Showing posts with label shaklee. Show all posts
Showing posts with label shaklee. Show all posts

Wednesday, January 1, 2014

dua ribu empat belas

assalamualaikum...

Alhamdulillah. Sudah masuk tahun baru sekarang. Selalunya bila tiba tahun baru, mesti sinonim sangat dengan azam baru. Aku? Apa azam aku? Actually aku tak pikir pun azam baru untuk tahun ni. Sebab, tak payah tunggu tahun baru pun,kita boleh bina azam tu. Betul tak?

Okey, marilah kita sama sama mengimbau kembali wishhlist aku tahun tahun sudah. Kita tengok samada tercapai atau tidak. Yieeha

Kita mulakan dengan Wish list 2011 dahulu.

Ye,aku masih dan sedang berusaha untuk menjadi Haswani Samilan yang lebih baik. Sukar,sangat sukar. Tapi aku cuba. Mungkin a better muslim? One day. InsyaAllah,
Sekarang ni aku dah kental sangat. Tak emo dah sekarang. Pandai dah aku manage emosi aku sesuai dgn keadaan. It's good for me kan?
Sekarang aku dah abes diploma weyyy. Yeay! InsyaAllah,ada rezeki amik degree pulak. Amin.
Ya Allah, aku leka dengan yang ni. tssk.
Aku sekarang mmg dah jarang update blog. Sorry. Sibuk wey. Takdak masa langsung. Dan aku pun malas sebenarnya nak curik masa utk berblog. Layan muvi dalam laptop je rajin. Hiks.
Yang last sekali paling aku nak habaq mai untuk wishlist taun 2011. Dulu aku nak sangat kurus less than 44kg kan? Sebab dulu tembam babam. Sekarang amik kau. 40kg pun aku pernah capai tau. Aku amik produk kurus?Kawal makan? No No No. Rahsia dan tips aku, sila stress dan banyak turun naik tangga di tempat kerja. Sekian.


Now, kita ke Wish list 2012  pulak ya.

Satu je wishlist aku ni. Tapi wishlist ni tak tertunai pada 2012. Tapi dimulakan dengan ikatan pertunangan pada 27Jan2013. Dan bakal dilangsungkan pada Februari2014 nanti. InsyaAllah. Slow. Tapi tercapai. Yeay! Kalau cuti weekend,takpayah dah pergi Tesco ke Mall ke dating. Dating kat dalam umah je okey. Lagi sebulan setengah je wey nak kawen. Cuak tak cuak?

Wishlist 2013? Sorry, 2013 takde wishlist punn.
Wishlist 2014 pulak adalahhhh. Tadaaa. Tak fikir lagi la hoii. Cuma apa yg aku tahu sekarang, aku mahu terus success dalam hobi aku. Memanik,menjahit dan berbisnes. Amin. Juga mempunyai simpanan kewangan yang lebih stabil.

Doakan aku kalian.
Aku pohon.











  thank you for reading my entry!!

Friday, October 18, 2013

Shaklee: Healing Crisis

assalamualaikum...

Pertama sekali. Sila baca sampai habis. Terima kasih.


Apa itu healing crisis?
Ramai di antara kita yang mengalami healing crisis apabila mula mengamalkan supplement tambahan.


Healing crisis ialah satu proses penyesuaian dalam badan apabila mula mengambil supplement tambahan. Simptom-simptom healing crisis adalah seperti tumbuhnya jerawat,selera makan bertambah dan ini membuatkan kita jadi risau dan membuatkan kita memberhentikan pengambilan supplement.


Tapi sebenarnya ia adalah satu tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat(supplement) dibekalkan dengan mengejut dalam badan kita,maka terjadinya healing crisis.
Dalam jangka masa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui oleh badan kita dahulu akan muncul kembali. Biasanya ia terjadi untuk beberapa hari saja. Walaupun begitu, ada yang perlukan masa yang lebih lama disebabkan immunisasi badan yang lemah.


Hal ini disebabkan oleh toksin yang telah berkumpul dalam tubuh kita untuk jangka masa yang lama - seperti sisa sisa makanan berkimia, lemak, stress ditambah dengan diet yang tak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Suplemen membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan menyahtinjaan serta pengawalan organ-organ kita.


Pada waktu penyahtinjaan ini, ada kemungkinan pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung, lapar ) cirit birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa panas, berpeluh dan sebagainya. simptom-simptom ini berbeza di antara individu dan akan berlalu 1 hingga 2 minggu sahaja.


Makanya, minumlah banyak air masak,mineral water maupun drinking water. 5 cawan sehari tu tidak dikira banyak ye. Minum air at least 2 liter-3 liter sehari. Kerana badan kita boleh menerima air sehingga 4liter sehari. Tidak perlu ambil sekali gus, Boleh minum sikit-sikit tetapi berterusan. Anda juga perlukan rehat secukupunya dan makanlah lebih sayuran dan buahan.

Contoh healing crisis yg dialami oleh aku adalah seperti di bawah. Setiap orang,healing crisis dia berbeza beza ye. Tak sama.

Macam aku masa mula mula mengamalkan Zinc Complex Shaklee untuk mengawal rambut gugur. Ya Allah, Banyak sangat jerawat hinggap kat muka waktu tu. Banyak dari biasa tau. Dalam hati ni lain yang aku nak kawal,lain pulak yang datang.

Time tu nak kuar rumah pun rasa segan. Bedak langsung tak pakai. Takut makin bertambah jerawat tu.
Tanya kat akak(Shaklee Distrributor) kenapa makin banyak pulak yg tumbuh.
Dia pun bagi la nasihat suh minum banyak air. Dah la aku masa tu air masak mmg takleh telan langsung. Rasa nak muntah. Muak minum air masak. Tp try jugak.

Dari 500ml ke 1liter. Ke 2liter. Dan sekarang, alhamdulillah. Masalah jerawat berjaya diatasi. Hanya yang perlu dirawat sekarang adalah parut jerawat. Haih geram. Tak sabar nak makan Vitamin C Sustain Release Shaklee . Nanti aku review kenapa aku suka sangat Vitamin C Sustain Release Shaklee ni.



Ini adalah gambar masa mula mula aku makan Zinc Oxide tu. Amik kau jemah. Memang time ni badan aku banyak toksin kot. Masa aku amik gambar ni aku dah cuci muka nak kuar makan char kuey teow dgn boyfriend. Tapi muka masih nampak berminyak. Ni baru namanya boyfriend yang tak pentingkan paras rupa. Hahaha..











Yang atas ni pulak adalah gambar yg barusan aku amik tadi semata nk buat testimoni kt korang. Atas tanpa flash camera dan bawah dengan flash kamera. Bandingkan sendiri la eh korang. Muka juga baru lepas dicuci dan lihat sendiri. Tak nmpak berminyak kan? Mihmihmih.

Argghh malunya tunjuk gambar niiiiiiiiiiiiiii! *Sorok muka dalam selimut









Kepada sesiapa yang berminat utuk dapatkan produk Shaklee dengan harga promo bolehlah email di
has_aszwani@yahoo.com 
atau 
0136342113

Consultation percuma akan diberikan kepada sesiapa yang purchase dekat ID 915048 sahaja tau.





  thank you for reading my entry!!

Sunday, October 6, 2013

Vitamin B Complex Shaklee

assalamualaikum...





Malam ni nak share sikit pasal pengalaman aku consume supplement B Complex Shaklee
selama beberapa hari ni.


Dulu time belajar, pantang je lambat makan nasi mesti tangan ni menggeletar. Bukan tu je. Bila penat, time nervous lagi la kuat menggigil nya. Memang, dulu aku ingat menggeletar tu memang dah kebiasaan aku. So, aku tak amik port sangat la kan.


Pernahlah masa aku exam OSPE dispense ubat kat patient. Aku sebagai asst.pharmacy dan Sir Nazlee (lecturer) sebagai patient.
Tengah duk dispense tetiba si patient tu cakap, "Yang awak menggigil ni apasal? Siapa yang sakit sebenarnya? Saya ke awak?"
Pastu aku pun jawab. "Err..Sir, saya memang camni la Sir.




Serius, time aku lambat makan nasi, mesti tangan aku ni cepat je tremor dia datang. Sampai batchmates siap cakap. "Dah kau kenapa? Parkinson ke?" Lantas, aku cepat je cakap yang aku tak makan nasi lagi.


Batchmates



Bulan lepas. tengah aku bergayut gayut on the phone dengan mak. Tangan kanan tengah pegang phone dan tangan kiri duk tongkat dagu.(Baca sambil bayangkan).  Taksampai seminit pon weh aku tongkat dagu tetiba bila aku nak kepakkan jari jari kiri aku.
"AAAAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaa."
Tak bergerak. "Mak,tangan wani". Selang 3 4 saat. "Eh,takde apa lah mak,tadi tetiba jari wani takleh gerak"(Dalam hati memang nervous takut seram suma ada. Takut Allah tarik balik nikmat yg Dia bagi ni. Nauzubillah.)
Mak yg kat dalam talian dah bising "Wani, kau kenapa menjerit" Bila aku cerita lagilah bertambah bising dia. "Tulah, kurang vitamin. Tak makan sayur, takmakan buah. Camtulah jadinya.Bla Bla Bla.


Pastu kebetulan lepas aku konvo,Along ajak teman dia balik kampung. Jumpa mak, aku duk ulang la balik saat saat yg cuak gila kononnya tu. Pastu mak start sambung lagi nasihat dia. Aku pun cakaplah. "Mak, wani nak sikit Vitamin B Complex mak boleh? 15-20 biji je. Nak tengok betul ke wani kurang Vitamin B".  Mak pun cakap,"amiklah. Abes, mak boleh beli lagi"


Bila aku dah start amik Vitamin B Complex yang aku ngecek dari mak tu, sah. Memang sah. Berkesan kot.
Tangan aku dah kurang dan jarang sangat diserang tremor. Nak dispense dekat real patient pun dah okey. Sebelum ni aku dispense, tangan aku menggeletar wey. Pastu senior yg tgk aku cakap aku nervous. Padahal, tangan aku tu menggeletar sendiri kot.


Thanks mak sbb bagi wani sikit Vitamin mak tu. Leh la wani masukkan Vitamin B Complex ni utk order wani nanti.  Lebiu Mom.


Vitamin B Complex ni memang sedikit berbau dan kencing akan jadi kuning pekat teramat. Jangan risau sebab bau pada Vitamin B Complex menunjukkan kandungan Vitamin B Complex yang lengkap. Bau yang tak enak sangat tu datangnya dari Thiamine. (salah satu komponen dalam Vitamin B Complex). Thiamine ni lah yang bagi bau dekat Vitamin B Complex dan dinyahtinjakan melalui air kencing. Thats why la kencing tu pun berbau jugak. Cara nak elak kencing warna kuning adalah, minum air banyak banyak ye.

Apa yang perlu kau risaukan adalah bila kau amik Vitamin B Complex, tetapi Vitamin B Complex kau tak berbau dan kencing kau tak warna kuning. Maksudnya, Vitamin B Complex kau ada something wrong tu.




Vitamin B Complex Shaklee untuk


  • Memberi tenaga
  • Melawan tekanan dan meningkatkan fungsi otak
  • Membantu tumbesaran
  • Membaiki masalah rambut gugur dan beruban
  • Baik untuk mata
  • Mencegah anemia
  • Meredakan senggugut 
  • menggalakkan kesihatan jantung


Ibu mengandung juga sesuai amik Vitamin B Complex Shaklee ni sebab Vitamin ni pun ada Folic Acid.




Kepada sesiapa yang berminat utuk dapatkan harga promo bolehlah email di
has_aszwani@yahoo.com 
atau 
0136342113

Consultation percuma akan diberikan kepada sesiapa yang purchase dekat ID 915048 sahaja tau.









Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


















  thank you for reading my entry!!

Saturday, April 6, 2013

Tips buat Treatment dekat Yun Nam Haircare

assalamualaikum...


Aku nak ceghita pengalaman aku buat treatment dekat YunNam Haircare yg best sangat!


Apa yg korang akan buat kalau ada offer buat treatment dekat Yun Nam dengan harga 18hengget?
Mesti korang pon tanpa pikir panjang dah,terus nak buat kan? Lagi lagi kalau korang mmg ada hair problem.

Aku pon pernah cerita pasal aku punya hair problem dalam entry ini.

Aku apa lagi kan. Disebabkan hair problem aku ni, aku nak lah try Yun Nam ni kan. Bukannya apa. aku nak jugak lah tahu kenapa dan mengapa dengan rambut aku tu. Kulit kepala berminyak ke, kelimumur ke, buah ke.

Dan, berbaloi sangat sangat usaha aku ni. Aku dapat detect masalah sebenar rambut aku. Yeay!
Mula mula derang scan la rambut aku. Memang jarang. Pastu kelimumur pulak banyak. EEEww. Geli tahu.

Pastu derang buat survey la. Tidur bape jam sehari. Banyak minum air tak. Selalu stress ke. Macam macam. Dah boleh buat questionaire utk research dah.

Pastu aku try la tanya derang kenapa rambut gugur,betul ke sebab tak cukup vitamin and zat? Nak tahu derang cakap apa? "Bukan,sebab rambut dah tua". Aku rasa derang cakap macam derang hafal skrip. Without knowledge. Derang taktahu pon yg zinc baik utk rambut. Aku pon macam, ok fine.. Anggap jelah aku pergi salon mahal dengan harga murah.                  
                            

 
 
 
Lepas tu derang start buat treeatment dekat rambut aku. Shampoo kan, letak lotion apa ntah. Seriously bau herba sangat you! Busuk! Tapi best bila derang massage massage kepala aku. Kat salon pon xde urut ngurut kepala ni.
 


 
 
Ambik gambar sikit. Bestnya bila ada orang urut dan cucikann rambut. Rasa macam boss sangat. Hewhewhew
 
 
 
 
Pastu bila dah habes sesi cuci rambut,dia panggil aku dalam satu bilik ni. Seram aku. Time ni aku dah ready physical dan mental dah. Kau physco la sekuat mana pun, aku takkan percaya. Hiks.
 
 Dia cerita lah keadaan rambut aku teruk. (Memang pun dan aku sedar). 99helai kot rambut aku gugur masa dia cuci.30helai anak rambut aku tercabut dari akar. Tengok betapa kuatnya dia massage dan cuci kepala aku. Sampai gugur banyak gila rambut aku naaaa.
 
Dia bagitahu kalau rambut aku tak dirawat akan makin teruk. Pastu dia cerita pasal pakej dan discount yg dia akan bagi kat aku. Almost 2k kot pakej dia. Mampuih aku duk pikiaq macam macam alasan nak bagi dia fedup. Dan akhirnya berjaya. Aku cakap lah yg aku mampu kalau aku tak amik pakej dia tu. Setakat 4k apalah sangat. Memang berlagak gila aku masa tu. Almaklum,orang takde duit. Puihh. Boo Wani boo.
 
Masa treatment ni aku buat kat Ipoh. Tapi, aku bgtahu dia yg aku nak continue treatment dekat Penang sbb aku kerja kat sana. Aku datang Ipoh pon sbb aku nak amik exam. Memang banyak kot dosa aku menipu time ni. Naseb baik exam pada esokkannya aku leh jawap dgn baik.
 
 


Sebelum dah sesudah treatment. Tak banyak beza pon. cuma dandruff tu dah kurang sikit.




Pastu, Yun Nam hadiahkan aku set penjagaan rambut, shampoo dengan conditioner. Best sangat. Harga dua dua product ni dalam seratus lebih gak lah. Tapi aku dapat percuma! Sapa tak suka wehhh.
Hanya RM18 untuk perkhidmatan yg superb! Dapat pulak free gift. Seghonokk. Cuma kena tahan telinga jelah bila derang nak physco kau.

Lepas aku balik dari treatment, aku tak basahkan pon rambut aku time mandi. Pastu esoknya tgk kat bantal rambut gugur 2 helai je kau! Mana mak tak suka noks! Memang best YunNam ni. Tapi bila aku start shampoo balik pakai YunNam punya product tu, dah start gugur balik. T_T.
Apalagi, aku belilah shampoo anti-dandruff sebab nak clearkan dandruff kat kepala aku tu.







Sekarang rambut aku dah makin pulih. Dah tak gugur sebanyak dulu dah. Kalau gugur pun, macam gugur biasa biasa. Aku happy sesangat. Rambut aku macam dah tebal balik. Kalau tarik pun,payah nak putus. Pasal supplement pulak, aku masih continue aku punya hair supplement. Nak tahu apa?





Zinc Complex dari Shaklee lah. Kesan memang lambat sikit, tapi berbaloi baloi. Dah lah murah, harga tak sampai 40hengget pun.Tahan 4 bulan pulak tu.

Aku saja je lambat update pasal YunNam ni,padahal aku buat treatment ni bulan 12 2012 yang lepas kot. Sebab, aku nak review jugak pasal Vitamin Zinc Complex Shaklee yg bagus ni.Hehe

Kepada guys yg nak cuba Zinc Complex ni, bolehlah contact aku, tak pun akak aku dekat Bellezamom.com


Ingin tahu tentang 17kebaikan pengambilan zinc complex yang lain? Klik sini



thank you for reading my entry!!

nf