Thursday, June 19, 2014

Review.: Sanding outfit.

assalamualaikum...

Haii. La ni nk cerita pasal baju masa reception haritu. Ingat lagi masa kecik kecik form2 form 3 aku suka sangat warna dgn warna merah. Tu memula plan nk pakai baju warna tu. Tapi bila dah besar sikit ni, kurang dah minat kat warna terang. So still tak tau nak pilih baju colour apa untuk dipakai time majlis. 

Segalanya terjawab bila ikut Along melancong kat Jakarta Bandung masa awal tahun lepas. Yang terfikir dalam kepala, "alamak tema tak carik pun lagi. Camne nak beli kain nii" .Tapi, bila dah sampai je kat Pasar Baru Bandung tu, tengok bermacam macam jenis warna, terus rasa tak keruan. Berbekalkan pendapat Along, Mak dan Abah. TETIBA je terbeli warna gold pink.  OHmaii. PINK? I HATE PINK!




Tapi nak buat cmne kan. Takde plan lansung dgn tema majlis masa tu. So amik jelah yg mana mana rasa cantik. Harga pun not bad. Murah jugak la. Dalam Rp 400ribu utk 2.5m lace, 6m satin. 2.5 kain net. Okeyla. Harga pun tak sampai 1juta Rp pun. Kita saja je beli 2.5m lace sbb balance lagi 0.5m tu kita mmg dh fikir nk buat veil. Veil with heavy lace and pearl.



Lepas tu mulalah fikir nak buat design apa baju ni. Ingat nak yg simple je. Biar boleh pakai masa raya ke,masa aqiqah anak nanti ke. Teet,mmg sesimple design pun yg kita buat. Baju Kurung Moden je. Senang. Derang cakap baju simple sangat sesuai utk nikah ni. Nak sanding tak naik warna baju. Tapi takpe as long as i dh kawen. Kau hado? Muehehe.

Baju ni kita tempah kat Midila toilor seksyen 16, Shah Alam. Tempat tempah baju kawen paling muraaahh. I like! Thanks kak lang sbb suggest tempah kat sini! Pastu baju sanding ni Kita touch up sikit letak pearls and beads, 3D flower biar bagi naik sikit Hee.
Baju ni kita ada buat utk sewakan. Kalau ada sesiapa berminat nk jadikan utk nikah ke tunang ke, bolehla tgk details kat Baju utk disewa. Baju utk sewa tu yg perempuan saja tau. Laki laki takde.



Ni kat bawah ni kasut high heels paling selesa yg kita pernah pakai. Tak menyesal beli biar utk pakai sekali je pun. Huhu. Ingat nak let go kasut ni. RM40 je. Size 5. Warna dusty pink. Kita sayang kasut ni tapi takpelah Let IT Go........


Hand bouquet ni pulak mak andam yg punya. Berhabuk sikit. Tak pakai ni sbb photographer pilih hand bouquet yg aku DIY sendiri utk nmpk cantik dan glow gittew.
 Tapi dlm gmbr ni nmpk cntik la pulak.  
Yang kat bawah ni kita DIY malam sebelum majlis. See. last minute lagi. =='

Zoom



Tengok gambar Long Veil Heavy Bead yg paling kita suka. Tu kat belakang tu abang den haa. Gigih betul dia duk kibas kibas veil adik kesayangan dia ni biar nmpk macam angin tiup la konon.  Kita pernah la tanya kan kat online shop yg buat veil full beads ni. Harga dalam RM350 jugak la utk satu veil paras peha penuh manik camtu. Menangis Iolss masa tu. Mahal YaRabbi. 
Tp bila kita try jahit dan patch utk DIY sendiri veil tu, baru kita tahu kenapa mahal. Teresak esak kita masa nak DIY tu tauu. SABAR memanjang je kita.

Anyway, anyone interested nak tempah jahit manik dengan kita, atau utk buat veil kawen ke tunang ke, boleh la terus PM me directly di https://www.facebook.com/hwanisbeauty atau wassap je kat 0136342113.
Tempahan utk jahit manik kat baju kurung start RM80 dan keatas. Murah kan?




  thank you for reading my entry!!

Friday, June 13, 2014

Review : Akad Nikah Outfit

assalamualaikum...

Tetiba rajin pulak nak update blog ni kan. TETIBA.
Act dulu busy sikit. Sekarang ni je dah tak busy sangat. Opss,lapang sesangat. Kenapa? Adalah!

Kita nikah kat masjid kat kg je. Hari yg sama dengan hari sanding.
Memula ingat nak amik tarikh 14/2/2014, Jumaat utk nikah . Yelah hari kekasih kan tu kononnya, nnt ada la alasan nk sambut anniversary masa hari kekasih. Muehehe.
Tp lps bincang dgn family, ramai pulak kakak ku tak dapat cuti, yelah masing masing mengajar, tak boleh tinggal kelas.  Cikgu dan lecturers cemelang katakan.
So decide nikah 15/2/2014 je. Senang. Jimat. Penat. Fuhh.

bridesmaids kita.kononnya

Baju nikah kita-bride by Nawy Aris Creation..
 Kita just inform nak design cmne,warna pastu cap cus cass Siap!
 Sweet dan macam sesuai je utk org yg petite like me! Haha.  
Dua kali gak la fitting baju ni. First time tu ketat dan sendat. Ala yg jenis nampak bentuk badan terus tu. Kita straight je  gtau yg kita tak selesa pakai. Yelah, dh dia pun cakap, komen je. Iols pun komen lah. Pastu dia cakap okey, nnt alter biar loose sikit ikut apa yg kita nak. 
Bagus betul si Nawi ni. Polite dan humble.
Second fitting, wahhh kita dah puas hati.  Really recommended si Nawy ni. Lagi lagi veil dia. Ahaa. Mmg yg macam kita nak. hehe. Range Price utk baju nikah atau tunang dalam Rm500++.

Close up manik


pengantin tidurr

Baju laki kita-groom lak kain dia beli kat jakel dlm RM20+/m . Pastu hantar kat tailor family dia. Best tau kain dia, rasa nak beli buat selimut. Sejuk je. Haha. Kita suka baju dia ni, nampak hensem pulak laki aku ni hai w/pun pakai bedak terlebih. Opss
Sampin dia pulak MIL beli dekat Terengganu. Rm400+ kot. Ntah, tak ingat.  Handmade. Kemas dia punya jahitan. Rasa mcm nak mintak kat suami buat kain baju kurung kita utk pakai raya je. Hiks


close up sampin

Kasut pulak memula nk pakai yg jenis lace lace macam kat Charles and Keith tu. Tapi masa tu sold out. Takde size kita. Banyak tempat dah pusing, Alamanda, One Utama, The Curve last last kita give up taknak beli kasut nikah! Iolls is sad!
So decide nk pakai kasut masa konvo hari tu. Bior simple pun! Bior tak lawa pon! sobbs.
Tapi nasib baik pakai kejap je. Rushing kann


 Alah, salah kita jugak sbb sumenya nak carik last minute! Takpela wani. Recycle je yg mana ada. Lepas ni pun ntah kau pakai ke tak kasut ni. Alih alih tersadai je kat dalam kotak. Pfft.
Less is more kan.

Ada ke yg nak sewa baju ni? Hehe.


Korang boleh la like page Hwanis Beauty and Health. Kot kot nak tempah shawl,veil utk tunang atau sanding atau nikah ke.Utk raya pun boleh. ahaks Kita ada amik tempahan jahit manik. Murah je uols. Wassap 0136342113 utk tempahan ye. 




  thank you for reading my entry!!

Wednesday, June 11, 2014

The Hantarans

assalamualaikum...

Hi. Memang sah!
Memang kau malas kan nk update blog ni wani? Maafkan aku uolls. Bukan malas ke apa. Tapi busy ouh!.
Dulu mula mula busy ngan preparation kawen. Pastu,busy kerja shift *Jadi zombie aku sentiasa sbb penat*
Lepastu sekarang,busy jadi isteri yg awesome lah! Almaklum, aku kan dah kawen... Hee.

Last entry aku tu kan pasal Hantaran dari Bunga Tisu . Masa tu ada sebulan suku lagi nk kawen. Pastu ada yg offer nak buatkan. Ada yg suruh tukar theme la. Pftt. Last last korang ghase? Sempat ke tak aku buat? Heeee. Teke ah wey!


*Klik gambar utk imej fullscreen*





HARUSLAH SEMPATTTT!!
Malam sebelum nikah pun aku masih buat hantaran ni. Duk hias bilik pengantin bagai. Padahal aku tau dah, bilik pengantin bknnya penting sangat nak hias hias bagai ni. Tp takpelah. Dah nama puun bilik pengantin,kena lah cantik cantik. Ye tak?
Lagipun, hantaran idaman kalbu yg paling simple dan jimat pun dah dapat kan. Ber-munge munge hati kita tau dakk

Yang kat atas ni hantaran dari aku utk suami tercinta sangat. Dari suami ke aku takde pulak gambar. Sedih woo. Photographer tak sempat kot nak amik. Almaklum majlis sehari je kan. *Sedapkan hati*

The hantaran ke pihak lelaki
1. Pierre Cardin wallet dan belt.
2. Tafsir quran siap ada warna utk tajwid. Saja beli yg ni  sebab boleh tumpang baca sekali. ;))
3. Perfume: Ferrari Light Essence. Aku tak suka bau perfume. Tp yg ni, soft sangat tahu!
4. Kasut Timberland size 7 eh, 8 kot! ;P
5. Buah buahan beli kat pasar Simpang sehari sebelum majlis.
6. Sticky candies dgn coklat Nips. Ingat nak beli M&M. Tp suami ckp dia dah muak mkn. Cadbury mmg xbeli sbb kita dah lama tak makan sbb dah tau ada E471.
7. Fruit tart kak lang sponsor.


Papepun, alhamdulillah, aku dah kawen hoii! Yey,dah takpayah dating kat shopping mall dah! Taksuka tahu. haha


Korang boleh la like page Hwanis Beauty and Health. Kot kot nak tempah shawl,veil utk tunang atau sanding atau nikah ke.Utk raya pun boleh. ahaks Kita ada amik tempahan jahit manik. Murah je uols


  thank you for reading my entry!!

Sunday, January 5, 2014

macam comel Je. macam kreatif je.

assalamualaikum...



Teringin wey. Teringin sangat nk buat deco antaran bunga tisu ni.
Macam gebu, comel. Macam bunga fresh pun ada. Teringin nak buat deco ni sejak tahun lepas lagi.
Ingatkan nak buat masa tunang haritu.
Tapi hajat tak kesampaian sebab taktahu nak cari tissue paper kat mana.

Sekarang pulak dah masuk January. Lagi sebulan suku je lagi nak majlis wey. Sempat ke aku nak buat deco cmni? Dengn busy keje shift lagi. Tssk.




Rajin ke kau wani nak buat deco hantaran paper tissue flower ni? Yakin? Arggh. Tatau nak cakap apa.
Herm. Okey dah. Takleh update panjang panjang. Letih tangan ni woii.


thank you for reading my entry!!

Wednesday, January 1, 2014

dua ribu empat belas

assalamualaikum...

Alhamdulillah. Sudah masuk tahun baru sekarang. Selalunya bila tiba tahun baru, mesti sinonim sangat dengan azam baru. Aku? Apa azam aku? Actually aku tak pikir pun azam baru untuk tahun ni. Sebab, tak payah tunggu tahun baru pun,kita boleh bina azam tu. Betul tak?

Okey, marilah kita sama sama mengimbau kembali wishhlist aku tahun tahun sudah. Kita tengok samada tercapai atau tidak. Yieeha

Kita mulakan dengan Wish list 2011 dahulu.

Ye,aku masih dan sedang berusaha untuk menjadi Haswani Samilan yang lebih baik. Sukar,sangat sukar. Tapi aku cuba. Mungkin a better muslim? One day. InsyaAllah,
Sekarang ni aku dah kental sangat. Tak emo dah sekarang. Pandai dah aku manage emosi aku sesuai dgn keadaan. It's good for me kan?
Sekarang aku dah abes diploma weyyy. Yeay! InsyaAllah,ada rezeki amik degree pulak. Amin.
Ya Allah, aku leka dengan yang ni. tssk.
Aku sekarang mmg dah jarang update blog. Sorry. Sibuk wey. Takdak masa langsung. Dan aku pun malas sebenarnya nak curik masa utk berblog. Layan muvi dalam laptop je rajin. Hiks.
Yang last sekali paling aku nak habaq mai untuk wishlist taun 2011. Dulu aku nak sangat kurus less than 44kg kan? Sebab dulu tembam babam. Sekarang amik kau. 40kg pun aku pernah capai tau. Aku amik produk kurus?Kawal makan? No No No. Rahsia dan tips aku, sila stress dan banyak turun naik tangga di tempat kerja. Sekian.


Now, kita ke Wish list 2012  pulak ya.

Satu je wishlist aku ni. Tapi wishlist ni tak tertunai pada 2012. Tapi dimulakan dengan ikatan pertunangan pada 27Jan2013. Dan bakal dilangsungkan pada Februari2014 nanti. InsyaAllah. Slow. Tapi tercapai. Yeay! Kalau cuti weekend,takpayah dah pergi Tesco ke Mall ke dating. Dating kat dalam umah je okey. Lagi sebulan setengah je wey nak kawen. Cuak tak cuak?

Wishlist 2013? Sorry, 2013 takde wishlist punn.
Wishlist 2014 pulak adalahhhh. Tadaaa. Tak fikir lagi la hoii. Cuma apa yg aku tahu sekarang, aku mahu terus success dalam hobi aku. Memanik,menjahit dan berbisnes. Amin. Juga mempunyai simpanan kewangan yang lebih stabil.

Doakan aku kalian.
Aku pohon.











  thank you for reading my entry!!

nf