kadang-kadang kita agak kurang yakin dengan pembelian barang secara online? kenapa? maybe sbb kita xpenah ada pengalaman beli barang secara online dan takut ditipu. tapi dari sudut lain, aku lihat jual beli barang online ini semakin mendapat tempat di hati sesetengah org. kenapa? mungkin tak ada masa untuk bershopping dan kesibukkan bekerja.
ni adalah komen2 yg slalu aku dgr from kengkawan aku..
"ko tak takut ke kena tipo bila beli online ni?"
"aku memg xbrani bli on9 nih.klo ikot teringin 2 sume aku nak tp takot plak xpuas ati.hu3"
1. Periksa keadaan website dan status tempat anda belanja
Bila ingin berbelanja ke kedai online ini sebaiknya periksa adakah kedai ini baru atau tak, berapa banyak pengunjung dan jumlah anggota (member), malah kalau boleh, cek juga peringkat Alexa dan PageRank-nya. Semakin lama status accessnya dan jumlah membernya, kemungkinan besar kedai online tersebut bagus dan boleh dipercayai.Lebih bagus jika diambil detail penjual (nama syarikat, nama, no. phone & sebarang butir)
2. Cari reference
Setiap penjual online mendapat testimonial dari para pelanggannya untuk membuktikan dia adalah penjual terpercaya (recommended seller). Ini boleh kita gunakan untuk mencari informasi lebih. Cek adakah banyak pujian atau komplain. Komplain juga boleh dibahagi kpd beberapa jenis, apakah komplain harga, jangka masa pengiriman atau barang yang dikirim tidak sesuai dengan gambar dan condition yang tertera pada status. Kalau ini terjadi pada anda, penjual yang baik akan minta barangnya dikembalikan dan ditukar dengan yg baru. Rajinkan buat follow up call(untuk pastikan barang yg dihantar sudah sampai atau belum)
3. Perjelas informasi
Setiap kedai online dan penjual alam siber selalu menyertakan nama, ID , nombor handphone dan alamat kedai atau rumah(persendirian), serta contact chat (YM, Skype, MSN, dll). Ini menjamin bahawa penjual boleh dihubungi setiap saat dan ketika. Dan lihat Bank yang digunakan untuk pembayaran serta jenis perkhidmatan pos yang dia gunakan.
4. Lihat perbandingan harga
Cek di Google dan kedai online lainnya, apakah barang yang kamu inginkan ada juga dan kadang malah berbeza harga. Penjual online di dunia maya kadang merupakan reseller dari penjual lain sehingga harga lebih mahal sedikit, sekitar rm5 ke rm10. oleh itu,elok beli terus dari sumber dan pembuatnya.
5. Banyakkan berkomunikasi dengan penjual
Sebelum buat order, cuba berinteraksi dulu dgn penjual secara personal, baik chat,fb, SMS atau Telefon. Lihat respon penjual, melalui ini,kita juga boleh menilai samada jualan ini betul atau palsu. minta nombor rujukan (ini merujuk kepada nombor pos laju atau sebarang penghantaran kurier yang lain, sebagai bukti barang telah dihantar). Biasanya menggunakan Poslaju ,lebih selamat dan cepat .Hati-hati dengan penjual yang tidak mau memberikan tracking no barang yang dikirim.
6. Sabar, Berdoa dan Tawakal .
haa, kalau ini kewajiban kita sebagai khalifah dan hamba Allah. Tiga hal ini wajib dilakukan, serta dijadikan kewajiban dalam setiap aktiviti kita.be on trust (ini adalah kuncinya, jangan fikir negatif. barang yang anda beli akan sampai.. cuma lambat @ cepat sahaja. InsyaAllah) Amiin…
p/s:tahniah kpd segelintir rakanku yg semakin berani beli online.semoga anda tak ketagih ye.. :)
No comments:
Post a Comment