Showing posts with label ipoh parade. Show all posts
Showing posts with label ipoh parade. Show all posts

Sunday, November 27, 2011

perlukah memakai kasut yang selesa?

assalamualaikum...

Kasut..kasut..kasut dan kasut.. 
Seriously,I love shoes!

Tapi, dalam banyak banyak jenis kasut,aku paling suka jenis flat. dan aku kureng suka dgn high heels. 
ada beberapa sebab mengapa dan kenapa aku menyukai flat dan kureng menyukai high heels.

Aku suka kasut flat kerana ianya agak selesa dan kasut flat tak sakit kaki.
dan aku juga memang suka berjalan. tapi,kadangkadang taksampai 10minit berjalan kaki,kaki aku dah sakit kepenatan. baru pakai flat dah penat kan,apetah lagi kalau pakai high heels,lagila sakit dan penat tumit kaki aku. 

 Klik sini untuk lihat entry lepas berkenaan high heels. 

Dulu, setahun yang lepas mungkin,dalam sebulan aku pasti akan beli satu atau dua pasang kasut. Keinginan membeli kasut memang tidak boleh ditahan-tahan setiap kali mata aku terpandang rekaan kasut yang berwarnawarni yang baru. Kedai kasut yang selalu aku singgah masa waktu tu ; Red Modani,Vincci, Vern's, Nel dan etc.aku suka pergi situ sbb harganya quite affordable lagilagi bila sale kan.

Bila aku dah kerap sangat beli kasut apalagi encik boyfie pon mula bising potpetpotpet itu ini kata kasut aku dah berlambak. aku pon apalagi mula la bg alasan kasut yang aku beli tu takselesa la ketat lasakit kaki la. pastu dia suggest kat aku supaya belilah kasut yg berkualiti sikit yang tahan lama. Tapi........... kebiasaannya harga kasut yg berkualiti dan tahan lama tu boleh beli 4/5 pasang jenama kasut yg aku beli. tapi yang berkualiti tu mungkin boleh tahan bertahun-tahun kalau nak dibandingkan dengan kasut pasangpasang yang aku beli tiaptiap bulan tu yang hanya tahan 2-3bulan je.(if kerap pakai)

Dan sandal yang berkualiti ygang disuggestkan oleh encik boyfie tu akhirnya terletak jugak dekat tapak kaki aku. Erm. sangat selesa okey! dan..bukan takat 10minit,sejam jalan kaki pon aku takpenat tahu tak. kalau boleh,kemanamana je aku pergi,aku pakai sandal tu.hatta ke kolej pon aku pakai sandal tu sampai ditegur oleh pakguard. Sejak ada sandal tu,aku da stop drpd shopping kasut. walau cantik macammanapon design kasut tu,aku tengok dan belekbelek je dan takbeli pon tau.sebab aku sudah punyai sandal yang selesa.dan aku tekad, selagi aku takde keperluan untuk membeli kasut,aku takkan beli. so,kasutkasut yang dah aku beli sebelum ni aku senantiasa pakai ke kelas sampai aku rasa kasut tu dah  hancur lebur dan barulah boleh dibuang ke tong sampah.

Erm.makin lama koleksi kasut aku semakin berkurangan sebab dah terlampau hancur termasuklah kasut ke kelas. tsssk. dahla kena pakai kasut hitam je gi kelas. tak stylo wooh! 
then, aku ke kelas pon pakai kasut kaler koko dengan penuh waspada-sebab taut hancur jugak..nasibbaik takpernah kena tegur dgn lecturer kan.yang tegur pon takat para student je.jeleslah tu aku berani langgar peraturan.wahahaha. 

Semalam aku ke JJ Bukit Tinggi dan ke bahagian kasut.kebetulan beb,ada SALE! apalagi,aku berkira-kira untuk beli kasut untuk ke praktikal nanti.kali ni juga,kasut tersebut haruslah berkualiti dan tahan lama yaww..aku bet,tahan selama setahun,kalau lebih sampai aku dah keje pon,alhamdulillah. tapi tulah.harga kasut tu mahal la weh,even dah sale pon. sobbs.tapi kenalah beli jugak kan. sekali setahun je.takpelah pon berhabis duit sekarang.lagipon untuk keselesaan kan.

Korang tahu tak? pemakaian kasut yang menyerap hentak, lapik dalaman sendal atau kasut berkusyen boleh membantu menyebarkan semula berat dan mengurangkan ketegangan sendi tulang kita dan sekaligus boleh mengelakkan penyakit osteoartritis. aku pun taknak lah kena OA/Osteoporosis ni. aminn

kat bawah ni pulak ada fakta pasal high heels tau.
Persatuan Ortopedik Kaki Amerika Syarikat menyatakan bahawa seorang wanita yang mengenakan sepatu bertumit tinggi sekurang-kurangnya tiga sentimeter (sm) akan meningkatkan tekanan pada lutut sehingga 26 peratus. Keadaan ini akan mengundang penyakit osteoporosis dan penyakit sendi.


Insyaallah,kalau ada rezeki lebih,aku nak beli jenama kasut yang kat bawah ni. amin.
sebab kalau ada sale sekaraang pon,aku masih takmampu beli la. sedihhh!



  



  thank you for reading my entry!!

Monday, June 6, 2011

ohsem kertu's day.

assalamualaikum..

aku tahu malam ni org ramai duk kalut sebok post pasal PIALA FA. dan sebab tu ah aku malas nak cita pasal tu. buka je mana belog bloggers lain,mesti update pasal terengganu menang dan kelantan kalah. terengganu dua dan kelantan satu. dua gol milik terengganu telah disumbangkan oleh pemain kelantan.blablabla. aku tatau nak sokong mana sebenarnya. sbb aku pernah bersekolah di kelantan dan terengganu. jadi paling mudah, aku sokong keduadua pasukan. * taktik takmo carik gadoh. ok.lari topik dari tajuk entry sudah.hehe. ok! fullstop.

 aku nak story about, my kertu's day yg dicelebrate oleh encik boyfie.post ni pon dah lama tersimpan dalam draft tak teredit.ni ada masa tu yg aku update tu.
nenenenenenene...tararrarara.. 

1.2.3. START!!

dari dulu aku dah cakap,aku ni bukan materialistic sangat pon. aku tak kesah kalau takdapat pape pon.aku pon da selalu sgt pesan kan,kalau ada duit tu simpan. takpayah membazir nak beli itu ini. membazir tu kan amalan syaitan yg direjam.

semalam kan masa mulamula aku masok kete lagi aku dah terkejut.*eh, mamat ni letak kotak ni kat seat aku apa de hal? taknak bagi aku duduk ke hapa? dan tetiba. *nah untuk syg. aku pon dengan huh.hah.heh. kemain terkejut.bukan terkejut sbb hepi ke hapa.tapi terkejut sbb *aih budak ni tak dengar kata.buat abeh air liur aku je membebel sana sini pasal pembaziran. -hanya monolog dalaman.

 



ce teka apa yg ada kat dalam ni.
dan aku terus membebel bla.bla.bla start dari umah sewa sampai ke ipoh parade. disamping ucapkan ribuan bebanyak terima kasih atas pemberian dia itu. *tu lah sapa suh tak dengar kata kan.

then bila dah sampai kat ipoh parade, boleh pulak dy tanya.ni nak mkn kat mana ni. macam biasa; manamana je asalkan perut kenyang.fine. aku start jawab camtu bilamana masa birthday aku tahun lepas dy penah tanya aku soalan yg sama.
....................
kekasih: syg nak mkn katmana?
aku: nak makan kat kedai mamak.
kekasih: betul ni nak makan kat sana je?
aku: betul la.bab makan mana penah memain kan.
kekasih: takpayah la makan kat sana,carik tempat lain.
aku: laaaa.pulak dah. memana je lah.
kekasih: katmana?jj nak?
aku: jj? erk...*sempat ke ni nk makan kat jj,dah la abah nak mai amek kejap lagi.siryess risau.
yela,dulu aku soroksorok bercintan cintun ni. sekarang pon sorok sorok jugak,tapi dah terangterang sikitsikit.hehe
....................

dia pon bawak la aku ke kenny rogers Ipoh parade. knp kenny? sbb dy cakap aku suka makan ayam. dan betul.ayam dy sedap.aku suka. tapi kalau dy bawak aku gi makan ayam goreng yg dy masak lagi sedap kot.
takpon,bagi aku makan Char Kuey Teow buatan dia sendiri.
awww.mesti macam romantik kan.hehe.pasan.
ohh ye, lupa nak cakap,dy ni master tau bab masak CKT tu.sumpah ohsem..dah boleh bukak gerai dah! :P


set aku:
Quarter Meal  - Smoked BBQ *sohdap giler.pandai aku pilih. =B
Roasted ¼ chicken with 3 side dishes & 1 Kenny’s Home-made Muffin. 

aku ingat kan kentang ni sedap.tapi,tawor je lebih.
set boyfie:
Quarter Meal - Original punya sos!
Roasted ¼ chicken with 3 side dishes & 1 Kenny’s Home-made Muffin.
dy amek pasta tu sbb aku yg nak tau.hehe. maaf syg.
Our Freshen-up :
Iced Vanilla Caffè Latte - boyfie
Four Seasons Fizzy (Summer) - aku

duadua sodap. nyummy!


dan lepas tu masa nak balik dah, boleh pulak dy tanya; taknak sambut beday dengan kengkawan ke darl?
ohmaiAllah. takpenah terpikir pon nak sambut tau! yg derang celebrate kat sini  pon dah teruja okey!

tapi ruparupanya dy dah suruh emak dy buat beday cake tuk aku.very surprised me tahu!! ruparupanya dy tanya tu sbb nak berbasibasi.haih.

blueberry cheese cake form his mom. lazat!
aku potong cake tu dalam kereta tau.ye lah,nak bagi la jugak encik boyfie ni makan kan.rugi tau kalau mak sendiri yg buat,tapi kita tak makan.lebihlebih lagi cake sedap camni.untung betul aku dapat bakal mak mertua pandai buat cake.rugi betul bakal mak mertua dapat bakal menantu tak reti masak. =.='
neway,thank you sayang. :) you make me melted. :))

tehehehe.naknaknak?takboleh!
now dah betulbetul pepagi buta ni. it's 2.40am already. argggh.so sleepy.bye!

Jaga diri hiasi peribadi. =)

thanks for reading this entry!!

Sunday, June 5, 2011

JANGAN ketemu UPIN IPIN di ipoh. :)

assalamualaikum..

ni first time aku pi karnival cartoon.Karnival Upin & Ipin ni derang buat sekali dengan Karnival ICT Perak di bawah penganjuran K-Perak dekat Stadium Indera Mulia,Ipoh, Perak. aku,encik kekasih dan tiga orang adik perempuan beliau turut ikut serta. weee :D

tapi siryess aku cakap takk best. memang ah mulamula tu aku mmg beriya-iya nak pi kan. tapi bila dah sampai, org ramai,bersesak-sesak tapi takde apa pon yg boleh dijadikan kenangan manis.kesian aku dan budakbudak yg lain,terpaksa berusaha menghiburkan diri sendiri. sobs sobs.

aku ingatkan bila pi sini boleh ah jumpa maskot upin ipin kan.amek gambar pastu tunjuk kat hadif umar ng aisy. tapi hampeh betul sbb nk bergambr kenangan ngan maskot punyalah susah...
masa maskot upin dan ipin muncul naik ke pentas,aku punyalah eksited tgk derang atas harapan dapat la kan snap 1-2 gambar aku,mereka  dengan maskot tapi ngeng nya bila kru membuat pengumuman perlu mendapatkan tiket RM10 dan terhad pula untuk 50 tiket je dan 30tiket dah terjual Kena bayar RM10 (tangkap foto POLAROID jek..).what the ....?
 kalau derang letak banyak maskot kat tempat tempat yg berlainan kan best.takde lah nk  rebutrebut beratur panjang nk kena bergambar ng maskot kan?

ni tidak. bayar RM5 tuk dewasa dan RM1 tuk kanakkanak hanya untuk tgk RUMAH OPAH sahaja!! *even bukan aku yg bayar,tetap tak berbaloi.  pastu, rumah opah tu pulak dah la taksama langsung macam rumah opah dalam tv. baik aku ajak mereka datang kampung aku lagi bagus. lagi sebijik macam rumah opah upin ipin tu haa. T____T

khemah pulak memang banyak,tapi penuh dengan kereta.dah jadi tempat parking kereta pon ada dah.hahaha.apa punya management tah.tak bagus lgsg.
tadi pon tak sempat nak pi booth AYUNAR  sbb taklarat dah berpanas terik kat situ.


snap gambor ng bunting upin ipin pon jadi ler.

mereka.
beliau; encik kekasih.

gambar upin ipinlagi cutelah!

gila.mata lebam sbb nanges takdapat amek gmbar dgn maskot.

comel lukisan ni. jgn terpedaya. ni lukisan print out je.
pink.pink.pink.pink

barang-barang yg bercop upin ipin pulak mmg mahal gila babun.sumpah mmg la aku takkan beli la kan. paling murah pon RM4 something tu pon komik upin ipin je. yg lain macam termos kopi yg rm 5 jadi rm10l.. mahal.betul mahal.RM50 beg upin ipin.mahal lah.aku tahu tu original dari production korang, tapi mahal lah! ye,aku mmg kedekut sikit bab ni. kalau mahal dan berkualiti takpe jugak kan.tapi barang korang belom tentu berkualiti.maaf.
tak caya korang pi lah tgk. maaf umar hadif aisy, acik takbelikan pape. tak mampu tahu. tssk.

RM40.aku taknak beli.aku nak bergambar je.heheh
apa yg aku rasa, management derang cekik darah sebab pembinaan taman tema upin ipin tu  dianggarkan menelan kos sebanyak RM200 juta.byk kot.. membazir!! tak caya? aihh.suka hati korang lah eh.
sumber: utusan

pegi upin ipin mmg takbest.tapi pi dating dengan mereka best! 
w/p malumalu kucing gatal kan. eh,eh, malumalu tu haruslah ada kan? perisai org beriman katanya.teehee..

then pi lunch kat pizza hut.pastu ingat nak p main bowling kat ipoh parade..tapi dah fullhouse pulak.apalagi.balik jelah kan. kang lewat pulak solat zuhor.heheh.. okey bye.nak buat asessment!

thanks for reading this entry!!

nf