Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Sunday, November 27, 2011

perlukah memakai kasut yang selesa?

assalamualaikum...

Kasut..kasut..kasut dan kasut.. 
Seriously,I love shoes!

Tapi, dalam banyak banyak jenis kasut,aku paling suka jenis flat. dan aku kureng suka dgn high heels. 
ada beberapa sebab mengapa dan kenapa aku menyukai flat dan kureng menyukai high heels.

Aku suka kasut flat kerana ianya agak selesa dan kasut flat tak sakit kaki.
dan aku juga memang suka berjalan. tapi,kadangkadang taksampai 10minit berjalan kaki,kaki aku dah sakit kepenatan. baru pakai flat dah penat kan,apetah lagi kalau pakai high heels,lagila sakit dan penat tumit kaki aku. 

 Klik sini untuk lihat entry lepas berkenaan high heels. 

Dulu, setahun yang lepas mungkin,dalam sebulan aku pasti akan beli satu atau dua pasang kasut. Keinginan membeli kasut memang tidak boleh ditahan-tahan setiap kali mata aku terpandang rekaan kasut yang berwarnawarni yang baru. Kedai kasut yang selalu aku singgah masa waktu tu ; Red Modani,Vincci, Vern's, Nel dan etc.aku suka pergi situ sbb harganya quite affordable lagilagi bila sale kan.

Bila aku dah kerap sangat beli kasut apalagi encik boyfie pon mula bising potpetpotpet itu ini kata kasut aku dah berlambak. aku pon apalagi mula la bg alasan kasut yang aku beli tu takselesa la ketat lasakit kaki la. pastu dia suggest kat aku supaya belilah kasut yg berkualiti sikit yang tahan lama. Tapi........... kebiasaannya harga kasut yg berkualiti dan tahan lama tu boleh beli 4/5 pasang jenama kasut yg aku beli. tapi yang berkualiti tu mungkin boleh tahan bertahun-tahun kalau nak dibandingkan dengan kasut pasangpasang yang aku beli tiaptiap bulan tu yang hanya tahan 2-3bulan je.(if kerap pakai)

Dan sandal yang berkualiti ygang disuggestkan oleh encik boyfie tu akhirnya terletak jugak dekat tapak kaki aku. Erm. sangat selesa okey! dan..bukan takat 10minit,sejam jalan kaki pon aku takpenat tahu tak. kalau boleh,kemanamana je aku pergi,aku pakai sandal tu.hatta ke kolej pon aku pakai sandal tu sampai ditegur oleh pakguard. Sejak ada sandal tu,aku da stop drpd shopping kasut. walau cantik macammanapon design kasut tu,aku tengok dan belekbelek je dan takbeli pon tau.sebab aku sudah punyai sandal yang selesa.dan aku tekad, selagi aku takde keperluan untuk membeli kasut,aku takkan beli. so,kasutkasut yang dah aku beli sebelum ni aku senantiasa pakai ke kelas sampai aku rasa kasut tu dah  hancur lebur dan barulah boleh dibuang ke tong sampah.

Erm.makin lama koleksi kasut aku semakin berkurangan sebab dah terlampau hancur termasuklah kasut ke kelas. tsssk. dahla kena pakai kasut hitam je gi kelas. tak stylo wooh! 
then, aku ke kelas pon pakai kasut kaler koko dengan penuh waspada-sebab taut hancur jugak..nasibbaik takpernah kena tegur dgn lecturer kan.yang tegur pon takat para student je.jeleslah tu aku berani langgar peraturan.wahahaha. 

Semalam aku ke JJ Bukit Tinggi dan ke bahagian kasut.kebetulan beb,ada SALE! apalagi,aku berkira-kira untuk beli kasut untuk ke praktikal nanti.kali ni juga,kasut tersebut haruslah berkualiti dan tahan lama yaww..aku bet,tahan selama setahun,kalau lebih sampai aku dah keje pon,alhamdulillah. tapi tulah.harga kasut tu mahal la weh,even dah sale pon. sobbs.tapi kenalah beli jugak kan. sekali setahun je.takpelah pon berhabis duit sekarang.lagipon untuk keselesaan kan.

Korang tahu tak? pemakaian kasut yang menyerap hentak, lapik dalaman sendal atau kasut berkusyen boleh membantu menyebarkan semula berat dan mengurangkan ketegangan sendi tulang kita dan sekaligus boleh mengelakkan penyakit osteoartritis. aku pun taknak lah kena OA/Osteoporosis ni. aminn

kat bawah ni pulak ada fakta pasal high heels tau.
Persatuan Ortopedik Kaki Amerika Syarikat menyatakan bahawa seorang wanita yang mengenakan sepatu bertumit tinggi sekurang-kurangnya tiga sentimeter (sm) akan meningkatkan tekanan pada lutut sehingga 26 peratus. Keadaan ini akan mengundang penyakit osteoporosis dan penyakit sendi.


Insyaallah,kalau ada rezeki lebih,aku nak beli jenama kasut yang kat bawah ni. amin.
sebab kalau ada sale sekaraang pon,aku masih takmampu beli la. sedihhh!



  



  thank you for reading my entry!!

Thursday, August 18, 2011

mahu kurus di bulan mulia?

assalamualaikum...

Selesai Ramadhan biasanya ada orang yang bertambah berat badannya, namun ada pula yang berkurang. Untuk tetap langsing/kurus di bulan Ramadhan, ada beberapa hal yang perlu dititikberatkan. 
Tapi berat badan aku time bulan posa naik tahu!!! constipation punya pasal!!!!!! ggrrrr

0. Susun menu makan korang
Selalu memakan makanan bernutrien baik masa sahur ataupun berbuka, w/p dengan menu sederhana, yang penting mengandung lima unsur nutrien iengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin, dan mineral. Untuk menghindari rasa lapar, makanan yang dianjurkan adalah makanan berserat yang biasanya terdapat pada sayur dan buah.

1. Jaga waktu makan
Perubahan waktu makan adalah hal utama yang paling dirasakan ketika berpuasa. Apabila dalam sehari kita boleh makan besar sebanyak dua kali; makan siang dan malam, selama bulan Ramadhan ini akan terjadi perubahan waktu makan; pada waktu sahur dan buka.
Kemasukan makanan dan minuman kedalam tubuh juga akan sangat terbatas, disarankan untuk mengambil menu makanan yang mengandung unsur gizi dan air putih secukupnya untuk tetap bertenaga selama 13 jam berpuasa. 13 jam tu lama wohh!


surah al-a'raf

















2. Excercise di saat berpuasa
Ada baiknya bersenam tetap dilakukan untuk menyupport program diet anda selama bulan puasa. 
Waktu yang tepat untuk melakukannya adalah 1 atau 2 jam sebelum berbuka dan hindari melakukan olah raga yang terlalu berat.

amalkan sit up utuk perut langsing.















3. Jangan terus tidur selepas sahur
Tubuh memerlukan waktu untuk mencerna makanan, harus ada selang waktu yang cukup sekitar 30 minit setelah makan sahur.
Hal ini dianjurkan untuk menghindari terganggunya proses metabolisme. 
Kerana itu, dirikanlah solat subuh dahulu.tapi orang tuatua pon ada pesan kan yg tak elok tidur lepas subuh. rezki tak masuk.
jadi lebih baik jangan tidur. =P

4. Hindari minuman sejuk dan mempunyai kandungan gula yang tinggi
Jangan minum air sejuk atau ais ketika berbuka, biasakan berbuka dengan minuman panas. 
Perut boleh menjadi kembung apabila minum air sejuk kerana asid dalam perut   akan meningkat. 
Hindari juga berbuka dengan makanan yang manis dengan mempunyai kandungan gula yang tinggi.
Menu pembuka yang manis biasanya boleh didapatkan dari buah kurma dan Juice kerana kandungan gula pada juice dapat menaikan kadar gula dengan cepat, namun tidak merangsang produksi insulin seperti pada minuman dengan kandungan gula tambahan (sirup, teh manis, atau kotak) yang maha lebih merbahaya.

5. Jangan terus makan besar saat berbuka
Agar perut tak terkejut dengan kehadiran makanan jangan terus makan menu utama pada saat berbuka. hal ini dilakukan kerana perut memerlukan ruang kosong untuk mencerna makanan.
Kunyah makanan dengan baik untuk meringankan kerja pencernaan, oleh itu, takdelah perut padat sangat nak proses makanan tu.


seksi.tapi buncit. eyerrrw.
















Demikian, semoga kita semua boleh jadi pemenang - si langsing bergaya pada puasa tahun ini.
hoooyeah!!!!

thenks for reading my entry!!

nf