!!


thank you for reading my entry!!

nf