Sunday, June 5, 2011

JANGAN ketemu UPIN IPIN di ipoh. :)

assalamualaikum..

ni first time aku pi karnival cartoon.Karnival Upin & Ipin ni derang buat sekali dengan Karnival ICT Perak di bawah penganjuran K-Perak dekat Stadium Indera Mulia,Ipoh, Perak. aku,encik kekasih dan tiga orang adik perempuan beliau turut ikut serta. weee :D

tapi siryess aku cakap takk best. memang ah mulamula tu aku mmg beriya-iya nak pi kan. tapi bila dah sampai, org ramai,bersesak-sesak tapi takde apa pon yg boleh dijadikan kenangan manis.kesian aku dan budakbudak yg lain,terpaksa berusaha menghiburkan diri sendiri. sobs sobs.

aku ingatkan bila pi sini boleh ah jumpa maskot upin ipin kan.amek gambar pastu tunjuk kat hadif umar ng aisy. tapi hampeh betul sbb nk bergambr kenangan ngan maskot punyalah susah...
masa maskot upin dan ipin muncul naik ke pentas,aku punyalah eksited tgk derang atas harapan dapat la kan snap 1-2 gambar aku,mereka  dengan maskot tapi ngeng nya bila kru membuat pengumuman perlu mendapatkan tiket RM10 dan terhad pula untuk 50 tiket je dan 30tiket dah terjual Kena bayar RM10 (tangkap foto POLAROID jek..).what the ....?
 kalau derang letak banyak maskot kat tempat tempat yg berlainan kan best.takde lah nk  rebutrebut beratur panjang nk kena bergambar ng maskot kan?

ni tidak. bayar RM5 tuk dewasa dan RM1 tuk kanakkanak hanya untuk tgk RUMAH OPAH sahaja!! *even bukan aku yg bayar,tetap tak berbaloi.  pastu, rumah opah tu pulak dah la taksama langsung macam rumah opah dalam tv. baik aku ajak mereka datang kampung aku lagi bagus. lagi sebijik macam rumah opah upin ipin tu haa. T____T

khemah pulak memang banyak,tapi penuh dengan kereta.dah jadi tempat parking kereta pon ada dah.hahaha.apa punya management tah.tak bagus lgsg.
tadi pon tak sempat nak pi booth AYUNAR  sbb taklarat dah berpanas terik kat situ.


snap gambor ng bunting upin ipin pon jadi ler.

mereka.
beliau; encik kekasih.

gambar upin ipinlagi cutelah!

gila.mata lebam sbb nanges takdapat amek gmbar dgn maskot.

comel lukisan ni. jgn terpedaya. ni lukisan print out je.
pink.pink.pink.pink

barang-barang yg bercop upin ipin pulak mmg mahal gila babun.sumpah mmg la aku takkan beli la kan. paling murah pon RM4 something tu pon komik upin ipin je. yg lain macam termos kopi yg rm 5 jadi rm10l.. mahal.betul mahal.RM50 beg upin ipin.mahal lah.aku tahu tu original dari production korang, tapi mahal lah! ye,aku mmg kedekut sikit bab ni. kalau mahal dan berkualiti takpe jugak kan.tapi barang korang belom tentu berkualiti.maaf.
tak caya korang pi lah tgk. maaf umar hadif aisy, acik takbelikan pape. tak mampu tahu. tssk.

RM40.aku taknak beli.aku nak bergambar je.heheh
apa yg aku rasa, management derang cekik darah sebab pembinaan taman tema upin ipin tu  dianggarkan menelan kos sebanyak RM200 juta.byk kot.. membazir!! tak caya? aihh.suka hati korang lah eh.
sumber: utusan

pegi upin ipin mmg takbest.tapi pi dating dengan mereka best! 
w/p malumalu kucing gatal kan. eh,eh, malumalu tu haruslah ada kan? perisai org beriman katanya.teehee..

then pi lunch kat pizza hut.pastu ingat nak p main bowling kat ipoh parade..tapi dah fullhouse pulak.apalagi.balik jelah kan. kang lewat pulak solat zuhor.heheh.. okey bye.nak buat asessment!

thanks for reading this entry!!

nf