Tuesday, March 29, 2011

10 Cara Takluki Hati Wanita Idaman Anda

assalamualaikum...


Memikat hati wanita yang diminati bukan mudah sebenarnya. Ramai yang berdepan dengan perasaan takut dan malu. harini aku nak bagi tipstips untuk lelakilelaki yg maseh takdek awek di luar sana.tapi kalau yg dah berawek tu,harap dapatlah praktikkannya keyh. ^^




  
Gunakan 10 tip berikut untuk menawan hati si dia.


1.       Menerima Seadanya
Mendekati wanita yang korang sukai adalah suatu cabaran.  Apabila korang mahu memiliki wanita idaman, korang perlu berlaku jujur kepada diri sendiri.  Jangan sesekali menonjolkan sifat yang bukan menjadi kebiasaan korang.

2.       Jangan Membuat Penilaian Awal

Inilah kunci utama dalam sebuah perhubungan.  Antara lelaki dan wanita ada perbezaannya.  Ramai lelaki yang mengimpikan memilih wanita muda sebagai pasangan hidup tetapi hakikatnya ianya bukan  perkara mudah.  Hormatilah karekter, sikap dan sebagainya.  Yang penting, terimalah si dia seadanya.

3.       Berikan Dirinya Ruang

Biarkan dia memasuki hati korang seluas-luasnya.  Jangan sempitkan pemikiran terutama sekali kalau korang pernah kecewa sebelum ini dalam percintaan.

4.       Bertindak Seadilnya
Apabila korang mula menyukai seseorang, biarkan dia mengenali siapa diri korang.  Biar dia kenali minat korang, kawan, keluarga, hobi dan impian korang agar dia dapat mengenal korang dengan lebih rapat. Pastikan korang menjawab setiap pertanyaannya dengan jujur.  Barulah perkenalan korang itu menjadi lebih terbuka.

5.       Sebuah Senyuman
Melalui sebuah senyuman,korang mungkin akan memiliki apa yang korang inginkan.  Inilah penangan sebuah senyuman.  Senyuman tidak memerlukan sebarang bayaran pun.  korang hanya perlu melemparkan senyuman yang ikhlas termasuklah ketika mahu mengenalinya atau pun ketika bertemu dengan kawan-kawannya serta ahli keluarganya.

6.       Jadilah Sebaik Mungkin

Memiliki wanita idaman korang mungkin memerlukan korang berdepan dengan persaingan.  Ia mungkin datang dari kawan-kawan korang, orang disekeliling dan sebagainya.  Jadi jikalau korang ingin memenangi hatinya, jadilah diri korang yang sebaiknya.  Pastikan gaya dan penampilan korang berbeza dari orang lain.  Tapi awas, jangan berlebihan kerana korang akan nampak lebih buruk dimatanya berbanding orang lain.

7.       Berusaha Gigih Untuk Memiliki
Kata pepatah ada menyebut, yang bulat tak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang.  Jadi korang perlu berusaha dan terus berusaha.  Jangan sesekali mudah putus asa, sebaliknya berusaha untuk memilikinya.

Tidak cukup sekadar berkirim salam sahaja, sebaliknya berbuatlah sesuatu untuk menarik perhatiannya.  Berusaha bukan bermakna anda perlu mengamalkan taktik kotor dengan berbomoh atau sebagainya, tetapi biar ia kena dengan IQ dan EQ korang.

8.       Jangan Keterlaluan

Apabila korang berusaha memiliki seseorang yang korang sukai, jangan terlalu berlebihan.  Sikap ini boleh menyebabkan si dia rimas dan meluat.  Oleh itu bersederhanalah dalam tindakan korang.


9.       Kenali Dirinya
Apabila korang mula menyukai seseorang gadis, kaji diri mereka seadanya.  Pastikan korang mengetahui apa yang mereka sukai, minat dan sebagainya.  Kalau korang berjaya menjadi seorang peneka yang tepat, korang mungkin akan menjadi lelaki idamannya kerana mengetahui semua minatnya.

10.   Jangan Terlalu Peramah
Ramai lelaki bertanya, mengapa wanita begitu rapat dengan kawan-kawan mereka?  Untuk makluman, wanita makhluk yang mempunyai sifat penyayang yang cukup tinggi.  Mereka juga prihatin malah begitu mengambil berat.  Jadi kalau korang cuba mendekati seorang wanita, jangan menjadi terlalu peramah atau jangan terlalu ingin mengambil tahu segalanya.


SELAMAT MENCUBA dan SELAMAT BERJAYA .....







en kekasih amalkan tips ni lah dekat aku.sebab tu dy berjaya tawan hati aku.ecece.gatai. :P



  thank you for reading my entry!!

1 comment:

Aleen Aiden said...

jgn keterlaluan.itu saye sokong!hu3

nf