Friday, December 31, 2010

masa untuk azam 2011.

assalamualaikum..


esok.tahun 2011 bakal menjelma.*semakin tua daku.
Di kesempatan ni aku nak ucapkan selamat tahun special untuk para bloggers sekalian.
sudah menjadi tradisi.tiap kali tahun baru menjelma.
kita mesti berebut.rebut untuk merekacipta pelbagai azam baru.
jadi,aku pon takmo la ketinggalan untuk ada azam baru.ye dopp?
w/p azam pada taun 2010 saya tak ingat lgsg.*takde azam barangkali*
tapi aku tetap nak buat wishlist 2011 ini.

wishlist 2011:

  • Berubah utk jadi haswani samilan yg lebih baik.
  • Nak hilangkan perasaan emo terlebih.
  • Kurangkan memerli org.(perli itu mmg kelebihanku)
  • Struggle lebih untuk naikkan pointer.
  • Pointer sem 3&4 harus dapat DL.
  • Nak khatam al-Quran lagi sekali.
  • Takmo tertinggalkan solat fardu.Lebihkan solat sunat.insyaAllah.
  • Nak kurangkan berdating.Lebihkan kasih sayang.
  • Nak selalu balik umah.tolong boss di kedai *bercanggah dgn wishlist 4&5
  • nak selalu update blog.bykkan BE.
  • Nak kurus.less than 44kg.


sila doakan agar wishlist saya termakbul ye.semakin ramai yg berdoa,semakin mudah termakbul itu doa.Selamat tahun baru semua! Semoga tahun 2011 lebih baik dari tahun sebelumnya dan akan datangkan banyak rezeki serta keberkatan untuk kita semua 


thank you for reading my entry!!

hidungku menderita..

assalamualaikum..

selamat pagi bloggers!!wassup guys!!
di pagi yg sejuk tahap gaban bertempat di rumah yg baru semalam diduduki ini di samping 
3budak.budak. kecik yg comel.comel bak puteri salju ini..

aku tersangat la terseksa pada hari ini ye.bukan pada hari ini je.tp pada hari semalam lagi.
bukannya terseksa sbb diseksa seperti rakyat di palestin sana.
tetapi sebab diseksa oleh virus bordetella pertusis yg menyebabkan aku sakit tekak dan mengalami whooping cough.juga mengalami selsema yg teruk.da macam bird flu pon ada ni haa...
asyik.asyik aauuccchum.
penat doe hidung aku ni.

org ckp,bila selsema,mesti kurang selera makan.
tp,yg peliknya,selera makin aku makin bertambah.tambah je.
ouh,makin berat la ini badan.anyway.semoga badanku yg tak berapa sihat ni akan sihat sebelom masok tahun baru.teehee..*padahal esok da masok taun baru da*
tak sanggup la selsema lama.lama.
lagipon selsema ini macam yg paling teruk je yg penah aku kena.
aachuumm.achhumm..(haa..lagik sekali)



aleesya.darwish.zahra


alala.tomei.tomeinya budak kecik ni..


thank you for reading my entry!!

Thursday, December 30, 2010

mood: tired.happening.sengal.

assalamualaikum..

woohooii..Amboi Mak Minah sayang.Mak Minah kaki temberang
Aduh indah.Aduh lawa.Memerangkap diri beta..
Aduh indah.Aduh lawa.Memerangkap diri beta
Air liuh meleleh tak dapat ketageh.Mak Hitam meleteh .

jong jong inai.Mak ipong waja wali
Jong jong inai.Mak ipong waja wali
Sepak tunggul inai.Berdarah ibu kaki

best gilak bila ada ramai budak.budak kecik ni.. 


thank you for reading my entry!!

Wednesday, December 29, 2010

this is a true story.

assalamualaikum..

pabila budak comel loteh jeles tgk mama.papa nya berdua.duan.
mulalah membuat pelbagai taktik utk memisah kan mereka.
adakah kerana si budak comel loteh itu kurang diberi perhatian?
ouh tidak sama sekali.kami sgt memberi kasih syg kepadanya.sampai dia akn menangis bila dipeluk ciom kelemasan dan mintak dilepaskan.

more story aboout this entry?please click here

ketika si comel mengada meminta camera utk mengambil gambarnya sendiri

si comel menangis pabila tidak berjaya mengambil camera

p/s: mahoo pulang ke serting sikalang tuk bjumpa dgn si comel loteh pada mlm nanti. teehee.
thank you for reading my entry!!

Tuesday, December 28, 2010

50O BLOG MENCARI HARTA KARUN : Soalan Bonus ( 2 )

assalamualaikum..





" Sehingga jam 10 malam , berapa banyakkan penyertaan 500 BMHK SOALAN 2 yang diterima oleh BEN ASHAARI ? "
tidak lebih 50 penyertaan.


thank you for reading my entry!!

500 BLOG MENCARI HARTA KARUN : SOALAN ( 2)

assalamualaikum..




SOALAN  ( 2a )

Jika
http://potpetpotpetcoretcoret.blogspot.com + http://piqasweety.blogspot.com = http://www.jzbusinessworld.com

70+104= 174

Jika
234 - http://masammaniskelat.blogspot.com  = Mat Gebu ,

 234 - 215 =19

Bagaimana pula jika
renjerkabloi / http://nohfee.blogspot.com = ?

485 / 5 = 97
97-- http://anisfarhanaaliman.blogspot.com/   anis.farhana

SOALAN ( 2b )
 
Berdasarkan blog ini , http://familymoza.blogspot.com
" Berapa banyak 'handmade wallet' yang telah mama jahit setakat ini. " 
handmade wallet = lebih dari satu pon dikara 'banyak'  kan?

Pendapat anda mengenai soalan 2 ini .. TIDAK KURANG 100 patah perkataan ..

pada pendapat saya,soalan no 2 ni amat deboom kebaaboo la.
mula.mula mmg la xphm ape yg cik ben nak.tp bila teliti pny teliti..penin dan penin.haa tu dia, soalan matematika rupanya.nasib baikla saya ni teror matematik.ecece*kompem saya tipo je tu.padahal, matematik dapat b- masa kat matrik dulu.
bila saya 
 belek sana.belek sini.last.last jumpa jugak jwpnnya.hope betull semua dan dapat markah penuh.soalan ni memerlukan penelitian yg mendalam.mesti susah nak buat soalan ni kan?
w/p agak leceh juga tuk carik jwpnnya,tp amat bagus la sbb bila kita masok blog org  len,secara xlgsg kita akan jd follower blog tersebut dan tinggalkan jejak tgn menaip di blog tersebut serta  dapat berkenalan dgn blogger lain. =) 
dgn cara itu, followers sy pon akan bertambah dgn byknya.hehe.*angan.angan*.amiin.
saya tak harap sgt tuk menang,tp kalau suda rezki saya.alhamdulillah kan.saya terima seadanya.tq cik ben sbb buat soalan ni.

thank you for reading my entry!!

jom stress.

assalamualaikum..
  
ni aku nak bg tips.tips tuk korg hilangkan stress ni.lepas korg da tahu tips.tips ni.bolehla korg stress selalu ye.teehee..

1- tido dgn cukup dan teratur.kurang tido,badan lemah.lebih tido,otak bengap.
2- makan coklat .coklat itu sedap.
3-cintai diri sendiri.bukan cinta dgn bf je xabis2.maafkan kesalahan anda.
4- hisap coklat.coklat sedap bila cair dalam mulut.nyummy.
5- diet yg seimbang dan teratur.kurus salah.gemok pon salah.
6- minum air coklat.aromanya sgt deboomm beb!!!
7- jgn mengharapkan sesuatu yg manusia takboleh ubah.bykkan berdoa.
8- jilat coklat yg cair ditangan.sedap tul.
9- Luangkan waktu untuk diri sendiri. Cari masa dan tempat yg korg boleh mendapatkan ketenangan dan privacy.
10- kunyah coklat.lagi dan lagi.
 semoga anda akan terus stress bila baca tips ni ye. :D
   
i nak coklat cadbury kat atas ni jugak!!!
p/s: ada sesiapa nak bg coklat cadbury kat aku tak??

thank you for reading my entry!!

unikl rcmp: result exam.

assalamualaikum..

 semalam aku g la ipoh.unplanning situation..dalam keadaan kelam kabut.
guess what?
aku btolak dr shah alam dalam kul 9.15pg.dan sampai ke ipoh 2jam stgh berikutnya.
dan aku btolak pulang ke shah alam kul 5.45ptg dan juga sampai 2jam stgh berikutnya.
mmg kelam kabut la.hajat hati mahu pegi  rumah sewa dan kemaskan ape yg patut secepat yg mgkin.
tp tetiba je teringan sal result exam.so,pegi la unikl rcmp jap.
tp,alangkah terkilannya nya aku pabila unikl rcmp tutup.yg ada hanyalah guard.guard yg bertauliah itu.pulang ke rumah sewa dalam muka yg kuciwa.
oke.mmg takde rezki aku utk amik result exam itu. sadis.
takpe.amik time register la jawapnya.
sgt kejar masa semalam.maaf to somebody sbb xdpt jmp lelama.
balik ke shah alam bersama.sama along dgn menaiki bas(first time naik bas dgn dy)
stay di shah alam dalam tempoh seminggu.

p/s: en.kekasih sudah btemu along dan abg bilal.wee.. :D


thank you for reading my entry!!

"Saya Blogger Negeri Sembilan"

assalamualaikum..

da lama xupdate blog.kan?meh la sini baca entry besh saya ni.
saya nak join kategori yg dianjurkan oleh BPM.

nak join jugak? sila klik sini

nama saya haswani bt samilan.nama penuh tu.wajib bangga dgn nama sendiri.
nama manja wani.atau lebih glemer lagi asz.asz ok,bkn ass!!
tp lebih suka if korg panggil haswani samilan..lagi afdal.
status saya lak single but not available bakal berkahwin dalam beberapa taun akan datang..ecece..GATAL!!!

saya tinggal di kg serting ulu.jajahan.ape ek?jempol ke jelebu?ntah,saya kurang pasti..hehe..yg pasti di kg saya tu ada hutan lipur serting ulu ye.dan rumah saya betul2 dihadapan kubur..sumpah xseram langsung di kala malam bulan mengambang!!
kalau nak mandi jeram di hutan lipur tu.datang la kg saya! kg.bukan rumah tau!! teehee...


ouh.harap maaf.tiada gambar yg menarik dilaptop saya buat masa ni.gambar akan di upload kemudian hari.. :)

thank you for reading my entry!!

Saturday, December 11, 2010

TERIMA KASIH

encik ben

  1. peristiwa yg tak dapat aku lupakan berkenaan TERIMA KASIH..
    aku lupa nak ucapkan  terima kasih pada mak abah sbb jaga makan pakai aku selama ni..opps.bukan lupa.selalu ingat.tapi sedikit ego dan malu yg tak dapat dibendung untuk mengungkapkannya pada derang.ye.sememangnya aku hanya berterima kasih pada hari raya je+masa derang bg duit belanja.anak yg jahat kan aku?sob.sob.sedih ouh.sedih.mahu berubah tuk jadi org yg tak lekang dengan ucapan terima kasih..DOAKAN SAYA YE RAKAN.RAKAN.  (:
  2. Bagaimanakah nak menyemai sikap berterima kasih di kalangan kita ?
    mudah sahaja.korang jgn malu.malu nak ucap T.E.R.I.M.A.K.A.S.I.H hatta kat family dan yg tersayang sekalipon.jgn la nak mahal.mahal kan ungkapan ni.padahal ungkapan ni satu ungkapan yg mulia dan buat orang rasa lebih dihargai.
  3. Ucapan terima kasih yang paling ikhlas korang pernah terima dari siapa dan apakah cerita disebalik itu ?
    erm.tatau.hanya ALLAH yang mengetahui..apa yg keluar di mulut tak sama dgn apa yg ada di dalam hati.. (:
    4.  Secara jujur , adakah anda terlupa mengucapkan terima kasih pada seseorang , hari ini ?
    jujurnya.untuk hari ini.saya belum lagi terlupa ucapkan terima kasih kepada seseorang.sbb.sekarang sudah masok hari baru dan saya belum bertemu dengan sesiapa lagi kecuali para bloggers.tq ya. (: 

    thank you for reading my entry!! 

kau memang menyakitkan lah!

assalamualaikum..

*mood  rasa sgt geram mcm nak cium diri sendiri
aku sumpah kau!
kalau kau tak ikut macam ape yg aku nak,kau memang nak kena keroyok hidup.hidup la nanti wahai kertas! ..

aduyai.alangkah dup.dap.dup.dap nya hatiku ini..
seram.macam bakal nampak hantu jek ni..
takoot seyh..korg dak uitm leh la rileks.rileks sbb da tau result final sem korg kan?
tapi aku?masih lagi tercungap.cungap.ok.
first of all,congrates kat korg sbb dapat result yg power lah kan?
tahniah to my cousin, liana muhiddin because you are officially a diploma holder.(bila la time aku kan.risau.) 

sgt berdebar dgn result yg akan menjelma dalam seminggu lagi. 
 i don't think words could describe that.tsssk.
doa.usaha.tawakkal. 
i'm believed that. insyaALLAH.
my readers,please pray for me too. tq (=


thank you for reading my entry!!

Friday, December 10, 2010

sayang,saya nak ikutt.

assalamualaikum..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

kau pergi tanpa aku ikot.jeles!

mood : sedih sbb tak dpt ikot gi indon!

sifat aku sekarang : ngengada dan sengal.


thank you for reading my entry!!

Thursday, December 9, 2010

blog pon nak lari jugak!!

assalamualaikum.

BlogLarian
meh la join BlogLarian  perdana ni yeop dan yong!! moh ler kita lari ramei ramei!!
korg just jawab slogan "saya suka blogwalking kerana..(tak lebih 30 patah perkataan)
saya suka blogwalking kerana..saya nak baca info-info dari blogger lain yg saya sendiri tatau..saya suka sangat blog walking ni.sambil sambil tengok entri orang.bukan setakat tgk ok.baca sekali lah!saya mmg rajin membaca tau.. =) sambil sambil tgk,sambil sambil  baca apa aktiviti derang buat..apa terjadi kdan apa yg berlaku kat tempat derang..saya baca dan amik yang baik untuk dijadikan pengajaran dan yang buruk tu dijadikan langkah berjaga-jaga.jgn contohi.
 oklah.rasanya dah cukup tiga puluh patah perkaataan kan?oke.fullstop!

nak tag:

thank you for reading my entry!!

buatlah.klu tu yg paling bagus.

assalamualaikum..

ohh.rindu nak update blog.
almaklum la skg ni tgh cuti sem.so,blog pon kena cutii jugak la kan.
lagipon,kita kena la memanfaatkan cuti ni dgn sebaiknya kan?(poyo je jek.padahal mkn.tido.mkn.tido)tsssk.

dan giveaway skg ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.(ecece,berperumpamaan plak aku ni kan)
bila GA ni da berleluasa,aku sampai xmenang tgn nak join GA itu.GA ini..
penat woo nak copy paste url.nak tagged blogger sana.blogger sini.
fuhh.tp,join aku tetap join.mane la tau kot2,ada rezki aku dalam berpuluh-puluh GA tu kan?teehee..

satu persoalan di minda aku..ape sebenarnya yg para blogger yg buat GA ni nak??
korg tak payah nak tipoo aku la kan...
paling tak korg nak buat give away ni mesti sbb nak follower korg bertambah ramai kan?(klu aku pon camni wehh.)
sbb tu dlm syarat penyertaan,korg masukkan cmni."mesti menjadi follower blog blablabla"
tp bg yg dah sememangnya ramai follower,mesti korg buat GA ni sbg tanda nak sedekah/hadiah sbg pnghargaan kpd follower-follower yg follow blog korg kan?alhamdulillah.bagus klu begitu.

hah.aku xkesah pon sbb ape korg buat GA tu.
tp yg pasti,biarla adil dan saksama.jgn la sbb korg tak suka blogger tu,korg disqualified dy dari join GA korg.
takpatut.takpatut..rasa mcm nak bg penampar je klu korg buat cmtu ok.tsssk.terpanas ati sudah.

anyway.aku nak smbg join GA yg para blogger buat ni..rugi hoi klu tak join.rezki itu sentiasa ada tau!! =)

p/s: aku pon nak try wat GA gak la.join la wehh.ok?

thank you for reading my entry!!

Tuesday, December 7, 2010

salam maal hijrah

assalamualaikum..

salam maal hijrah kpd sume muslimin dan muslimat.. =)
sekejap je kan da masok taun islam yg baru?ape itu ma'al hijrah?
ma'al hijrah mengikut persepsi saya:
Ma’al Hijrah memerlukan setiap umat Islam berkorban untuk berpindah daripada bentuk negatif yang ada dalam diri mereka kepada bentuk-bentuk positif yang selaras dengan Islam. Berkorban ataupun jihad perlu tersemai di dalam jiwa masyarakat Islam sama ada dari sudut pengertian mahupun sikap.




'Dan berpegang teguhlah kepada Tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu) lalu Allah menyatukan antara hati kamu (hingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Kamu dahulu berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran) lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (melalui Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk hidayat-Nya'
(Ali ‘Imran:103)


akhir sekali...

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan


thank you for reading my entry!!

Saturday, December 4, 2010

Blog oh Blog !!

assalamualaikum..

blog en.ben =)


en.ben buat segmen lagikk.segmen ni memerlukan kita menjawab sume pertanyaan en.ben..
dibawah ini adalahh jwpn bg sume soalan dari segmen en.ben itu..
jom la join skali..


 Usia anda berblog ..
sudah hampir 2taun.tp baru aktif dalam beberapa bulan.kesian kan.

Sapa mempengaruhi anda untuk membuat blog
kengkawan dan my siblings.

Perkara pertama yang timbul dalam kepala bila mendengar perkataan blog
diari yg memerlukan kita online untuk menulisnya.

Mereka yang menjadi sumber inspirasi anda dalam dunia blog ..
kengkawan.others blogger+en.ben


Bagaimana anda nak terangkan mengenai blog pada rakan anda yang buta IT
blog sama macam diari.tapi lebih tepat lagi klu digelar "open diary".sbb diari online leh boleh dibaca oleh org lain.


Dalam 100 patah perkataan , Apakah blog mampu mempengaruhi kehidupan seharian anda ?
ya.blog sgt mampu mempengaruhi saya .kerana.tiap kali ada time free and ditambah pula ng ada internet.sy mesti menjengah blog saya w/p sekejap.saya juga mampu xbuat kerja lain semata-mata menghadap blog saya ataupon blogwalking ke blog org lain.w/p ianya nampak macam membuang masa.tp sebenarnya tidak sama sekali.dgn berblog,saya sgt berpuas hati meluahkan segala aktiviti saya.opps,bukan segala,tp hny sebahagian aktiviti yg saya boleh publishkan untuk perkongsian kita bersama-sama. prinsip "freedom of speech" di blog sgt saya gunakan dgn sebaik-baiknya tanpa membabitkan sebarang isu sensitif..dan pabila melihat blog kita cantik.menarik.kau mmg deboom.ditambah pulak dgn pujian2 yg melambung tinggi.cheewah.lagi la semangat untuk update blog..


thank you for reading my entry!!

Thursday, November 25, 2010

BE!!! tq nuffnang!!!

assalamualaikum..

saya sgt excited la skg ni..
hoho..saya bukan over excited..
cuma terlampau excited je!!
*sila cubit saya tuk sedarkan saya ye kawan2..


nuffnang kali ni ditaja khas oleh...
byk la...baca la sendiri ye..
:D

suka bila tgk angka di atas ni..hehe

thank you for reading my entry!!

miss u so much dear~

assalamualaikum..

syg,sihatkah anda?
suda lama kan kita tarak bersua muka ..
rindukah anda sama sy wahai kesayangan??
sumpah!! tu suma bukannya kehendak saya..
sy mmg insan yg tak bersalah..
bukan salah saya sbb mengabaikan anda..
bukan salah saya la..percayalah!!
saya sgt syg akan anda..
ni suma si maxis dan si celcom punya pasal..
salah kan dy..
syg,tny la si maxis dan si celcom ngape di kg saya dy xletak line?
padahal kg saya bukan la hulu sgt pon mcm masa saya duduk gua musang dahulu..
tp,kenapa si maxis dan si celcom xbersimpati dgn penduduk kg saya(lebih tepat lagi ialah saya) yg sgt memerlukan kemudahan dihujung jari ini....
saya tak dpt mengaktifkan anda wahai blog kesayangan..
saya juga tak dapat buat assignment saya..
amat susah kehidupa saya di sini tanpa line si maxis and si celcom..
syg,harap anda akan paham saya..
saya harap syg phm bhwasanya saya amat susah untuk berhubung sama syg buat masa skrg..
maafkan saya...

thank you for reading my entry!!

Tuesday, November 16, 2010

GiveAway Semperna anniversary Blog

assalamualaikum..


comel kan banner kat atas ni??
GA ni from  blog cik warnida..
jom.jom.jom join GA ni skg!
banner comel,mesti hadiah pon comel jugak kan?
hehe..

saya tag:

1.SC


thank you for reading my entry!!

tatau nak post ape ye.

assalamualaikum..

skg ni saya mmg addicted nak update blog..
nakk up traffic n nak tambah BE.
tp..aiiish,saya tatau la nak update ape kat blog ni..

td petang,rasanya idea sgt mencurah-curah sampai leh cecah 3 4 post dgn tajuk yg berlainan..
tp,bila da stat nak update ini blog,

mula la idea tu lari jauh-jauh xmo datang kat aku dah..
ouh,sedih...sobsobsob..
sila la dtg kepadaku wahai idea yg terchenta..
sila lah,,saya mahoo post manyak entry tuk up traffic saya..
sila tolong saya wahai idea~

thank you for reading my entry!!

Monday, November 15, 2010

bila si pregnant women meminta..

assalamualaikum..

td before balik serting,
i singgah sebentar ke jj ipoh sbb abh da panas perot nak makan.
hehe.bkn abah sorg je yg panas perot..me olso..dari pagi xmkn beb.
so,orderla nasi ayam yg xbape nak sedap kt food court tu..

then my sis call n pesan nak cadbury black forest.
dy pesan lagi,nak yg besar punya and dy xmo share ng org lain..
huh..sgt kedekut lorh dy tu..
myb penangan pembawa budak la kot kan?
ngidam itu ini..ngengada sana sini..
haiiish..
so,i pon beli la cadbury black forest and cadbury french vanilla..
dua-dua yg besar punya la.
satu tuk mak budak.
satu tuk i lahap sorg2 dalam keta ..nyumnyumnyummii!!!
saya lagi tamak dari mak budak tu kan??
no la...i'm very kind person la..
i kongsi ngan abh i.tp i mkn lebih la kan...
ye la,penat kott dok dlm keta ni xbuat pape..hehe
ok.now,da kat s.alam..kiterang nak balik serting dulu tuk amek emak and adik-adik..
esok baru pulang beraya kat banting..
babai olls..take care.. 

i nak coklat cadbury kat atas ni jugak!!!
thank you for reading my entry!!

selamat bercuti.selamat berhari raya.selamat berkorban

assalamualaikum..


well,hari ni merupakan hari last saya di bandar ipoh "terchenta" ini.
sobsobsob(tangisan ini hanya pura2 ok)
maksud saya disini,ini hari last saya untuk tahun 2010 la..
taun depan,saya maseh perlu ke sini juga.. :'(

utk pengetahuan sume,ptg ini saya akan bertolak ke kg saya di banting.
klu dahulu,emang nya...org kurang jelas di mana letaknya banting ini..
tp,sejak berlaku kes pembunuhan sosilawati,
banting semakin popular dlm klgn rakyat malaysia nmpkny.
ok.xmo cerita pasal ni.fullstop.
selamat bercuti ye wahai rakan-rakan..

seperti yg saya katakan,
taun ni saya akan menyambut aidil adha di banting ye..
erm..setelah beberapa taun xmenyambut raya disana.
agak rindu jugak la rasanya..
plus,taun ni abah saya nak wat korban.
mesti lagi besh tgk lembu disembelih kan?
best atau takk?kita tgk je gmba yg akan diupload nanti ye?
selamat berhari raya dan selamat berkorban juga ye kawan-kawan..

p/s: i'll miss my blog..emmuahh

thank you for reading my entry!!

Sunday, November 14, 2010

Jom Berkenalan : Khas buat blogger baru

assalamualaikum..


 en ben sangat rajin buat segmen ni tuk para blogger
sgt beruntung klu  u oll join segmen ni loe..
percaya tak percaya?
saya nasihatkan,sila join SEKARANG oke!!!

thank you for reading my entry!!

Friday, November 12, 2010

sape nak pakai baju cantik sila baca entry ni!!!!

assalamualaikum..


disini saya mengisytiharkan bahawasanya  jeng.jeng.jeng.
saya nak promote satu  kedai online yg sgt besh kat bloggers and followers sekalian..
siyes..besh!!
kalau xcaye,tgk ----> sini

pomot blog saya dulu.. :)
 Koleksi Irfa Hanna adalah sebahagian daripada Syarikat Irfa Enterprise yang membuat penjualan fabrik, kain pasang, pakaian muslimah, tudung, selendang serta manik pakaian yang beroperasi di pekan Slim River Perak (Kedai) dan juga di Kalumpang, Hulu Selangor (Rumah).

Koleksi Irfa Hanna juga menawarkan barangan yang terkini serta menarik bagi kaum wanita dengan harga yang paling berpatutan di pasaran online dan juga pasaran luar. 


klu dulu Koleksi Irfa Hanna hny ada FB,sekarang da ada BLOGSHOP juga..
singgah la .mmg collection kain pasang yg superb boleh didapati kat sini..
jgn malas tuk cantik ye kengkawan.. :)

thank you for reading my entry!!

nf