Wednesday, March 30, 2011

Apa yang lelaki tidak suka pada wanita yang dia kenali atau sayangi?

assalamualaikum...


korang tahu ke sikap yang macammana lelaki tidak suka pada wanita yang dia kenali atau sayangi.  Berikut adalah beberapa sikap yang aku harap dapat korang hindari.


    * Berpura-pura bersopan-santun, penyayang dan lemah lembut. *padahal perangai macam tomboy.

    * Suka mengkritik kaum sejenis mereka terutamanya mengenai gaya penampilan. *aku kalau cantik,aku puji lah.kalau takcantik,memang sahsah lah nak kena kutuk kan? :P

    * Cemburu pada pasangan sendiri kerana kelebihan yang ada.*en.kekasih aku ada perut yg buncit.perlu ke aku cemburu??? 

    * Melayani dirinya berdasarkan emosi. *harapharap takpenah.

    * Punya kod-kod rahsia di dalam komunikasi tetapi itu lah yang digemari oleh kaum wanita. *cherry.starwberry.padan muka kau lelaki.taktahu kod rahsia kami.bhahahaha.

    * Mahukan pasangan menghabiskan masa hanya bersama mereka. *mestilahkan.tengah bercinta memang le cenggitu.banyak syaitan yg nak datang berkawan.

    * Bercakap hal remeh-temeh, contohnya kuku jarinya terpatah.  Lelaki memang rimas bab-bab seperti ini. *pempuan cenggini,aku pon tarak suka bai.bajet manja lah konon.

    * Wanita yang banyak cakap, mengumpat, suka membebel dan mulut becok.*eden nok buek camno laie kan.susah nak carik pempuan yg takde sifat camni.

    * Suka memboikot, merajuk tidak tentu pasal dan mogok tidak bertempat kerana ia mampu membuat keegoan lelaki tercabar. *mengadangadalah kau perempuan.


aku harap korang kaum wanita mengambil iktibar dan cuba berubah jika berada dalam situasi tersebut walaupon aku pon selalu je cenggitu.teehehehe
Wanita memang suka diberi perhatian dan disayangi, tetapi harus ada batasannya.  Jadi untuk mengekalkan hubungan yang mesra dan berpanjangan, haruslah ada persefahaman dan nilai-nilai yang positif yang menjurus ke arahnya.


riang ria gumbira.hoooyeeh. ;)

kami suka makan oreo.kami saling memahami.jangan jeles dgn kami ok??? :P:P

  thank you for reading my entry!!

Tuesday, March 29, 2011

10 Cara Takluki Hati Wanita Idaman Anda

assalamualaikum...


Memikat hati wanita yang diminati bukan mudah sebenarnya. Ramai yang berdepan dengan perasaan takut dan malu. harini aku nak bagi tipstips untuk lelakilelaki yg maseh takdek awek di luar sana.tapi kalau yg dah berawek tu,harap dapatlah praktikkannya keyh. ^^




  
Gunakan 10 tip berikut untuk menawan hati si dia.


1.       Menerima Seadanya
Mendekati wanita yang korang sukai adalah suatu cabaran.  Apabila korang mahu memiliki wanita idaman, korang perlu berlaku jujur kepada diri sendiri.  Jangan sesekali menonjolkan sifat yang bukan menjadi kebiasaan korang.

2.       Jangan Membuat Penilaian Awal

Inilah kunci utama dalam sebuah perhubungan.  Antara lelaki dan wanita ada perbezaannya.  Ramai lelaki yang mengimpikan memilih wanita muda sebagai pasangan hidup tetapi hakikatnya ianya bukan  perkara mudah.  Hormatilah karekter, sikap dan sebagainya.  Yang penting, terimalah si dia seadanya.

3.       Berikan Dirinya Ruang

Biarkan dia memasuki hati korang seluas-luasnya.  Jangan sempitkan pemikiran terutama sekali kalau korang pernah kecewa sebelum ini dalam percintaan.

4.       Bertindak Seadilnya
Apabila korang mula menyukai seseorang, biarkan dia mengenali siapa diri korang.  Biar dia kenali minat korang, kawan, keluarga, hobi dan impian korang agar dia dapat mengenal korang dengan lebih rapat. Pastikan korang menjawab setiap pertanyaannya dengan jujur.  Barulah perkenalan korang itu menjadi lebih terbuka.

5.       Sebuah Senyuman
Melalui sebuah senyuman,korang mungkin akan memiliki apa yang korang inginkan.  Inilah penangan sebuah senyuman.  Senyuman tidak memerlukan sebarang bayaran pun.  korang hanya perlu melemparkan senyuman yang ikhlas termasuklah ketika mahu mengenalinya atau pun ketika bertemu dengan kawan-kawannya serta ahli keluarganya.

6.       Jadilah Sebaik Mungkin

Memiliki wanita idaman korang mungkin memerlukan korang berdepan dengan persaingan.  Ia mungkin datang dari kawan-kawan korang, orang disekeliling dan sebagainya.  Jadi jikalau korang ingin memenangi hatinya, jadilah diri korang yang sebaiknya.  Pastikan gaya dan penampilan korang berbeza dari orang lain.  Tapi awas, jangan berlebihan kerana korang akan nampak lebih buruk dimatanya berbanding orang lain.

7.       Berusaha Gigih Untuk Memiliki
Kata pepatah ada menyebut, yang bulat tak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang.  Jadi korang perlu berusaha dan terus berusaha.  Jangan sesekali mudah putus asa, sebaliknya berusaha untuk memilikinya.

Tidak cukup sekadar berkirim salam sahaja, sebaliknya berbuatlah sesuatu untuk menarik perhatiannya.  Berusaha bukan bermakna anda perlu mengamalkan taktik kotor dengan berbomoh atau sebagainya, tetapi biar ia kena dengan IQ dan EQ korang.

8.       Jangan Keterlaluan

Apabila korang berusaha memiliki seseorang yang korang sukai, jangan terlalu berlebihan.  Sikap ini boleh menyebabkan si dia rimas dan meluat.  Oleh itu bersederhanalah dalam tindakan korang.


9.       Kenali Dirinya
Apabila korang mula menyukai seseorang gadis, kaji diri mereka seadanya.  Pastikan korang mengetahui apa yang mereka sukai, minat dan sebagainya.  Kalau korang berjaya menjadi seorang peneka yang tepat, korang mungkin akan menjadi lelaki idamannya kerana mengetahui semua minatnya.

10.   Jangan Terlalu Peramah
Ramai lelaki bertanya, mengapa wanita begitu rapat dengan kawan-kawan mereka?  Untuk makluman, wanita makhluk yang mempunyai sifat penyayang yang cukup tinggi.  Mereka juga prihatin malah begitu mengambil berat.  Jadi kalau korang cuba mendekati seorang wanita, jangan menjadi terlalu peramah atau jangan terlalu ingin mengambil tahu segalanya.


SELAMAT MENCUBA dan SELAMAT BERJAYA .....







en kekasih amalkan tips ni lah dekat aku.sebab tu dy berjaya tawan hati aku.ecece.gatai. :P



  thank you for reading my entry!!

Monday, March 28, 2011

nasi padang RESTORAN Simpang Tiga.

assalamualaikum...

maaf,ini post masih lagi entry lama.tatau kenapa,lately sgt malas nak update belog cepatcepat.sgt bz dengan kuiz,assignment berlambaklambak frendship problem dan macammacam lagik lah..tapi minggu ni sgt best sebab dapat jumpa baby ZAHRA. yeeey.
juga dapat jugak jumpa abah,along,angah dan kaksu.
tapi paling sedih sebab emak takdatang pon.uwan takde sapa nak jaga.sobs.


semalam,kiterang makan kat Restoran Simpang Tiga, Greentown Business Centre, Ipoh.waaaaaa.at last,dapat jugak makan kat situ.dah lama dah ngidam,tapi dek sebab kengkawan suma cakap mknn kat situ mahal GILEER.takberani lah kan nak masuk.tapi memang nasib baiklah sebab semalam along ajak makan nasi padang kat situmemang pucuk dicita ulam mendatang lah.


camni,along ajak abah makan nasi padang,abah cakap taknak.
pastu along cakap nak mkn apa?
nasi mamak?haswani samilan pulak taknak.
abah cakap nak mkn masakan melayu.angah cakap kalau nak masakan melayu,baik makan kat rumah je.
abah mengalah.kiterang p jugak restoran simpang tiga dan along nak belanja.yeyyyy. kiterang sampai greentown dalm pukul 3 gitu.lewat okey.kebulur dah ni.
 thank you along sayang.

selalu lalu je kat kaki lima.takpenah pon nak masuk.
 aku suh along yg order makanan sebab for sure lah aku tatau nak makan apa kan sebab lauk memang banyak sangat.lagipon,kawan aku cakap makanan kat sini takk sedap,tapi mahal.tak beranilah aku nak amek kan.

banyak gilak pilihan mknn kat sini.rambang mata.

eksklusif rupanya tempat ni.patutlah mahal GILEER

suka gilak zahra bila dy dapat conquer kusi besar sorangsorang

tengok. si zahra pon taksabar nak mkn.

ni je satusatunya gambar aku yg ada dlm kamera tu.sobbs.
 rasa macam duduk kat indonesia sebentar kerna pelayanpelayannya berpakaian kaya org indonesia dongg.
opps silap pulak.padahal memang org indon pon.orang minang barangkali.

tgk baju dy punya pelayan.original from indonesia kot.hehehehe
 angahlah yg paling takboleh blah aku tengok.dia order abc.bila abc tu dah sampai,boleh pulak dy minum sambil buat muka menjengkelkan penuh kenikmatan minum abc tu dekat si zahra. nak menjeleskan zahra lah tu.tak padan ng bapak zahra.macam budakbudak.

ni yg kiterang order.ada yg taksampai lagi.takmuat satu meja okey.tamak.
 apa yg kiterang order pon aku tatau namanya.tapi yg pasti,angah cakap,masakan dy lebih kurang macam nenek masak je.bila MASAKAN JAWA.dah tu orang JAWA pulak tu yang makan masakan JAWA,mestilah SEDAAAP kan?
.


.


.


.


.


.


.


.


.


tengah makan


.


.


.


.


.


.


.


kami makan sampai licin.sedap okeyy.makanan pon along cakap takmahal sgt.harga standard.tapi air je yg mahal.teh ais limau RM3.00,baik aku amek jus epal terus.harga pon sama .sebenarnya kalu orang yg belanja mestilah aku rasa tak mahal kan?cuba kalau aku yg bayar sendiri,mesti geleng pala jugak.      =.='



































kesian si zahra.bila dia tgh berlari hepihepi nak balik,tetiba pipinya terhantuk kat kusi.tinggalkan kesan lebam yg kaler biru tu okey.sedihh.

cuba tengok kat pipi kiri zahra.LEBAM.

 thank you for reading my entry!!

Friday, March 25, 2011

selamat pengantin baru abah dan anak.

assalamualaikum...

PERHATIANNN: ini kesah lama pada 12hb march  dan baru 
dipublishkan pada hari ini,25march.terima kasih.




ini bukan kisah abah saya yg bernama samilan kastami.
tapi ini kisah abah kami yg bernama hj.sufian.
beliau adalah 'abah' bagi student diploma farmasi Unikl RCMP.mengapa beliau dipanggil abah?
mungkin kerana beliau memang ABAH kpd anakanak beliau atau sikapnya terhadap kami sama seperti seorang ABAH.


abah telah menjemput kami ke majlis perkahwinan anaknya.yey!! makan nasi orang kawen.besttt sgt!!!
gambargambar dibawah merupakan sebahagian gambar yg diambil pada waktu tersebut.

tuan rumah.abah dan org rumahnya.
 inilah dia abah yang aku maksudkan itu.muda lagi tak?abah sgt baik sebab dy bg extra marks utk DDS2 kat aku..weeee..

hasil kacukan melayu pakistan dan india.ssuuweeet kan muka budak ni.
 anak kak famee.cute kan? tapi malangnya,sgt susah nak dengar sebutir perkataan dari mulutnya.pemalu kata kak famee.


hensem boy.kecikkecik dah pandai mencari publisiti ye.
 saya tak kenal siapa budak comel ini.yg pasti dy sgt comel dan pandai mengambil kesempatan utk gambarnya diambil.
yeeeah.kami bersamasama mempelai. :)
 pengantin  perempuan kecil molek sangat cantik.tahu tak apa present kami untuk derang? its a BABY SET CLOTHING..we are really fast forward thinking..YIEEEHA


lulu comel yg pemalu tapi gila bergambar. 
 ouh luqman yg comel.meyh sini nak cubit sikit pipi kamu yg tembam bam bam tuh.. si lulu ni anak kpd salah seorang lecturer kami yg cun melecun. pn.norshidah harun namanya.

birthday boy.hariz hazwan.tuan tak semacho namanya.
 kesian si birthday boy.taksempat makanan hadam,dah kena baling dengan tepung.takpe lah kan.kau nmpak putih sedikit dengan balingan tepung itu. bhahahaha.

aahhh.aku sempat lagi sembok mengacau org lain bergambar.. teehee.
menyebuk semasa org lain mengambil gambar itu memang kegemaran aku.jangan nak pertikaikan okeyh.

  thank you for reading my entry!!

shopping sampai bankrap. siryes.

assalamualaikum.


PERHATIANNN: ini entry lama pada 20hb march yg berada di dalam DRAFT post dan baru dipublishkan pada hari ini,25march

geram giler bila tulis entry panjangpanjang lepastu terdelete sume.ngeng.terpakssa tulis balik.untuk kali kedua.

Dulu, aku segan giler nak belikan hadiah untuk parents aku. Aku fikir macamla derang akan pandang hadiah dari aku. (Tak baik giler bersangka buruk dengan parents sendiri haha). 

 So, setiap kali birthday,hari ibubapa ke, aku hny akan wish dengan penuh kasih sayang.
tapi sejak aku dah nak masuk duapuluhan ni,aku dah matang sikit.aku takpikirr dah derang pandang ke tak hadiah aku tu.janji aku ikhlas.keikhlasan lebih penting dari segalanya kan?so,tahun ni aku decide nak bagi hadiah tu derang.biar simple mimple je,janji hadiah yg sememangnya ikhlas dari lubuk sanubari aku.

semalam sepanjang hari aku dok usha hadiah tuk mak kat jj. p lah kat bhgn beg kononnya nak belikan mak sebijik beg.tgk punya tgk terpikatlah dgn satu beg CARLO RINO nih.tapi bukan terpikat utk bg kat mak,tapi sbb aku yg nak.haha.abaikan,sebab bajet aku takcukup tuk beli handbag aku sendiri. kemudian jalan punya jalan,aku tertilik yg beg PIERRE CARDIN yg aku rasa lebih seswai utk mak.then p kuarkan duit kat atm.sayang seribu kali sayang bila beg yg aku nak belikan tu tetiba takda.lebih malang lagi bila salesgirl yg aku suh jaga jap beg tu pon takde.dah tukar shift barangkali.kalau tak,boleh refer kat dy beg mana yg aku berkenan semalam.
*terus takde mood nak shoppingkan mak beg.sedih

then decide p carik blouse pulak untuk mak.satu-satu blouse aku tilik.pegang kain dy.nak tahu best/tak.
at last jumpa jugak.nak belikan kaler pepel,tapi saiz mak abes lah pulak.carik pulak kaler lain.takpe.takpe.berbaloi jugak shopping lama-lama sebab sampai dua sekali blouse aku borong untuk mak.harap sangat mak  suka tau..


zahra:acik dah belikan bola besaar sangat utk zahra!!lagi besar dari zahra tau.

target for another hadiah:
bakal baby: nak belikan set baby je kut.takpon baju baby.ibu baby dah pesan kalau nk beli baju,cari baju yg besarbesar.

abah: tatau nak bagi apa.baju maybe.tapi baju abah dah macam dua almari dah.kalau baju tatau pulak abh pakai saiz apa.segan nak tny.hehe. tapi kalau mak,tanpa segan silu p meseg  tanya mak pakai blouse saiz apa ye?

aisy.umar.hadif: syg nak apa syg?mainan?bola besaaar mcm zahra punya? ke nak beg sekolah?


teringin nak buat sendiri belonbelon cantik macam ni dan hadiahkan  kpd  merekamereka yg disayangi.

pengajaran yg aku dapat semalam dari encik kekasih. kita jangan tengok benda yang kita bagi tu, tapi kita tengok keikhlasan hati yang memberi.



 thank you for reading my entry!!

ranking SBP dan MRSM SPM 2010

assalamualaikum...


Official result for ranking SBP and MRSM for SPM 2010 dah keluar.
 Alhamdulillah,SESTER masih lagi mengekalkan top10 kategori SBP. good job adik-adik. 



carik mana satu badge SESTER?



RANKING SEKOLAH BERASRAMA PENUH SBP SPM 2010
  1. SMS Seremban                            -  0.89
  2. SBPI Gombak                              -  1.13
  3. Kolej Islam Sultan Alam Shah   -  1.15
  4. Sekolah Tun Fatimah                 -  1.28
  5. SBPI Rawang                               -  1.34
  6. SMS Alam Shah                           -  1.35
  7. SMS Kuala Terengganu              -  1.36

RANKING MRSM TERBAIK SPM 2010
  1. MRSM Pengkalan Chepa            -  0.83
  2. MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin -  0.91
  3. MRSM Taiping                             -  0.97
  4. MRSM Langkawi                         -  1.33
  5. MRSM Kuala Kubu Bharu          -  1.68
  6. MRSM Kubang Pasu                   -  1.73
  7. MRSM Kuala Berang                   -  1.73
thank you for reading my entry!!

Friday, March 18, 2011

takdapat nak berhoneymoon di JEPUN.

assalamualaikum...

Pabila dunia dikejutkan dengan berita gempa bumi berskala 8.9 richter  yang mengakibatkan gelombang tsunami di Jepun sekaligus menyebabkan  kesan radiasi akibat kebocoran loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di Jepun .


Disebabkan kesan radiasi inilah en.kekasih mengambil keputusan takmo berhoneymoon di Jepun.katanya lagi,kesan radiasi ini mengambil masa 10tahun untuk hilang jikalau sudah terkena dalam badan.
*maafkan saya kalau saya salah.

saya takesah sgt nak berhoneymoon katmana kan.sebab en.kekasih yg sebuk nak berhoneymoon kat jepun bila kawen nanti.kenapa?sebab dia nak tgk awek jepun yg seksi kat sana. =P



moreaboutradiationeffect: utusan.com

Setiap kejadian ada hikmahya.Sama-sama kita menginsafi diri.Semoga rakyat Jepun tabah dalam menghadapi ujian daripada Yang Maha Kuasa.



maaf,saya tercakap pasal kawen lah pulak kan.wani gatai.. :P


 thank you for reading my entry!!

Wednesday, March 16, 2011

Bila Zina Menjadi Budaya.

assalamualaikum...

tadi kat kolej,islamic society club bukak booth jual bukubuku agama.
tetiba terpandang sebuah buku ni.tertarik untuk mengetahui apa yang terkandung didalamnya.



Buku Bila Zina Menjadi Budaya karya Mohd Syamil Mohd Yusuff dan Adriana Balqis merungkai permasalahan yang berlaku terutama di kalangan remaja hari ini sebagai usaha pengarangnya untuk berkongsi maklumat dan memberi jalan terbaik bagi masalah sosial yang kian meruncing itu.

Bila Zina Menjadi Budaya setebal 123 halaman terbitan Mustread Sdn Bhd itu dijual hanya pada harga RM19.90 senaskhah dan boleh dibeli di kedai buku seluruh negara dan IPT. aku teringin nak beli tadi.tapi takdek bajet.almaklum,elaun pon tak cukup makan.

Antara 10 tanda kiamat ialah 3 kali gempa bumi; sekali di Timur, sekali di barat dan sekali di semenanjung Arab. (H.R. Muslim)

entah kenapa budakbudak zaman sekarang bangga bila berbuat dosa.kalau tak tegur kang,kita turut berdosa. .Kadang-kadang bila menegur, dikatakan suka jaga tepi kain orang.Tak tegur rasa geram membara dalam hati ni..Benar,memang selemah-lemah iman jika hanya tegur dalam hati je. Tapi saya takmahu iman saya lemah.jadi saya hanya mampu tegur dalam penulisan saya je.ampunkan saya.  afwan jiddan Ya Allah.




 thank you for reading my entry!!

nf