Showing posts with label barah otak. Show all posts
Showing posts with label barah otak. Show all posts

Sunday, November 27, 2011

perlukah memakai kasut yang selesa?

assalamualaikum...

Kasut..kasut..kasut dan kasut.. 
Seriously,I love shoes!

Tapi, dalam banyak banyak jenis kasut,aku paling suka jenis flat. dan aku kureng suka dgn high heels. 
ada beberapa sebab mengapa dan kenapa aku menyukai flat dan kureng menyukai high heels.

Aku suka kasut flat kerana ianya agak selesa dan kasut flat tak sakit kaki.
dan aku juga memang suka berjalan. tapi,kadangkadang taksampai 10minit berjalan kaki,kaki aku dah sakit kepenatan. baru pakai flat dah penat kan,apetah lagi kalau pakai high heels,lagila sakit dan penat tumit kaki aku. 

 Klik sini untuk lihat entry lepas berkenaan high heels. 

Dulu, setahun yang lepas mungkin,dalam sebulan aku pasti akan beli satu atau dua pasang kasut. Keinginan membeli kasut memang tidak boleh ditahan-tahan setiap kali mata aku terpandang rekaan kasut yang berwarnawarni yang baru. Kedai kasut yang selalu aku singgah masa waktu tu ; Red Modani,Vincci, Vern's, Nel dan etc.aku suka pergi situ sbb harganya quite affordable lagilagi bila sale kan.

Bila aku dah kerap sangat beli kasut apalagi encik boyfie pon mula bising potpetpotpet itu ini kata kasut aku dah berlambak. aku pon apalagi mula la bg alasan kasut yang aku beli tu takselesa la ketat lasakit kaki la. pastu dia suggest kat aku supaya belilah kasut yg berkualiti sikit yang tahan lama. Tapi........... kebiasaannya harga kasut yg berkualiti dan tahan lama tu boleh beli 4/5 pasang jenama kasut yg aku beli. tapi yang berkualiti tu mungkin boleh tahan bertahun-tahun kalau nak dibandingkan dengan kasut pasangpasang yang aku beli tiaptiap bulan tu yang hanya tahan 2-3bulan je.(if kerap pakai)

Dan sandal yang berkualiti ygang disuggestkan oleh encik boyfie tu akhirnya terletak jugak dekat tapak kaki aku. Erm. sangat selesa okey! dan..bukan takat 10minit,sejam jalan kaki pon aku takpenat tahu tak. kalau boleh,kemanamana je aku pergi,aku pakai sandal tu.hatta ke kolej pon aku pakai sandal tu sampai ditegur oleh pakguard. Sejak ada sandal tu,aku da stop drpd shopping kasut. walau cantik macammanapon design kasut tu,aku tengok dan belekbelek je dan takbeli pon tau.sebab aku sudah punyai sandal yang selesa.dan aku tekad, selagi aku takde keperluan untuk membeli kasut,aku takkan beli. so,kasutkasut yang dah aku beli sebelum ni aku senantiasa pakai ke kelas sampai aku rasa kasut tu dah  hancur lebur dan barulah boleh dibuang ke tong sampah.

Erm.makin lama koleksi kasut aku semakin berkurangan sebab dah terlampau hancur termasuklah kasut ke kelas. tsssk. dahla kena pakai kasut hitam je gi kelas. tak stylo wooh! 
then, aku ke kelas pon pakai kasut kaler koko dengan penuh waspada-sebab taut hancur jugak..nasibbaik takpernah kena tegur dgn lecturer kan.yang tegur pon takat para student je.jeleslah tu aku berani langgar peraturan.wahahaha. 

Semalam aku ke JJ Bukit Tinggi dan ke bahagian kasut.kebetulan beb,ada SALE! apalagi,aku berkira-kira untuk beli kasut untuk ke praktikal nanti.kali ni juga,kasut tersebut haruslah berkualiti dan tahan lama yaww..aku bet,tahan selama setahun,kalau lebih sampai aku dah keje pon,alhamdulillah. tapi tulah.harga kasut tu mahal la weh,even dah sale pon. sobbs.tapi kenalah beli jugak kan. sekali setahun je.takpelah pon berhabis duit sekarang.lagipon untuk keselesaan kan.

Korang tahu tak? pemakaian kasut yang menyerap hentak, lapik dalaman sendal atau kasut berkusyen boleh membantu menyebarkan semula berat dan mengurangkan ketegangan sendi tulang kita dan sekaligus boleh mengelakkan penyakit osteoartritis. aku pun taknak lah kena OA/Osteoporosis ni. aminn

kat bawah ni pulak ada fakta pasal high heels tau.
Persatuan Ortopedik Kaki Amerika Syarikat menyatakan bahawa seorang wanita yang mengenakan sepatu bertumit tinggi sekurang-kurangnya tiga sentimeter (sm) akan meningkatkan tekanan pada lutut sehingga 26 peratus. Keadaan ini akan mengundang penyakit osteoporosis dan penyakit sendi.


Insyaallah,kalau ada rezeki lebih,aku nak beli jenama kasut yang kat bawah ni. amin.
sebab kalau ada sale sekaraang pon,aku masih takmampu beli la. sedihhh!



  



  thank you for reading my entry!!

Tuesday, July 19, 2011

BULAN membeli sambil beramal.

assalamualaikum...

entry kali ini adalah entry bantuan ikhlas dari saya kepada Puan Noormawati Mohd Rasif. 

kepada para bloggers dan rakanrakan yg mengikuti perkembangan belog saya ni, mesti tahu kan yg saya ada mempunyai sebuah online shop. saya ada cerita pasal online shop saya ni dalam entry  INI .

pada bulan ini dan disini saya ingin membuat sedikit kerja amal.hanya sedikit. rasanya ramai yang tahu tentang Norma, penghidap BRAIN TUMOR STAGE FOUR yang memerlukan bantuan untuk rawatan penyakitnya yang tinggi.  Diharapkan dengan bantuan ini dapatla membantu  meringankan sedikit beban kewangan Norma dan keluarga untuk menanggung kos perubatannya.

Dengan ini saya dengan rendah dirinya akan mendermakan RM2 untuk setiap jualan barangan dalam online shop saya kepada beliau.
dan untuk setiap jualan kain sutera pula, saya akan mendermakan RM10 kepada beliau.
anda bolehlah melihat baranganbarangan tersebut didalam acc fb saya. lebih mudah tekan je badge fb hwanis shoppe disebelah ni haa.

walaupun tidak seberapa bantuan yg dapat saya berikan ini,saya berharap sangat dapatlah membantu beliau.tak banyak pon,sedikit jadilah kan?
semoga para bloggers sekalian turut menyapport saya dalam jualan ini.
terima kasih. :)

Selain dari jualan amal ini, anda juga boleh menderma secara terus ke account norma;
Cimb

01070068677528

Noormawati Mohd Rasif




thank you for reading my entry!!

Friday, July 8, 2011

kisah ibu muda hidap brain tumor stage four.

assalamualaikum...


entry copycat sepenuhnya dari kasihaleeya





Hari nie ada special entry sikit...Aku sendiri tak tau nak start dari mana dan nak start macamana..

Kalau korang perasan sorang blogger nie.. nama dia Moon.. dia antara kawan yang terapat dengan aku.. dan kalau korang follow blog Moon.. korang mesti tau masalah yang dia dan keluarga tengah hadapi sekarang.. Sebenarnya Moon dah puas fikir panjang samada nak buat benda ni atau tak perlu... so sebagai kawan, aku rasa takde salah pon kalau Moon nak teruskan niat dia.. yang penting dia tau niat dia ikhlas...
-Norma-
Adik ipar Moon menderita menghidap cancer... memula aku dapat tau.. aku pon macam terkejut jugak.. sebab adik ipar moon nie baru jugak kahwin.. lepas tu mengandung.. dan Alhamdulilah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel dan sihat.. kita panggil je dia Norma ye.. so, selepas Norma melahirkan anak pertama dia tetiba jatuh sakit.. aku ingat lagi masa tu Moon kata ingatkan penyakit misteri.. siapa tak sedih? orang lain selepas melahirkan anak, gembira menyambut kehadiran orang baru.. lagi-lagi anak pertama.. buat yang ada pengalaman manisnya memeluk anak pertama mesti faham bahagianya rasa tu..
-Norma bersama Rafiq-

tapi Norma tidak menerima nasib sebegitu.. selepas je bersalin Norma stay di rumah Moon.. nasib ada kakak ipar dan abang ipar yang penyayang, prihatin dan mengambil berat.. Moon lah yang menguruskan anak Norma yang bernama Rafiq.  bila pegi hospital, buat check up semua.. barulah tau yang Norma sebenarnya menghidap cancer.. sebak mengenangkan nasib Rafiq yang baru lahir tapi tak sempat merasa belaian seorang ibu.. tak sempat merasa susu ibu.. ok aku sebak. hmmmmm..

Suami Norma, Talib ke hulu ke hilir menguruskan isteri yang terlantar sakit.. aku tak boleh bayangkan bila Moon selalu datang melawat Norma sambil bawak Rafiq... Norma hanya mampu pandang tak mampu membelai bayi kecil itu.. tabahnya Talib suami Norma.. hanya Tuhan yang tau apa ada di hati Talib.. apa ada di hati Norma saat melihat Rafiq..
anak kecil yang tak mengerti penderitaan ibunya

-siapa sangka selepas setahun perkahwinan, dikurniakan cahaya mata dan bermula sebuah penderitaan-
-Talib sentiasa ada disisi isteri-

Dugaan bertimpa-timpa.. sampai Talib pon aku tengok dah susut sangat badan dia.. condition Norma plak tak menentu.. kadang lepas operation dia ok.. kadang dia tak ok.. hati mana lah yang sanggup tengok penderitaan ditanggung mereka..

-Talib bersama Rafiq-

-tangan Norma yang lebam-

-gambar terkini baby Rafiq-

Moon dan suaminya Sutan ni aku kenal dah lama.. diorang baik dan lembut.. aku tau Moon malu, Talib malu nak mintak tolong aku buatkan entry nie.. tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. dalam serba salah tu aku rasa tak pelah Moon, kita usaha je..
kepada sesiapa di luar sana yang rasa ingin sama-sama mengurangkan beban Talib.. korang boleh buat sumbangan ikhlas.



cimb


01070068677528


Noormawati Mohd Rasif


aku rasa ramai yang nak membantu, cuma tak tau cara.. ini tiada paksaan langsung.. tak kira lah kalau kita mampu nak derma RM5 sekalipon, janji ikhlas..kalau ada sikit-sikit sumbangan ikhlas dari korang utk Norma, InsyaAllah duit tu akan keluarga dia gunakan untuk kos rawatan Norma yang menelan belanja ribuan ringgit.. baru-baru nie kos untuk injection je dah menelan belanja 10K dan injection tersebut masih belum diambil.. sumbangan tu juga akan digunakan utk bayaran ambulans.. kos untuk beli susu untuk Norma minum.. dan mungkin selepas ni keluarga Moon akan ikhtiar perubatan-perubatan lain yang dah tentu memerlukan belanja.

Moon malu nak buat benda ni actually.. nampak macam meminta-minta..tapi yang penting niat demi untuk membantu Talib dan anak dia Rafiq, maka Moon dan Sutan terpaksa tolak perasaan malu ke tepi..lagipon aku rasa tak salah kot.. bukan paksaan.. kot-kot korang ada rasa nak bersedekah boleh lah bantu-bantu ringankan beban orang yang dalam kesusahan..

 hanya Tuhan yang dapat membalas jasa murni atas sumbangan ikhlas korang.. Sama-sama kita doakan semoga keluarga Talib dilindungi Allah dan semoga Norma cepat sembuh supaya dia berpeluang melihat Rafiq membesar di depan mata dan dapat mencurah kasih sayang buat suaminya Talib... Amin....


-boleh check entry ni sebab dari first day dapat tau Norma dapat cancer sampai keadaan Norma sekarang-


  thank you for reading my entry!!

nf