Showing posts with label kisah. Show all posts
Showing posts with label kisah. Show all posts

Thursday, June 16, 2011

orang tulen aka orang asli.

assalamualaikum..

sekarang da start cuti sem. tapi aku tak balik kg lagi. bukan sebab aku tak rindu family. tapi sebab aku nak jadi org asli. eh,nak pergi kampung orang asli lah.nak berkhidmat kpd mereka dan juga negara.*citacita okey.
dan aku rasa,aku boleh ganti tempat DS Shafie Apdal suatu hari nanti. PERCAYA tak??
hehe. tapi baik jangan percaya!  :))

tapi kg OA yg aku pergi tu moden sikit.tak macam ni tau. :)
Jaga Diri Hiasi Peribadi. :)

thanks for reading this entry!!

Sunday, May 15, 2011

Cara-cara menjadi couple yang bosan tahap gaban di FB

assalamualaikum..

Anda merupakan salah seorang daripada berjuta rakyat Malaysia yang hangat bercouple tapi belum tentu kahwin dan ingin berkasih-sayang sambil menunjukkan perangai-perangai yang membosankan? Jika ya, marilah kita lihat bagaimana ghopenye anda boleh mencapai tahap sedemikian di facebook.
1) Update status hanyalah mengenai si dia
Ini perkara paling basic yang anda boleh aplikasikan. Status anda bukan mengenai anda, semuanya mengenai si dia. Status anda biar kalah status dia.
"Besi kat gigi dah cabut.yeayy dah cun gila sekarang"  -status dia-
"Harini sayam I pegi cabut besi kat gigi die,shian die shakit-shakit tak boleh makan aiskrim. Baru ingat nak bagi asikrim coklat kat die..huuu"  -status anda-
 
aku rasa,aku tak penah post cenggini kat FB kan? kalau dalam belog pon sipisipi je. tak nak lah kan nk show off sgt.. nanti ramai org jeles ngan hubungan kiterang yg sgt romantis ni pulak. *sila muntah sekarang :P

2) Bahasa yang digunakan ialah bahasa "cinta"
Setiap komen anda bersama si dia gunakan bahasa cinta yang sangat comel lagi menggedikkan seperti sayam abam, kiteww iteww dan lain-lain. Kalau guna bahasa biasa-biasa sahaja, macam main komen dengan membe la pulak kan. Tak bermanja tak berkasih-sayang la kan...
 
 uikk. apa kiteww iteww tu? ni mmg aku rasa sangat nak kutuk ngumpatngumpat buat tambah dosa lah. membazir masa je nak type hurup W banyak.banyak kali.. tak kuasa aku.pakai ejaan biasa je sudah.lagi manis,aku rasa.
3) Gambaq anda profile pic dia, gambaq dia profile pic anda
Biar orang semua kepeningan tengok nama jantan, gambaq perempuan. Nama perempuan, gambaq jantan. Setakat gambaq berduaan tu gaya lama beb... kurang menunjukkan hangpa punya kasih sayang. 
 
haaa.yg ni memang kazen aku si azmer muhiddin tu buat dalam profile pic dy.sampai pening aku dibuatnya. tapi dy takpelah kot. dy tinggal nak kumpul duit tuk kawen je haa.. kalau korang?belajar pon tak abes lagi.dah pandai bercinta. -ayat angah aku- 
kalau aku,penah ke tak?penah ke tak haa?lupa doe.kalau gambar berdua tu penah la kot. :P  aku pon tak abes belajar lagi ni. >.<
4) Aktiviti 3 dalam 1
Berbalas komen, berchatting dan bermain poke-poke dalam masa yang sama. Nak bonus lagi, sambil tu jugak ber-webcam dan berbalas mesej di telefon. Jadi 5 dalam 1. Oh indah sungguh kasih sayang sebegitu...
sumpah.takpenah lah 5 dalam 1 ni.2 dalam 1 pon selalu je fail,ni kan pulak 5 dalam 1. kalau aku berFB,memang tak lah kan nk bersms. takpandai lah nak bahagi masa dgn nk bls msg nya.nak berwebcam nya. nak berpoke nya dalam masa yg sama. eh yg POKE tu memang tak penah langsung kot. selalu terkantoi online adalah.mana taknya,kata belajar,tapi tgh online+ update belog.sadis. T__T
5) Tag si dia di mana-mana sahaja
Sedang anda berbalas komen dengan membe, tag lah si dia sekali ajak join berkomen. Setiap gambar anda dalam album rakan-rakan, tang muka anda tu bukan tag nama anda tapi tag nama marka anda. Lagi sekali orang kepeningan.. gambaq jantan, nama perempuan. Gambaq perempuan, nama jantan.
aah kan? macam dah lama je tak tag dy dalam post.dalam album kawan. eh,eh,lupa pulak.aku memang privatekan gambargambar aku yg ditagged untuk tontonan umum. segan ok.aku bukannya hot sgt pon nak tag dy suh tgk sume gambar aku..
6) Sehari satu video lagu cinta
Pastikan anda tidak terlepas untuk post atau share 1 video cinta setiap hari kepada kesayangan anda. Kalau terlepas nanti kuranglah kasih-sayang antara satu sama lain..
haha.aku takrajin lah nk carik video, bikin broadband aku cepat sampai dy punya limit je!! aku pon bknnya suka sgt pon dgr lagulagu ni. melainkan lagulagu lama je ok.lagu  KEKASIHku di MENARA GADING. best kan?? berkasih sayang senyapsenyap je sudah.takde ahh nmpk sangat jeliknya sampai kena ngumpat lagi kan?
7) Facebook anda juga facebook si dia
Biasalah, tak puas ada 1 akaun mintak jaa pasword facebook marka anda. Dah jadi dua akaun kan? Kalau marka anda jenis ada akaun sampai I, II, III dan  XVVVIIIVVVIIIIII, perhh seronoklah anda ada banyak betul akaun facebook.
erk..no komen. tapi acc FB aku mmg ada dua kan? dua ke tiga ek? lupa pulak. hehe. :P:P
8) Untuk mencapai tahap kebosanan maksimum, dalam hati anda sekarang bolehlah sumpah seranah gila babas terhadap aku.(budak bukan sebarang budak)
"Kapel itu bagus lah. Menambahkan kebosanan orang lain"
"Eiyh suka hati aku lah nak kapel-kapel, tak cukup kasih sayang la tuu!".. 
"Eleh mamat ni gebang kencang, mencik lah! nak pergi repot dekat abam".. 
"Alah jeles la tu tak boleh membosankan diri di facebook macam I yang berkapel ni"
"Long live kapel! Long live kapel!"
 
*ni entry copy cat dari belog budak bukan sebarang budak.harap maklom. 
kalau nak kutuk kutuk dy tau.bukan kutuk aku.hehee. :P
 
kami yg biasabiasa saja. :)

thank you for reading this entry!!

Wednesday, April 13, 2011

alhamdulillah. baby baru.

assalamualaikum...


ouh.lama sungguh tak update belog..sangat busy lah skg ni.
tambahtambah dengan line berukband yg sgt lambat.hilang mood nak update belog.
lagi-lagi bila final tak sampai pon dua minggu lagi.. arrrgh.rasa sangat stress..
stress? how come haswani samilan boleh stress?mana taknya.nota study masih sepahsepah.tu memang tak boleh elak lah kan. tapi kan kengkawan. dalam kebizian tu pon kan.boleh pulak aku tuptup dapat baby.baby bukan sebarang baby tau. tapi baby yg kelima untuk generasi kedua keluarga samilan kastami.
hooyehhh.
kali ni, masih baby boy lagi.maksudnya sekarang anak-anak buahku ada tiga boboy dan dua gugurl. sgt best bukan?korang jangan jeles tau.

okeyh.sekarang kita kenalkan pulak ibu dan bapa baby boy tu okeyh. ibunya bernama yuzaine samilan.dan bapanya khairul hisam abd ghani.si ibu pon ada belog jugak tau.ni belog dia. mungkin lepas ni dia akan kerap mengupdate belognya menceritakan perihal si baby.

ibu dan bapa.



si baby boy selamat dilahirkan  dengan berat 3.3kg..nama baby belom ada lagi.sebab dia masih baru lahir. baby boy punya surat beranak pon takdop lagi.tsssk.  apa yg aku melalut ni. .
tapi yg pasti, baby boy sangat comell.rasa nak peluk ciom dia sekarang jugak.
sgt taksabar nak balik kampung.tgk baby boy.dan makan DURIAN.yeyeeeeh.

muka baby ikut ibu ke bapanya?
apa yg best pasal kisah baby boy masa dalam perut ialah...tiap kali si ibu dan bapanya mahu berpisah(perkahwinan jarak jauh.ibu di batu pahat.bapa di pajam). si bapa pasti muntah.taktahu kenapa. terbalikk kan?
mungkin agak pelik.tapi bagi saya,itu agak kelakar.


setia menanti untuk anak buah yg seterusnya. :P

  thank you for reading my entry!!

Wednesday, March 30, 2011

Apa yang lelaki tidak suka pada wanita yang dia kenali atau sayangi?

assalamualaikum...


korang tahu ke sikap yang macammana lelaki tidak suka pada wanita yang dia kenali atau sayangi.  Berikut adalah beberapa sikap yang aku harap dapat korang hindari.


    * Berpura-pura bersopan-santun, penyayang dan lemah lembut. *padahal perangai macam tomboy.

    * Suka mengkritik kaum sejenis mereka terutamanya mengenai gaya penampilan. *aku kalau cantik,aku puji lah.kalau takcantik,memang sahsah lah nak kena kutuk kan? :P

    * Cemburu pada pasangan sendiri kerana kelebihan yang ada.*en.kekasih aku ada perut yg buncit.perlu ke aku cemburu??? 

    * Melayani dirinya berdasarkan emosi. *harapharap takpenah.

    * Punya kod-kod rahsia di dalam komunikasi tetapi itu lah yang digemari oleh kaum wanita. *cherry.starwberry.padan muka kau lelaki.taktahu kod rahsia kami.bhahahaha.

    * Mahukan pasangan menghabiskan masa hanya bersama mereka. *mestilahkan.tengah bercinta memang le cenggitu.banyak syaitan yg nak datang berkawan.

    * Bercakap hal remeh-temeh, contohnya kuku jarinya terpatah.  Lelaki memang rimas bab-bab seperti ini. *pempuan cenggini,aku pon tarak suka bai.bajet manja lah konon.

    * Wanita yang banyak cakap, mengumpat, suka membebel dan mulut becok.*eden nok buek camno laie kan.susah nak carik pempuan yg takde sifat camni.

    * Suka memboikot, merajuk tidak tentu pasal dan mogok tidak bertempat kerana ia mampu membuat keegoan lelaki tercabar. *mengadangadalah kau perempuan.


aku harap korang kaum wanita mengambil iktibar dan cuba berubah jika berada dalam situasi tersebut walaupon aku pon selalu je cenggitu.teehehehe
Wanita memang suka diberi perhatian dan disayangi, tetapi harus ada batasannya.  Jadi untuk mengekalkan hubungan yang mesra dan berpanjangan, haruslah ada persefahaman dan nilai-nilai yang positif yang menjurus ke arahnya.


riang ria gumbira.hoooyeeh. ;)

kami suka makan oreo.kami saling memahami.jangan jeles dgn kami ok??? :P:P

  thank you for reading my entry!!

Tuesday, March 29, 2011

10 Cara Takluki Hati Wanita Idaman Anda

assalamualaikum...


Memikat hati wanita yang diminati bukan mudah sebenarnya. Ramai yang berdepan dengan perasaan takut dan malu. harini aku nak bagi tipstips untuk lelakilelaki yg maseh takdek awek di luar sana.tapi kalau yg dah berawek tu,harap dapatlah praktikkannya keyh. ^^




  
Gunakan 10 tip berikut untuk menawan hati si dia.


1.       Menerima Seadanya
Mendekati wanita yang korang sukai adalah suatu cabaran.  Apabila korang mahu memiliki wanita idaman, korang perlu berlaku jujur kepada diri sendiri.  Jangan sesekali menonjolkan sifat yang bukan menjadi kebiasaan korang.

2.       Jangan Membuat Penilaian Awal

Inilah kunci utama dalam sebuah perhubungan.  Antara lelaki dan wanita ada perbezaannya.  Ramai lelaki yang mengimpikan memilih wanita muda sebagai pasangan hidup tetapi hakikatnya ianya bukan  perkara mudah.  Hormatilah karekter, sikap dan sebagainya.  Yang penting, terimalah si dia seadanya.

3.       Berikan Dirinya Ruang

Biarkan dia memasuki hati korang seluas-luasnya.  Jangan sempitkan pemikiran terutama sekali kalau korang pernah kecewa sebelum ini dalam percintaan.

4.       Bertindak Seadilnya
Apabila korang mula menyukai seseorang, biarkan dia mengenali siapa diri korang.  Biar dia kenali minat korang, kawan, keluarga, hobi dan impian korang agar dia dapat mengenal korang dengan lebih rapat. Pastikan korang menjawab setiap pertanyaannya dengan jujur.  Barulah perkenalan korang itu menjadi lebih terbuka.

5.       Sebuah Senyuman
Melalui sebuah senyuman,korang mungkin akan memiliki apa yang korang inginkan.  Inilah penangan sebuah senyuman.  Senyuman tidak memerlukan sebarang bayaran pun.  korang hanya perlu melemparkan senyuman yang ikhlas termasuklah ketika mahu mengenalinya atau pun ketika bertemu dengan kawan-kawannya serta ahli keluarganya.

6.       Jadilah Sebaik Mungkin

Memiliki wanita idaman korang mungkin memerlukan korang berdepan dengan persaingan.  Ia mungkin datang dari kawan-kawan korang, orang disekeliling dan sebagainya.  Jadi jikalau korang ingin memenangi hatinya, jadilah diri korang yang sebaiknya.  Pastikan gaya dan penampilan korang berbeza dari orang lain.  Tapi awas, jangan berlebihan kerana korang akan nampak lebih buruk dimatanya berbanding orang lain.

7.       Berusaha Gigih Untuk Memiliki
Kata pepatah ada menyebut, yang bulat tak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang.  Jadi korang perlu berusaha dan terus berusaha.  Jangan sesekali mudah putus asa, sebaliknya berusaha untuk memilikinya.

Tidak cukup sekadar berkirim salam sahaja, sebaliknya berbuatlah sesuatu untuk menarik perhatiannya.  Berusaha bukan bermakna anda perlu mengamalkan taktik kotor dengan berbomoh atau sebagainya, tetapi biar ia kena dengan IQ dan EQ korang.

8.       Jangan Keterlaluan

Apabila korang berusaha memiliki seseorang yang korang sukai, jangan terlalu berlebihan.  Sikap ini boleh menyebabkan si dia rimas dan meluat.  Oleh itu bersederhanalah dalam tindakan korang.


9.       Kenali Dirinya
Apabila korang mula menyukai seseorang gadis, kaji diri mereka seadanya.  Pastikan korang mengetahui apa yang mereka sukai, minat dan sebagainya.  Kalau korang berjaya menjadi seorang peneka yang tepat, korang mungkin akan menjadi lelaki idamannya kerana mengetahui semua minatnya.

10.   Jangan Terlalu Peramah
Ramai lelaki bertanya, mengapa wanita begitu rapat dengan kawan-kawan mereka?  Untuk makluman, wanita makhluk yang mempunyai sifat penyayang yang cukup tinggi.  Mereka juga prihatin malah begitu mengambil berat.  Jadi kalau korang cuba mendekati seorang wanita, jangan menjadi terlalu peramah atau jangan terlalu ingin mengambil tahu segalanya.


SELAMAT MENCUBA dan SELAMAT BERJAYA .....







en kekasih amalkan tips ni lah dekat aku.sebab tu dy berjaya tawan hati aku.ecece.gatai. :P



  thank you for reading my entry!!

Friday, March 25, 2011

selamat pengantin baru abah dan anak.

assalamualaikum...

PERHATIANNN: ini kesah lama pada 12hb march  dan baru 
dipublishkan pada hari ini,25march.terima kasih.




ini bukan kisah abah saya yg bernama samilan kastami.
tapi ini kisah abah kami yg bernama hj.sufian.
beliau adalah 'abah' bagi student diploma farmasi Unikl RCMP.mengapa beliau dipanggil abah?
mungkin kerana beliau memang ABAH kpd anakanak beliau atau sikapnya terhadap kami sama seperti seorang ABAH.


abah telah menjemput kami ke majlis perkahwinan anaknya.yey!! makan nasi orang kawen.besttt sgt!!!
gambargambar dibawah merupakan sebahagian gambar yg diambil pada waktu tersebut.

tuan rumah.abah dan org rumahnya.
 inilah dia abah yang aku maksudkan itu.muda lagi tak?abah sgt baik sebab dy bg extra marks utk DDS2 kat aku..weeee..

hasil kacukan melayu pakistan dan india.ssuuweeet kan muka budak ni.
 anak kak famee.cute kan? tapi malangnya,sgt susah nak dengar sebutir perkataan dari mulutnya.pemalu kata kak famee.


hensem boy.kecikkecik dah pandai mencari publisiti ye.
 saya tak kenal siapa budak comel ini.yg pasti dy sgt comel dan pandai mengambil kesempatan utk gambarnya diambil.
yeeeah.kami bersamasama mempelai. :)
 pengantin  perempuan kecil molek sangat cantik.tahu tak apa present kami untuk derang? its a BABY SET CLOTHING..we are really fast forward thinking..YIEEEHA


lulu comel yg pemalu tapi gila bergambar. 
 ouh luqman yg comel.meyh sini nak cubit sikit pipi kamu yg tembam bam bam tuh.. si lulu ni anak kpd salah seorang lecturer kami yg cun melecun. pn.norshidah harun namanya.

birthday boy.hariz hazwan.tuan tak semacho namanya.
 kesian si birthday boy.taksempat makanan hadam,dah kena baling dengan tepung.takpe lah kan.kau nmpak putih sedikit dengan balingan tepung itu. bhahahaha.

aahhh.aku sempat lagi sembok mengacau org lain bergambar.. teehee.
menyebuk semasa org lain mengambil gambar itu memang kegemaran aku.jangan nak pertikaikan okeyh.

  thank you for reading my entry!!

shopping sampai bankrap. siryes.

assalamualaikum.


PERHATIANNN: ini entry lama pada 20hb march yg berada di dalam DRAFT post dan baru dipublishkan pada hari ini,25march

geram giler bila tulis entry panjangpanjang lepastu terdelete sume.ngeng.terpakssa tulis balik.untuk kali kedua.

Dulu, aku segan giler nak belikan hadiah untuk parents aku. Aku fikir macamla derang akan pandang hadiah dari aku. (Tak baik giler bersangka buruk dengan parents sendiri haha). 

 So, setiap kali birthday,hari ibubapa ke, aku hny akan wish dengan penuh kasih sayang.
tapi sejak aku dah nak masuk duapuluhan ni,aku dah matang sikit.aku takpikirr dah derang pandang ke tak hadiah aku tu.janji aku ikhlas.keikhlasan lebih penting dari segalanya kan?so,tahun ni aku decide nak bagi hadiah tu derang.biar simple mimple je,janji hadiah yg sememangnya ikhlas dari lubuk sanubari aku.

semalam sepanjang hari aku dok usha hadiah tuk mak kat jj. p lah kat bhgn beg kononnya nak belikan mak sebijik beg.tgk punya tgk terpikatlah dgn satu beg CARLO RINO nih.tapi bukan terpikat utk bg kat mak,tapi sbb aku yg nak.haha.abaikan,sebab bajet aku takcukup tuk beli handbag aku sendiri. kemudian jalan punya jalan,aku tertilik yg beg PIERRE CARDIN yg aku rasa lebih seswai utk mak.then p kuarkan duit kat atm.sayang seribu kali sayang bila beg yg aku nak belikan tu tetiba takda.lebih malang lagi bila salesgirl yg aku suh jaga jap beg tu pon takde.dah tukar shift barangkali.kalau tak,boleh refer kat dy beg mana yg aku berkenan semalam.
*terus takde mood nak shoppingkan mak beg.sedih

then decide p carik blouse pulak untuk mak.satu-satu blouse aku tilik.pegang kain dy.nak tahu best/tak.
at last jumpa jugak.nak belikan kaler pepel,tapi saiz mak abes lah pulak.carik pulak kaler lain.takpe.takpe.berbaloi jugak shopping lama-lama sebab sampai dua sekali blouse aku borong untuk mak.harap sangat mak  suka tau..


zahra:acik dah belikan bola besaar sangat utk zahra!!lagi besar dari zahra tau.

target for another hadiah:
bakal baby: nak belikan set baby je kut.takpon baju baby.ibu baby dah pesan kalau nk beli baju,cari baju yg besarbesar.

abah: tatau nak bagi apa.baju maybe.tapi baju abah dah macam dua almari dah.kalau baju tatau pulak abh pakai saiz apa.segan nak tny.hehe. tapi kalau mak,tanpa segan silu p meseg  tanya mak pakai blouse saiz apa ye?

aisy.umar.hadif: syg nak apa syg?mainan?bola besaaar mcm zahra punya? ke nak beg sekolah?


teringin nak buat sendiri belonbelon cantik macam ni dan hadiahkan  kpd  merekamereka yg disayangi.

pengajaran yg aku dapat semalam dari encik kekasih. kita jangan tengok benda yang kita bagi tu, tapi kita tengok keikhlasan hati yang memberi.



 thank you for reading my entry!!

Monday, March 7, 2011

kurniaan Ilahi.

assalamualaikum...

tak perlulah nak dengki dengan orang lain kan.
bersyukur dgn diri sendiri sudah.
memang lumrah alam lah kan.
masingmasing ada kekurangan dan kelebihan sendiri kot. 
kau ada tu,dia takda.
dia ada tu,kau takda.
kau ada tu,dia pon ada.
Allah itu Maha Adil.
Dia memang tahu apa yg baik dan buruk untuk setiap umatnya.
mensyukuri nikmat-Nya adalah lebih baik dari mempertikaikan kurniaan-Nya.


tuan belogstart exam midsem hari selasa ni.sayang-sayang sekalian.sila doakan tuan belog agar dapat menjawab soalan exam dgn baik beserta hati yg tenang okey.terima kasih


thank you for reading my entry!!

Wednesday, March 2, 2011

please lah aku menyampah.

assalamualaikum...

tolonglah aku,bantulah aku.haaaissh.
benci giler aku tengok header blog aku ni.rasa nak konyok-konyok dalam tong sampah biar aku takpayah tgk dah.tak suka lah gedikgedik camni.lagi orang nak kutuk aku adalah.
nak delete ahh camni.tapi blog tak cantik kalau takde header..
sapa nak buatkan header aku?aku bagi upah sekupang.nak tak?tak nak?nak tak???
aaaaaarrrrgh.
wuwuwuwu..sedih.

 thank you for reading my entry!!

Saturday, February 19, 2011

entry perlu.

assalamualaikum...

lama takupdate.ye,saya mmg bersalah sbb biarkan blog ni kosong tanpa khabar berita.maaf kpd sume yg memfolo blog ini.ampooon.sangat-sangat.bkn ape.saya ada byk sgt masalh kebelakangan ini.tapi kalau anda dgr masalah saya ini.anda sume mesti kata masalah saya ini masalah biasa.tapi bg saya ianya sangat lah penting.ok.masalah tersebut akan diupdate pada lain waktu dan ketika.


sekian.

thank you for reading my entry!!

Wednesday, February 9, 2011

bersanggul adalah sebahagiaan daripada perbuatan menggoda

assalamualaikum...

gmbar comel dari belog tg.kamarullah.
baca sini dulu.

''ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka..aku belum pernah melihat mereka yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang,berlenggang-lenggok ketika berjalan,menarik perhatian orang yang melihat mereka..kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget..mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya..''


aku:-
1. aku jalan tak lenggang-lenggok.aku jalan kengkang.itu apa yg org cakap.kena redha.
2. aku tak suka bersanggul tinggi-tinggi..rasa mcm kepala bertambah berat seiring bertambah berat badan.
3. sbb tu fesyen rambut aku tak mcm bonggol unta.aku takde rambot.botak maybe.tapi masih tak mampu nak beli sanggul palsu.tak terasa nak beli pon.huduh ehh..
4. takde sape yg akan senget bila tgk aku.almaklom,aku takde rupa,takde body jugak.orang cakap,aku hnya ada drumstick yg besar,takde sapa yg sudi lihat.bersyukur.
5. aku pakai bj ketat bkn sbb aku saja beli ketat.tapi aku dah gemook.kena diet sikit biar bg longgar kan? (ketat bg aku la,longgar bg org lain)
6. aku takrasa ada org tergoda dgn aku.sbb aku tak pandai menggoda dan aku bukan penggoda.kalau ada jugak,sah nafsu derang kuat.kena jumpa doktor.sbb tu aku tak diganggu.tapi aku yg mengganggu derang.aku jahat.hahaha



rambut sama hitam.tafsiran lain-lain.mahu lebih faham,tanya bijak pandai agama ni.aku seorang yg jahil.Allah Maha Tahu.harap maaf.

“Dalam surah An-nur surah yang ke 24 ayat 30, Allah berfirman, “Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” 

Firman Allah dalam surah al-Ahzab surah ke 33 ayat 59, “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu..”

p/s: Islam bukanlah agama yang mendesak.mahu berubah dikit demi dikit utk mencari keredhaannya.doakan saya.


 thank you for reading my entry!!

Tuesday, February 8, 2011

Berduaan di alam siber sama seperti khalwat

assalamualaikum...

“Asasnya adalah apabila hubungan dengan Allah rosak, maka semuanya akan meruntuh. Teknologi itu tidak salah, tetapi orang yang menyalah gunakan teknologi untuk tujuan terpesong,” katanya.

KUALA LUMPUR:  Wanita dan lelaki bukan mahrim yang berbual berduaan biarpun di alam siber, melakukan perlakuan sama seperti berkhalwat kerana ia mengundang bisikan syaitan yang akhirnya akan menarik mereka melakukan perbuatan mungkar, termasuk curang pada suami atau isteri. 

Sehubungan itu, penceramah dan pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, berkata mereka yang menggunakan kemudahan Internet perlu meletakkan sempadan syariat dan sempadan hati supaya teknologi itu tidak disalah guna atau menjadi alat perantaraan untuk membuat maksiat.

Beliau berkata, isteri tidak seharusnya membenarkan lelaki bukan mahrim memasuki rumahnya ketika suami tiada di rumah, begitu juga halnya dengan perbuatan isteri berbual dengan lelaki lain menerusi Internet, seumpama membenarkan individu itu memasuki rumahnya, seterusnya merosakkan rumah tangga.

“Membenarkan perkara sebegini memasuki rumah bermakna membenarkan ia memasuki hati dan apabila manusia sudah keluar daripada sempadan, manusia itu akan menjadi rosak,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, bisikan syaitan menjadikan seseorang itu merasakan sesuatu perkara itu begitu menyeronokkan hingga sanggup melakukan perkara mungkar termasuk meninggalkan suami, isteri atau anak-anak, sedangkan ia bakal menyesali perbuatannya kerana keseronokan berkenaan hanya bersifat sementara disebabkan ia berada dalam alam fantasi.

Katanya, alam khayalan dan realiti tidak sama dengan di alam nyata, kita semua mempunyai tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul, bukan sekadar untuk berseronok.

source: myMetro

p/s: mak selalu marah kalau saya berkawan dgn org alam siber.tapi saya selalu buat tak endah. =.='

thank you for reading my entry!!

Jodoh.

assalamualaikum...


JODOH.
kata emak, 'kalau dah tertulis jodoh aku dan dia di luh mahfuz,emak terima seadanya'
'emak tak memilih sesiapapon untuk jadi menantu emak asalkan jodoh itu baik di sisi agama'


alhamdulillah, JODOH.
satu perkataan itu selalu menjadi bahagian penting dalam sebuah ikatan pernikahan
tak perlu menantikan seorang pria yg hensem,kaya-raya untuk jadikan dia suri hati kita.
cukupla hny pria yg diredhai Allah sifatnya.

Saya sudah menemukan seorang pria dewasa yang matang.Saya mulai menyukai dan menyayanginya. Saya sudah siap menikah dengannya. bernikah itu adalah suatu ibadah.

Saya menilainya… bukan dari sebanyak apa harta yang dimilikinya, pakaian apa yang dikenakannya, dan apa latar belakang keluarganya
Ini pun bukan tentang siapa dirinya dulu, seperti apa kehidupannya dulu, kebohongan apa yang pernah diciptakannya dulu, keburukan apa yang pernah dilakukannya dulu, kesalahan apa yang pernah dibuatnya dulu…
Saya menyadari bahwa semua ini adalah tentang indahnya ketulusan, kesabaran, dan keikhlasan.Saya menilainya dari sebesar apa keinginannya untuk menjadi seorang manusia yang terus berusaha untuk menjadi manusia yang lebih baik dan terus berada dekat dengan Khaliknya.



bercinta bertahun-tahun kalau dah JODOH,akan menikah jua.
bercinta bertahun-tahun kalau TAKDE JODOH,bernikah dgn org lain jugak..
bernikah,bercerai di kemudian harinya juga adalah JODOH.
redha.itu adalah konsep JODOH.


menunggu seorang pria yg selalu menyakiti hati kita atas dasar cinta tak akan memberi pulangan yg besar sekiranya pria itu tetap akan terus menyakiti hati kita tanpa ada tanda-tanda bhw pria itu adalah JODOH kita.Dengan kesusahan, Allah hendak memberikan tarbiyah terhadap ruhiyah kita, agar kita sedar bahwa kita sebagai makhluk adalah bersifat lemah, kita tidak boleh berbuat apa-apa kecuali atas izin-Nya


bolehkah doa seorang gadis ingin mendapatkan seorang pria soleh termakbul, sedangkan kita sendiri belum solehah?
bolehkah doa seorang hamba yang mendambakan rumah tangga sakinah, sedangkan kita sendirimasih diliputi oleh keegoisan sebagai pemimpin rumah tangga..



p/s: semoga saya berjaya membuktikan dan berjuang keras untuk memperlihatkan cinta saya pada Allah, agar saya terhindar dari cinta palsu.AAminn


 thank you for reading my entry!!

Tuesday, January 25, 2011

apa salah org JAWA macam aku??

assalamualaikum...


  • masa aku kecik.kecik dulu,nama abah aku sangat glemer dlm klgn bebudak sekolah kt johor sekali ng aku..ada je masa free derang nak sakat aku guna nama abah aku..sedih woo bila tiap.tiap hari nama abah ksygn diejek..wak songo..korang tau takk songo tu apa? songo tu = sembilan. tambah pulak mak aku mmg asal dari n9.lagi la menjadi2 derang punya kegembiraan menyakat aku.. ni ada lg,bila derang tahu yg adik beradik aku ada 10 org,boleh pulak derang ckp,"nape tak cukupkan 9org je??" haha..sadis kan?kelakar pulak bila ingat balik mende ni...



  •  lain pulak cerita bila dah naik sekolah menengah ,ejekan tu makin lama makin kurang..bila dah xde,ejekan lain pulak yg dtg...masa aku form1-3 aku kan  bsekolah kat kelantan,masa form4-5 pulak,aku sekolah kat terengganu..masa ni mmg gilerr ahh kena kutuk abes2 ng budak sekolah."bajet kecek luor,padahal ore ulu guo muse jah". takpon, "bolok ah mg ni kecek luar,koya org kay ell"..masa tu sumpah,tatau nak ckp ape dah..takkan la  org JAWA macam aku ni mesti fasih ckp kelantan+terengganu pulak kan??penah la msa aku kat kelantan dulu,bebudak sana tak bg aku kecek kelate sbb "gayo aku kecek bolok,tungge-langge,rosok ke bahaso klate jah". sbb tu masa aku kat trg,aku tak berani la kan nk cakapp dialek kelate+ganu.tapi tu lah,byk kali bgtau yg aku bkn org kelantan pon,derang maseh tak percaya..aku makan tempe.tapi tetiba disuruh makan budu.. ilovebudu.


tapi sekarang lain sudah bila aku dah masok 'universiti', xde dah dgr ejekan mcm kat atas tu dah..mungkin masing2 sudah matang besar panjang dah.. lagipon,sekarang ni susah dah nak bezakan mana satu org kelantan+terengganu.sebab masing2 dah berlumba2 pergi kay ell dan  cakap kay ell..aku pon tak pandai ckp kay ell.pegi kay ell pon boleh kira bape kali setahun..tak berani.takoot sesat.almaklom,org jowo kampung katekan.. =D 

aku bangga ada darah JAWA w/p aku orak ngerti ngomong JOWO.
lagi bangga bila org panggil aku dengan nama penuh aku.HASWANI SAMILAN

p/s: aku dapat idea nak tukis entry ni dari akak gonjeng..tq yawww.

 thank you for reading my entry!!

Saturday, January 22, 2011

mcD haram dimakan

assalamualaikum...

"jangan melalkan sesuatu yg haram"...sama juga dengan 'jangan mengharamkan sesuatu yg halal".betull tak?

kesahihan:
"Aku ciptakan hamba-hambaKu ini dengan sikap yang lurus, tetapi kemudian datanglah syaitan kepada mereka. Syaitan ini kemudian membelokkan mereka dari agamanya, dan mengharamkan atas mereka sesuatu yang Aku halalkan kepada mereka, serta mempengaruhi supaya mereka mau menyekutukan Aku dengan sesuatu yang Aku tidak turunkan keterangan padanya." (Riwayat Muslim)


aku mmg jarang nak berprejudis terhadap isu halal haram makanan.makanan yg semacam ni.sbb,mmg sah.sah la kalau haram,takkan byk iklan-iklan mcD yg berlambak.lambak kuar kat tv,tepi2 highway tu kan?ramai orang yg boikot mcD dan derang kata mcD tu haram!!.bongek punya org..
lainla kalau korang nak boikot mcD sbb anti-Israel.tu aku boleh terima lagi kot.sangat terima..

lagipon,sekarang ni kan zaman yg berteknologi tinggi,dunia di hujung jari.. kalau korang nak tahu sangat sesutau barangan tu halal/haram,ape kata korang pergi je dekat website jakim,check satu2 barangan kat situ.mudah kan??ni tidak..bila satu syarikat MLM yg menghasilkan produk halal kuarkan satu list yg mengatakan sesuatu barangan tu haram,korang terus percaya 100%.tanpa selidik menda tu betul atau tidak kan? lepastu bila ada kawan korang mkn makanan yg kononnya 'haram' tu,korang boleh pulak suh dy buang mknn tu..tak ke bangang namanya tu?(aku sgt emo bila tulis entry ni sbb aku penah terkena..maaf.)

"Katakanlah! Siapakah yang berani mengharamkan perhiasan Allah yang telah diberikan kepada hamba-hambaNya dan beberapa rezeki yang baik itu? Katakanlah! Tuhanku hanya mengharamkan hal-hal yang tidak baik yang timbul daripadanya dan apa yang tersembunyi dan dosa dan durhaka yang tidak benar dan kamu menyekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak turunkan keterangan padanya dan kamu mengatakan atas (nama) Allah dengan sesuatu yang kamu tidak mengetahui." (al-A'raf: 32-33)

nak baca lebih lanjut tentang isu halal haram mcD,sila ke belog wootwoot

aku rileks je mkn ayam mcD.sambil belajar lagi   tu..  : P



 thank you for reading my entry!!

nf