Showing posts with label haswani. Show all posts
Showing posts with label haswani. Show all posts

Monday, June 6, 2011

ohsem kertu's day.

assalamualaikum..

aku tahu malam ni org ramai duk kalut sebok post pasal PIALA FA. dan sebab tu ah aku malas nak cita pasal tu. buka je mana belog bloggers lain,mesti update pasal terengganu menang dan kelantan kalah. terengganu dua dan kelantan satu. dua gol milik terengganu telah disumbangkan oleh pemain kelantan.blablabla. aku tatau nak sokong mana sebenarnya. sbb aku pernah bersekolah di kelantan dan terengganu. jadi paling mudah, aku sokong keduadua pasukan. * taktik takmo carik gadoh. ok.lari topik dari tajuk entry sudah.hehe. ok! fullstop.

 aku nak story about, my kertu's day yg dicelebrate oleh encik boyfie.post ni pon dah lama tersimpan dalam draft tak teredit.ni ada masa tu yg aku update tu.
nenenenenenene...tararrarara.. 

1.2.3. START!!

dari dulu aku dah cakap,aku ni bukan materialistic sangat pon. aku tak kesah kalau takdapat pape pon.aku pon da selalu sgt pesan kan,kalau ada duit tu simpan. takpayah membazir nak beli itu ini. membazir tu kan amalan syaitan yg direjam.

semalam kan masa mulamula aku masok kete lagi aku dah terkejut.*eh, mamat ni letak kotak ni kat seat aku apa de hal? taknak bagi aku duduk ke hapa? dan tetiba. *nah untuk syg. aku pon dengan huh.hah.heh. kemain terkejut.bukan terkejut sbb hepi ke hapa.tapi terkejut sbb *aih budak ni tak dengar kata.buat abeh air liur aku je membebel sana sini pasal pembaziran. -hanya monolog dalaman.

 



ce teka apa yg ada kat dalam ni.
dan aku terus membebel bla.bla.bla start dari umah sewa sampai ke ipoh parade. disamping ucapkan ribuan bebanyak terima kasih atas pemberian dia itu. *tu lah sapa suh tak dengar kata kan.

then bila dah sampai kat ipoh parade, boleh pulak dy tanya.ni nak mkn kat mana ni. macam biasa; manamana je asalkan perut kenyang.fine. aku start jawab camtu bilamana masa birthday aku tahun lepas dy penah tanya aku soalan yg sama.
....................
kekasih: syg nak mkn katmana?
aku: nak makan kat kedai mamak.
kekasih: betul ni nak makan kat sana je?
aku: betul la.bab makan mana penah memain kan.
kekasih: takpayah la makan kat sana,carik tempat lain.
aku: laaaa.pulak dah. memana je lah.
kekasih: katmana?jj nak?
aku: jj? erk...*sempat ke ni nk makan kat jj,dah la abah nak mai amek kejap lagi.siryess risau.
yela,dulu aku soroksorok bercintan cintun ni. sekarang pon sorok sorok jugak,tapi dah terangterang sikitsikit.hehe
....................

dia pon bawak la aku ke kenny rogers Ipoh parade. knp kenny? sbb dy cakap aku suka makan ayam. dan betul.ayam dy sedap.aku suka. tapi kalau dy bawak aku gi makan ayam goreng yg dy masak lagi sedap kot.
takpon,bagi aku makan Char Kuey Teow buatan dia sendiri.
awww.mesti macam romantik kan.hehe.pasan.
ohh ye, lupa nak cakap,dy ni master tau bab masak CKT tu.sumpah ohsem..dah boleh bukak gerai dah! :P


set aku:
Quarter Meal  - Smoked BBQ *sohdap giler.pandai aku pilih. =B
Roasted ¼ chicken with 3 side dishes & 1 Kenny’s Home-made Muffin. 

aku ingat kan kentang ni sedap.tapi,tawor je lebih.
set boyfie:
Quarter Meal - Original punya sos!
Roasted ¼ chicken with 3 side dishes & 1 Kenny’s Home-made Muffin.
dy amek pasta tu sbb aku yg nak tau.hehe. maaf syg.
Our Freshen-up :
Iced Vanilla Caffè Latte - boyfie
Four Seasons Fizzy (Summer) - aku

duadua sodap. nyummy!


dan lepas tu masa nak balik dah, boleh pulak dy tanya; taknak sambut beday dengan kengkawan ke darl?
ohmaiAllah. takpenah terpikir pon nak sambut tau! yg derang celebrate kat sini  pon dah teruja okey!

tapi ruparupanya dy dah suruh emak dy buat beday cake tuk aku.very surprised me tahu!! ruparupanya dy tanya tu sbb nak berbasibasi.haih.

blueberry cheese cake form his mom. lazat!
aku potong cake tu dalam kereta tau.ye lah,nak bagi la jugak encik boyfie ni makan kan.rugi tau kalau mak sendiri yg buat,tapi kita tak makan.lebihlebih lagi cake sedap camni.untung betul aku dapat bakal mak mertua pandai buat cake.rugi betul bakal mak mertua dapat bakal menantu tak reti masak. =.='
neway,thank you sayang. :) you make me melted. :))

tehehehe.naknaknak?takboleh!
now dah betulbetul pepagi buta ni. it's 2.40am already. argggh.so sleepy.bye!

Jaga diri hiasi peribadi. =)

thanks for reading this entry!!

Tuesday, May 24, 2011

cubit-cubit.gigit-gigit.bau-bau.. aaah

assalamualaikum..

perhatian:  entry ni berat sebab banyak gambar.harap maklum .  :D

haih.lama nya tak update blog. takde idea.takde entry tapi hny ada gambar.
act, byk gambargambar yg aku snap utuk dijadikan entry belog ni.
tapi bila takde masa nk update belog,ada pulak idea. dan bila dah da masa.sume idea tu ilang..
so,tinggal la gambar.gambar tu tertunggu.tunggu tuk dipopularkan.kesian kau kan gambar.

neway,hari ni nak cite pasal si boboy yg kiut miut yg aku penah cite dalam entry ini.dan ini. 
si boboy tu siap ada lesung pipit kat dua belah pipi lagi you.kau ada?ada? takde kan? aku pon takde jugak.bhahaha
first time dalam nmpk org ada lesung pipit ni. *eceh.tipulah. betul! sumpah. first time tgk org dalam family aku ada lesung pipit.. mak abah aku.adik badik aku.sume mana ada lesung pipit.dy sorang je yg ada.hebat sungguh akak aku carik laki yg boleh wariskan genetik lesung pipit kat anak dy.


siryes.taksabar nak tunggu izzul 3bulan.time tu badan da keras.boleh la pegang dy ganas.ganas.
  ngehngehngeh. *gelek evil
jom pi tgk gamba si izzul ni. penat tau aku hupload gambar dia beriban.riban ni.


nampak ke izzul?nampak? taknmpak kan??

time ni mata dy tak nmpak lagi.

dy nguap la..meh bau mulut dy.wangi..

asyik sedu je.tu yg acik letak tisu basah atas pala tu.

izzul ni.tido je keje. meh main ng acik la!


uweeekk.uwekk.uwek...

nak salin pampers jap..

keci je mulut dy.ikot mulut si papa dy.



alololololo...pandang sapa cayang??
kain tedung.kain tudung.kain budung.eh kain bedung la... :P

suka tgk mimik muka dy time tido.pelbagai!

nyenyak tido ler tue.


gambar kat bawah ni lagi comel tau. baju dy pon comel. cantik je kaler dy. sejuk mata memandang. *eh,ada ketan ke? lalalalala
pandai betul la sapa yg pilih baju tu.
pandai betul aku pilih boypren.
pandai betul boypren aku pilih baju baby.
pandai betul boypren aku pilih aku.. 
ishh..sudah! sudah! ape la yg aku melalut ni. oke.baju yg baby izzul pakai ni en kekasih hati yg pilih dan belikan.mmg comel pon kan? boypren aku pon comel. hahaha.

alala.kiut.kiut. nak kacau dy tido.

suka lentok.lentok badan..nak jadi ahli gimnas ke hapa?

yeeyy.jumaat ni balik kg lagi! jumpa baby izzul lagi.bukan baby izzul je tau.hadif.umar ng aisy pon sama.zahra je yg takdapat jumpa. bapak  dy keja time tu.soobs. oklah. bye!

thanks for reading my entry!

Sunday, May 8, 2011

Antara berjuta, dia yang teristimewa.



assalamualaikum..

 walaupon aku tahu yg mak aku tak penah baca belog aku,aku tetap nak buat entry ni.almaklom.posmen
anak-anak emak kan ramai.. :)

tahun ini,sambutan Hari Ibu adalah pada 8 mei 2011 iaitu hari ahad (hari ini) . So,dengan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua yang bergelar mak/ibu/mama/umi.
kpd kakak-kakak ku yg telah bergelar seorang ibu,turut aku ucapkan selamat hari ibu. dan yg mana masih dalam proses untuk bergelar seorang ibu, aku ucapkan semoga cepat-cepat dapat anak! :P
Especially kepada emak yang tercinta!happy mother's day. I love you mak!



emak dan haswani samilan yg cun. :P
sumpah.mak memang best giler. .w/p emak sekarang busy dengan jaga uwan yg tengah sakit tu.emak masih boleh menjaga dik kemba yg dalam pantang.HEBAT!!memang tak kenal erti penat.
masa aku balik kg haritu, mak masak banyak jenis makanan.
makanan untuk org berpantang.-dik kemba
makanan untuk org yg sakit.-uwan
makanan untuk family.
*aku selalu curik2 makan makanan untuk org berpantang tu.sedap ouh.ikan haruan tu..
emak da uwan.
 zaman sekarang ni susah nak cari anak yg boleh jaga makan pakai emak sendiri.apatah lagi nak basuhkan kencing berak derang. tapi emak HEBAT.emak sanggup buat sume tu.
seorang ibu boleh menjaga sepuloh orang anak.sepuloh org anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.kan?
emak ada sepuloh org anak.InsyaAllah,sepuloh org anak inilah yg akan menjaga emak.  :)


mak dan abah tercinta.
 emak best. bilamana angah suh mak masakkan ayam kampung masak lemak cili api untuk bawak balik batu pahat,emak masakkan.bila aku suh emak masakkan ayam sambal untuk bawak balik ipoh pon mak masakkan.aku suka masakan emak.emak sgt kreatif.
tak perlu buku resepi,mak campakcampak bahan rempahratus pon totap sodap.
aku suka ikan bilis goreng yg emak buatkan untuk dik kemba aritu.ada kunyit,halia,ntah apa lah lagi.aku pon tatau.tapi yg pasti sedap betul.aku rasa aku yg ratah bagi abes,padahal itu makanan org berpantang.

izzul comey.
 si izzul hafiy ni pon mak jaga jugak.alala comel betul aku tgk dy ni.rasa nak cubit-cubit pipi tu..izzul dah boleh nmpk ke belum syg?rasanya ni first cucu yg emak jaga masa anaknya dlm pantang.

ok..jasa n pengorbanan mak terlalu banyak tak mampu nak ceritakan sume nya..terlalu banyak hingga tak terkira dan tak terbayar.kalau tulis sume kat sini memang takkan abes la kan.entry ni pon update lajulaju sebab kejar masa nak tido.esok nak bangun awal untuk study.

Thanks emak and abah, for giving me a life that you never had.terima kasih untuk segalanya.
Tiada lagu dapat menggambarkan sayang ini pada emak.tiada kata dapat ditulis demi kasih ini pada emak.
 

Antara berjuta, dia yang teristimewa.
Selamat Hari Ibu kepada semua yang bergelar ibu.
Mother's Day is not only for today.but everyday is Mother's Day


thanks for reading this entry!




Wednesday, April 13, 2011

alhamdulillah. baby baru.

assalamualaikum...


ouh.lama sungguh tak update belog..sangat busy lah skg ni.
tambahtambah dengan line berukband yg sgt lambat.hilang mood nak update belog.
lagi-lagi bila final tak sampai pon dua minggu lagi.. arrrgh.rasa sangat stress..
stress? how come haswani samilan boleh stress?mana taknya.nota study masih sepahsepah.tu memang tak boleh elak lah kan. tapi kan kengkawan. dalam kebizian tu pon kan.boleh pulak aku tuptup dapat baby.baby bukan sebarang baby tau. tapi baby yg kelima untuk generasi kedua keluarga samilan kastami.
hooyehhh.
kali ni, masih baby boy lagi.maksudnya sekarang anak-anak buahku ada tiga boboy dan dua gugurl. sgt best bukan?korang jangan jeles tau.

okeyh.sekarang kita kenalkan pulak ibu dan bapa baby boy tu okeyh. ibunya bernama yuzaine samilan.dan bapanya khairul hisam abd ghani.si ibu pon ada belog jugak tau.ni belog dia. mungkin lepas ni dia akan kerap mengupdate belognya menceritakan perihal si baby.

ibu dan bapa.



si baby boy selamat dilahirkan  dengan berat 3.3kg..nama baby belom ada lagi.sebab dia masih baru lahir. baby boy punya surat beranak pon takdop lagi.tsssk.  apa yg aku melalut ni. .
tapi yg pasti, baby boy sangat comell.rasa nak peluk ciom dia sekarang jugak.
sgt taksabar nak balik kampung.tgk baby boy.dan makan DURIAN.yeyeeeeh.

muka baby ikut ibu ke bapanya?
apa yg best pasal kisah baby boy masa dalam perut ialah...tiap kali si ibu dan bapanya mahu berpisah(perkahwinan jarak jauh.ibu di batu pahat.bapa di pajam). si bapa pasti muntah.taktahu kenapa. terbalikk kan?
mungkin agak pelik.tapi bagi saya,itu agak kelakar.


setia menanti untuk anak buah yg seterusnya. :P

  thank you for reading my entry!!

Sunday, April 3, 2011

lumrah.

assalamualaikum...


apa yang anda rasa betul pasal diri anda,rupanya salah dimata orang lain.
bukan senang nak puaskan hati orang lain.
bukan senang juga nak berbuat baik dgn semua orang.
yes,orang yang dengki memang akan sentiasa nak carik kesalahan kita.
bersabar dan terus berdoa. agar si pendengki itu menemui jalan yg luruss. 


bersamasama si kecil,hilang sume masalah. 
it's no biggie. be yourself and enjoy your  life.


 thank you for reading my entry!!

Tuesday, March 15, 2011

mak,jangan gelakkan saya.

assalamualaikum...


ringtone by alvin and the chipmunk muvie.


emak: assalamualaikum.exam dah abis ke?
wani: dah abes dah.sapa ada kat serting mak?
emak: cik arum dan anakanak nya.kau katmana?
wani: wani kat umah sewa lah ni.napa? nak datang ke?
emak: takde masalah.
wani:  takde masalah ape?nak datang?
emak: mak mainmain jelah
wani: mengada.ingatkan betul lah tadi.emak, semalam wani dah pandai masak ayam kurma tau!!
emak:  hahahaha.hek eleh.senang nak mampus.ada santan.ada serbuk kurma.bawang merah.bawang putih jadi lah.
wani: memang lah.tapi wani baru first time masak ayam kurma,tu yg excited tu.
emak: oklah.ada keje.
wani: ok.byebye.kirim salam sume.assalamualaikum
emak: waalaikumussalam


"hek eleh.senang nak mampus" ohemmAllah.taksangka mak sebegini rock!
mak,tolong lah puji sikit bila wani cakap pasal bab masakmasak ni..
dari masak lemak cili api,singgang,sup,masak kicap,kari dan sekarang masak kurma. mak takpernah puji pon.(ekau ni pon.nak puji camno kan.omak raso masakan ekau pon tak ponah laie kecuali singgang dan yg simplemimple)


agaknya memang sume masakan berkuah tu senang kot kan sampai emak boleh tergelakgelak bila aku cakap aku masak lauk tu.
tahulah mak memang master chef dekat umah tu.takde sapa boleh lawan pon kan.


taknak turun dapur masak lah camni sebab takut masak taksedap.pastu takde sapa nak makan kan.padahal aku memang malas turun dapur pon.iyelah mana taknya.nak tolong mak,tapi mak masak macam lipas kudung.laju sangat.*touching*


wani berani masak kat umahh sewa je sebab kalau masak mesti houssie makan sampai licin.
kalau masak kat umah takut takboleh lawan taste mak pastu tak abes.wani yg kena abiskan sebab takut membazir.pastu wani gemuk sorangsorang.*wani rasa lah*


haswani samilan sentiasa berfikiran bahawa bila akak akak yg tua ada.derang masak lagi sedap.biar derang jelah yang turun dapur.haswani samilan berfikiran kolot.takmaju ke depan.rasanya kalau mainmain dengan anak buah lagi best kot dari turun dapur tolong masak.haswani samilan harus berubah sebab dah nak masuk 20an dan dah ada boipren dan dah nak kawen taklama lagi.haswani samilan gatal.whahahahaha.



 thank you for reading my entry!!

Tuesday, January 25, 2011

apa salah org JAWA macam aku??

assalamualaikum...


  • masa aku kecik.kecik dulu,nama abah aku sangat glemer dlm klgn bebudak sekolah kt johor sekali ng aku..ada je masa free derang nak sakat aku guna nama abah aku..sedih woo bila tiap.tiap hari nama abah ksygn diejek..wak songo..korang tau takk songo tu apa? songo tu = sembilan. tambah pulak mak aku mmg asal dari n9.lagi la menjadi2 derang punya kegembiraan menyakat aku.. ni ada lg,bila derang tahu yg adik beradik aku ada 10 org,boleh pulak derang ckp,"nape tak cukupkan 9org je??" haha..sadis kan?kelakar pulak bila ingat balik mende ni...



  •  lain pulak cerita bila dah naik sekolah menengah ,ejekan tu makin lama makin kurang..bila dah xde,ejekan lain pulak yg dtg...masa aku form1-3 aku kan  bsekolah kat kelantan,masa form4-5 pulak,aku sekolah kat terengganu..masa ni mmg gilerr ahh kena kutuk abes2 ng budak sekolah."bajet kecek luor,padahal ore ulu guo muse jah". takpon, "bolok ah mg ni kecek luar,koya org kay ell"..masa tu sumpah,tatau nak ckp ape dah..takkan la  org JAWA macam aku ni mesti fasih ckp kelantan+terengganu pulak kan??penah la msa aku kat kelantan dulu,bebudak sana tak bg aku kecek kelate sbb "gayo aku kecek bolok,tungge-langge,rosok ke bahaso klate jah". sbb tu masa aku kat trg,aku tak berani la kan nk cakapp dialek kelate+ganu.tapi tu lah,byk kali bgtau yg aku bkn org kelantan pon,derang maseh tak percaya..aku makan tempe.tapi tetiba disuruh makan budu.. ilovebudu.


tapi sekarang lain sudah bila aku dah masok 'universiti', xde dah dgr ejekan mcm kat atas tu dah..mungkin masing2 sudah matang besar panjang dah.. lagipon,sekarang ni susah dah nak bezakan mana satu org kelantan+terengganu.sebab masing2 dah berlumba2 pergi kay ell dan  cakap kay ell..aku pon tak pandai ckp kay ell.pegi kay ell pon boleh kira bape kali setahun..tak berani.takoot sesat.almaklom,org jowo kampung katekan.. =D 

aku bangga ada darah JAWA w/p aku orak ngerti ngomong JOWO.
lagi bangga bila org panggil aku dengan nama penuh aku.HASWANI SAMILAN

p/s: aku dapat idea nak tukis entry ni dari akak gonjeng..tq yawww.

 thank you for reading my entry!!

Wednesday, January 19, 2011

Saya Pelajar UniKL RCMP

assalamualaikum..

hyee oll..hari ni saya nak buat ice breaking bersama BPM.tahu ape tu BPM takk kngkawan?BPM adalah akronim bg  Blog Pilihan Malaysia.. ok.kite mulakan ice breaking kita 5 minit dari sekarang!!!!

nama saya haswani bt samilan.saya sekarang belajar di UniKL RCMP ipoh, perak..mmg tak ramai org tahu pasal Unikl ni.biasanya bila sebut pasal UniKL,masing-masing akan ingat yg UniKL hny berada di KL.salah tu ok.UniKL ni pon byk branch macam Uitm jugak.kalau org ipoh,derang akan lebih mengenali UniKL RCMP ni dengan nama Royal College of Medicine Perak aka Kolej Perubatan diRaja Perak..tapi tu bukan bermaksud hny kerabat diRaja je yg belajar di sini ye.saya pon org kebanyakan yang hina dina  jugak.tapi boleh je belajar kat kolej 'diRaja' ni kan???teeehee..

disini,saya mengambil kursus diploma farmasi.hanya diploma.sbb kat sini takde lagi degree in pharmacy.maybe InsyaAllah,sept 2011 akan bermulanya degree tu..tapi susah woo nak masok degree pharmacy ni.. pointer matrik/diploma/stpm haruslah 3.8 and above..susah kan??macam nak amek medik pon ada dah..almaklom la.pharmacist ni kan orang no dua terpenting slps doktor...

saya stat masok sini pada 03.01.2010..dan akan abes pada bulan satu 2013..lama takk?lama kan?takpe,sabar je la kan haswani samilan...

 

pengalaman manis : byk gilerr! paling best bila dapat tawaran untuk kos diploma farmasi ni even dah tahu akan amik byk masa belajar yg sangat byak.

pengalaman pahit : ouh,saya takmo ingat kisah.kisah menyedihkan itu..tak sanggup yaaww nak refresh balik!!


kami takk cukup sengal~ 

of cosh kami cantik tertarik.. 

we're the happy batch. <3

ok,sesapa yg belajar dekat universiti swasta,meh ler JOIN sekali!!!


thank you for reading my entry!!

Tuesday, January 18, 2011

assignment menimbun bak ikan kembung

assalamualaikum..

betul la org cakap.bila semakin meningkat dewasa,bebanan dan tanggungjawab kita pon semakin berat.
bila dah umur semakin bertambah,kematangan juga semakin meninggi kan?semakin pandai berdikari tanpa bergantung harap pada orang lain seratus peratus..*ouh,ape yg aku sudah melalut ni??takde kaitan lgsg dgn entry ok.




aku sekarang sudah berada di sem 3 tahun kedua di unikl rcmp.sudah menjadi senior dah pon.. kpd adik-adik junior.tapi tolong la jgn panggil aku akak ok.nampak sgt dah tua.. T_T

bila dah sem 3 ni,mmg semakin byk tugasan yg aku kena buat.assignment,research,coursework,presentation. it's quite a lot for me.i need to adjust and follow my schedule very well.Masa Itu Ibarat Pedang. Jika Kita Tak Memotongnya, Maka Ia Akan Memotong Kita...ye,it's hard to believe that i have been change to this person..but that's the truth..haswani skrg sgt jauh berbeza masa di kmpk dulu.kalau dulu,masa sgt byk for watching movie.bangun pagi lewat.pegi kls pon selalu lambat.byk main-main.takde motivasi lgsg..*tapi life kat kmpk paling best!!
 but now,time is money.i need to achieve my wishlist 2011 from now.tolong doakan saya.

nak update blog pon dah tak byk masa sgt.kena curik-curik  pulak tu.ye ke takk?mesti la ye kan.blogwalking apetah lagi.kalau nak ber bw pon,wajib singgah ke blog kak maria awesome.leh release stress kot bila pegi blog dy tu.byk video yg sempoi.sempoi..gilak.gilak.

enjoyy it!!

byk nak cite sebenarnya ni.tapi tggu la bila ada time free ok.jgn rindu aku tau.sbb aku pon sentiasa rindukan tulisan korang!!!




thank you for reading my entry!!

nf