Monday, November 19, 2012

Just for You,Emak

assalamualaikum...

Aku lately ni kan,tatau kenapa. Rasa macam ada satu naluri ni tau. Yang tak dapat nak diungkap dengan kata-kata, Ecece. Sebenarnya, aku dah mula terminat sangat bab jahit-menjahit ni. Sampai pernah berangan nak jadi designer dan bukak butik sendiri pon ada tau. Tapi tu lah, aku ni dah la jenis berangan-angan MatJenin.Memikirkan masa depan katakan. Bakat pon tak seberapa. Kreatif tu apetah lagi.Ntah kan boleh,ntahkan tidak.

Aku ponn pernah ckp dgn encik bf, nanti bila aku dah keje dan ada jawatan setaraf U41,kalau ada rezeki dan duit lebih nak bukak butik bolehh? hehehe. Ala,setakat bukak butik atas nama aku je lah. Tapi yg manage orang lain. muehehe. Alahai wani, dah la pemalas. Ada hati nak buat  dua kerja dalam satu masa. 

Pastu daripada aku duk verangan terover-over,baik aku proceed dgn hobby aku tu. Aku pon pernah tulis dalam entry pasal  hobby ni jugak kot dulu.

Hasil daripada kekreatifan aku yg kreatif tahap tercorot ni,terhasillah satu kerja seni yg tak berapa halus seperti di bawah. Any comment?


Manik Tabur gabungan Sejajar beserta Pearl

Alahai,aku ni sebenarnya bukan apa sangat. Aku teringin la kan nak ada baju lip lap lip lap. Tapi taknak la beli baju baru. Pastu bila aku nak tempah kat orang,alamak aii.Survey harga tanya tukang jahit sana sini. Mahal la pulak utk orang macam aku ni. Pastu aku pon decide la nak beli manik dan jahit sendiri kat baju aku. First baju yg aku jahit pernah la dapat pujian dari ex houssie kat Ipoh dulu; Miss Anith Adila. Then....second,third,fourth,fifth baju yg aku dah jahit tu, tak pernah pulak aku pakai. Sebab aku baru je siap jahit pearl and poodle flower sebelum raya haji haritu. Aku ingatkan kat Penang ni xde lah kan jemputan kahwen apa sume tu,jadi aku tinggalkan lah kat Serting kg terchenta tu. Rupanya samapai tiga kot majlis kahwen tu. Rugi. Rugi baju yg aku jahit tu xleh nak nunjuk. =P

Aku kalau boleh mmg lahh nak belajar menjahit. tak payah pi kelas pon takpe,belajar dgn mak aku je sudah. Aku siap dah beli kain ela kot utk belajar dengan mak aku. Tapi, mak busy uruskan uwan.Mesti penat. Tak sampai hati pulak suh mak ajar. Takpe, bulan 12 dah officially jadi penganggur. Mesti boleh belaja kan.OK. Next.

Baju putih yg bermanik kat atas ni sebenarnya baju mak aku. Aku lah yg beriya-iya offer kat mak nak jahitkan manik kat baju dia.

Wani: Mak,nak tak wani jahitkan manik kat baju mak?

Mak: Rajin la pulak kau. Baju yg mana kau nak jahit?

Wani: Ntah. Baju mak la. Yang plain punya ke. (Mak aku sbnrnya ada banyak sgt baju plain la hooi)

Mak: Berlambak mak punya baju kain kosong. Jahitlah sume.

Wani : Tak larat wani. sigh *selongkar almari mak* Makkkkk,wani amik baju putih mak yg angah ngan kaksu belikan ni eh? Bolehla.Bolehla.

Mak: Suka hati la kau wani. Macam cantik je jahit. Lain la kalau letak mutiara Sabah tu.Haha

Wani: Mahal la baju mak nanti. Takpe.Tengokla nanti. Wani jahit kaler orang muda sampai mak malu nak pakai. Bhahaha - THE END.

Tapi sorry lah mak,wani mmg tak kreatif pon.Takde idea sebenarnya nak jahit camna hujung lengan baju mak ni. Pastu mood jahit wani kejap ada,kejap takde. Ni jelah yg wani termampu buat. Nak jahit bahagian hujung baju macam malas la pulak. hehe.  Harap mak sudi dan tak malu pakai baju yg wani dah rosakkan ni ye.

Kira OK lah kan,kalau tempah kat orang ni dah RM50 dah utk dua hujung tangan je. Padahal kalau wani jahitkan. Free Of Charge mak. Siap ada Pearl lagi. Paling penting penuh dengan kasih sayang lagi jahitan wani tu. xoxo

p/s: update last nov,sebab esok nak terminate broadband.

thank you for reading my entry!!

Saturday, November 17, 2012

Bakteria semakin kebal dan puncanya.

assalamualaikum...

Malam tadi aku ber-overnight di HSJ sambil menemani Kak Gee dan Puan Baiti berkerja malam di sana. Aku langsung tak membantu pon sbb aku lupa di mana letaknya kedudukan ubat-ubatan di OutPatient Department(OPD). Almaklum hampir 1sem jugak la aku meninggalkn OPD tu.

Sebelum ke HSJ,aku request la kt KD(Trainee UiTM) supaya singgah sat kat warung bawah pokok(kat sini makanannya super sedap dah murah!) berhampiran HSJ sbb aku sgt laparr malam tu. Dalam kepala duk terngiang-ngiang mi bandung yang wallaweh.sodap botul ceq habaq ang. Tapi malangnya,dah abes dan yg tinggal hny nasi goreng je. Arggh,kecewa sangatsangat. Abes lah diet nasi aku selama 1week ni.Tak dapat nk masukkan dlm Haswani's Book of Records. Sobbs.


Aku menghabiskan masa di OPD dgn tgk movie Awek Aku Pontianak dan Ice Age siri first. Gila la wani,movie tu dah lama kot,baru skg nak tgk. I layan Korean movie je. #ehh?

Pastu kan,ada sepasang veteren India ni bg la slip yg tertulis, "C.Amoxycillin 500mg tds x 5/7"
Padahal sblm tu dy dah amik ubat Pottassium Citrate mixture. Pastu dy dengan sukarela hatinya duk bercerita la yg dy mmg request antibiotik tu dari doc. Mulamula doc takmo bagi, tapi sbb dy mintak dan mintak jugak,akhirnya doc tu prescribed la jugak. Untuk Dia. Hey! Untuk Dia. Hey! *eh,tetiba pulak ternyanyi lagu Najuwa Latip,Apekes wani? Dia habaq yg dy ada sinus yg kejap datang,kejap hilang. Bila sinus tu menyerang, makan ubat lain tak menjadi tau. Tapi bila makan 2biji capsule Amoxy ni,sinus dy terus hilang,pastu dy simpan Amoxy tu tanpa habiskannya. Fully Registered Pharmacy(FRP) yg bkerja saat tu tak dapat buat apaapa la sbb kita ada piagam yang 'Customers always right' biarpon salah pon kan. Lagipon veteren India tu mmg confident je tahu pasak Amoxy tu kan,sampai doc pon leh give up dekat derang.

Tapi,mmg mentaliti orang kita camtu dan kebanyakan meeka ni tatau function of antibiotic itu sendiri. Memang ramai pon yg kalau deman dan selsema je,bila jmp doc,mesti doc tu bagi antibiotik. Kalau tak bagi pon,patient tu sendiri yg akan mintak. Kalau mintak takpe,tapi yg tak habiskan antibiotik tu pulak satu hal. 'Please complete the course'. Sebab apa kena habiskan antibiotik tu? Sebab,bila kita dah sihat wpun tak habiskan antibiotik tu, bakteria tu masih tak terbunuh sepenuhnya tau. Resistance of the antibiotic will occur.
Antibiotic resistance is the ability of a microorganism to withstand the effects of an antibiotic. If the patient still take the same antibiotic to treat the other disease, it doesn't work! 

Ingat lagi masa join Continuing Medical Education (CME) dekat KKSJ, presenter tu ada cakap,bila baby 2bulan demam, da start bagi cloxa dan resistance,  bila dah 10 tahun pulak bagi penicillin juga turut resistance,dah tu bila umor dah 26tahun,nak amik apa lagi? Vancomycin? 

Sebenarnya, bila dah start amik antibiotik ni,kita kena strict sikit. Macam aku jugak dulu sblm belajar bidang ni. Aku ni bukan yang jenis suka telan ubat tau. Dulu bila demam,doctor bagi Panadol, Antibiotik,etc, aku cuma amik sebiji sehari je. bila agak agak dah sihat sikit. Tinggal terus. Bila demam lagi, tak jumpa doc dah,makan je ubat yg aritu. Ntah dah expired ntah tak,lantak je. Tulah pentingnya education of taking medicine.

Lastly,aku nak bgtahu lah sikit cara nak amik antibiotik ni:
  • Baca,faham,patuhi arahan dan ambil ikut dos dan masa yg telah ditetapkan.
  • Makesure cara pengambilan antibotik tu betul sbb setiap antibiotik ada cara mkn yg berlainan(eg: cloxacillin diambil 4xsehari sebelum mkn manakala amoxycillin diambil 3x sehari selepas mkn)
  • Habiskan semua antibiotik wpun rasa dah sihat
  • Jangan gandakn dos wpun terlupa ambil dos sebelum tu

Rasa macam tak lengkap pulak entry kalau takde gambar kan? meh nak tepek satu gambar webcam kami. Kak Gee sangat eksited time ni. Dan gambar diambil menggunakan kamera DSLR laptop Kak Gee ye.hihi.
Dari kiri: Najwa,Kak Gee,KD and me!

Okey lah, malam tadi aku stat tido dari pukul 5.30-6.30pagi je. Tu pon kat kerusi panjang depan pintu masuk OPD. Sakit leher okey walaupon tidur nyenyak dan dalam kesojukan econditioner tu. Sekarang izinkan patik beradu sebentar ya. Agakagak azan Zuhor nanti patik bangun le. =P



thank you for reading my entry!!

Thursday, November 15, 2012

The Weddings!

assalamualaikum...

Aku ni sangat suka attend majlis kahwen orang.  Masa kecik dulu,pantang parents ajak pi kenduri,mesti nak ikut. Aku rasa best sangat kalau dapat pi majlis camni. Ye,aku sangat suka suasana kat sesebuah majlis kahwen. Makan,dapat doorgift,salam dgn tuan rumah dan pengantin,bergambar. Ahh,i really love it.

Lagipula,sejak aku amik diploma selama 3years ni,dah jarang sangat lah pakai baju kurung. So,masa kat tempat camni ah aku nak melaram berbaju kurung dan bertudung match colour dgn baju pom.hehe.

10.11.12.
Sapa yg kahwen pada tarikh ni mmg beruntung la.Bukan nya tarikh lain tak untung,tapi,tarikh ni cantik,lagi senang ingat. Ye dok? Pada tarikh ni salah sorang staff kat Klinik Kesihatan Seberang Jaya(KKSJ) berkesempatan adakan jamuan kahwen nya dekat Kepala Batas.  Bestnya. Dah la berkonvoi reramai dengan staff dan trainee yg samasama berpraktikal kat KKSJ. Makanan pun sedapsedap. Aku lepas makan nasi hujan panas,boleh lagi tembah laksa semangkuk. Alah,bukannya melantak pon.Tapi saja nak merasa laksa kat kenduri kawen ni. =P


Abang Mael dan Kak Fiza. Sepadan betul tgk derang ni. Tapi kesian,time ni Bang Mael matanya sepet sebelah. Kena gigit serangga ke kena gigit bini? haha. Derang nikah pada 31 Ogos lepas.kiranya 2bulan jugaklah sebelum hari kenduri. Dahla tarikh sanding best.Tarikh nikah pon best kan.Pandai pilih tarikh betul derang ni. Masa ni Kak Fiza dah berbadan dua tau.  Naik pelamin bertiga lah derang ni haritu... =)
 

Ini adalah staff KKSJ. Kak Yati, Miss Ooi dan Kak Bong. Miss Ooi happy gila bila makan kuih seri muka kat majlis ni.Asyikasyik sebut sedap dan sumbat kuih ke dalam mulut. Comel betey.

Kami, para trainee yg berpraktikal samasama masa kat KKSJ dulu. Yeah,kami bersatu utk attend wedding Bang Mael.teruja tak bang tengok kami suma datang? ahha.

Masa ni dah nak balik dah. Ingat nak bergambar dgn pengantin. Tapi iolls segan uolls. Macam aku sorang je yg beriya. Tak malu kau,wani. Tapi takpa lah,ta dapat mengcapture kenangan indah dgn Si Bride and Groom, dengan Kak Yati pom jadilah. 


11.11.12
Esokkannya pulak attend wedding Kak Fatihah,juga PRP dekat KKSJ. Yeah, looks like we've a good relationship with the staffs at KKSJ. Padahal kiterang praktikal kat sana 2bulan je kot. Alhamdulillah. Bila kat wedding Kak Teah ni kan rasa macam attend wedding dekat Indonesia je tau. The dress was imported directly from Indonesia bcause her MIL was an Indonesian. Cantik! Btw, Her handbouquet is DIY by herself. So creative haa.

Sekali pandang terus nampak macam cara orang Indon kawen kan? Lepas attend wedding ni aku g lepak kat Sunway dgn Hazwani dan Najwa tau. Pastu jumpa pulak dgn bf aku. Paling menyayat hati pabila encik bf kata baju aku macam baju sekolah. ouch. Ye,mmg baju wani ni baju pustakawan sekolah pon.Thank you so much syg. *Nada perli. Touching.


Ni Kak Teah masa majlis belah perempuan kat Chemor,Perak. Aku pon pi jugak masa ni. Comel je kan pasangan ni. awww.
 
Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khaiir
Semoga diberkati oleh Allah bagi kamu berdua dan diberkati atas kamu berdua dan menghimpunkan kamu berdua dalam kebajikan.
 
Baru- baru ni my cousin pon ada yg kahwin kat Shah Alam.Tapi aku tak datang. sobbs
Kenapalah Penang ni jauh sangat haaaaa? Tak suka betul. Adik sulung perempuan encik bf pon selamat mendirikan masjid jugak 1 September lalu. Tapi aku tak update pon kat sini sbb ta de semangat nak menaip.Sadis betul. Takpe.next entry aku update ye. Bye

  thank you for reading my entry!!

Wednesday, November 7, 2012

Heaven in Seoul. As in Seoul Garden.

assalamualaikum...

Nomnomnom.
Hari ni ganti nama Kami menggantikan penggunaan Aku.

Lately ni kerap sangat nak update belog. Tatau kenapa. Mgkin sbb belog dah semakin comel dan menawan. Secomel scar yg ada kat muka kami ni. Aik,scar pon comel ke? Hodoh oke.tssk

Petang tadi kan,kami dan trainee farmasi dan beberapa org Provisional Registered Pharmacist (PRP) yg dah nak floating
plan nak pi makan cendol kat kedai cendol di depat apartment Casa Prima yg berhampiran hospital. Unfortunately, it's raining and the cendol stall was close. Tapi reason stall tu tutup bukan sbb hujan.Tapi kemungkinan besar sbb student Uitm tgh bercuti sem. Tapi kenapa pulak nak tutup kan,walaupun regular customer dah berkurang,korang masih ada customer lain macam kami ni. I iz dissappointed. I want a cendol pulut jagung.arggh.sodap lak ai.terliur botul kami.

So one of the PRP decide she wanna treat all of us char kuey teow Adam,Permatang Pauh Penang.  It's nyummy,delicious and i feel like i want to order some more. But my desire tell me, "wani,control.control. Berat semakin bertambah. Kang baju apa sume jadi fit.Ehm. Food and me actually a bff. Jangan jeles.



Ada satu kisah. Kisah ni pon pasai makan jugak na. Alkisah petang tadi sorang PRP yg lain bagila kat kami gambar masa kami hangout ramai-ramai Sabtu lalu. Hangout ke mana? Haruslah ke Seoul kan. Hikhik. Demand. Nak Korea je kan. Seoul Garden je la. Nak ke Korea sebenar tak mampu.

Sememangnya kami dah lama nak plan pi makan kat sini.Sejak sem lepas lagi. Tapi kali ini baru berkesempatan. Kami pergi berlima. Dua lelaki macho dan hensem. Serta tiga gadis idaman. Idaman bakal suami kami la.Bukan idaman malaya pon. Hehe.

Gambar takdak la banyak mana sbb kami lebih pentingkan makan. Setakat bergambar posing ayu tu kami takdak hal. Papapun, makan dulu sbb itu lebih penting. Tapi kami masih mengamalkan makan untuk hidup eh. Bukannya hidup untuk makan.

Dua dua jejaka ni sudah berpunya.jangan kacau. Ini satu amaran.
 
 
See,tengok muka kami pon dah tahu kami je yang lahap.
 
 
Sapa nak si cantiks sebelah kami ni. sila isi borang cepat.

Location Seoul Garden yang kami pi ni adalah di Gurney Plaza. Hajatnya nak pi dekat Autocity je.Tapi kat sana taksure ada sijil halal JAKIM atau tak. Act, ini adalah kali kedua kami pergi makan kat sana. First time pergi sem lepas,dengan classmate kami yg comel comel. Harga makan kat sini berbeza pada weekdays dan weekend.
You can see the pricing here.



Kat bawah ni pulak adalah gambar yg kami amik masa pi makan di tempat yg sama juga. Tetapi dengan orang yg berlainan. Masa first ni mmg kami makan sungguh sungguh la. Tapi bila pergi kali yg kedua,kami melantak aneka daging je. I love lamb and beef a lot! Ayam tolak tepi.

Tengok gambar je lah. Kami tatau nak describe gambar yg dah lama. ;P

The Food.

Tgk cili yg kami amik tu pon dah tahu sapa yg pelahap.
 
My classmate. She's cute kan?
 

Nak bergambar pon makanan masih penuh mulut.wani.wani.
 
My classmate.My Bff.My driver. ;P

Yes, I really love food verymuch. Kami mmg kuat makan lagilagi bila buffet makan sampai kenyang camni. Sayangnya boyfren kami jenis yg cepat kenyang. Rugi kalau makan buffet. Rugi utk dia jela.untuk kami tak rugi. Sbb kami mmg jenis yg lambat kenyang kalau tak minum air. Dia pulak jenis yg kuat minum air.Jadi kami hanya akan pergi buffet camni kalau dengan kawankawan ja.


Teringin jugak nak belanja adik bongsu dan parents kami makan kat sini. Tapi tahu dah abah akan kata apa. 'Baik buat steamboat kat rumah.Jimat.' Takpa lah,bawak adik je sudah.Tapi make sure result SPM harus excellent tau dik.Plus,kena makan banyak. Kalau tak mmg aku takmo bawak kau.

Walaupun mahal,tapi worth it la sbb sedap dan kami mmg makan banyak. Lagipun bukan selalu. sekali satu sem je. Kalau tahu siblings kami ni,mahu kena bahan bila balik kampung nanti.Tebalkan telinga jela dan sumbat putik kapas.

K.bye


thank you for reading my entry!!

Tuesday, November 6, 2012

i izz sad.help me.

assalamualaikum...

Alopecia.Do you know what is alopecia? Based on wikipedia,the meaning of alopecia is a loss of hair from the head or body. In malay word is rambut gugur,atau keguguran rambut mahupun rambut semakin menipis.

When i've tell my friends about my alopecia problems,they just said itu normal wani.  A long long time ago(bajet dah tua sangat kan sampai rambut gugur),it's also normal to me,but now it's became a disaster. Yeah, average person normally loses 50-120 hairs a day. Tapi hampir 120 helai rambut yang gugur per day macam dah jadi perkara biasa bagi aku. My hair now iz weird. why.why.why.

 Lately,I also always finding loose strands of my hair everywhere. Floor. Bathroom. Bed. Everywhere. Even at my practical place. Malunyaaa bila classmate lelaki tegur sehelai rambut yg gugur yg terkeluar dari tudung tadi. tapi as usual lah,mestilah aku buat macam takda perasaan kan.


My beautiful housemate tell me that nutritional deficiencies can contribute to increased hair shedding .

Fakta: Kandungan protein, vitamin & mineral yang tidak mencukupi selalu mengalami masalah rambut gugur dan botak.
But, i've take vitamin C, E and zinc complex kot.dan lagi satu virgin coconut oil (vco)by catalyst.takkan tu masih tak cukup?
Haiiya.i think my hair  really need vitamin and supplement only special for haircare.supplement apa eyh? Tapiiiii zinc tu mmg dah elok untuk rambut kan. Tsssk. Any suggestion and opinion?

Dear my hair,plez tell me....Tell me what i need to take and to make sure i'll get my hair long,thick,strength and shiny?ouh. i really need to know. Maybe i should take more green vegetables in my diet. Sayur hijau tu mmg penting kan utk dapatkan rambut yg sihat?


Tadi ada pharmacist kat hospital( he also have alopecia.not really.actually he've thin hair.) yg cakap dy amik Minoxidil tablet dan kesannya,rambutnya kembali tumbuh. Then, i've open MIMS,see the indication and side effect.Terkejut bila tahu ubat tu ubat cardiovascular kot. Takde pulak indication dan side effect dy pasal hair grow. pasal  breast tenderness  and decrease in desire or sexual ability adalah. Pastu I google la pulak.Wujud rupanya Minoxidil topical solution 2% ni. Tapi malangnya side effectnya tetap sama. sobbs


camna nak dapatkan rambut camni.



kalau sehari gugur lebih daripada ini.
Sometimes i also think that i've hidden disease that cause my shedding. I iz scare. Nauzubillah.
I also know,shedding will stop on its own. I also know there are things i can do to stop my hair shedding faster..Maybe by taking garlic supplement by Shaklee  can stop hair shedding.
Who knows? I just need to wait and bersabar.sabar.sabar......



thank you for reading my entry!!


Sunday, November 4, 2012

BERTUKAR

assalamualaikum...

first sekali.nak tanya.comell tak belog i ni? comell takkkk.
mestilah comel kan.hikhik.ala,bagilah chance aku nak rasa comel comel pulak.macam best je.hikhik

ni kali ketiga rasanya aku upgrade belog aku.yeah,tapi wajah yg baru ni yg paling best.yess.best sangatsangat.dan aku rasakan bahawasanya para designer blog yg design blog aku ni sgt talented walaupon masih muda.

semestinya,korang mmg pandai cari side income dgn bakat yg korang miliki.syabas..dan tak siasia aku berpenat lelah usha korang kat google dan belog lain.thanks dearie.

lepas ni,aku janji.bukan janji sebarang janji.dan aku mmg berjanji.aku janji nak selalu update belog.paling kurang pon once a week.ye.tu janji aku. haha.bape banyak janji la daaaa.

Thankyou so much Fatimah Azzahrah dan Fatin Fadhilah.

 *kulit muka aku pulak bila la nk bertukar ni.nak jugak kulit muka yg flawless. tssk


taknak pandang camera sbb muka tak flawless.

  thank you for reading my entry!!

Sunday, October 21, 2012

i, i have new hobby.

assalamualaikum...  

new hobby?







tunggu,nanti i update k?
 lepas raya.alah,lepas raya haji je.. teehee


thank you for reading my entry!!

Saturday, August 25, 2012

Hari-Hari Hari Raya. 2012

assalamualaikum...

Hye. Pertama sekali diucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca,para blogger,para muslimin dan muslimat sekalian.

Macam tahuntahun sudah,tahun ni wani beraya di Kg Serting Ulu tau. Sambutan kat kg ni agak meriah.Tapi bagi kami sekeluarga,kami hanya menyambutnya secara sederhana. Uwan Esah atau lebih dikenali sbg Uwan Dulu oleh kami sekeluarga telah pergi menghadap Ilahi pada Hari Raya Pertama-pukul 7.10 petang kerana mengidap kanser kelenjar setelah dua bulan terlantar sakit. Beliau adalah adik kpd Uwan kami. Mungkin pemergiannya adalah yg terbaik untuknya. Amiin. :: AL-FATIHAH.

Berikut adalah gambar yg sempat diambil pada 1st Syawal. Lokasi pengembaraan di kawasan rumah cik mail ye.Harap maklum.

 
our siblings + Cik Mail's family

siblings
Tahun  ni bersatu Syawal tanpa si budak nakal izzul dan zahra. Zahra beraya di BP kerana papanya masih bertugas di pagi raya. Manakala si Izzul pula beraya seminggu di Kelantan. Memang xdpt jmp izzul raya ni. Rindu.

Dalam gambar raya pula tiada gambar emak dan abah.di mana silapnya,mereka balik awal ke rumah  kerana uwan tiada siapa yg jaga.Jadi emak dan abah berkorban agar gambar diorang tak diambil. Tskk.

Tapi,bila review balik gambar raya,abah bisingbising tanya knp dan mengapa gambar dia takda. =.='
Abah ni mmg nak kena tau.grrr.

Abah,nah gambar raya dari anakmu,Wani yg nyata jelita ni. *eceh,perasan.
Mempersembahkan Abah, dengan baju rayanya, kemeja bercorak batik yg diimport khas dari Sumatera Barat,Indonesia. Abah,back to basic ya bah? Rendu kg halaman la tu siap pakai baju design negara datuk nenek moyang.hihi

l
satusatu nya gambar bersamasama abah tercinta.

 Done update about syawal.see you soon.tadaa. and again, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin dari Haswani Samilan yg jauh di perantauan. 
 ;)

thank you for reading my entry!!

Thursday, July 12, 2012

Manisnya merokok macam bercinta.

assalamualaikum..



Cust: 'Adiik, Dunhill Lite satu'. 
Aku: 'Baik, Terima kasih'(Pandang si cust dgn sebelah mata)

Cust: 'Akak, dunhill sebatang berapa ringgit?' 
Aku: 'Maaf, sebatang takjual dik.Sapa yg nak beli dik?'
Cust:'Atok saya yang nak'. (Penipu.macam aku tatau kau yang nak beli kan..grr)
Cust: 'Yong, taknak Dunhill cap  baby. nak cap kaki.'
Aku: Kenapa taknak yg gambar baby? takut ke? (dengan nada menyindir).

Cust: 'Dik,Marlboro Ice dua kotak'. 
Aku: 'Maaf,Marlboro Ice habes.Banyaknya merokok. Sehari suploh batang ke?'
Cust: 'Tak,sehari sekotak'
Aku: (Istighfar) Berhentilah....
Cust: (Teruja) 'Awaklah perempuan first yg cakap camtu dekat saya'
 Aku: 'Baguslah.Kalau camtu berhentilah.'
Cust: Ermm. (Berfikir) Demi awak,saya berusaha(Nada gurau)

Berikut diatas adalah diantara dialogdialog diantara aku dan para customer.
 Tak paham betul aku. Tahu pon takut effect daripada merokok ni.
Neck cancer,gangrene,miscarriage tapi masih
nak jugak merokok. Apalah kepuasan merokok ni? Ntah,aku pon tatau. tak pernah try katakan.yang aku tau,bau asap rokok ni Ya Rabbi. Busok bango!

Pernah jugak la aku tanya cust apa beza rokok ni.apa rasa dy.

Cust: 'Winston Lite so.'
Aku: 'Winson Lite abeh doh.'
Cust: 'Takpelah. Winston Merah pom jadi ah.'
Aku: 'Apa rasa rokok tu.Ce oyak siket.'
Cust: 'Rasa macam orang bercinta. haha'
Aku: 'Banyaklah. (Kalau bercinta dgn sorang ppuan taksedap,tukar dengan sorang ppuan lain lah eh?)


antara rokokrokok mahal yang dijual
'

Bukan setakat rokok je yang ada dijual kat store aku nih. Tembakau pon ada jugak tau. macammacam jenama-Harvest. Domingo. McBaren. 
Juga macammacam perisa-Coffee.Strawberry.Vanila.Virginia.
Wangi.aku paling suka bau tembakau strawberry flavour.sedapp
Cigarillos pon takdilupa.turut dijual dikedai aku. sebatang Rm5 keatas. Cigar pulak mostly golongan elite yang beli.sekali beli amek kau 5 batang = puluh RM.
Dan aku masih takpaham kenapa perlu merokok? Addicted? Fine,tu mmg takboleh dielakkanlahkan.
Dah tu,sapa suruh start merokok.sendiri start,sendiri tanggung lah bakar duit sendirikan.

Mancis nak yg murah je.. grr

the effect.


Unfortunately,my brothers also are heavy smokers and my boyfie is a bit of a social smoker.
I really hope that they'll stop their habit before the problem is coming. =(
 

thank you for reading my entry!!

Tuesday, July 10, 2012

Sempoerna A Hijau

assalamualaikum...

 Next Post.






  thank you for reading my entry!!

Girls just wanna have fun

assalamualaikum...

 Last weekend went out shopping with the girls, Aqi and Arifah. We've planned to go to Sunway Pyramid. Cadangnya nak gerak samasama dari KTM Subang-Sunway Pyramid. Tapi entah macammana tibatiba je we change our plans at the last minute. Untie Arifah yang muda remaja even dah ada anak tu pickup aku dekat Shah Alam dan hantar terus ke Sunway Pyramid. . Macam rasa menyusahkan, tapi derang berkeras.nak buek camno kan. Tapi kesian pulak ke Aqi sebab kena gerak sorangsorang dari KL.

Dalam menunggu kehadiran Aqi, kiterang pon jalanjalan lah dulu kan. Sampai ke satu kedai ni. Kashi-ya Shop. Kiterang ditaritarik untuk masuk kedai tu. tatau sapa yg rasuk.maybe sebab cara susunan kedai. cara pilihan warna dan jugak kedai tu sendiri.Even kedai gulagula je pon,tapiiii comel gilak kot.



pilih-pilih
 Masuk kedai teruja tapi tak beli pon takguna jugak kan.jadi aku beli la jugak walau sedikitt. *untuk kepuasan.
Bab nak beli Rainbow Lollipop ni agak tamak jugak lah. Ingat nak beli 4btg je.Aisy Umar Hadif Zahra.Tapi alih-alih terbeli 6btg pulak. Kononkonon utk aku ng boyfie sekali. Tapi hampeh,aku takbagi kat dy pon. *terlupa. -oke.alasan semata. =P

ni je yg aku grab.tak mampu nak beli banyakbanyak.


 Bila Aqi dah sampai.Terkejut jugak la tgk si Aqi simpan rambut.. So chio lah! ye la,Aqi selama study samasama dulu mana lah dy boleh tahan berambut panjang.mesti nak gunting je.Pastu kiterang gi beli glove socks sume sebabbbbbbb we're gonna go  ice skating!!! yabebedabeduuuuu.


Aqi dah kaya.dy yang belanja. =P

 Fineeeee.aku sangat excited oke main menda ni.Lagilagi bila entrance ticket only RM15 on weekdays. More cheaper than what we've expected. Enjoy lah main game ni even cuak takut jatuh-MALUUU org tgk .perasaan tu bercampur baur.Tak pueh main pun ada.

 First time kot main menda ni. so wajah jakun mmg jelas terpampar kat disitu. Aku main mende ni tiga kali jugak lah aku jatuh.Best woooh bila jatuh. Anda akan jatuh terduduk.punggung sakit.seluar basah.sadis. =.=' 

Lagipon aku ingat lagi pesan cikgu aku masa main hoki kat sekolah dulu.kalau rasa nak jatuh,jatuh je,jangan tahan.takut kalau ditahan,kecederaan akan bertambah teruk. Part best bila first time jatuh ni adalah akan ada orang yg menghulurkan tangan sekaligus menghulurkan bantuan. Paling untung bila si jejaka handsome dan bergaya walau muka skema yg tolong. *ke guano Arifah? =P

Tapi bila dah seround dua round,pasti kaurang akan expert.Tu pon kalau kaurang tak takut nak berjalan pakai kasut yang tapaknya tajam tu la. Confident tu sangat perlu ya bila main game ni. haha.
You're a beautiful girl, and you can do anything you want in life.  Chaiyokkkk!



lagi sikit nak expert.
Bila dah expert dan stabil jalan atas ais ni,mula lah jakun nak bergambar bagai post kat facebook twitter. 'Yeah,aku dah main Ice Skating.Kau bila lagi?' hakhak. Biarpun aku pernah jatuh tiga kali. TIGA KALI je oke. hebat ah tu kan.biar jalan terkedek kedek pon orang tatau =P


berdua lebih baik
 Sekiannn...


  thank you for reading my entry!!

Sunday, July 8, 2012

Pantulan jadi muka berpisah

assalamualaikum...

Next Post.



  thank you for reading my entry!!

Schokolade

assalamualaikum...

hye.did you know what is Schokolade?
do not know how to pronounce it? oke. please let me to be your teacher for a second. =P

1.2.3.....

jommmm kita startttttttt.

Scho like in "SHOck", but the o is a bit longer
ko as in "KOala" or "COca COla"
la just the same as in "Dalai LAma"
de like the word "thE", just replace the th with a D .


cammana?dah pandai pronounce belum?kalau belum,cuba try lagi oke.jangan putus asa yaww. =P
Schokolade actually is a chocolate. It's a German word.

Gue takda motiff lain tulis entry ni selain nak bagitau yang sikalang gue tengah addicted sama susu chocolate Dutch Lady yg penuh krim dan lazat tu...  nyumm.


sekali minu je,terus kotak susu tu penyek sebab kehabisan airnya...
tapi,gue tetep seduttt...sedap ohhhh.

i'll update about the advantage of milk soon. tadaaaa.

Ich liebe Schokolade
Ich liebe Azwan. =P=P


thank you for reading my entry!!

Friday, July 6, 2012

Independent

assalamualaikum...

For readers information,now I'm in semester holiday.
Act, this is my first time that I takbalik kampung and do some charity work to my family..
 cuti kali ni aku tak pernah lagi tolong mak. jaga uwan. jadi babysitter. kemas rumah uwan yg serba besar tu and etc . It's cool(sebab boleh curi tulang) BUT weird to me actually.

This semester holiday is quite different compare to last semester holiday. I couldn't describe how hectic my life for this holiday. No social life except social network, no extra sleep, takda berkasih sayang, takda ziarah menziarahi..
Jumpa zahra sekejap.jumpa aisy umar hadif pon sekejap. jaga izzul lagilah taksempat. Part paling teruk sekali, ketemu si Izz after two weeks he was born. How come i can do that. :(

Bukan  cuti ni aku takpernah langsung keluar jalanjalan.makanmakan dengan kengkawan dan family.. But, I'm not satisfied with it.Kalau keluar pun sekejap je ,sapa pun tak puas kan.That's because I've another commitment. Arrrrghh! Enough. I just don't feel like showing it.

Sabar.
It's okey wani. after 15hb you can go back to hometown. Jumpa Izzul. meets your friend. and alsoooo date with your boyfrennnn.yeah!

I think I'm stronger now, and better. I think, I guess. Yes,I'm always tabah. Tak caya? Tanyalah emak I!


thank you for reading my entry!!

Sunday, July 1, 2012

DEactive blog?

assalamualaikum...

kalau orang lain sebok nak deactive facebook.aku pulak nak deactive blog.
eloklah tu kan,daripada dibiarkan berhantu dan tiada orang baca dan singgah.
cuma bersyukur sangat tak siasia aku update pasall UniKl RCMP tu.
sbb sepanjang aku tak update entry. ramai pulak yang tanya aku pasal RCMP and etc kat fb.
tu je lah pon khidmat yg aku boleh bagi dekat pembaca aku.
aku ingat,aku akan update balik blog aku ni bila dah jumpa Doodle idaman hati as my header. :P

sayonara




thank you for reading my entry!!

Tuesday, February 7, 2012

Utamakan JANGAN daripada SURUH.

assalamualaikum...

JANGAN MENGUMPAT lebih utama daripada memberi nasihat.
Tak mengapa tidak dapat memberi,asalkan JANGAN MEMCURI. - "Nota Hati Seorang Lelaki" tulisan Ustaz Pahrol Md Juoi 

penerbit: Telaga Biru.

















"WANITA itu menjadi salah seorang AHLI NERAKA walaupun banyak solatnya pada malam hari dan banyak puasanya pada siang hari kerana LIDAHNYA selalu MENYAKITI HATI JIRANNYA"


Disebalik setiap kisah ada mesej penting dan signifikan dan sangat relevan.
Buku ini mmg nampak biasabiasa,tetapi isi kandungannya sangat luarbiasa!


Apa salahnya beli buku biasabiasa ini di samping novelnovel kegemaran anda dengan voucher buku RM200 tu kan. :)


  thank you for reading my entry!!

Wednesday, February 1, 2012

hancur hatiku.pitam!

assalamualaikum...



dalam entry aku yg lepas kan. aku adalah bercerita sedikit mengenai perihal keselesaan kasut. 
the reason why aku post pasal entry tu sbb by that time aku baru je beli sepasang kasut Larrie yg agak comfortable untuk aku berpraktikal di HSJ. 
dan pada entry aku hari ni.aku still mahu story mory kat korang pasal kasut jugak.tapi,ni lebih kpd kekecewaan aku terhadap kasut yg aku beli haritu.




sila tengok gambargambar dahulu kekecewaan kat bawah ni dulu ye.

how nice.

duadua belah kot.bagus betul.

memang Larrie je pon.dan bila aku teringat balik, aku rasa better beli kasut yg rege duaplohhinggit dari kasut Larrie camni. kasut  rege duaplohhinggit paling kurang pon dua tiga bulan aku pakai baru hancur.tapi yg ni,baru 27hari aku pakai,xsampai sebulan pon lagi dah ranap.. tsssk.

dan lebih mengejutkan lagi bila housemate aku, turut memberitahu bahawasanya kasut yg dia beli from the same brand turut mengalami nasib yg sama macam aku.juga hanya bertahan dalam tempoh tiga minggu. 

aku bukannya apa kan. baru ingat nak berjimat bila masuk Feberuari ni. tapi bila jadi camni, aku sangat kecewa la. hampeh.dah la next week turn aku pulak masuk Outpatient Department(OPD). OPD ni memerlukan berdiri sepanjang praktikal dan jarang boleh duduk kecuali waktu rehat. dan masa inilah kasut yg selesa amat diperlukan utk tampung beban berat badan aku ni masa di OPD. hurm.

sebelum ni,aku berkirakira nak beli kasut baru;Camel Active yg ada sale 10-30% disc di AEON Perai..tapi disebabkan aku rasa aku baru beli Larrie tu,aku pendamkan ajelah hasrat hati aku tu. tapi,tuptup Larrie aku tu pulakk buat perangai kan.memang takla aku nak beli brand yg sama lagi.


housemate aku ada tunjukkan Larrie dia yg aku cita kat atas ni.gambarnya ada kat bawah. siap pakupaku dah sekarang.macam kasut kawad kaki pon ada..haha(teringat masa sekolah doludolu.)

pakupakupakupakis.wahaha



my roomate
aku

then,i think i should banned Larrie brand and never buy it again. muktamad! 0,0

pakai kasut sekolah pengawas dulu la buat sementara waktu ni.sobssobs.
all star (beli 2tahun lepas)

  thank you for reading my entry!!


nf