Tuesday, May 24, 2011

cubit-cubit.gigit-gigit.bau-bau.. aaah

assalamualaikum..

perhatian:  entry ni berat sebab banyak gambar.harap maklum .  :D

haih.lama nya tak update blog. takde idea.takde entry tapi hny ada gambar.
act, byk gambargambar yg aku snap utuk dijadikan entry belog ni.
tapi bila takde masa nk update belog,ada pulak idea. dan bila dah da masa.sume idea tu ilang..
so,tinggal la gambar.gambar tu tertunggu.tunggu tuk dipopularkan.kesian kau kan gambar.

neway,hari ni nak cite pasal si boboy yg kiut miut yg aku penah cite dalam entry ini.dan ini. 
si boboy tu siap ada lesung pipit kat dua belah pipi lagi you.kau ada?ada? takde kan? aku pon takde jugak.bhahaha
first time dalam nmpk org ada lesung pipit ni. *eceh.tipulah. betul! sumpah. first time tgk org dalam family aku ada lesung pipit.. mak abah aku.adik badik aku.sume mana ada lesung pipit.dy sorang je yg ada.hebat sungguh akak aku carik laki yg boleh wariskan genetik lesung pipit kat anak dy.


siryes.taksabar nak tunggu izzul 3bulan.time tu badan da keras.boleh la pegang dy ganas.ganas.
  ngehngehngeh. *gelek evil
jom pi tgk gamba si izzul ni. penat tau aku hupload gambar dia beriban.riban ni.


nampak ke izzul?nampak? taknmpak kan??

time ni mata dy tak nmpak lagi.

dy nguap la..meh bau mulut dy.wangi..

asyik sedu je.tu yg acik letak tisu basah atas pala tu.

izzul ni.tido je keje. meh main ng acik la!


uweeekk.uwekk.uwek...

nak salin pampers jap..

keci je mulut dy.ikot mulut si papa dy.



alololololo...pandang sapa cayang??
kain tedung.kain tudung.kain budung.eh kain bedung la... :P

suka tgk mimik muka dy time tido.pelbagai!

nyenyak tido ler tue.


gambar kat bawah ni lagi comel tau. baju dy pon comel. cantik je kaler dy. sejuk mata memandang. *eh,ada ketan ke? lalalalala
pandai betul la sapa yg pilih baju tu.
pandai betul aku pilih boypren.
pandai betul boypren aku pilih baju baby.
pandai betul boypren aku pilih aku.. 
ishh..sudah! sudah! ape la yg aku melalut ni. oke.baju yg baby izzul pakai ni en kekasih hati yg pilih dan belikan.mmg comel pon kan? boypren aku pon comel. hahaha.

alala.kiut.kiut. nak kacau dy tido.

suka lentok.lentok badan..nak jadi ahli gimnas ke hapa?

yeeyy.jumaat ni balik kg lagi! jumpa baby izzul lagi.bukan baby izzul je tau.hadif.umar ng aisy pon sama.zahra je yg takdapat jumpa. bapak  dy keja time tu.soobs. oklah. bye!

thanks for reading my entry!

Sunday, May 15, 2011

Cara-cara menjadi couple yang bosan tahap gaban di FB

assalamualaikum..

Anda merupakan salah seorang daripada berjuta rakyat Malaysia yang hangat bercouple tapi belum tentu kahwin dan ingin berkasih-sayang sambil menunjukkan perangai-perangai yang membosankan? Jika ya, marilah kita lihat bagaimana ghopenye anda boleh mencapai tahap sedemikian di facebook.
1) Update status hanyalah mengenai si dia
Ini perkara paling basic yang anda boleh aplikasikan. Status anda bukan mengenai anda, semuanya mengenai si dia. Status anda biar kalah status dia.
"Besi kat gigi dah cabut.yeayy dah cun gila sekarang"  -status dia-
"Harini sayam I pegi cabut besi kat gigi die,shian die shakit-shakit tak boleh makan aiskrim. Baru ingat nak bagi asikrim coklat kat die..huuu"  -status anda-
 
aku rasa,aku tak penah post cenggini kat FB kan? kalau dalam belog pon sipisipi je. tak nak lah kan nk show off sgt.. nanti ramai org jeles ngan hubungan kiterang yg sgt romantis ni pulak. *sila muntah sekarang :P

2) Bahasa yang digunakan ialah bahasa "cinta"
Setiap komen anda bersama si dia gunakan bahasa cinta yang sangat comel lagi menggedikkan seperti sayam abam, kiteww iteww dan lain-lain. Kalau guna bahasa biasa-biasa sahaja, macam main komen dengan membe la pulak kan. Tak bermanja tak berkasih-sayang la kan...
 
 uikk. apa kiteww iteww tu? ni mmg aku rasa sangat nak kutuk ngumpatngumpat buat tambah dosa lah. membazir masa je nak type hurup W banyak.banyak kali.. tak kuasa aku.pakai ejaan biasa je sudah.lagi manis,aku rasa.
3) Gambaq anda profile pic dia, gambaq dia profile pic anda
Biar orang semua kepeningan tengok nama jantan, gambaq perempuan. Nama perempuan, gambaq jantan. Setakat gambaq berduaan tu gaya lama beb... kurang menunjukkan hangpa punya kasih sayang. 
 
haaa.yg ni memang kazen aku si azmer muhiddin tu buat dalam profile pic dy.sampai pening aku dibuatnya. tapi dy takpelah kot. dy tinggal nak kumpul duit tuk kawen je haa.. kalau korang?belajar pon tak abes lagi.dah pandai bercinta. -ayat angah aku- 
kalau aku,penah ke tak?penah ke tak haa?lupa doe.kalau gambar berdua tu penah la kot. :P  aku pon tak abes belajar lagi ni. >.<
4) Aktiviti 3 dalam 1
Berbalas komen, berchatting dan bermain poke-poke dalam masa yang sama. Nak bonus lagi, sambil tu jugak ber-webcam dan berbalas mesej di telefon. Jadi 5 dalam 1. Oh indah sungguh kasih sayang sebegitu...
sumpah.takpenah lah 5 dalam 1 ni.2 dalam 1 pon selalu je fail,ni kan pulak 5 dalam 1. kalau aku berFB,memang tak lah kan nk bersms. takpandai lah nak bahagi masa dgn nk bls msg nya.nak berwebcam nya. nak berpoke nya dalam masa yg sama. eh yg POKE tu memang tak penah langsung kot. selalu terkantoi online adalah.mana taknya,kata belajar,tapi tgh online+ update belog.sadis. T__T
5) Tag si dia di mana-mana sahaja
Sedang anda berbalas komen dengan membe, tag lah si dia sekali ajak join berkomen. Setiap gambar anda dalam album rakan-rakan, tang muka anda tu bukan tag nama anda tapi tag nama marka anda. Lagi sekali orang kepeningan.. gambaq jantan, nama perempuan. Gambaq perempuan, nama jantan.
aah kan? macam dah lama je tak tag dy dalam post.dalam album kawan. eh,eh,lupa pulak.aku memang privatekan gambargambar aku yg ditagged untuk tontonan umum. segan ok.aku bukannya hot sgt pon nak tag dy suh tgk sume gambar aku..
6) Sehari satu video lagu cinta
Pastikan anda tidak terlepas untuk post atau share 1 video cinta setiap hari kepada kesayangan anda. Kalau terlepas nanti kuranglah kasih-sayang antara satu sama lain..
haha.aku takrajin lah nk carik video, bikin broadband aku cepat sampai dy punya limit je!! aku pon bknnya suka sgt pon dgr lagulagu ni. melainkan lagulagu lama je ok.lagu  KEKASIHku di MENARA GADING. best kan?? berkasih sayang senyapsenyap je sudah.takde ahh nmpk sangat jeliknya sampai kena ngumpat lagi kan?
7) Facebook anda juga facebook si dia
Biasalah, tak puas ada 1 akaun mintak jaa pasword facebook marka anda. Dah jadi dua akaun kan? Kalau marka anda jenis ada akaun sampai I, II, III dan  XVVVIIIVVVIIIIII, perhh seronoklah anda ada banyak betul akaun facebook.
erk..no komen. tapi acc FB aku mmg ada dua kan? dua ke tiga ek? lupa pulak. hehe. :P:P
8) Untuk mencapai tahap kebosanan maksimum, dalam hati anda sekarang bolehlah sumpah seranah gila babas terhadap aku.(budak bukan sebarang budak)
"Kapel itu bagus lah. Menambahkan kebosanan orang lain"
"Eiyh suka hati aku lah nak kapel-kapel, tak cukup kasih sayang la tuu!".. 
"Eleh mamat ni gebang kencang, mencik lah! nak pergi repot dekat abam".. 
"Alah jeles la tu tak boleh membosankan diri di facebook macam I yang berkapel ni"
"Long live kapel! Long live kapel!"
 
*ni entry copy cat dari belog budak bukan sebarang budak.harap maklom. 
kalau nak kutuk kutuk dy tau.bukan kutuk aku.hehee. :P
 
kami yg biasabiasa saja. :)

thank you for reading this entry!!

Monday, May 9, 2011

KZNabihah Boutique Inspirasi Untuk Semua Wanita Tak Kira Saiz

assalamualaikum..

aku baru je abes paper drug and society tadi..dan ntah kenapa,tetiba la pulak aku rasa mcm rajin nak buat review pasal satu blogshop yg memang best gilerrr!!!



blogshop ni mmg best tahap gaban. sume pakaian n accessories badan ada jual kat situ.dari shawl,dress,skirt,pants,bags,belt sume adalah. memang lengkap serba serbi tu..

yg paling best pasal blogshop ni kan, dy punya baju bukan dari size XS ke size XXL pon ada tau.memang mantop abes ah. kepada  wanita yg bersaiz bukan XS tu dan suka bergaya,anda memang dah tak payah nak risau dah nak beli baju kat mana dah. sekarang ni aku dah bagi korang jalan penyelesaian. 

korang pegi je dekat blogshop KZnabihah Boutique ni dan korang shopping sakan lah kat situ. memang gerenti lah korg akan rambang mata tak berkelipkelip.harga barangan dy pon quite affordable.

tgk.cantik kan? pakaian kat sini tak mengenal saiz. :)
alala.manis sungguh cik adik yg kecil molek ni. :)

korang.wajib terjah tau! penat tau aku type lajulaju entry ni.kalau tak terjah,memang siap lah korang.nanges aku nanti..tsssk.

ouh lupa pulak.aku suka sgt dress kat bawah ni tau.awesome sungguh!! tapi nak beli mmg tak mampu lah even mmg dah murah pon..elaun MARA siryes memang cukupcukup makan je. kak bihah, bagi i free dress ni boleh? :P

ropolropol kat dada tu cantik kann?




thanks for reading this entry!!!

Sunday, May 8, 2011

Antara berjuta, dia yang teristimewa.



assalamualaikum..

 walaupon aku tahu yg mak aku tak penah baca belog aku,aku tetap nak buat entry ni.almaklom.posmen
anak-anak emak kan ramai.. :)

tahun ini,sambutan Hari Ibu adalah pada 8 mei 2011 iaitu hari ahad (hari ini) . So,dengan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua yang bergelar mak/ibu/mama/umi.
kpd kakak-kakak ku yg telah bergelar seorang ibu,turut aku ucapkan selamat hari ibu. dan yg mana masih dalam proses untuk bergelar seorang ibu, aku ucapkan semoga cepat-cepat dapat anak! :P
Especially kepada emak yang tercinta!happy mother's day. I love you mak!



emak dan haswani samilan yg cun. :P
sumpah.mak memang best giler. .w/p emak sekarang busy dengan jaga uwan yg tengah sakit tu.emak masih boleh menjaga dik kemba yg dalam pantang.HEBAT!!memang tak kenal erti penat.
masa aku balik kg haritu, mak masak banyak jenis makanan.
makanan untuk org berpantang.-dik kemba
makanan untuk org yg sakit.-uwan
makanan untuk family.
*aku selalu curik2 makan makanan untuk org berpantang tu.sedap ouh.ikan haruan tu..
emak da uwan.
 zaman sekarang ni susah nak cari anak yg boleh jaga makan pakai emak sendiri.apatah lagi nak basuhkan kencing berak derang. tapi emak HEBAT.emak sanggup buat sume tu.
seorang ibu boleh menjaga sepuloh orang anak.sepuloh org anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.kan?
emak ada sepuloh org anak.InsyaAllah,sepuloh org anak inilah yg akan menjaga emak.  :)


mak dan abah tercinta.
 emak best. bilamana angah suh mak masakkan ayam kampung masak lemak cili api untuk bawak balik batu pahat,emak masakkan.bila aku suh emak masakkan ayam sambal untuk bawak balik ipoh pon mak masakkan.aku suka masakan emak.emak sgt kreatif.
tak perlu buku resepi,mak campakcampak bahan rempahratus pon totap sodap.
aku suka ikan bilis goreng yg emak buatkan untuk dik kemba aritu.ada kunyit,halia,ntah apa lah lagi.aku pon tatau.tapi yg pasti sedap betul.aku rasa aku yg ratah bagi abes,padahal itu makanan org berpantang.

izzul comey.
 si izzul hafiy ni pon mak jaga jugak.alala comel betul aku tgk dy ni.rasa nak cubit-cubit pipi tu..izzul dah boleh nmpk ke belum syg?rasanya ni first cucu yg emak jaga masa anaknya dlm pantang.

ok..jasa n pengorbanan mak terlalu banyak tak mampu nak ceritakan sume nya..terlalu banyak hingga tak terkira dan tak terbayar.kalau tulis sume kat sini memang takkan abes la kan.entry ni pon update lajulaju sebab kejar masa nak tido.esok nak bangun awal untuk study.

Thanks emak and abah, for giving me a life that you never had.terima kasih untuk segalanya.
Tiada lagu dapat menggambarkan sayang ini pada emak.tiada kata dapat ditulis demi kasih ini pada emak.
 

Antara berjuta, dia yang teristimewa.
Selamat Hari Ibu kepada semua yang bergelar ibu.
Mother's Day is not only for today.but everyday is Mother's Day


thanks for reading this entry!




Saturday, May 7, 2011

unikl 6: Royal College of Medicine Perak.

assalamualaikum...

hye.terlebih dahulu aku ingin memberitahu bahawasanya entry ini adalah entry request daripada encik anonymous ye.terima kasih kepada beliau aww aww!!


disebabkan aku pon salah seorang student yg menimba ilmu dekat sini,tak salah kan kalau aku sendiri pon berkongsi pandangan mengenai  UniKL RCMP ni dekat kalian-kalian.

Background of RCMP

Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine, Perak offers high quality programmes in areas of Medicine and Allied Health Science. In ensuring that its courses are relevant to the health industry, UniKL RCMP is working very closely with the local hospitals in providing the opportunity for its graduates to experience practical training throughout their acquisition of knowledge and skills.

foundation buat kat situ jgak kan?
setahu aku kan,foundation takde dekat sini.itu setahu aku lah.pls correct me if im wrong.mungkin foundation yg anda maksudkan adalah foundation kat KMKN kot...kan?

bley upload post pasal the environment?
ni  tgh berusaha lah ni.maaf lambat.busy dgn exam.sabar tau.belajar kat sini memang best.siryes best.memang tak tipu. kalau first time korang datang sini,mesti korang akan ingat sini bangunan mahkamah.siryes.tak percaya?datang ah tgk.
gmbar kat bawah ni sedikitlah fasal rcmp ni.

yg beruniform ni bebudak farmasi.

the study?the lecturer?
memandangkan aku student farmasi,aku hanya tahu pasal kos farmasi jelah. untuk bebudak medik,nursing,radiografi dan fisioterapi memang lah aku tatau.
oh ye.bebudak nursing dengan fisio,derang belajar kolej lain.student medik,farmasi ng radio je yg study kat sini.
kalau lecturer farmasi,memang lah best kan.sgt baik dan memahami para student.

accommodation?
rcmp ni memang la ada sediakan asrama untuk student derang.asrama nya ada kat Klebang Jaya, Kledang Emas,Ampang dan Sungai Rapat.dulu saya stay kat asrama Ampang untuk satu semester je lah.pastu pegi kolej dengan bas.juga disediakan.
setahu den,derang provide asrama ni untuk bebudak KKM dan bebudak sem satu je. bila masuk je sem dua, pepandai ah korang carik umah sewa sendiri.
tapi jangan ah risau.kat kolej nanti memang banyak lah iklan umah sewa. tak pon,mesti ada punya senior yg offer korang jadi housemate derang.umah sewa yg terdekat pon dalam 10minit je jalan kaki.

umah sewa saya  july ni ada dua kekosongan,any girls yg nak stay dgn saya dipersilakan.. :) ecece,buat iklan pulak kat sini.

lagi fasal asrama---->sini.

FIBS stil available in 2011 right?
what is FIBS? what is that dear? what i noe is degree of pharmacy may be available in  rcmp on September.
another else,for sure i dont know. sorry. 

apa yg takbest dekat sini.
 kat sini takde padang.semata-mata bangunan je.sapa-sapa yg aktif main bola ke,netball ke basketball atau pape yg menggunakan padang,korang memang kena pegi taman permainan.takpon pi main kat stadium ipoh.oke tu je.

first sekali,maaflah ye anonymous yg tanya soalan ni.sebab lambat buat post pasal ni.ni pon terpaksa curik masa study. terharu takkk?sila terharu sekarang!  :P
pastu kan,kalau ada pape soalan pasal rcmp lagi kan, ape kata korang pegi dekat badge fb aku tu,klik situ dan pm je aku.ok?tak pon pakai formspring.
lagi la cepat aku boleh reply questions korang tu.kesian korang terpaksa tunggu aku buat entry sbb nak tau pasal rcmp.

macam kat bawah ni ha.
 from fb.

suweet sgt puan ni dekat anak dy.time aku dulu,sume apply sendiri tau.berdikari katakan.:P
SELAMAT HARI IBU puan!

from formspring.

for more information about RCMP : in this site

ok.nak study untuk pharm microb pulak.exam isnin ni.tsssk.
Drug n society- wednesday.
DDS 2 theory -thursday.
wish me luck!!

thank you for reading my entry!!

nf