Sunday, May 15, 2011

Cara-cara menjadi couple yang bosan tahap gaban di FB

assalamualaikum..

Anda merupakan salah seorang daripada berjuta rakyat Malaysia yang hangat bercouple tapi belum tentu kahwin dan ingin berkasih-sayang sambil menunjukkan perangai-perangai yang membosankan? Jika ya, marilah kita lihat bagaimana ghopenye anda boleh mencapai tahap sedemikian di facebook.
1) Update status hanyalah mengenai si dia
Ini perkara paling basic yang anda boleh aplikasikan. Status anda bukan mengenai anda, semuanya mengenai si dia. Status anda biar kalah status dia.
"Besi kat gigi dah cabut.yeayy dah cun gila sekarang"  -status dia-
"Harini sayam I pegi cabut besi kat gigi die,shian die shakit-shakit tak boleh makan aiskrim. Baru ingat nak bagi asikrim coklat kat die..huuu"  -status anda-
 
aku rasa,aku tak penah post cenggini kat FB kan? kalau dalam belog pon sipisipi je. tak nak lah kan nk show off sgt.. nanti ramai org jeles ngan hubungan kiterang yg sgt romantis ni pulak. *sila muntah sekarang :P

2) Bahasa yang digunakan ialah bahasa "cinta"
Setiap komen anda bersama si dia gunakan bahasa cinta yang sangat comel lagi menggedikkan seperti sayam abam, kiteww iteww dan lain-lain. Kalau guna bahasa biasa-biasa sahaja, macam main komen dengan membe la pulak kan. Tak bermanja tak berkasih-sayang la kan...
 
 uikk. apa kiteww iteww tu? ni mmg aku rasa sangat nak kutuk ngumpatngumpat buat tambah dosa lah. membazir masa je nak type hurup W banyak.banyak kali.. tak kuasa aku.pakai ejaan biasa je sudah.lagi manis,aku rasa.
3) Gambaq anda profile pic dia, gambaq dia profile pic anda
Biar orang semua kepeningan tengok nama jantan, gambaq perempuan. Nama perempuan, gambaq jantan. Setakat gambaq berduaan tu gaya lama beb... kurang menunjukkan hangpa punya kasih sayang. 
 
haaa.yg ni memang kazen aku si azmer muhiddin tu buat dalam profile pic dy.sampai pening aku dibuatnya. tapi dy takpelah kot. dy tinggal nak kumpul duit tuk kawen je haa.. kalau korang?belajar pon tak abes lagi.dah pandai bercinta. -ayat angah aku- 
kalau aku,penah ke tak?penah ke tak haa?lupa doe.kalau gambar berdua tu penah la kot. :P  aku pon tak abes belajar lagi ni. >.<
4) Aktiviti 3 dalam 1
Berbalas komen, berchatting dan bermain poke-poke dalam masa yang sama. Nak bonus lagi, sambil tu jugak ber-webcam dan berbalas mesej di telefon. Jadi 5 dalam 1. Oh indah sungguh kasih sayang sebegitu...
sumpah.takpenah lah 5 dalam 1 ni.2 dalam 1 pon selalu je fail,ni kan pulak 5 dalam 1. kalau aku berFB,memang tak lah kan nk bersms. takpandai lah nak bahagi masa dgn nk bls msg nya.nak berwebcam nya. nak berpoke nya dalam masa yg sama. eh yg POKE tu memang tak penah langsung kot. selalu terkantoi online adalah.mana taknya,kata belajar,tapi tgh online+ update belog.sadis. T__T
5) Tag si dia di mana-mana sahaja
Sedang anda berbalas komen dengan membe, tag lah si dia sekali ajak join berkomen. Setiap gambar anda dalam album rakan-rakan, tang muka anda tu bukan tag nama anda tapi tag nama marka anda. Lagi sekali orang kepeningan.. gambaq jantan, nama perempuan. Gambaq perempuan, nama jantan.
aah kan? macam dah lama je tak tag dy dalam post.dalam album kawan. eh,eh,lupa pulak.aku memang privatekan gambargambar aku yg ditagged untuk tontonan umum. segan ok.aku bukannya hot sgt pon nak tag dy suh tgk sume gambar aku..
6) Sehari satu video lagu cinta
Pastikan anda tidak terlepas untuk post atau share 1 video cinta setiap hari kepada kesayangan anda. Kalau terlepas nanti kuranglah kasih-sayang antara satu sama lain..
haha.aku takrajin lah nk carik video, bikin broadband aku cepat sampai dy punya limit je!! aku pon bknnya suka sgt pon dgr lagulagu ni. melainkan lagulagu lama je ok.lagu  KEKASIHku di MENARA GADING. best kan?? berkasih sayang senyapsenyap je sudah.takde ahh nmpk sangat jeliknya sampai kena ngumpat lagi kan?
7) Facebook anda juga facebook si dia
Biasalah, tak puas ada 1 akaun mintak jaa pasword facebook marka anda. Dah jadi dua akaun kan? Kalau marka anda jenis ada akaun sampai I, II, III dan  XVVVIIIVVVIIIIII, perhh seronoklah anda ada banyak betul akaun facebook.
erk..no komen. tapi acc FB aku mmg ada dua kan? dua ke tiga ek? lupa pulak. hehe. :P:P
8) Untuk mencapai tahap kebosanan maksimum, dalam hati anda sekarang bolehlah sumpah seranah gila babas terhadap aku.(budak bukan sebarang budak)
"Kapel itu bagus lah. Menambahkan kebosanan orang lain"
"Eiyh suka hati aku lah nak kapel-kapel, tak cukup kasih sayang la tuu!".. 
"Eleh mamat ni gebang kencang, mencik lah! nak pergi repot dekat abam".. 
"Alah jeles la tu tak boleh membosankan diri di facebook macam I yang berkapel ni"
"Long live kapel! Long live kapel!"
 
*ni entry copy cat dari belog budak bukan sebarang budak.harap maklom. 
kalau nak kutuk kutuk dy tau.bukan kutuk aku.hehee. :P
 
kami yg biasabiasa saja. :)

thank you for reading this entry!!

3 comments:

Unknown said...

hihi. aku suka ulasan hang.

wey manaci, entry hang lagi syiok dari aku nih! hahahha

fary said...

haha...aku suke point nie...wakakak org len kapel gak tapi xperlu tunjuk sgt...huhu

haswani said...

nub: haha.entry asal dari hang jugak kan.hang kan penyumbang.

fary: ntahnya kan.nak jeleskan kita la tu.

nf